Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Sep 21, 2014

Kadar Yuran Baru Latihan Memandu Oleh JPJ


Harga Siling Belajar Lesen Memandu yang perlu dipatuhi oleh semua Institut Memandu dan Sekolah Memandu yang telah dikuatkuasakan. *tertakluk pada terma & syarat.

Mana-mana Institut Memandu dan Sekolah Memandu yang mengenakan tidak berpatutan boleh laporkan terus ke aduan@jpj.gov.my atau berjumpa terus Pengarah JPJ Negeri dan Pengarah Pelesenan Pemandu, Ibu Pejabat bagi tindakan tegas.

Makin melambung yuran untuk ambil lesen memandu sekarang. Mau tidak nya ramainya orang memandu tanpa lesen lepas ni. Jika harga sekarang sekitar RM 700-RM800. Tapi apabila struktur yuran dikuatkuasakan bermula 1 Oktober nanti, boleh lihat lah dalam gambar diatas, yuran naik hampir sekali ganda. 

Bayangkan jika gagal melepasi ujian JPJ dan terpaksa mengulang. Sah-sah habis duit gaji semata-mata sekeping lesen memandu. 

#KataAmbo | Tak semua orang mampu.
Photobucket

Jan 31, 2014

KKM siasat produk Double Stemcell

Salam,,

Sekitar minggu lalu ambo ada terbaca satu laporan yang mengatakan logo halal yang diguna pakai oleh pihak Double Stemcell itu palsu. Hmm..terkejut beruk monyet ambo. Maklumlah produk tersebut tiba-tiba meletup dan ramai melibatkan diri dengan bisnes tersebut.

Pihak yang mengeluarkan kenyataan itu, bukan main tembak je. Tapi ia dibuktikan dengan merujuk pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Penjelasan lanjut boleh rujuk sini.

Terbaru pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula sedang melakukan siasatan terhadap kesahihan kelulusan KKM yang diguna pakai oleh pihak Double Stemcell ni. Siasatan ini dibuat ekoran terdapat aduan untuk pengesahan kelulusan KKM yang tertera pada produk tersebut. Penjelasan rasmi dari pihak KKM akan dikeluarkan sedikit masa lagi setelah selesai siasatan. Penjelasan lanjut rujuk sini lagi.



Ambo percaya telah ramai yang telah melibatkan diri dengan bisnes ini. Apa-apa keputusan yang bakal dikeluarkan oleh pihak KKM harapnya dapat diterima dengan penuh redha. Pesan ambo buat semua yang membaca nukilan ambo, hati-hatilah untuk melibatkan diri dengan apa-apa bisnes. Untung dan rugi itu memang adat bisnes tapi elakkan dari jadi mangsa penipuan.

Banyak bisnes bersifat scam diluar sana. Tapi tak semua bak kata pepatah melayu " kerana nila setitik rosak susu sebelanga".

#KataAmbo::Pernah jadi mangsa penipuan. Jadi boleh tahulah rasa peritnya tu.

Photobucket

Aug 13, 2013

Peluang Kedua Sambung Belajar ke UiTM Untuk Lepasan Matrik/STPM

Salam,,

UiTM buka peluang untuk pelajar bumiputera yang gagal ke IPTA. Rasanya ramai yang sudah sedia maklum. Mungkin inilah peluang kedua untuk pelajar lepasan matrikulasi ataupun Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang mendapat keputusan kurang memuaskan sewaktu di matrikulasi atau STPM sebelumnya.

Pelajar-pelajar tersebut diberi peluang untuk mengikuti program Diploma di mana-mana kampus UiTM seluruh negara dengan sedikit kelonggaran syarat. Caranya, mereka perlu mengemukakan rayuan menerusi surat rayuan berserta keputusan peperiksaan yang diperolehi dan menghantarnya terus ke pejabat Naib Canselor UiTM Shah Alam.


Perkara ini diumumkan sendiri oleh Naib Canselor (NC) UiTM sendiri, Prof Tan Sri Dr Sahol Hamid. Menurut NC lagi tawaran ini dibuka selepas beliau menerima banyak surat daripada pelajar lepasan program matrikulasi, asasi dan STPM yang merayu untuk mengikuti program ijazah di UiTM selepas gagal memasuki IPTA lain berikutan tidak melepasi syarat dikenakan mengikut sistem merit.

Beliau berkata pelajar dengan kelulusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) 2.0 ke atas akan diberi pertimbangan untuk pengecualian beberapa mata pelajaran atau dengan pengurangan beberapa kredit serta mungkin boleh menghabiskan program diploma dengan segera.

Selain tawaran untuk memasuki UiTM, pelajar yang kurang cemerlang dari segi keputusan lalu juga boleh memohon memasuki kolej bersekutu UiTM.

Bagi ambo tiada beza pun belajar di kampus cawangan UiTM ataupun memilih belajar di kolej bersekutu. Lagi pun ramai kenalan ambo merupakan lepasan diploma dari kolej bersekutu kemudian menyambung pengajian peringkat ijazah di kampus UiTM. Dan dapat grad dengan cemerlang, jika kena dengan usaha dan berserta doanya.

Yang penting jangan terlalu memilih universiti yang mana paling berprestij, tapi tanya diri itu sendiri sama ada masih ada minat untuk sambung belajar lagi atau tidak.

