Salam.
Demam piala dunia FIFA 2014 yang akan berlangsung di Brazil semakin membara. Kejohanan bola sepak terulung akan bermula 13 Jun 2014 dengan dimulakan dengan perlawanan Brazil vs Croatia. Jadi sebelum kita menyaksikan aksi bola sepak terulung dunia, disini ambo kongsikan profil beberapa pasukan yang bertanding.
BRAZIL
Tak berseri kejohanan piala dunia tanpa pasukan ini. Terkenal dengan corak permainan "samba", kali ini Brazil turun sebagai pasukan tuan rumah. Setiap posisi dalam skuad samba Brazil cukup mantap apabila dibarisi pemain-pemain utama yang bermaustatin di kelab-kelab utama Eropah. Edisi Piala Dunia 2014 ini Brazil diundi dalam kumpulan A bersama-sama Mexico, Croatia dan Cameroon. Kejayaan merangkul kejuaraan Piala Konfederasi, bersempena 100 hari menjelang piala dunia Brazil lalu, meletakkan Brazil antara calon popular untuk muncul juara untuk kali ke-6.
SEPANYOL
Penyandang juara FIFA piala dunia 2010 di Afrika Selatan. Menerajui ranking teratas FIFA sekali lagi Sepanyol antara pilihan untuk menyerlah di Piala Dunia Brazil 2014. Namun prestasi kurang menyerlah pasukan Barcelona yang ditunjangi majoriti pemain kebangsaan Sepanyol membuatkan ramai ralat untuk memilih Sepanyol sebagai calon juara. Tapi jangan lupa, skuad penyandang juara ini dibarisi barisan pemain dari juara La Liga, kelab Atletico Madrid ( David Villa dan Diego Costa) dan juara Champion League, Real Madrid. Apa-apa pun skuad yang tampil dengan taktikal "Tiki Taka" tetap power. Pesaing pasukan ini dalam kumpulan B ialah Chile, Australia dan Belanda.
BELGIUM
Tetiba nama pasukan ini muncul antara pesaing terhebat untuk piala dunia 2014 ini. Muncul pasukan terawal dari benua Eropah menempah tempat di Piala Dunia Brazil 2014, Belgium dipilih antara pasukan yang digeruni kali ini. Majoriti pemain Belgium antara pemain utama kelab-kelab di BPL. Eden Hazard, Lukaku, Mignolet, Vincent Kompany dan Januzaj ,sekadar menyebut beberapa nama, pasti ramai peminat bola sepak menanti-nantikan aksi Belgium di Brazil. Diundi dalam kumpulan H bersama Algeria, Russia dan Korea Selatan ambo pilih Belgium untuk melepasi kumpulan ini.
ITALI
Itali juara 2006. Namun aksi di piala dunia Afrika Selatan amat menyedihkan apabila tercorot dalam kumpulan. Kali ini skuad Itali kurang diberi perhatian dan diramal tak mampu pergi jauh. Prestasi kelab-kelab Itali dipentas eropah juga hambar. Nanti tengok la sejauh mana skuad Azzuri ni mampu mara. Di Brazil Itali di undi dalam kumpulan D bersama Uruguay, England dan Costa Rica.
JERMAN
Dari 19 edisi piala dunia FIFA, Jerman muncul antara 4 pasukan terbaik dalam 11 edisi termasuk dalam 3 edisi yang terakhir iaitu Piala Dunia KoreaJapan, Germany dan South Africa. Profil yang cukup hebat. Pasukan di tangga ke-2 ranking FIFA, Jerman sekali lagi hadir ke Brazil dengan barisan pemain serba mantap terutamanya di posisi midfield. Mario Gotze, Mesut Ozil, Thomas Muller, Podolski dan Toni Kroos antara bintang taruhan skuad Joachim Low. Percaturan Joachim Low pasti sedikit terjejas apabila Marco Reus terpaksa melupakan piala dunia Brazil akibat kecederaan saat akhir. Diundi dalam kumpulan D yang agak sukar, bersama-sama Ghana, Portugal dan USA. Tanpa ragu-ragu, Jerman antara calon juara Piala Dunia Brazil 2014 nanti.

ENGLAND
Skuad England ini jarang diberi harapan untuk muncul juara. Namun kelibat pasukan ini senantiasa mengerunkan pasukan lawan. Kali ini barisan pemain England agak mengancam. Kehebatan trio Daniel Sturridge, Sterling dan Steven Gerrard bersama Liverpool dalam BPL musim ini jadi taruhan terbaik skuad Three Lions di Brazil. Pernah muncul juara piala dunia 1966, England selalunya tiada masalah untuk melepasi peringkat kumpulan. Nantikan aksi England dalam kumpulan D bersama-sama Uruguay,Costa Rica dan Itali di Piala Dunia Brazil 2014. Huhh! kumpulan maut ni.
