Aug 26, 2014

Adrenaline Rush #2 | Kepompong Hidup


 
Orang kata kalau hendak berjaya kena keluar dari kepompong, keluar dari zon selesa. Sebab bila di luar kepompong hidup sekarang, seseorang dapat belajar dan dapat rasa manis pahit kehidupan. Betul atau salah, terpulang pada tanggapan masing-masing.

Tapi apakah berada di luar kepompong itu boleh menjamin 'survivor' hidup kita ini? Ramai individu yang berjaya mereka keluar dari kepompong dan mengubah hidup mereka hingga mereka menjadi insan yang cemerlang. Itu benar!

Tapi dalam masa yang sama, ada juga yang gagal, hidup tanpa arah bila keluar dari kepompong. Boleh jadi kurang ilmu, iman goyah serta pendirian lemah menyebabkan arah tuju hilang, lalu hidup tak tentu hala macam pelayar sesat di lautan. Toleh kiri laut, toleh kanan pun laut.

Jadi tidak semudah disangka untuk menempa sebuah kejayaan. Sebab? Kejayaan itu letaknya diatas timbunan pahit, perit, manis, masam,...dan segala rasa kehidupan.Walaubagaimanapun, nekad untuk statik dalam zon selesa, hari ini sama dengan kelmarin, esok sama dengan hari ini, itu bukan langkah yang bijak.

Kita ada agama. Agama kita Islam yang meliputi segala aspek kehidupan. Al-quran dan As-sunnah..panduan dan benteng cukup ampuh juga sebagai kompas untuk melayari hidup. Kealpaan dalam berpegang dan berpanduarah pada kedua-dua perkara ini memungkinkan kita tersesat. Kemudian harinya, keluh kesah mencari u-turn untuk kembali ke pangkal jalan. Itu pun kalau tergerak hati lah untuk buat u-turn.


#KataAmbo| Bahasa Badan Reflek Kekusutan Hati.

Photobucket




No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...