Salam,
Dunia umpama roda. Jika dulu pernah terjadi krisis politik di negeri Perak, kali ini giliran Terengganu meraih perhatian rakyat Malaysia. Mana tidaknya tiada ribut, mahupun angin sepoi-sepoi bahasa tetiba Menteri Besarnya Dato' Seri Hj Ahmad Said dilucutkan dari jawatan tersebut.
Lebih tragis, pemecatan beliau disusuli tindakan keluar parti oleh YB Mat Said dan juga diikuti oleh beberapa lagi Adun Umno. Sadis.
Lebih menarik, ramai yang menyokong tindakan Ahmad Said yang dikatakan bersikap gentlemen apabila sanggup keluar parti selepas merasakan maruah anaknya dan beliau sekeluarga tercalar.
Teringat pepatah tak rasmi orang-orang lama "Sendiri cari pasal sendiri tanggung".
Mungkin YB Mat Said tidak akan bertindak sedemikian rupa jika ada budi bicara dari PM sendiri seperti diminta YB Mat Said itu. Siapa tak kenal YB Mat Said, orang nelang Terengganu.
Buat masa sekarang jadi trending isu politik Terengganu. Berita hangat berlegar kini, tindakan keluar parti beberapa lagi wakil rakyat Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas. Persoalannya juga, adakah akan ada pertukaran tampuk pemerintahan di Terengganu? Itu yang menarik minat penyokong setia parti pembangkang Terengganu - Pas - buat masa ini.

"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri.
"PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya," katanya bagi menjawab soalan mengapa beliau bertindak keluar daripada Umno dan menjadi ADUN Bebas seperti dilapor Malaysiakini.Satu lagi isu yang bakal memeningkan kepala YAB Perdana Menteri. Isu MH370 tampak seperti tiada jalan penyelesaian, begitu juga isu Lahad Datu sebelum itu. Kini krisis politik di Terengganu bakal menguji beliau.
Teringat pepatah tak rasmi orang-orang lama "Sendiri cari pasal sendiri tanggung".
Mungkin YB Mat Said tidak akan bertindak sedemikian rupa jika ada budi bicara dari PM sendiri seperti diminta YB Mat Said itu. Siapa tak kenal YB Mat Said, orang nelang Terengganu.
Buat masa sekarang jadi trending isu politik Terengganu. Berita hangat berlegar kini, tindakan keluar parti beberapa lagi wakil rakyat Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas. Persoalannya juga, adakah akan ada pertukaran tampuk pemerintahan di Terengganu? Itu yang menarik minat penyokong setia parti pembangkang Terengganu - Pas - buat masa ini.
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL