Showing posts with label dunia kampus. Show all posts
Showing posts with label dunia kampus. Show all posts

Apr 3, 2015

Peminjam PTPTN Lupa Daratan



AWAS!! Gambar diatas mungkin sedikit berbaur politik. Harap boleh ambil yang jernih dan asingkan ketepi yang tak elok. Apa yang di'highligh'kan bukan isu politik. Tapi perihal kelakuan peminjam PTPTN dalam kalangan pelajar IPT.

Ambo pernah bergelar pelajar IPT dan merangkap peminjam PTPTN. Tidak dapat dinafikan memang ramai peminjam PTPTN yang tak sedar yang duit yang masuk ke akaun setiap awal semester dari PTPTN itu berstatus pinjaman dan bukan biasiswa pun. Pantang masuk saja duit PTPTN terus kemaruk nak belanja itu dan ini.

Poyo nya mengalahkan orang sudah berkerjaya. Mereka lupa setiap sen yang masuk ke akaun mesti dibayar dikemudian hari. Lainlah kalau graduate dengan ijazah kelas pertama. Tak pun anak orang kaya yang saja-saja gian nak merasa juga duit PTPTN.

Mohon yang berkesempatan membaca coretan ambo dan anda dalam kalangan peminjam PTPTN. tolong hadam baik-baik apa yang cuba dikongsikan dalam gambar diatas. *abaikan kak jat yang sebelah kanan!

Betul atau tidak apa yang diperkatakan itu letak tepi. Tapi hakikatnya memang ada diluar sana pelajar yang meminjam PTPTN lupa hakikat pinjaman itu untuk tampung yuran dan kos sara hidup sepanjang pengajian bukan untuk berjoli sakan.

#KataAmbo::Pokai sepanjang masa.
Photobucket

Feb 5, 2015

Dilema Pemburu Kerja

Salam,,

Berdebar menunggu 13 Februari. Ada apa dengan 13 Februari? Ada kumpulan baju-baju berkaler nak buat rusuhan ke?

Bukan!

13 Februari tarikh pengumuman keputusan peperiksaan akhir semester Sep 2014/Jan 2015. Hari yang akan jadi titik pemisah antara dua zaman. Zaman belajar dan zaman kerjaya dan mungkin diselangi zaman menganggur. Tapi minta dijauhkan. Tapi itulah dilema yang harus dihadapi oleh setiap yang bakal bergelar graduan.

Bakal graduan tahun 2015, di mana peramal ekonomi meramalkan 2015-2016 tahun kemelesetan ekonomi bukan setakat di Malaysia malah di dunia. Sadis dan pilu bunyinya.

Tapi itulah hakikat. Dan disebabkan hakikat itulah ramai memilih untuk memulakan bisnes sendiri. Dan disebabkan nak buat bisnes tapi tak ada ilmu maka ramailah yang terjerumus ke lembah MLM. Macam-macam peel la orang zaman sekarang. Nak kaya sambil goyang kaki dan selfie.


Hujung minggu ni ada career fair dekat klcc. Tunggu tengoklah berapa ramai graduan akan serbu booth syarikat yang jadi peserta career fair anjuran gradmalaysia itu nanti. Setiap zaman ada cabaran-cabarannya yang tersendiri. Pandai-pandailah generasi sesuatu zaman itu untuk mengolah cabaran jadi peluang.

#KataAmbo::Anggur ku tanam masam rasanya.
Photobucket

Feb 2, 2013

Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) 2013 Kembali

Salam,,

Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) 2013 kembali. Tak kisahlah anda sokong pihak yang mana. Yang penting baucer buku 1Malaysia sesuatu yang perlu dimanfaatkan dan jangan sesekali dilepaskan. Ahahaa!


”bannerKempen RM 1 untuk WWF bersama DiGi

Info berkaitan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M):

1. Baucar buku hanya kepada pelajar berstatus 'Aktif' sahaja.
2. Waris atau wakil tidak dibenarkan mengambil baucar buku.
3. Pelajar luar negara tidak layak menerima baucar buku (maklumat lanjut kelayakan layari http://bit.ly/148qgtb )

- Carta Alir Kutipan BB1M -

1. Pelajar menunjukkan kad pengenalan dan kad pelajar kepada staf bertugas di kaunter disediakan.
2. Staf merekod maklumat pelajar pada sistem kewangan pelajar.
3. Staf memberi satu sampul kepada pelajar, setiap sampul mengandungi kad ucapan dan 5 keping baucar yang setiap satu bernilai RM50.
4. Pelajar mengisi nama dan no. kad pengenalan pada setiap baucar buku.
5. Pelajar majukan baucar buku berkenaan kepada pegawai pengesah untuk cop pada baucar berkenaan.

