Jun 8, 2015

Gempa Bumi Ranau: Bertabahlah Sabah

Assalamualaikum w.b.t

Agak janggal bila mana akhbar-akhbar arus perdana mahupun mana-mana media massa menyiarkan berita gempa bumi di Sabah. Kita sedia maklum bahawasanya bumi Malaysia sebuah bumi bertuah. Terkeluar dari landasan gempa bumi mahupun gunung berapi sedangkan negara-negara sekeliling seperti Indonesia, Filipina sentiasa berdepan malapetaka bencana alam berkenaan. Tetapi sebenarnya tidak.

Minggu ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan bencana gempa bumi magnitude 6.0 scala ritcher di Ranau Sabah. Lebih tragis ia melibatkan korban nyawa. Gempa pada skala tersebut dikategorikan sebagai sederhana. Namun tetap mencemaskan sesiapa sahaja yang berada di lokasi terlibat.


Bencana gempa bumi di Sabah itu adalah peringatan paling jelas untuk semua rakyat Malaysia sebenarnya. Peringatan supaya jangan lagi alpa mahupun lalai. Tiada lagi zon selesa untuk rakyat Malaysia ber'gila-gila' tak ingat dunia. Bencana kian menghampiri kita.

Bumi yang didiami ini bukan hak mutlak kita rakyat Malaysia, ia milik Allah. Dan bumi ini tersangatlah tua usianya dengan kerosakan di sana sini. Meniti hari menuju pengakhiran.

Bertabahlah rakyat Sabah, musibah yang menimpa orang-orang Sabah terutamanya di Ranau juga merupakan musibah untuk seluruh rakyat Malaysia. Peringatan dan pengajaran pastinya tersirat disebalik musibah itu. Bukan untuk diteladani rakyat Sabah sahaja, tetapi seluruh Malaysia termasuk di semenanjung.


Lanjut mengenai gempa bumi di Ranau Sabah >> Astro Awani

Photobucket

May 11, 2015

Cakap Tidak Serupa Bikin


Apa demo (kamu) akan buat bila berdepan dengan malaun-malaun seperti ini? Atau demo sendiri yang malaun yang cakap tidak seperti bikin.

Hari ini cakap lain. Esok pusing 360 darjah cakap lain. 

Satu hal lagi jenis yang bagi ceramah nasihat berjela, walhal dia sendiri pun tak buat. Gelaran orang muda bajet bagus. Jenis malaun macam ini bagaimana pula demo berunding?

Di sini sekadar berkongsi, lebih kepada peringatan untuk diri sendiri. Ambo kongsi petikan ayat ke 2 dan 3 surah As-Saff. Peringatan untuk kita supaya berpegang pada janji. Dan mengotakan apa yang dikata. Walk the talk!





Sekali baca terpalit atas batang hidung sendiri.

#KataAmbo::KuatLipakkk @ Kaki kencinggg
Photobucket

Apr 19, 2015

Lompat Kerja Dengan Professional & Ada Gaya

Assalamualaikum w.b.t


Budaya lompat kerja bukan satu fenomena baru dan pelik. Tawaran gaji yang lebih besar dari syarikat lain semestinya satu peluang yang tidak boleh dilepaskan.

Geng-geng orang muda terutamanya fresh graduate selalu suka main lompat-lompat kerja nih. Kekadang bukan kejar kemewahan semata-mata. Tapi harus diingat, graduan yang keluar universiti bukan hanya keluar dari menara gading dengan segulung ijazah semata-mata tetapi turut diheret bersama hutang-piutang PTPTN. Maklumlah bukan senang nak hidup zaman GST ni.

Permulaan kerjaya adalah satu fasa yang agak kritikal bagi ambo. Lebih-lebih lagi dalam menanti gaji bulan pertama. Tapi selalunya gaji pertama yang masuk tu tidak lama bermaustatin dalam bank. Banyak yang mengalir keluar bagi melunaskan hutang. Maklumlah nak tunggu gaji pertama masuk pinjam sana pinjam sini dulu.

Jadi panggilan 'manja' dari company yang boleh menawarkan gaji yang lebih besar umpama memberikan air kepada orang yang haus.

Gosip-gosip kerjaya dengan teman-teman terutamanya yang baru memulakan kerjaya, ramai sedang rancak merencana mencari lubang kerjaya yang lebih masyuk.

