Apr 10, 2014

Sel-sel Otak Belum Berhubung

Salam,

Tak sampai 5 minit ambo on laptop bagi menyiapkan pre-lab untuk experiment High Voltage terlintas di fikiran ambo tentang persoalan kenapa ambo masih terkebil-kebil untuk mendaki kejayaan? Paling tidak pun capai setiap matlamat yang ditetapkan.

Takdir dan ketentuan Allah itu mana mungkin kita ketepikan sedangkan setiap yang berlaku adalah atas kehendak dan rahmat dari-Nya. Cuma dari sudut yang berlainan, dapat ambo simpulkan, puncanya adalah terlalu banyak matlamat dan kesemuanya adalah samar-samar.

Matlamat tidak jelas. Sekadar atas angin dan berlegar-legar diruang angan-angan. Seringkali bila buntu, ambo akan capai pen dan kertas dan mula mencatit punca visi ambo gagal dicapai. Tapi sayang seribu kali sayang ia cuma sembang je lebih. Sembang kencang, pokok pun boleh tumbang.

Mungkin ambo perlu kecilkan skop matlamat dan mulakan gerak kerja untuk jayakan misi yang kecil sebelum halakan mata panah untuk sesuatu yang lebih besar. Haihh..bermotivasi sungguh pagi ni. Kesan minum Horlick barangkali. Maka sel-sel otak pun mula berhubung.

Hmm..permulaan pagi yang positif bila ada semangat untuk jadikan hari ini lebih baik dari semalam.

#Jiwa Kental Hidup Bertuhan. Jika berkesempatan layari blog ni.



#KataAmbo:Maggi sudah kembang. Sarapan dulu la kita.
Photobucket

Apr 9, 2014

"Warrior" Tak Cukup Power

Salam,

Pasukan lawan yang terlajak power atau taktikal yang digunakan Steve Darby yang tak menjadi? Ambo bukan pakar taktikal untuk menilai sejauh mana aksi skuad Kelantan, tapi kekalahan demi kekalahan ditambah aksi yang hambar membuatkan ambo jadi bosan.

Pentas AFC 2014 mungkin sudah boleh dilupakan. Tak perlu cakap banyak, alihkan fokus untuk saingan Liga Super dan Piala FA yang mana ia tiket ke Piala AFC tahun depan.

Suara-suara menyeru Steve Darby berundur makin kuat. Begitu juga dengan penyerang import Forkey Doe. Status terbaru Tan Sri Annuar Musa di facebook pun seperti memberikan isyarat akan ada perubahan terutamannya kepada pemain-pemain yang tidak memenuhi KPI yang ditetapkan.  Tunggu dan tengok je laa.



Ishh..hilang mood bila tengok game Kelantan berakhir dengan kekalahan. Biasa kalau stress pergi mandi dan tidur. Tapi masalahnya air pulak catu.


#P/S:Hilang punca.
Photobucket

Apr 2, 2014

Mana Perginya Bad Storyteller?

Salam.

Entri terakhir dalam blog ini pada 11 Februari yang lalu. Dihitung kira sudah lebih sebulan ambo biarkan blog ini bersawang. Serius lama la wehh.

Sumpah dalam tempoh tersebut kepala ambo tak pernah lupakan blog picisan Bad Storyteller ni. Mana mungkin boleh lupa sebab inilah medan untuk ambo merapu meraban. Orang nak kritik mahupun kutuk lantaklah, ini blog aku yang punya. The power is in your fingertips. Tak suka boleh klik link yang lain.

Buat masa sekarang ambo tak fikir untuk kembali aktif berblogging seperti mana dulu. Biarkan saja blog ini sebegini. Biarkan google rank yang menentukan kat ceruk mana dia nak letak blog ini. Sudah tak rasa kemaruk nak jadi femes macam blogger lain seperti mana di awal  menguar-uarkan blog ini kepada umum.

Dunia sudah berubah bro. Haha.

Tapi sekali sudah terjebak tak mungkin untuk ambo terus tinggalkan dunia blogging. Dunia ini seronok, menarik, awesome. Insyaallah ambo akan kembali.

Sebenarnya apa yang ambo dapat menerusi dunia blogging ini?

1. Boleh kenal dunia di sebalik tabir blog, website dan seangkatannya.
2. Dapat hadiah top up RM10. RM 10 je?...janji dapat.
3. Dapat baju free.
4. Dapat hadiah tunai RM XXX. Sikit? Ok lah. Mana ada orang yang nak bagi duit mentah-mentah walaupun RM 10. Gomen nak bagi Baucer Buku RM250 pun letak macam-macam syarat.
5. Dapat tahu ramai awek-awek cantik jadi blogger...hahah.Yang ni celaka.!
6. Banyak perkara yang selama ini ambo terlepas pandang, tapi bila ada blog, selalu online, jadi lebih-lebih nak ambil tahu.
7. ..sampai situ je lah kot. Dengan rank alexa 17 juta, siapa la sangat datang lepak sini. Hik..hik..dush..dush!

Dalam tempoh ambo biarkan blog ini bersawang, ada beberapa perkara yang ambo terfikir untuk buat.

1. Buat blog baru. Dengan domain yang berbayar. Dapat dot com pun jadilah.
2. Ubah style blog. Tak main tangkap muat.
3. Cari template yang nampak lebih professional..cehh.ceh!
4. Letakkan misi & visi. Bukan blog ikut arus perdana yang tak menentu. Kadang bergelora kadangnya tenang.
5. Yang penting lebih bertauliah. Beretika. Bukan sekadar jadi wartawan segera. Post entri asal boleh je janji dapat banyak trafik. Tapi sumber ceritanya entah dari mana.
6. ..cukup sampai sinilah ambo merapu.! Semua itu tak mungkin jadi kenyataan dalam masa terdekat ini.


#KataAmbo::Dream to be a GOODSTORYTELLER.
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...