ALS Ice Bucket Challenge bertujuan menyelamai apa yang di alami oleh penghidap penyakit ALS.
Amyotrophic Literal Sclerosis (ALS) juga dirujuk sebagai penyakit Lou Gehrig merupakan penyakit Neurodegenerative yang memberi kesan kepada sel saraf dan saraf tunjang. ALS boleh menyebabkan kematian. Kebiasaan pesakit akan mengalami lumpuh secara keseluruhan. Boleh rujuk website pertubuhan ALS.org.
Cabaran Ice Bucket kini jadi viral seluruh dunia termasuk Malaysia. Menteri sendiri pun sahut cabaran ini. Motif cabaran ini dilancarkan untuk meraih dana kepada pertubuhan ALS dan menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dunia.
Selain cabaran itu, turut dianjurkan Walk to Defeat ALS, kutipan derma selain penyebaran info kesedaran mengenai ALS.
Berkesan ke Cabaran Ice Bucket?
Kalau setakat ambil ais satu baldi, simbah atas kepala dan keseluruhan badan. Ia tidak berkesan. Malah membazir. Serta langsung tidak menyumbang apa-apa kepada pesakit ALS dan pertubuhan. Pertubuhan ALS sebenarnya lebih perlukan sumbangan dana. Bukan simbah ais semata-mata. Bila sebut pasal membazir air ini, pihak pertubuhan ALS ada meninggalkan pesanan seperti berikut:
# We encourage everyone participating in the Ice Bucket Challenge to please use common sense when accepting and executing the Challenge or issuing a Challenge to others. The ALS Association does not want any person or animal to be harmed while performing the Ice Bucket Challenge. Should there be any possible chance of harm, please consider making donation in lieu of participating in the Challenge.
# Please be thoughtful about water usage! If you’re in an area of the country or world affected by drought, repurpose the water for later use or help spread ALS awareness by becoming an ALS advocate, joining the Walk to Defeat ALS in your community, Help Fight ALS"getting involved in our fundraisers, or sharing information about this disease via social media. Or you can make a donation instead at www.alsa.org/donate
Macam mana pula dengan nasib mereka yang berada di Gaza? Tiada air, hidup bermandikan darah, ubat-ubatan tidak mencukupi. Harap masih ada yang peduli.
#KataAmbo | Gaza Bullet Bucket Challenge
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL