Aug 7, 2010

Meneropong Dari Lubang Tempurung....

assalamualaikum w.b.t

Salam dari dunia bawah tempurung hihihi!!..aku bukan bad romance seperti mana yang diperkatakan oleh Lady Gaga. Sinbad mahupun bad-bad rempit macam Adnan sempit tapi aku adalah Bad Storyteller.

Kenapa Bad storyteller?? Saja letak nama tu. tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah pergi. Motif utama aku create blog ini aku sendiri pun tidak pasti. Tetapi biarlah blog ini boleh menjadi medan untuk aku kongsikan cerita ,pengalaman, apa-apa jua ilmu baru yang aku dapat.

Kongsi dengan siapa? Siapa-siapa sajalah yang tersesat ke dalam dunia bawah tempurung aku ini. Apa apapun biarlah masa dan waktu yang akan memberikan jawapan sebetulnya mengapa aku create blog ni. Saat jari-jemari aku rancak berlari-lari anak atas papan kekunci ni aku langsung tak ada mood nak face to face dgn buku-buku, nota-nota dan segala-galanya yang berkaitang dengan pengajian aku.

Ditambah pula dengan cuaca di Lembah Klang sekarang ni mendung bak kata orang kelate "jo-ong"..
Hari ini juga genap 5 minggu aku bermaustatin di Kolej Jati Uitm [kampus induk]. Masih tercari-cari mood betul-betul nak study yang sudah hilang 3 tahun yang lalu. Senang cakap habis saja SPM aku bekukan otak aku ni. Jadi sekarang ni masih tak cair-cair lagi...huhu.

Jadi dari dunia bawah tempurung(dBt) aku cuba untuk kongsikan sesuatu yang ber'makna' kononnyalah, untuk menjadi 'pencuci otak' sesiapa yang tersesat ataupun terjerumus ke dalam dunia aku ini. Kiranya sesiapa yang masuk dBt ni datang tak berjemput dan berambus tak dihantar..[kasar sangat ker??]. "pandai2lah korang nak hidup" kata org2 tua.

#KataAmbo:Ramadhan just around the corner..it's a time to renovate ourselves

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL