May 22, 2012

Nazmi Faiz bakal beraksi di Liga Portugal



"Sukar untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini. Bermain di Eropah telah lama menjadi impian saya. Trial bersama Beira Mar adalah peluang terbaik saya dan saya telahpun berjaya laksanakannya. Saya sangat gembira serta teruja dan tidak sabar untuk memulakan perjalanan baru ini”

Demikian ujar Nazmi Faiz setelah sah menandatangani kontrak 3 tahun dengan kelab divisyen 1 Liga Portugal, SC Beira Mar.
Ternyata aksinya ketika dalam tempoh percubaan tersebut berjaya memikat jurulatih SC Beira Mar, Ulisses Morais dan kapten pasukan, Hugo Viera.
Namun beliau hanya sah menjadi milik Kelab SC Beira Mar apabila umurnya genap 18 tahun pada Ogos nanti.


Kejayaan ini menjadikan beliau pemain Malaysia pertama beraksi di Liga Eropah sejak Lim Teong Kim pada tahun 80an.  


sumber::nazmifaiz.com ...stadiumastro.com

 notaburuk::Jangan lupa kembali bila team Harimau Malaya perlukan khidmatmu.

Photobucket

Amalan Bulan Rejab

salam,
Menyelusuri laman sosial Facebook lalu aku terjumpa satu post mengenai 1 Rejab.
Mungkin boleh dijadikan pedoman dan amalan mereka-mereka yang singgah disini..
Harap yang membaca jadi lebih baik dari yang "mengepost" dan mengingatkan kembali yang "mengepost".  

berkata Imam Syafie Rahimahullah: Dalam setahun ada 5 malam yang ALLAH bukakan pintu langit, salah satunya adalah MALAM 1 REJAB (malam ini)... Bulan Rejab juga dikenali sebagai Bulan Istighfar... Jadi perbanyakkan istighfar mudah-mudahan Allah ampunkan dosa2 kita yang telah lalu..

sumber gmbar:: pmiutm.blogspot.com



~ Bersolat dan buatlah solat Qado sebanyak mungkin di samping solat-solat sunat mengiringi solat fardhu.

Solat sunat Israk, solat sunat Dhuha dan solat sunat Taasbih



~ Bertaubat dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan ibadat, minta selamat dunia dan akhirat, minta dilimpahi rahmat, minta dilepaskan daripada azab-Nya di akhirat dan mohon dimasukkan ke syurga.

 Dalam Syahrullah (Bulan Allah), di ampunkan dosa-dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah s.w.t. Sekiranya di tambah dengan berpuasa Rejab wajib baginya
  • di ampunkan dosanya yang lalu-
  • di peliharakan Allah s.w.t umurnya yang tinggal-
  • terlepas dari dahaga di hari kiamat-

~ Berzikir; 100 kali selepas solat Subuh dan Asar.
(a) لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ (Tiada Tuhan Melainkan Allah),
(b) الله ُ اَكْبَرُ (Allah Maha Besar)
(c) Baca setiap hari 10 kali:
لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ قَبْلَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ بَعْدَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ يَبْقَى رَبُّنَا وَيَفْنَى كُلُّ اَحَدٍ.
Tiada Tuhan melainkan Allah sebelum tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah sesudah tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah kekal Tuhan kita dan fananya tiap-tiap sesuatu.

~ Bertasbih: Setiap satu, 100 kali
(a) سُبْحَانَ اللهِ رَبِّيَ اْلاَ عْلَى.
Maha suci Tuhan yang Maha Tinggi.

(b) سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ.
Maha Suci Allah dan dengan segala pujianNya, Maha Suci Allah yang Maha Agong.

(c) سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ اَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ.
Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Agong, tiada suatu daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.

PEMBAHAGIAN : (jika nak teratur laa hmm..)
~ 1 – 10 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ الْحَيُّ الْقـَيُّوْمِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus.

~ 11 – 20 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ اْلأَحَدِ الصَّمَدِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Esa lagi Maha Diperlukan.

