May 28, 2011

Bila Poketku Kempis.

Alhamdulillah cuaca di shah alam pada waktu petang ni sungguh tenang dan nyaman..maklumlah baru je lepas hujan. Pejam celik pejam celik sudah 2 minggu beb kuliah intersesi berlalu..Kiranya sudah sampai separuh jalan dan insyaallah lagi 3 minggu untuk ditempuhi. Sepanjang 3 minggu itu 2 test dan 2 quiz akan menanti sebelum final exam tiba.

Kelas ambo untuk intersesi ini cuma 3 hari seminggu.hari-hari selebihnya dok terperap dalam bilik..mak oii sumpah bosan kalau begini sampai habis intersesi.

Nak dijadikan cerita ambo pun dapat kerja di sebuah restoran ala-ala McD milik bumiputra kat seksyen 7..dekat je dengan rumah yang aku stay sekarang nih. tapi jodoh ambo kat sini tak lama 2 hari je, pastu kena kick tetiba..kes nye ambo tak jawab call manager tuh (call suh ambo masuk kerja) sebab aku tertidur.. lepas tu ambo call balik nak minta maaf langsung tak dijawab. sumpah macam haram restoran nih..restoran tak de la busy sangat, customer pun boleh bilang dengan jari tapi berlagak macam restoran-restoran yang dah maju spt KFC takpun McD..aisyy beginilah melayu bila baru up!
So, sekarang ni ambo sedang kalut-malut kesana sini mencari kerja part time yang lain.



Tak cukup pusing-pusing satu shah alam ambo google kat internet langsung tidak ada kerja yang sesuai dengan jadual kelas ambo.
Kalau ade pun kerja kat McD, Pizza Hut tak pun KFC..Kalau boleh ambo nak cari pengalaman kerja selain daripada kerja kat fastfood.



Tapi dengan saving makin menyusut, poket pula makin kempis nampaknya fastfood pon fastfood lah janji masyuk. Lepas untuk bayar sewa umah, bil air, letrik dan yang satu family dengannya kira oklah..


#KataAmbo |  Terjah walk-in interview di KFC seksyen 15.

Photobucket

2 comments:

  1. sama la kita... tapi aku plak dah ada keja.. tapi stil nak cari keja PT.. try jg cari keja2 lain selain fast food tapi xsesuai dgn wakt keja aku... dah la shift.. mmg mcm nmpk gayanya fast food tu dah dtg memangil aku suruh p sana isi borang.. hahahahaa!! esk, lepas balik keja , aku nk try tanya McD kat tmpt aku tu.. aiyarkk.. entah la. susah btl skrg ni..=(

    ReplyDelete
  2. ha'ah btol tu cik fizah ssh nk cari duit skang ni klau terlalu memilih..gud lck moga dpt ler keje mCD tu..:))

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...