salam
Lama ambo tak singgah ke dalam dunia bawah tempurungku ini.
Alhamdulillah hari ini sudah lebih seminggu ambo kerja. Meskipun kekadang terasa bosan yang teramat sangat yang boleh sampai ke tahap membunuh (boring nok mapuh) tapi kali ini ambo kena sabar..kalau tidak tak terbayarlah sewa rumah kat shah alam sana..
Balik saja dari kerja tanpa sempat menukar baju ambo terbaca('ter'baca bunyi macam tak sengaja) surat khabar Utusan dengan tajuk utama terpampang jelas "KURIKULUM MEMANDU BARU"..
Motif kurikulum baru ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk melahirkan pemandu yang betul-betul cekap dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kemalangan jalan raya. Baca dan baca lagi katanya akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini selepas tertangguh sejak 2007.
Belek pula muka surat seterusnya ada pula berita seorang pelajar maut dilanggar kereta semasa melintas jalan raya. Pemandu kereta yang melanggar mangsa dikatakan asyik berbalas sms semasa memandu. Kalau macam itulah gayanya buat kurikilum macam mana sekalipun pun tetap tak guna juga.
#KataAmbo | tak sabar nak bergelar pemandu berhemah hasil kurikulum baru..insyaallah!!

Huh..Memandangkan lesen kereta ambo yang masih tertangguh setakat lesen 'L' dan masih tak tahu lagi bila boleh sambung balik.. nampak gayanya mungkin akan kena ikuti kurikulum baru ini..
Alahai apa jenis kurikulum baru laa yang nak diperkenalkan..tapi ambo tak berapa kisah sangat kurikulum baru atau lama. Pergi mampus lah. Janji yuran tak naik.