~ 21 – 30 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ الرَّؤُفِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Memaafkan.

TAMBAHAN....
~ 1 – 30 Rejab, dibaca 80 kali selepas Subuh & Asar:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِى وَتُبْ عَلَـيَّهِ.
Ya Allah! Ampunilah daku dan rahmatilah daku serta daku bertaubat kepada-Nya.

وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ وَحَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ النَّصِيْرُ. اَلله ُ الْكَافِى اَلله ُ الْشَّافِى اَلله ُ الْمُعَافِى.
Dan tiada daya dan upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung. Dan cukuplah Allah tempatku berlindung, sebaik-baik pemerintah dan tempatku meminta pertolongan. Allah yang Maha Mencukupkan, Allah yang Maha Menyembuhkan, Allah yang Maha Menyihatkan

KERAPLAH...SELAWAT & ISTIGHAR.. :
~ Selawat: 10 atau 100 kali.


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيَّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ سَيَّدِنَا مُحَمَّد.
Ya Allah, sejahterakanlah Nabi Muhamad saw dan ahli keluarganya


 Istighfar 70 atau 100 kali pagi dan petang.
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ.
Daku mohon ampun kepada Allah Yang Maha Agong dan daku bertaubat kepadaNya.

~ Istighfar kepada ibu bapa, seberapa banyak yang boleh;
رَبِّ اغْفِرْلِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا.
Ya Tuhanku! Ampunilah daku dan dua ibu bapaku dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku sewaktu kecil.
 

Membaca surah Al-Ikhlas sekurang-kurangnya 11 kali setiap hari atau apa-apa surah dari Al-Quran

sumber :: https://www.facebook.com/kitabku 
 
 Photobucket

Microsoft Office 2010 Activator

Salam,1 rejab 1433 H.
Alhamdulillah setelah melalui hari-hari microsoft word tanpa activation yang sah, akhirnya hari ini terlerai satu permasalahan.
Jadi elok jika dikongsikan bersama. Meskipun aku tahu ramai diluar sana yang memilih microsoft yang original.
Maklumlah laptop model sekarang kebanyakannya sudah dilengkapi dengan Microsoft original.



Sebelum ini aku download microsoft office 2010 tapi activationnya failed!!
Jadi apa aku lakukan..selongkar kocek pakcik Google lalu jumpa link ini.
http://freekeycrack.blogspot.com/2012/04/key-patch-microsoft-office-2010.html

Klik link diatas dan download Activator pada link yang disediakan.
Lepas itu ikuti step yang telah disediakan::

How to use :
  1. disable your antivirus first (because it was detected as a virus ).
  2. Close your microsoft office open .zip file you are downloaded ==> run Activator.exe.
  3. Click EZ-Activator Button.
  4. Enable your AV, if detect virus or something remove it.
  5. Your Microsoft Office is Activated.
Dilaptop aku berjaya, harap dilaptopmu pun sama....^_^

notaburuk :: Jika ada yang bertanya akan apa aku rasa sekarang...maka jawabnya...kosong..kosong..kosong!!
Photobucket

May 18, 2012

Trofi Baru Piala FA 2012

Salam semua. Berikut adalah trofi Piala FA yang tebaru bagi menggantikan model lama. Diperkenalkan pada 10 mei 2012, trofi ini bernilai rm 80 000, seberat 4.5 KG. Trofi ini telah dihasilkan di neheri Che Siti Wan Kembang. Sama juga sebagaimana piala FA yang terdahulu




Manakala dibawah adalah detik penentuan untuk mencari pemenang pertama trofi Piala FA yang baru ini yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.







sumber: Kelantanfa.com dan  Ammboi.com
Photobucket

May 15, 2012

Ketenangan Jiwa dan Minda


Salam,
Tiada hari yang cool melainkan hari yang mana ada kelas yang dibatalkan. Itulah rutin ataupun lebih tepat lagi lumrah seorang pelajar.