Tapi awas!! Lompat kerja pun ada caranya. Perlu perancangan yang betul. Bukan main berambus tanpa sebarang bicara. Orang kata, "do it professionally!"

Tip ringkas yang ambo petik dari The Star. Cuma butiran-butiran penting saja:

"The golden rule of leaving any employer. Don't burn bridges"

  • Plan your promotion
  • Hire your replacement
  • Close up shop
  • Exit honestly

#KataAmbo::Cari peluang kerja atau cipta peluang kerja.

Photobucket

Apr 3, 2015

Peminjam PTPTN Lupa Daratan



AWAS!! Gambar diatas mungkin sedikit berbaur politik. Harap boleh ambil yang jernih dan asingkan ketepi yang tak elok. Apa yang di'highligh'kan bukan isu politik. Tapi perihal kelakuan peminjam PTPTN dalam kalangan pelajar IPT.

Ambo pernah bergelar pelajar IPT dan merangkap peminjam PTPTN. Tidak dapat dinafikan memang ramai peminjam PTPTN yang tak sedar yang duit yang masuk ke akaun setiap awal semester dari PTPTN itu berstatus pinjaman dan bukan biasiswa pun. Pantang masuk saja duit PTPTN terus kemaruk nak belanja itu dan ini.

Poyo nya mengalahkan orang sudah berkerjaya. Mereka lupa setiap sen yang masuk ke akaun mesti dibayar dikemudian hari. Lainlah kalau graduate dengan ijazah kelas pertama. Tak pun anak orang kaya yang saja-saja gian nak merasa juga duit PTPTN.

Mohon yang berkesempatan membaca coretan ambo dan anda dalam kalangan peminjam PTPTN. tolong hadam baik-baik apa yang cuba dikongsikan dalam gambar diatas. *abaikan kak jat yang sebelah kanan!

Betul atau tidak apa yang diperkatakan itu letak tepi. Tapi hakikatnya memang ada diluar sana pelajar yang meminjam PTPTN lupa hakikat pinjaman itu untuk tampung yuran dan kos sara hidup sepanjang pengajian bukan untuk berjoli sakan.

#KataAmbo::Pokai sepanjang masa.
Photobucket

Feb 5, 2015

Dilema Pemburu Kerja

Salam,,

Berdebar menunggu 13 Februari. Ada apa dengan 13 Februari? Ada kumpulan baju-baju berkaler nak buat rusuhan ke?

Bukan!

13 Februari tarikh pengumuman keputusan peperiksaan akhir semester Sep 2014/Jan 2015. Hari yang akan jadi titik pemisah antara dua zaman. Zaman belajar dan zaman kerjaya dan mungkin diselangi zaman menganggur. Tapi minta dijauhkan. Tapi itulah dilema yang harus dihadapi oleh setiap yang bakal bergelar graduan.

Bakal graduan tahun 2015, di mana peramal ekonomi meramalkan 2015-2016 tahun kemelesetan ekonomi bukan setakat di Malaysia malah di dunia. Sadis dan pilu bunyinya.

Tapi itulah hakikat. Dan disebabkan hakikat itulah ramai memilih untuk memulakan bisnes sendiri. Dan disebabkan nak buat bisnes tapi tak ada ilmu maka ramailah yang terjerumus ke lembah MLM. Macam-macam peel la orang zaman sekarang. Nak kaya sambil goyang kaki dan selfie.


Hujung minggu ni ada career fair dekat klcc. Tunggu tengoklah berapa ramai graduan akan serbu booth syarikat yang jadi peserta career fair anjuran gradmalaysia itu nanti. Setiap zaman ada cabaran-cabarannya yang tersendiri. Pandai-pandailah generasi sesuatu zaman itu untuk mengolah cabaran jadi peluang.

#KataAmbo::Anggur ku tanam masam rasanya.
Photobucket

Dec 18, 2014

Hooligan Bola Sepak Menangis


Masih ingat kejadian penyokong Vietnam dibelasah hooligan bola sepak Malaysia di Stadium Shah Alam semasa perlawanan separuh akhir 1 Piala AFF Suzuki 2014 baru-baru ini. Dalam aksi tersebut, Harimau Malaya tewas 1-2 kepada Vietnam. Kejadian yang jelas memalukan imej Malaysia di mata Asean dan dunia. Dan kini hooligan-hooligan ini dikhabarkan menangis teresak-esak dikandang pertuduhan mahkamah.

