Nov 22, 2011

Ibu Emas Milik Malaysia.

Tidak mudah menyerah kalah dan disiplin yang tinggi. Mungkin itu resepi untuk Skuad Harimau Muda B-23 bangkit dari ketinggalan diawal permainan lagi untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Vientiane. Ketinggalan pada minit ke-4 menerusi jaringan Gunawan skuad Harimau Muda B-23 bangkit menyamakan kedudukan 1-1 menerusi tandukan Asraruddin Putra pada minit ke-33 selepas mendapat umpanan kapten pasukan Badrol Bakhtiar.

Berkesudahan dengan 1-1 selepas masa tambahan, tendangan penalti menjadi penentuan pemenang pingat emas. Ternyata ketangkasan Apek menafikan sepakan penalti pemain Indonesia dan ketenangan kapten Harimau Muda Badrol Bakhtiar mengambil sepakan terakhir memberikan kemenangan bermakna untuk negara dan melenyapkan sama sekali sorakan padu lebih 100,000 penyokong fanatik Indonesia. Ini adalah kemenangan kali kedua selepas Malaysia menang 1-0 di peringkat kumpulan.
 


                          
       Sorotan aksi-aksi perlawanan akhir sukan sea ke-26.


Adat Permainan:: Penyokong Indonesia meratapi kekalahan..hohohoho


Provokasi::Lepas Malaysia menang tiba-tiba keluar pegawai doping control.

Apa-apa pun jutaan tahniah untuk skuad Harimau Muda Bawah 23. Diharap semangat juang diteruskan di masa-masa akan datang terutamanya kelayakan Olimpik pada 23/11/2011(lawan Syria) dan 27/11/2011(lawan Bahrain) di Bukit Jalil.


Pesanan penaja: Jiwa tak keruan saat terdengar sorakan gol ketika masih dalam kelas. Nasib baik kelas abis dapat juga saksikan detik-detik emas. Alhamdulillah.


Photobucket

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...