Tapi meskipun ia hari yang cool tapi ia belum tentu dapat mententeramkan jiwa-jiwa yang kontang a.k.a tension.


Sebagai seorang manusia biasa, dalam kita menjalankan aktiviti-aktiviti rutin kita ini, ada kalanya kita akan berdepan dengan tekanan dalam kehidupan sama ada di tempat kerja, sekolah atau juga di rumah. Lantas timbul kerunsingan, kecelaruan minda serta hati yang tidak tenang. Itu hakikat!!

Tapi bagaimana caranya untuk mencapai ketenangan hati, jiwa, minda itu yang menjadi masalah kepada kita sehinggakan ada antara kita tersalah memilih metod a.k.a solusi untuk mencapai ketenangan itu.

Firman Allah dalam surah al-Ma'arij ayat 19-22:

 
Ertinya: "Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah. Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat."


Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 45:

 
 Ertinya: "Dan pohonlah bantuan dengan bersabar dan dengan melaksanakan solat."

 
Malah dalam sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, dinyatakan bahawa perkara pertama yang akan dilakukan oleh Baginda s.a.w. ketika berdepan dengan sebarang pergolakan atau masalah adalah dengan melaksanakan ibadah solat.

Hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Apabila seseorang itu melaksanakan solat, maka ia sedang bermunajat dengan Tuhannya." Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim


Firman Allah dalam surah Ar-Ra'ad ayat 28:

 
Ertinya: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."


Perut yang tak terisi dalam kata lain lapar menjadi masalah bagi kita tapi hati yang kebulur dari mengingati tuhan terlepas pandang. 

Untungnya mereka yang memiliki hati yang subur dengan iman. Hati mereka kenyang dengan mengingati Allah. Mungkin dari pandangan manusia mereka nampak macam tak berapa nak fun, enjoy dan kelihatan biasa-biasa pada pandangan manusia tapi pada pandangan Allah mereka yang terbaik.


sebelum terlupa credit kepada Blog Ustaz Abu Miftah kerana dari sini aku mendapat sumber.

#notaburuk::makin ramai artis yang berhijrah kearah islamik. dulu mereka menghiburkan orang ramai tapi diri mereka sendiri pun sebenarnya tak terhibur.

Photobucket

May 12, 2012

keputusan liga super 2012:: 12 Mei 2012

salam.
Perkongsian pintar hari ini adalah keputusan terkini Liga Super 2012. Juga disertakan dengan kedudukan terkini.


sumber gambar::https://www.facebook.com/IDRBSMOfficiaL



notaburuk::3 mata dibelakang pendahulu dengan kelebihan 4 perlawanan. Insyaallah, dgn sokongan yg jitu penyokong dan komitmen yang baik dari pemain kita bleh jadi super warrior 2012..haha
oppss satu lagi pengurusan yang baik

Photobucket

May 10, 2012

UEFA EURO 2012 COMPLETE SCHEDULE

Berikut adalah jadual untuk UEFA EURO 2012 di Poland dan Ukraine yang telah disahkan secara rasmi.




All kick-offs CET(centel Europe Time), Ukrainian time is one hour ahead 


Friday 8 June 2012
#1: POL v GRE, 18.00CET, Warsaw
#2: RUS v CZE, 20.45CET, Wroclaw

Saturday 9 June 2012
#3:
NED v DEN, 18.00CET, Kharkiv
#4: GER v POR, 20.45CET, Lviv

Sunday 10 June 2012
#5: ESP v ITA, 18.00CET, Gdansk
#6: IRL v CRO, 20.45CET, Poznan

Monday 11 June 2012
#7: FRA v ENG, 18.00CET, Donetsk
#8: UKR v SWE, 20.45CET, Kyiv

Tuesday 12 June 2012
#9: GRE v CZE, 18.00CET, Wroclaw
#10: POL v RUS, 20.45CET, Warsaw

Wednesday 13 June 2012
#11: DEN v POR, 18.00CET, Lviv
#12: NED v GER, 20.45CET, Kharkiv