Peringatan:
1. Baucar buku boleh digunakan di mana-mana kedai buku yang sedia menerima baucar berkenaan.
2. Sila tuliskan maklumat nama dan no kad pengenalan sama seperti dalam kad pengenalan anda.
3. Sebelum meninggalkan kaunter sila pastikan baucar anda telah lengkap diisi dan dicop.
4. Baucar buku yang diterima tidak boleh dipindah milik, ditukarkan dalam bentuk wang tunai atau dijualkan kepada pihak ketiga.
5. Mana-mana pihak yang didapati bersubahat dalam penyalahgunaan baucar ini boleh dikenakan tindakan untdang-undang mengikut Seksyen 403 kanun keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.
6. Jangan lipat baucar buku anda.



Sedikit info untuk pelajar-pelajar UiTM, ambo kongsikan info mengenai pengagihan baucer buku 1Malaysia (BB1M) ini:

Dimaklumkan pihak UiTM telah menerima baucer buku dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Para pelajar boleh mengambil baucer buku mulai pada khamis ini 31hb Jan 2013 di mana-mana kampus yg telah menerima baucer buku. Di UiTM Shah Alam, pelajar boleh mengambil baucer buku di Pejabat Kewangan di fakulti masing-masing (Zon 4, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 18, 23, 24) / Seksyen 17 / Puncak Alam / Puncak Perdana / Sungai Buluh / Selayang & di Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar (Bangunan Budisiswa / HEP).

Seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2013 pada 28 September 2012 di Parlimen, Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM325 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian baucar buku berjumlah RM250 setiap pelajar. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar di seluruh negara dalam membantu meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian di samping memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia...Syukur Ya Allah!


#notaBuruk::Ambo belum ada ilham, ke mana BB1M akan digunakan nanti.

Photobucket

Jan 15, 2013

Suara Mahasiswa Dicantas di Forum Suara Mahasiswa

Salam,,

Bukan niat ambo untuk bermain isu-isu politik. Terlalu mentah untuk membahaskan isu yang berat seperti itu. Tapi ini mengenai kebebasan bersuara seorang mahasiswa yang dinafikan. Sekarang ini jadi satu trending ayat ini.."Listen..Listen..Listen..Listen..Listen..Listen..Listen..Listen..Listen..Listen..Listen..!!" di laman Facebook dan Youtube.



Anda semua lihatlah sendiri video dibawah dan nilaikan sendiri. Tolak ketepi isu Bersih, Ambiga dan yang mana tak berkenan dihati. Tapi nilailah siapa yang biadap dan siapa yang patut belajar menunjukkan respect.


Belum habis mahasiswa itu mengemukakan hujahnya mengenai isu pendidikan percuma, moderator rambut berkarat itu mencelah dan memberhentikan hujah mahasiswa bernama, Bawani. Moderator itu kemudiannya, cuba membalas hujah tersebut dengan hujah sinis yang mengaibkan mahasiswa itu dihadapan khalayak.

Pada hemat ambo, hujah yang dikemukan oleh saudari Bawani itu cukup bernas dan dia turut mengemukakan fakta. Tetapi mengapa ianya dinafikan? Mengapa tidak di balas hujah tersebut dengan hujah yang matang juga? Adakah moderator tidak bersedia atau tidak menduga hujah sehebat itu dari seorang mahasiswa. [HokAlohh tetiba ambo jadi semangat].

Jika silap atau salah fakta yang dikemukakan oleh Bawani itu maka utarakan fakta yang tepat. Bukannya memilih untuk menidakkan hak bersuara mahasiswa itu.

Sebelum ini kita selalu dengar ayat lebih kurang seperti ini.."mahasiswa tak perlulah berdemonstrasi. Jika ingin bersuara gunalah saluran yang betul sesuai dengan kebijaksanaan anda sebagai pelajar universiti". Cuba bagi tahu satu dunia, saluran macam mana yang dimaksudkan?

Ambo rasa mahasiswa tersebut telah memilih saluran yang tepat menerusi "Forum Suara Mahasiswa" yang diadakan di Universiti Utara Malaysia. Dimana pihak penganjur telah membuka peluang untuk mahasiswa mengemukan pandangan atau apa-apa isu.

Berikut respons dari Naib Presiden I - Majlis Perwakilan Pelajar Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia MPP (PMUKM).


Sekali lagi ambo tegaskan disini, entri ini bukan untuk menzahirkan sokongan kepada mana-mana parti politik tetapi lebih kepada ketidakpuasan hati dengan tindakan tidak matang dan tidak professional moderator tersebut yang juga merupakan Presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M). Anda lihat dan anda nilai.


#notaBuruk::Orang macam tu nak mewakili suara wanita Malaysia??
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...