Siapa sangka disebalik topeng mesin rumput ada insan hati tisu. Berlagak samseng tapi bercucuran air mata pabila berdepan pertuduhan hasil dari tindakan bodoh sendiri. Bukan budaya hooligan yang jadi cara terbak untuk tingkatkan mutu bola sepak negara mahupun memeriahkan industri sukan bola sepak di Malaysia ini. Malah tak membantu langsung dan berpotensi membantutkan perkembangan sukan tersebut.

#KataAmbo | Hooligan cap ayam
Photobucket
 

Nov 4, 2014

7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT


Selamat pagi dunia. Selamat pagi makhluk Allah di segenap penjuru alam. Tips untuk ceria sepanjang hari adalah dengan mulakan hari dengan positif. Kawan, teman, member, geng. Macam-macam istilah orang bagi untuk sebuah persahabatan. Tahukah kita yang kawan atau teman boleh dibahagikan kepada 7 jenis. Jadi ambo kongsikan 7 jenis persahabatan yang mana dari 7 hanya 1 yang sampai ke akhirat. 

Persahabatan yang macam mana tu? Dan jatuh dalam jenis yang ke berapakah kita? Ambo kongsikan info berikut yang dipetik dari IG abby_abadi112.

1. TA'ARUFFAN Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. TAARIIKHAN Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya. 

3. AHAMMIYYATAN Persahabatan yang terjalin kerana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya. 

4. FAARIHAN Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya. 

5. AMALAN Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya. 

6. ADUWWAN Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semutpun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT: "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120) Rasulullah SAW mengajarkan doa: "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan." 

7. HUBBAN LIMAANAN Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam di penghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala. 

Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP di Akhirat. Yang TINGGAL hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT: "Pada hari itu (Kiamat) sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf : 67) Semoga persahabatan kita bertambah erat dan sentiasa diberkati kerana Allah SWT. Aamiin...!!! 


#KataAmbo|Ramai kawan bila masa senang.
 

Photobucket

Oct 29, 2014

Benarkah Aku Sudah Taubat?



Masih melakukan dosa, sedangkan sudah berkali-kali melakukan taubat?

Hakikat orang yang melakukan maksiat ini adalah penat. Mereka kepenatan kerana dibebani dengan bebanan dosa yang banyak. Jiwanya sentiasa resah dan gelisah dek perbuatan dosanya itu. Akhirnya, dia kembali bertaubat dan beristighfar kerana menginginkan kerehatan pada jiwanya. Bukan kerana takutkan azabNya. '

Setelah kembali tenang jiwanya, dia kembali melakukan maksiat sehingga berasa penat dan resah kembali. Lalu, dia kembali kepada taubat dan istighfar bagi menghilangkan kepenatan dan keresahannya itu. Begitulah keadaannya orang yang menjadikan taubat itu sekadar tempat untuk menenangkan jiwanya semata tanpa rasa takut akan azab Allah yang sangat pedih dan berharap supaya taubatnya diterima.

Kesannya, dia akan terus melakukan maksiat sekalipun sudah berkali-kali melakukan taubat. Na'uzubillahiminzalik...

Terasa apa yang diperkatakan di atas datang menerpa ke atas batang hidung sendiri dan menusuk ke jantung hati. Memang kita begitu kan? Jangan tipu diri sendiri untuk jadi lebih baik. Terbuka dan terima saja teguran dan nasihat. Boleh jadi itu teguran secara tidak langsung dari Tuhan Ya Rahman Ya Rahim. 

#KataAmbo | Dipetik dari IG FedtriYahya.
Photobucket

Oct 23, 2014

Allah Telah Aturkan Hidup Aku


Resah dan gelisah. Gundah dan gelana. Silih berganti dari hari ke hari. Apakah belum mencukupi nikmat Allah untuk ambo kecapi? Atau ambo sahaja masih buta hati, tidak melihat begitu banyaknya nikmat yang Tuhan anugerahi.

Diuji dengan cuma sekelumit resah dan permasalahan. Berdepan ragam duniawi dan perangai manusia yang kadang begitu kadang begini; macam-macam peel. Itupun sudah goyah dan hilang akal dari bersyukur akan nikmat Allah yang terus menerus tercurah.