Thursday 14 June 2012
#13: ITA v CRO, 18.00CET, Poznan
#14: ESP v IRL, 20.45CET, Gdansk

Friday 15 June 2012
#15: SWE v ENG, 20.45CET, Kyiv
#16: UKR v FRA, 18.00CET, Donetsk

Saturday 16 June 2012
#17: CZE v POL, 20.45CET, Wroclaw
#18: GRE v RUS, 20.45CET, Warsaw

Sunday 17 June 2012
#19: POR v NED, 20.45CET, Kharkiv
#20: DEN v GER, 20.45CET, Lviv

Monday 18 June 2012
#21: CRO v ESP, 20.45CET, Gdansk
#22: ITA v IRL, 20.45CET, Poznan

Tuesday 19 June 2012
#23: ENG v UKR, 20.45CET, Donetsk
#24: SWE v FRA, 20.45CET, Kyiv

Wednesday 20 June 2012
No matches

Thursday 21 June 2012
#25: 1A v 2B, 20.45CET, Warsaw

Friday 22 June 2012
#26: 1B v 2A, 20.45CET, Gdansk

Saturday 23 June 2012
#27: 1C v 2D, 20.45CET, Donetsk

Sunday 24 June 2012
#28: 1D v 2C, 20.45CET, Kyiv

Monday 25 June 2012
No matches

Tuesday 26 June 2012
No matches

Wednesday 27 June 2012
#29: W#25 v W#27, 20.45CET, Donetsk

Thursday 28 June 2012
#30: W#26 v W#28, 20.45CET, Warsaw

Friday 29 June 2012
No matches

Saturday 30 June 2012
No matches

Sunday 1 July 2012
#31: W#29 v W#30, 20.45CET, Kyiv






Photobucket

May 7, 2012

Motivasi Beracun #1::Tanggungjawab

Salam.
Tiada malam seindah malam yang mana esok ada kelas awal pagi bagi pelajar dan esok ada meeting dengan bos dekat pejabat bagi yang kerja jadi kuli...^_^
Jadi bagi membangkitkan mood di awal minggu ini, terimalah seutas kata a.k.a motivasi beracun untuk dinikmati bersama.

FOCAL POINT #1
Menerima tanggungjawab sepenuhnya bagi hidup kita,bererti kita enggang memberi alasan ataupun menyalahkan orang lain bagi apa jua perkara yang kita berasa tidak puas hati dalam hidup ini.
Mulai saat ini kita tidak mahu lagi mengkritik orang lain atas apa jua alasan. Kita tidak mahu bersungut berkenaan situasi kita ataupun kejadian-kejadian silam. Kita buang semua sesalan dan segala andaian kita.
Fokus pada apa yang sebenarnya yang kita mahukan dan kemana arah tuju kita.
sumber::Focal Point by Brian Tracy



notaburuk::........................!

 Photobucket

May 6, 2012

Astro Mohon Maaf Gagal Siarkan Pernikahan Awal & Scha



Salam.Pertamanya aku tak suka tulis mengenai hiburan atau secara khususnya gosip a.k.a fitnah. Tapi ini hanyalah sekadar sekilas pandangan, kritik dan saran.
Astro Mohon Maaf Gagal Siarkan Pernikahan Awal & Scha. Itu antara tajuk yang mungkin menjadi topik perbualan kaki-kaki gosip pasal artis.


Tahniah.Semoga berbahagia ke anak cucu. Dapat anak lelaki kompem nama Syawal.

PETALING JAYA: Pihak Astro memohon maaf kepada semua penonton di negara ini kerana kegagalan menyiarkan secara langsung pernikahan pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya yang diadakan di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya, pada Jumaat.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata pihaknya masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar gangguan kepada siaran langsung tersebut yang sepatutnya disiarkan selama setengah jam bermula pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria.

“Saya mewakili pihak Astro Ria dan Astro amat kesal dan memohon maaf kepada semua penonton atas gangguan siaran langsung majlis pernikahan Scha dan Awal pada malam tadi (malam Jumaat).