SEPANYOL
Penyandang juara FIFA piala dunia 2010 di Afrika Selatan. Menerajui ranking teratas FIFA sekali lagi Sepanyol antara pilihan untuk menyerlah di Piala Dunia Brazil 2014. Namun prestasi kurang menyerlah pasukan Barcelona yang ditunjangi majoriti pemain kebangsaan Sepanyol membuatkan ramai ralat untuk memilih Sepanyol sebagai calon juara. Tapi jangan lupa, skuad penyandang juara ini dibarisi barisan pemain dari juara La Liga, kelab Atletico Madrid ( David Villa dan Diego Costa) dan juara Champion League, Real Madrid. Apa-apa pun skuad yang tampil dengan taktikal "Tiki Taka" tetap power. Pesaing pasukan ini dalam kumpulan B ialah Chile, Australia dan Belanda.
BELGIUM
Tetiba nama pasukan ini muncul antara pesaing terhebat untuk piala dunia 2014 ini. Muncul pasukan terawal dari benua Eropah menempah tempat di Piala Dunia Brazil 2014, Belgium dipilih antara pasukan yang digeruni kali ini. Majoriti pemain Belgium antara pemain utama kelab-kelab di BPL. Eden Hazard, Lukaku, Mignolet, Vincent Kompany dan Januzaj ,sekadar menyebut beberapa nama, pasti ramai peminat bola sepak menanti-nantikan aksi Belgium di Brazil. Diundi dalam kumpulan H bersama Algeria, Russia dan Korea Selatan ambo pilih Belgium untuk melepasi kumpulan ini.
BELANDA
Belanda @ Holland @ Netheland macam-macam nama untuk skuad The Oranje. Muncul naib juara piala dunia 2010 apabila tewas kepada Sepanyol, skuad oren ini tetap ada peluang untuk mara jauh. Namun tak ramai yang memberi harapan untuk skuad ini muncul juara Piala Dunia Brazil 2014. Satu kumpulan dengan Sepanyol dalam kumpulan B yang turut menempatkan Chile dan Australia.
ITALI
Itali juara 2006. Namun aksi di piala dunia Afrika Selatan amat menyedihkan apabila tercorot dalam kumpulan. Kali ini skuad Itali kurang diberi perhatian dan diramal tak mampu pergi jauh. Prestasi kelab-kelab Itali dipentas eropah juga hambar. Nanti tengok la sejauh mana skuad Azzuri ni mampu mara. Di Brazil Itali di undi dalam kumpulan D bersama Uruguay, England dan Costa Rica.
PERANCIS
Persiapan saat akhir Perancis sedikit terjejas apabila pemain utamanya, Frank Ribery terlepas aksi piala dunia 2014 apabila dilaporkan cedera. Skuad Les Blues ini rata-rata dibarisi pemain muda. Antara taruhan skuad ini di Brazil nanti, Karim Benzema, Yohan Cabaye dan Giroud. Satu kumpulan dengan Switzerland, Ecuador dan Hondorus. Piala Dunia France 1998 muncul juara, Piala Dunia KoreaJapan 2002 terkandas peringkat kumpulan, Piala Dunia Germany 2006 ke pentas final, dan Piala Dunia South Africa 2010 terkandas peringkat kumpulan. Jika turutan berikut dijadikan sandaran, skuad muda Perancis mampu pergi jauh kali ini. Namun jika aksi piala dunia luar benua Eropah jadi kriteria, Perancis perlu usaha lebih.
JEPUN
Sandaran benua Asia di pentas piala dunia. Skuad "samurai" Jepun semakin menyengat di pentas piala dunia terutamanya selepas menjadi tuan rumah bersama Korea Selatan Piala Dunia 2002. Piala Dunia South Afrika 2010, Jepun mara ke pusingan 16 terbaik. Bintang Man United, Shinji Kagawa antara taruhan Jepun. Sebahagian pemain Jepun ramai yang berkelana di Eropah. Pasti skill individu pemain Jepun akan membentuk skuad terbaik Jepun kali ini. Piala dunia Brazil nanti, Jepun bersama Columbia, Greece dan Ivory Coast dalam kumpulan C.
ARGENTINA
Seperti juga Brazil, Argentina antara pasukan yang jadi perhatian di setiap edisi piala dunia. Edisi piala dunia 2010, tewas kepada Jerman di suku akhir. Mantan juara piala dunia 1978 dan 1986, tampil di Brazil dengan barisan pemain yang agak mantap. Sergio Aguero,Zabaleta dan Demichelis yang masih segar dengan kejuaraan liga BPL bersama Man City antara taruhan Argentina. Kelibat Argentina turut disertai pemain terbaik dunia, Lionel Messi yang pasti pengerak skuad ini di piala dunia. Lain-lain pemain bintang yang membarisi skuad ini Higuain, Di Maria dan Lavezzi. Andai taruhan utama Argentina dapat menyerlah, Argentina adalah calon juara Piala Dunia Brazil 201. Bosnia&Herzegovina, Iran dan Nigeria jadi pencabar Argentina dalam kumpulan F. Tak jadi masalah kot Argentina mara jauh.