Lupa seketika, bahawasanya garis masa hidup ini sememangnya sudah ditentukan Allah. Dan semuanya dalam genggaman Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Ya Rahman Ya Rahim. Diberi kita nikmat untuk diuji sejauh mana disyukuri, dan diberi musibah untuk diuji sejauh mana kita tabah.


#KataAmbo | Hidup yang fleksible.
Photobucket

Oct 22, 2014

Ustaz Iqbal Zain Jawab Tohmahan Beri Sokongan Kempen I Want To Touch A Dog

Macam-macam hal dan macam-macam perangai rakyat Malaysia sejak kebelakangan ni. Perkara pelik di Malaysia boleh dikatakan silih berganti. Terbaru ada program penuh kontroversi telah dianjurkan oleh pihak tak bertanggungjawab lagi jahil. Program " I Want To Touch A Dog" dianjurkan asalnya dengan niat untuk memupuk rasa kasih sayang masyarakat terhadap anjing.
 
Maka ramailah yang sertai program ini termasuk orang Islam yang kemaruk nak pegang anjing. Di uploadnya gambar-gambar sedang mengusap anjing. Rata-rata anak muda Melayu beragama Islam. 

Kempen itu sudah satu hal. Yang turut jadi isu, apabila terdapat seorang ustaz telah dituduh oleh pengguna media sosial sebagai turut sama bersekongkol dengan program ini. Walhal kehadiran ustaz ke program ini, adalah semata-mata memenuhi undangan untuk memberi ceramah atau tazkirah mengenai sifat kasih sayang terhadapt haiwan dalam Islam. 

Ustaz ini sebenarnya sudah jelaskan dalam ceramah beliau, tentang keadaan bagaimana seharusnya kita sebagai orang Islam dibolehkan memegang anjing. Antaranya untuk tujuan merawat anjing yang tercedera sebagai contoh dan sama sekali dilarang dan haram untuk menyentuhnya untuk suka-suka tanpa tujuan mustahak.

Tapi itulah bodohnya mereka yang dengan selamba pergi peluk, cium dan bergambar dengan anjing. Pakai tudung bukan main lagi. Ishh!! Tak faham konsep kasih sayang terhadap binatang dalam Islam yang sebenarnya.

Berikut penjelasan penuh Ustaz Iqbal bagi menangkis tohmahan tak berasas yang dilemparkan terhadap beliau:
Assalamualaikum,

Alhamdulillah dan segala syukur untuk Allah SWT. Cuaca sosial media pada ketika ini agak panas berhubung program "I Want To Touch a Dog", yang saya terlibat secara langsung di dalamnya untuk memberi perkongsian ilmu, setelah mendapat tahu program ini telah mendapat izin dari pihak MAIS.
Pada awalnya, penganjur program, Syed Azmi, menjemput saya untuk mengisi slot ilmu. Saya merasakan ini adalah peluang yang baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada Muslim dan non-Muslim, dan alhamdulillah sehingga kini mereka masih menghubungi saya untuk bertanyakan perihal Islam dengan lebih lanjut.
Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul.
Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab. Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya.
Saya memenuhi jemputan ini, dan menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum-hakam yang jelas menurut mazhab Syafi'e, seperti yang terdapat dalam fatwa JAKIM. Dibawah ini saya sertakan lampiran yang difotokopi sebanyak 500 helai dan diedarkan kepada mereka yang hadir.
Saya ingin JELASKAN disini bahawa saya TIDAK BERSETUJU dengan aksi peluk,cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program.
Saya juga jelas menerangkan,tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu.
Saya terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya yang seolah-olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum hakam tidak disebutkan oleh pihak media .
Saya memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku. Iktibar dan pelajaran yang berharga saya perolehi dari apa yang telah berlaku. Saya mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat dilakukan dalam suasana
yang lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat.
Terima kasih di atas segala kritikan dan teguran yang membina. Saya yakin segalanya ada hikmah dari Allah. Semoga dengan pengalaman ini mematangkan lagi diri saya dalam liku-liku perjuangan dakwah.


Jadi mari sama-sama kita lihat sedutan rakaman video ceramah ustaz Iqbal Zain Al Jauhari:   


#KataAmbo | Ilmu untuk semua. Tentu ramai yang baru tahu.
Photobucket

Oct 19, 2014

Sindiket Disebalik Iklan Perkhidmatan Pengemas Rumah Di Internet


Zaman sekarang kejahatan ada dimana-mana. Pantang leka sedikit adalah yang jadi mangsa. Terbaru ambo petik dari perkongsian rakan group facebook yang berkongsikan pengalaman beliau ditipu dan menjadi mangsa samun oleh sindiket amah warga asing. Siapa dalang disebalik kes tersebut wallahualam. 

