It is simple game but very interesting and fun.Malam minggu yg lalu aku sempat bermain permainan ini dengan member-member engine.Dalam kegelapan malam yang hanya diterangi lampu limpah kat tepi-tepi padang dan dengan padang yang becak kami berlari berkejaran menangkap frisbee yang melayang diudara selepas dibaling oleh team member.Agak memenatkan tetapi keseronokan mencuba satu permainan yang baru melenyapkan sama sekali kepenatan tadi.
Tapi bila bercakap tentang frisbee ni terutamanya bila saja aku sebut frisbee kat sapa-sapa saja terus terpancul dari mulut mereka "owh yang main dgn anjing tu erk???main baling2 pastu anjing kejar dan tangkap..".Ini permainan manusia laa bro tapi orang barat yang main dengan anjing tu mungkin sebab tak cukup orang untuk bina satu team, so main dengan anjing..tapi kalau diperhatikan kat internet memang orang barat sana selalu main frisbee ni dengan anjing tapi kalau dorang bela kucing main dengan kucing laa kot...hhuhuhuKepada siapa-siapa yang terjerumus ke duniabawahtempurung ini dan belum pernah mencuba bermain permainan ini boleh ler ajak member mencubanya..Kita kat Malaysia ni mungkin majoritinya tak pernah main atau tak pernah dengar pun pasal permainan ni tapi kalau sebelah barat sana dorang selalu main ketika musim panas (orang kita yang berjiwa barat suka sebut summer....:)) dan main kat pantai...
Malah sejak 1968 siap diadakan tournoument lagi untuk permainan ni..Jadi kiranya ia dah dianggap sebagai satu sukan.Di USA dianggarkan hampir 5 juta orang terlibat dalam sukan ini.
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL