Nov 13, 2011

Man Jadda Wajada.

salam,,



Berlalulah sudah cuti Aidiladha maka kini minggu kuliah kembali dan sekarang berbaki 6 minggu lagi sebelum peperiksaan akhir bertandang.

Dalam tempoh tersebut satu projek microprosessor perlu dijalankan. 2-3 test sedang beratur ambil nombor giliran. Seram sejuk kepala otak ambo memikirkan benda itu semua. Mengeluh sambil geleng kepala lalu berkata " Adoi, tension giler!!" tak ada gunanya.

Dengan kesempatan masa yang ada, ambo cuba sedaya upaya untuk extract segala motivasi dan semangat yang masih bersisa dalam diri ini sambil mencari sebanyak mungkin sumber ketenangan dan kekuatan agar perjuangan yang masih lama lagi untuk diselesaikan dipermudahkan serta dirahmati Allah s.w.t Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...amin!!

Pepatah arab berbunyi, Man Jadda Wajada - siapa yang berusaha akan dapat hasilnya. Insyaallah!!

TV al-hijrah ada dokumentari mengunakan tajuk tersebut. Jadi ambo cuba mendalami pepatah tersebut dan mengaplikasinya dalam hidup bukan setakat sembang kosong saja. Jadi sesiapa yang teringin untuk mendalami pepatah arab tersebut bersama-sama amatlah dialu-alukan...




#KataAmbo::Never Give Up.
Photobucket

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...