Mangsa seorang warga OKU telah mendapatkan khidmat amah untuk melakukan kerja-kerja mengemas rumah. Perkhidmatan mengemas rumah oleh warga asing dipercayai Indonesia, diperolehi oleh mangsa menerusi iklan di internet.

Berikut perkongsian dan luahan seorang warga OKU yang telah menjadi mangsa sindiket tersebut.

Sindiket akan mengiklankan perkhidmatan mengemas rumah di internet oleh amah-amah dari Indonesia. Modus operandi mengemas rumah sambil mengeledah barang barang tuan rumah dan disorokkan di satu sudut atau bilik tanpan pengetahuan tuan rumah.
Amah akan menawarkan diri untuk membeli barang atau berpura pura hendak membuang sampah sambil membawa barang berharga yang disorokkan. 

Mereka turut membawa kunci rumah dan diserahkan kepada ahli sindiket yang lain untuk dibuat kunci pendua sebelum naik ke rumah yang dikemas.
Untuk mengelak daripada dikesan, ketika turun membuang sampah, mereka turut membawa permit dan kad kad berkaitan identiti mereka.
Sebahagian barang barang yang hendak dicuri tetapi tidak diseludup keluar ditempatkan di suatu sudut tersorok.

Keesokkan harinya, ahli sindiket yang lain yang bekerja sebagai tukang sapu di pangsapuri kediaman tuan rumah akan memeriksa unit unit rumah yang yang telah dibuat kunci pendua bagi memastikan penghuni unit unit berkenaan tiada di rumah. Mereka kemudian cereboh masuk mencuri dan membawa lari harta tuan rumah ke dalam kenderaan yang telah siap menunggu.

Apabila tuan rumah menghubungi majikan amah atau ketua sindiket dia akan berpura pura menyiasat dan menyatakan tiada barang yang ditemui dan memberi kepastian bahawa amah tersebut telah diberhentikan kerja tanpa membuat sebarang ganti rugi atau laporan polis, sedangkan amah yang sama, bergerak mencari mangsa baru di kawasan kejiranan berdekatan. Ketua sindiket akan menghantar amah yang baru untuk membuat perkara yang sama.

#KataAmbo|Jenayah ada dimana-mana dan bila-bila masa. Amankan Malaysia kita!
Photobucket

Oct 17, 2014

Demi Sesuap Nasi

Demi sesuap nasi, meskipun usia sudah senja namun tetap dikerahkan segala kudrat yang ada. Dua gambar di atas yang sangat kontra. Disebelah kiri cukup mengambarkan keceriaan manakala di sebelah kanan jelas tergambar perit nya untuk mencari rezeki demi meneruskan kelangsungan sebuah kehidupan.

Siapa sangka disebalik kostum watak kartun popular Disney, Mickey Mouse yang penuh keceriaan dan senyuman yang amat mesra, terselindung wajah muram dan sedih seorang wanita berusia. Mungkin wajah yang muram itu sebagai manifestasi keperitan hidup yang dilalui wanita tersebut.

Ia sedikit sebanyak mencelikkan mata ambo, yang mana hidup ambo masih dalam zon selesa. Masih ada yang hidup lebih susah. Jadi belajarlah bersyukur.

#KataAmbo | Tahu seronok selfie saja.
Photobucket

Oct 15, 2014

WD#2 | Lead By Example


"Who are you to judge the life I live? I am not perfect and I don't have to be! Before you start pointing fingers, make sure your hands are clean." Bob Marley

Nama sebenar mamat ni Robert Nesta "Bob" Marley. Penyanyi dan penulis lagu berentak reggae juga seorang gitaris dan pemuzik lagenda lah kiranya, dari Jamaica. Secara peribadi, bila disebut nama Bob Marley, terus terbayang rambut pintal-pintal lagi kusut masai dan lagu-lagu reggae beliau.

