May 14, 2014

Piala Dunia 2014 Tanpa Samir Nasri

Salam,

Kegembiraan merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris 2013/14 bersama kelab Manchester City bagai disentap apabila namanya tidak tersenarai antara 23 pemain utama Perancis ke Piala Dunia Brazil 2014. Itulah dia nasib Samir Nasri.

Keputusan ini jelas membuatkan teman wanita, Nasri naik berang dan memuatnaik status di twitter.

"F--k France and f--k Deschamps! What a s--t manager."

Kemudian dia sekali lagi meluahkan kekesalannya dengan mesej "Incase [sic] u didn't read my tweet properly.... Ill repeat myself..... F*CK france and f*ck deschamps!"

Berikut komen ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps
"Samir seorang pemain penting buat Manchester City, tetapi dia tidak begitu menyerlah dengan Perancis," terang Deschamps dalam saluran TV Perancis, TF1.
"Dia pemain utama di City, tetapi bukan bersama Perancis dan dia telah menjelaskan tidak gembira mengenainya. Saya rasa itu akan mempengaruhi skuad.
"Saya membina skuad terbaik, tetapi saya tidak memilih 23 pemain Perancis terbaik." 

Nasri turut memuatkan statusnya di Twitter, "Terima kasih atas mesej sokongan anda, itulah kehidupan, satu lagi Piala Dunia di rumah untuk menyedari apa yang tidak membunuh anda, membuatkan anda lebih tabah."

sumber

  Photobucket

May 13, 2014

YB Ahmad Said yang Nelang

Salam,

Dunia umpama roda. Jika dulu pernah terjadi krisis politik di negeri Perak, kali ini giliran Terengganu meraih perhatian rakyat Malaysia. Mana tidaknya tiada ribut, mahupun angin sepoi-sepoi bahasa tetiba Menteri Besarnya Dato' Seri Hj Ahmad Said dilucutkan dari jawatan tersebut.

Lebih tragis, pemecatan beliau disusuli tindakan keluar parti oleh YB Mat Said dan juga diikuti oleh beberapa lagi Adun Umno. Sadis.

Lebih menarik, ramai yang menyokong tindakan Ahmad Said yang dikatakan bersikap gentlemen apabila sanggup keluar parti selepas merasakan maruah anaknya dan beliau sekeluarga tercalar.

"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri. 
"PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya," katanya bagi menjawab soalan mengapa beliau bertindak keluar daripada Umno dan menjadi ADUN Bebas seperti dilapor Malaysiakini.
Satu lagi isu yang bakal memeningkan kepala YAB Perdana Menteri. Isu MH370 tampak seperti tiada jalan penyelesaian, begitu juga isu Lahad Datu sebelum itu. Kini krisis politik di Terengganu bakal menguji beliau.
Teringat pepatah tak rasmi orang-orang lama "Sendiri cari pasal sendiri tanggung".

Mungkin YB Mat Said tidak akan bertindak sedemikian rupa jika ada budi bicara dari PM sendiri seperti diminta YB Mat Said itu. Siapa tak kenal YB Mat Said, orang nelang Terengganu.

Buat masa sekarang jadi trending isu politik Terengganu. Berita hangat berlegar kini, tindakan keluar parti beberapa lagi wakil rakyat Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas. Persoalannya juga, adakah akan ada pertukaran tampuk pemerintahan di Terengganu? Itu yang menarik minat penyokong setia parti pembangkang Terengganu - Pas - buat masa ini.

  Photobucket

May 8, 2014

Jaga-jaga Fenomena El Nino bakal landa Asia Tenggara

Salam,

Ketidaktentuan iklim dunia semakin menjadi-jadi. Kali ini pengkaji cuaca United Kingdom meramal fenomena El Nino bakal melanda Asia Tenggara.

Apa itu El Nino?

El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik.

Ia boleh menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia dan antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan sementara di kawasan lain, berlaku kemarau berpanjangan.


Sementara itu, Pengarah Institut Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Air, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr. Abdull Rahim Mohd. Yusoff berkata El Nino biasanya berlaku setiap dua hingga empat tahun sekali.

Prof. Dr. Abdull Rahim berkata, ukuran kekuatan El Nino di tahap yang kuat, boleh menyebabkan kekurangan air dan bekalan makanan akibat dari musim kemarau melampau dan antara tanda-tanda awal El Nino yang sudah dapat dilihat adalah statistik taburan hujan yang kurang daripada normal sejak kebelakangan ini.

``Bibit-bibit El Nino sudah mula kelihatan pada awal tahun ini yang mana menyaksikan taburan hujan yang amat sedikit daripada biasa, kurang daripada 50mm bagi sesetengah tempat. ``... dan jika benar El Nino akan melanda Malaysia, seharusnya pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan bekalan air mesti lebih bersedia lebih awal dalam menghadapi fenomena itu,'' katanya.

Malaysia pernah mengalami fenomena ini pada 1998, di mana suhu tertinggi iaitu 40.1 darjah Celsius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pada 9 April 1998. Sementara itu, Jabatan Meteorologi mengesahkan ada pemantauan ramalan fenomena El Nino yang dilaksanakan oleh WMO Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail yang dihubungi berkata setakat ini laporan yang diterima pada 15 April, ialah berlakunya pemanasan suhu permukaan laut di Lautan Pasifik sepanjang Januari sehingga April. - BERNAMA

Cerita lanjut rujuk >> sumber

Beristighfarlah saudara supaya kita terselamat dari bencana dan diberi kekuatan dari Allah untuk mengharungi segala dugaan dan ujian.

Photobucket

Kelantan Tanpa Prince Tagoe

Salam,

Persatuan Bola Sepak Terajang Malaysia (FAM) buat silap lagi. Kali ini mangsanya pasukan Kelantan lagi. Niat mendapatkan khidmat Prince Tagoe sebagai penyerang import tidak kesampaian. Apa silapnya FAM?


Baca laporan dibawah ni.

Ketua Pegawai Eksekutif The Red Warriors Sdn Bhd, Kevin Ramalingam berkata, pihaknya telah memohon ITC bagi memastikan pendaftaran Tagoe semasa jendela perpindahan kedua berjalan dengan lancar. “Kami berdepan masalah dengan bekas kelab Tagoe, di mana mereka tidak membayar tiga bulan gaji kepadanya dan sepatutnya kontraknya terbatal serta-merta.

“Disebabkan FTF masih menangguhkan pengeluaran ITC, bila kami mendaftar menerusi Sistem Pengurusan Perpindahan (TMS) kena selari dengan Tunisia, namun Tunisia tidak menjawab. “Pada hari terakhir, mereka (Tunisia) memberi jawapan bahawa mereka menolak permohonan kami kerana pemain itu masih mempunyai kontrak dengan kelab.

“Apabila perkara ini berlaku, iaitu pemain ada masalah dengan kelab, Fifa ada kuasa untuk mengeluarkan ITC sementara, kerana Fifa pastinya tidak mahu karier pemain terjejas,” katanya. ">Kevin berkata, pihaknya menjangkakan akan mendapat ITC sementara sebaik permohonan itu ditolak FTF, tapi sebaliknya mereka difahamkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima penolakan tersebut.

“Mereka (FAM) sepatutnya membiarkan kes itu ditangguhkan, tapi apa yang FAM buat adalah menerima penolakan itu, jadi kes itu sudah dikeluarkan daripada TMS. “Apabila kes itu dikeluarkan, Fifa memberitahu kami bahawa mereka tidak boleh mengeluarkan ITC kerana kes sudah ditutup," katanya.

Cerita lanjut boleh rujuk >> sumber

  Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...