“Ia adalah kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan. Sehingga kini kami masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar masalah itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.

Katanya, pada awal siaran tiada sebarang gangguan berlaku ketika saluran itu menyiarkan siaran langsung persiapan majlis itu sepanjang hari sebelum majlis akad nikah berlangsung.
Dipetik dari Mystar Online

Tapi persoalannya perlukah mohon maaf?? Kalau tak disiarkan secara langsung pun tak mengapa. Yang penting mereka selamat diijab kabulkan dan doakan kebahagiaan depa berdua.

Kalau siarkan secara langsung pun apa guna jika selepas ini siarkan pula gosip yang bukan-bukan pasal rumahtangga mereka menerusi rancangan-rancangan gosip (atau nama saintifiknya fitnah). Ini bukan mendoakan tapi itulah yang jadi kepada artis-artis sebelum-sebelum ini. 

Mungkin stesen TV Malaysia ketandusan idea atau rancangan baru yang bermanfaat. Lebih-lebih lagi untuk siaran berterusan 24 jam. Buntu idea beb mahu kasi penuh dengan rancangan baru selalu.

notaburuk::Remote kekadang rosak sebab terlalu kerap tukar channel.



Photobucket

Keputusan Piala FA England 2012:: Chelsea VS Liverpool





                            CHELSEA        2        -    1        LIVERPOOL
                                  Ramires  11'                                                        Andy Caroll   64'
                                  D Drogba   52'

Tahniah Chelsea. Kegembiraan berganda untuk penyokong The Blues ini selepas sebelum ini kejayaan menyingkirkan Barcelona untuk mara ke final Uefa Champion League (UCL).
Ternyata malam ini milik The Blues apabila berjaya membenam Liverpool 2-1 untuk meraih kejuaraan Piala FA.




Mungkin kejuaraan liga Perdana sudah terlepas tetapi Chelsea berpeluang untuk menjadikan musim 2011/2012 satu musim yang mengagumkan dengan 2 kejuaraan andai mampu membenam kelab Jerman Bayern Munich. Tapi...tapi Bayern Munich bukan kelab sebarangan. Beware!! Tambahan pula final UCL kali ini di Munich Jerman.

Jadi disebabkan kejuaraan UCL cenderung kepada Bayern Munich jadi untuk final tersebut aku di pihak Bayern Munich.^_^

Last but not least......aku bukan penyokong Chelsea.!!Itu Hakikat.


notaBuruk::First time aku tahu ada orang reserve table dekat kedai mamak semata-mata untuk tengok bola...


Photobucket

May 4, 2012

Jadual Liga Malaysia Bagi Pasukan Kelantan FA

Berikut ingin dikongsikan bersama jadual perlawanan membabitkan pasukan bola sepak Kelantan a.k.a The Red Warriors berserta siaran langsung di kaca televisyen.

Jadual berikut adalah dari 4 Mei 2012 sehingga Liga Malaysia berehat..Liga pun penat!!!!
Kalau dilihat dari jadual berikut, ia merupakan satu tempoh yang kritikal dan memenatkan. Jadi percaturan jurulatih Bojan Hodak merencana strategi dan membuat sistem penggiliran dalam membentuk kesebelasah utama amat penting.

Apapun  19 Mei 2012 itu mustahak. Ayuh jadi sebahagian gelombang merah. Pasukan lawan Sime Darby yang bukan calang-calang.




 notaburuk::Jika dapat mengharungi halangan diatas memang super dupers warriors

Photobucket

Ustaz Azhar::Kuliah Maghrib Khas 27 mei 2012

Muslimin & Muslimat dijemput untuk menghadirkan diri ke Kuliah Maghrib Khas YBhg Ustaz Azhar Idrus.

Bila??Dimana?? Sila rujuk banner di bawah.

Mungkin ini dapat menebus kekecewaan anda yang berada disekitar Shah Alam yang tidak berkesempatan untuk mengikuti siri ceramah beliau.