#KataAmbo | Ke Mana Telunjukmu Di Hala?
Photobucket

Oct 2, 2014

Alasan Stereotaip Kenaikan Harga Petrol


Tak ada cara lain ke yang boleh diambil untuk kurangkan beban kewangan negara? Kita bukan nak anti kerajaan sangat. Tapi kerajaan sebagai pihak bertanggungjawab terhadap kesejahteraan negara dan rakyatnya tidak seharusnya ambil tindakan yang menyempitkan lagi kehidupan rakyat marhaen yang telah tersedia terhimpit.

Semalam, ambo dapat mesej menerusi Whatapps yang share gambar kenyataan rasmi kenaikan harga petrol. Bila habis kerja, lalu stesen petronas, penuh kenderaan isi minyak fulltank. Macam nak balik raya semua orang. Meriah.

Naiknya harga petrol pasti dan lazimnya disusuli oleh kenaikan harga barang, perkhidmatan pengangkutan dan lain-lain. Alasan klise, sudah tentulah untuk menampung kos pengangkutan yang meningkat disebabkan oleh kenaikan petrol. Umpama kitaran dalam satu bulatan.

Ia kita berterima kasih kepada kerajaan yang prihatin giler dengan kesusahan hidup rakyat. Lalu bagi lah BR1M. Dapat BR1M setahun sekali, nak cover beli keperluan harian, bahan api pengangkutan dan lain-lain selama setahun. Aisehhman. Mana cukup.

Kita tidak minta naikkan BR1M, tapi cuba cari cara dan pendekatan lain untuk kurangkan beban negara selain kurangkan subsidi petrol. Sebab naiknya petrol, maka naiklah harga lain-lain.

Serius cakap, bila terjadi kenaikan harga petrol macam semalam, alasan yang dikeluarkan sama macam alasan-alasan sebelumnya. Klise. Stereotaip. Tun M pun tak setuju kerajaan hari ini kurangkan subsidi petrol. 

Susahlah bila kerajaan tak cuba selami betul-betul kehidupan rakyat. Memang benar pendapatan purata rakyat Malaysia meningkat. Tapi meningkatnya itu disebabkan yang kaya bertambah kaya. Yang miskin tetap ditakuk lama. 

#KataAmbo | Siapa la penasihat kewangan PM kita? Bangang! 

Photobucket

Sep 30, 2014

Note Kertas RM 10 dan RM20 Timbulkan Kekeliruan




Jika diteliti memang ada nampak kelainan warna kedua-dua duit kertas RM10 dan RM20 ni. Satu merah jambu dan satu lagi oren cerah. Tetapi awas! Kekadang ada juga yang tak perasan dan tertukar antara kedua-dua note tersebut.

Lebih-lebih lagi bila kita membuat pembayaran di kaunter pembayaran, dan cashier yang buat kerja sambil mengelamun ke atau sibuk tak menang tangan di kaunter pernah tertukar antara note RM10 dan RM20.

Bukan sekali, bukan dua kali, malah sudah berkali-kali perkara ini terjadi. Andai kata,kita sebagai pengguna pun tak sedar atau tetiba tak pasti note yang kita keluarkan tu RM10 ke RM 20, boleh jadi kes gaduh kat kaunter. Tak pun jawab dia kira sedekah je la duit baki yang tak cukup tu. 

#KataAmbo | where the money drop?

Photobucket

Sep 26, 2014

Gelandangan Kota New York Berhati Mulia


Anda tonton video dibawah dan anda nilai. Nilai murni yang merentasi sempadan bangsa. Inilah yang agama kita, agama Islam ajar umatnya. Berkongsi susah senang bersama. Tolong menolong kearah kebaikan dan kemaslahatan bersama. Cehh berprotokal ayat ambo pagi-pagi ni. 

Dan satu pujian ambo tujukan kepada mereka yang melontarkan idea sedemikian. Mereka turun membantu golongan gelandangan di bandar New York dengan cara yang agak kreatif. Jadi bukan semua dari negara uncle sam buruk dan negatif. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk usir jauh ke belakang jadikan sempadan.

Gelandangan itu bukan Islam, dan dia mempraktikan sesuatu yang cukup positif dan terpuji. Alangkah lebih bermaknanya jika terbuka pintu hatinya untuk memeluk agama Islam. Semoga dengan nilai murni yang dipamerkan itu, Allah akan membuka hatinya untuk mendekati dan memilih Islam sebagai cara hidup dan pegangan beliau.

Tonton video dibawah, moga-moga ia menginspirasikan kita semua untuk melakukan sesuatu yang positif.


#KataAmbo | Salam Jumaat
Photobucket

Sep 24, 2014

Benarkah Rakyat Malaysia Rasis?


Makin hari makin ketara kes rakyat Malaysia yang memuatnaik status FB yang berbaur rasis. Baik yang mengutuk dan menyindir sesama bangsa mahupun membabitkan agama. Namun sejauh manakah sikap rasis dalam jiwa rakyat Malaysia.

Dari jumlah rakyat Malaysia yang berjumlah 28 juta orang rasa-rasanya berapa peratus rakyat di negara ini memiliki sikap rasis yang menebal dalam diri masing-masing? Boleh jadi yang benar-benar bersikap rasis ini hanya sebahagian kecil. Dan yang sebahagian kecil inilah yang sering menimbulkan kekecohan di laman-laman sosial. Nak raih perhatian dan kasih sayang orang ramai barangkali.

Kalau ada masa dan kesempatan, jom ler tonton video di bawah. Sama ada ia benar-benar rakaman tanpa pengetahuan pelakon atau sudah dirancang, itu tolak tepi. Tapi idea ini wajar dipuji dan ia sesuatu yang positif.


#KataAmbo | Give n Intake 
Photobucket

WD#1 | Presiden Termiskin Di Dunia


I'm called 'the poorest president', but i don't feel poor. Poor people are those who only work to try to keep an expensive lifestyle, & always want more.

Jose Mujica ( President of Uruguay)

Difahamkan presiden Uruguay ini mendermakan sebahagian pendapatan beliau selaku presiden kepada rakyat Uruguay yang miskin. Tak percaya boleh cuba google search. Banyak laman sesawang yang memperkatakan perihal presiden Uruguay ini. #Massive Respect.

#KataAmbo| Biar papa asal tak bodoh sombong

Photobucket

Sep 21, 2014

Kadar Yuran Baru Latihan Memandu Oleh JPJ


Harga Siling Belajar Lesen Memandu yang perlu dipatuhi oleh semua Institut Memandu dan Sekolah Memandu yang telah dikuatkuasakan. *tertakluk pada terma & syarat.

Mana-mana Institut Memandu dan Sekolah Memandu yang mengenakan tidak berpatutan boleh laporkan terus ke aduan@jpj.gov.my atau berjumpa terus Pengarah JPJ Negeri dan Pengarah Pelesenan Pemandu, Ibu Pejabat bagi tindakan tegas.

Makin melambung yuran untuk ambil lesen memandu sekarang. Mau tidak nya ramainya orang memandu tanpa lesen lepas ni. Jika harga sekarang sekitar RM 700-RM800. Tapi apabila struktur yuran dikuatkuasakan bermula 1 Oktober nanti, boleh lihat lah dalam gambar diatas, yuran naik hampir sekali ganda. 

Bayangkan jika gagal melepasi ujian JPJ dan terpaksa mengulang. Sah-sah habis duit gaji semata-mata sekeping lesen memandu. 

#KataAmbo | Tak semua orang mampu.
Photobucket

Sep 19, 2014

Ulama' Fasik Akhir Zaman


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a : Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ عُبَّادٌ جُهَّالٌ ، وَعُلَمَاءُ فُسَّاقٌ " . ابن حبان
Maksudnya, daripada Anas r.a dia berkata, Sabda Rasulullah: “Akan berlaku pada akhir zaman ahli ibadah yang )ahil dan ahli ilmu yang fasik.”(Riwayat ibnu Hibban)

Ciri-ciri Ulama Fasik 

Secara umumnya ulama ini akan selalu menyanggah pandangan dengan apa yang dibawa oleh ulama amilin, apatah lagi suara mereka disokong oleh golongan ramai. Walaupun secara zahirnya, kita tidak dapat membezakan antara dua golongan ulama ini di sudut pakaian dan percakapan, namun kita dapat menilai mereka melalui tindakan dan kesan daripada tindakannya.

Antara ciri-ciri ulama fasik ialah:
  • Takut untuk menyampaikan kebenaran
  • Menyembunyikan ajaran sebenar
  • Perjuangan kerana dunia yang ditawarkan
  • Cakap berbolak balik dalam sesuatu isu atau tidak berani berterus terang
  • Hasad dengki dengan yang lain 
  • Bercakap agama atas kepentingan orang lain
sumber: Detik Islam


#KataAmbo | Salam Jumaat
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...