 Jika sebelum ini siri ceramah Ustaz Azhar Idrus yang berlangsung di Masjid Negeri ini dipancarkan menerusi live streaming jadi untuk kali ini belum dapat disahkan lagi...sekian







notaburuk::Come demo royak come.Putih jange royak ite.Atah namo kebenare biar pahit keno teley!!

Photobucket

May 1, 2012

BERSIH 3.0 | Komentar dari rakyat Malaysia di rantauan

Dearest friend.. I was shocked and saddened with what has happened in Malaysia today. The news really make me sad and couldn't digest it. Where is the value of Malaysians ?
Where is the high morale of your country men?
Why they bring dispute and protest to the street?


Malaysian are not barbaric people for all i know. But why the doing street protest? I saw the news clashes of security forces with the protester. This incident shouldn't have happened. The upturn the police vehicle, torn Malaysia flag, damaging public property, challenging the forces....etc. 
Why my friend???? Its truly upsetting case.
Malaysia is unique. Multicultural, multi-language, multirace... beautiful country. People greet each other with smiles and politeness. You people are nice people.


But why now going to the street?? 
Why not solve matters in parliament??
Change the law. Change the government. Change the barbarian. Change the political scenario to a better one. 
NOT going to the street to protest. Malaysian are civilized people. Educated and well mannered. They were religious too. 
But WHY going to the street to solve problems?
Simply dont understand it. Every 5 years Malaysia conduct election...change the ruling party if not suitable. Use this as weapon to change the law or legislations...THE PARLIAMENT not the STREET
I followed quite closely Malaysia development. Recently they amend few acts...and repealed ISA act. That's something positive they are doing. I am most surprise when they remove the ISA act. Even USA still having that act. many other countries like Canada, India, Germany, Isreal, Indonesia... uphold that similar act...especially after 9/11.


Malaysia introduced ISA during surgency period against the communist. Unfortunately majority of their supporters are ??Chinese ethnic.
Since introduction, ISA was widely and frequently used to curb negative idealogy and instability of the nation. Very effective method. But now its already removed. Government is playing with fire. He is exposing the nation to dangerous doctrine of hate the country. He is confused in looking the negative impact after removing the act..I am very sure the history of May 13 1969 will appear soon. The ill feelings of economic imbalance and unfair distribution of wealth is the most dangerous factor in county like Malaysia. The Malays are think they are the land master, Chinese think that the are the economist to prosper the country, indians think they make the country grow thru effort contribution in plantations. 
This is the moment where people who can see the variants take opportunity to sub divide the nation. Everybody not happy against each other. Country become unstable and the government become weakened. Gone!!!
Malaysian must think what is right and what is wrong. Do not follow blindly the agenda of the demonstration leader.
She lawyer by profession. She may not be in Malaysia when things gone bad. She may have another house in USA or Australia. She will not stay in Malaysia after all.  
Who suffer? Just because disagree with the ruling party, they took everything to the street. 
Malaysia is not Egypt, not Syria, not Manila, not Myanmar or Thailand. Malaysia need to focus in economic growth not crazy for power. I saw the opposition leaders giving speech during the riots. They taking advantage of the crowds. They are coward. They should shout in parliament to correct the government. Likewise the Islamic party leaders. Don't confuse the laymen when you are not aware of your own wrong doings. I am sad and confused.
I do hope to see some positive progress in your country soon. 
Stop believing a lawyer's mindset. Lawyer are educated to fight for everything. Even a murderer can escape death sentence when lawyer speaks. 
The organizer is a lawyer. She can escape law because she knows the law. How about laymen and poor people who follow to protest? I think its in your religion saying that, if you are not sure, just leave it.

Plz make your people understand. Rioting and street protest doesn't help solve problems. Many blood and tears spilled but achieve nothing. I feel ashamed and truly sad learning of the news. It will never end my dear. When the ruling party tumbled,they will go to the street too in future. Tit for tat. Just wait and see.
Sorry to write to you and voice out my feelings. Just want to see Malaysia is peacefull again soon. I pray to lord to help save Malaysia...

#notaBuruk::politikus.

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...