#KataAmbo::Ramai yang kurang cemerlang ketika di matrik/stpm tapi tip-top di IPT. 
Photobucket


Jun 26, 2013

IPU Di Shah Alam Kembali Pulih

Salam,

Alhamdulillah. Kuasa Allah tiada siapa mampu lawan. Ketentuan Allah tiada siapa yang tahu. Dengan sekali curahan hujan saja, terus kurang pencemaran udara yang mengakibatkan jerebu. Mencapai tahap IPU tertinggi sekitar 300 pada hari Isnin lalu, bacaan indeks pencemaran udara turun ke tahap sihat ataupun zon hijau dengan bacaan 78 setelah hujan lebat di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang.


Setakat jam 5 petang tadi, hanya 3 kawasan yang masih berada dalam zon tidak sihat, manakala lain-lain kawasan boleh dikatakan sudah pulih. Dengan pulihnya masalah jerebu di Shah Alam ini sekurang-kurangnya tidak lagi membataskan pergerakan pelajar-pelajar UiTM yang sedang berdepan dengan peperiksaan akhir semester bermula hari ini- 26 Jun 2013.

Bagi anda yang ingin mengetahui tahap pencemaran udara di kawasan anda boleh lawati link berikut : http://apims.doe.gov.my/apims/

#KataAmbo::Baru sehari pakai topeng.
Photobucket

Jun 23, 2013

Tips Kesihatan Semasa Jerebu

Salam,,

Jerebu bukanlah satu fenomena yang menarik untuk disaksikan. Ia seperti kabus tapi ia tidak menyihatkan.

Bagi kita semua yang terpaksa keluar rumah untuk melaksanakan tugas & rutin harian seharusnya memberi perhatian lebih pada kesihatan.


Antara langkah yang boleh di ambil adalah:

  • Segera berjumpa doktor sekiranya anda mengalami batuk, demam, selsema, sakit mata, asma & lain2 penyakit yang disebabkan oleh jerebu.
  • Sekiranya berisiko tinggi, ambil lah ubat seperti yang dinasihatkan
  • Sila memakai topeng/penutup hidung sebelum keluar dari rumah.
  • Jangan merokok
  • Kurangkan aktiviti luar rumah
  • Sentiasa membasuh muka & kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih
  • Banyakkan meminum air
  • Gunakan aircond di dalam kenderaan. Jangan buka cermin kereta sekiranya tidak perlu.
  • Tingkatkan amal ibadat serta berdoa pada ALLAH Ta'ala agar diri, keluarga dan masyarakat umumnya terpelihara dari malapetaka ini.

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya...

Sama-samalah kita menjaga kesihatan kita supaya kita sentiasa sihat & mampu melaksanakan tugas kita sebaik mungkin.....insya Allah.




#KataAmbo::Makan Asap.

Photobucket

Jun 19, 2013

Pengajaran Supaya Gunalah Jejantas

Salam,,,

Sudah tengok video seorang pejalan kaki dilanggar? Serius ambo tergamam apabila melihat kelibat seorang pejalan kaki yang dilanggar oleh sebuah kereta di sebuah jalan 4 lorong. 

Pejalan kaki itu dilanggar ketika cuba melintas jalan raya ataupun lebih tepat lagi lebuhraya sebenarnya. Lebih menyedihkan, kejadian berlaku berhampiran dengan jejantas yang sememangnya dikhususkan untuk pejalan kaki melintas lebuhraya berkenaan. 

Bukan lah niat ambo untuk mengaibkan mangsa yang melintas itu, tetapi perkongsian ini sekadar peringatan untuk kita semua rakyat Malaysia mahupun pekerja-pekerja dari Indonesia, Bangladesh mahupun lain-lain negara. Kebiasaannya yang ambo saksikan, yang gemar melintas di kawasan-kawasan lebuhraya ini pekerja asing.


#KataAmbo::Tak Boleh Bayangkan Apa Jadi Kepada Mangsa Tersebut.

Photobucket

Jun 17, 2013

Harga Tiket Bas Express - Naik Lagi

Salam,,

Harga tiket bas naik lagi. Salah siapa? Kerajaan lagi? Atau salah tauke bas yang cuba mengambil kesempatan ke atas pengguna yang sudah sedia maklum terlalu lama tersepit dengan kenaikan harga barang ? Mungkin apabila ditundingkan jari kepada pengusaha bas, maka akan keluar kenyataan balas seperti : " Woit,,tauke bas pun ada anak bini juga nak disara. Gaji pemandu lagi".


Isu kenaikan tambang bas ini timbul sama waktu dengan berita penurunan harga kereta yang "murah" giler. Ditambah pula dengan pelancaran model baru Proton yang ambo dengar bayaran bulanan hanya RM 250. Secara kira-kira mudahnya, situasi ini umpama memansuhkan galakan supaya pengguna menggunakan kenderaan awam.


Namun meskipun harga tambang bas naik, ia sedikit sebanyak tidak memadamkan hasrat ambo untuk pulang ke kampung. Sudah lama tak balik woit!!

Kenaikan sebanyak 30% ini akan dikenakan apabila musim perayaan Aidilfitri nanti. Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) tetap dengan keputusan untuk menaikkan tambang bas ekpress meskipun berdepan penentangan dari banyak pihak. Menurut mereka, kenaikan ini merupakan sebahagian dari semakan semula harga tambang yang biasa dilakukan secara rutin setiap 4 - 5 tahun sekali.


#KataAmbo::Bila Malaysia nak ada kereta api laju macam Jepun?
Photobucket

Apr 17, 2013

Semakan Pemilih Dan Lokasi Mengundi PRU13

Salam,,

Tarikh Pilihanraya sudah diumumkan. Calon-calon untuk bertanding bagi pilihan raya ke-13 pun ada yang sudah diuar-uarkan oleh parti yang bakal bertanding. Tapi rakyat Malaysia yang bakal turun memangkah kertas undi nanti sudah buat semakan pemilih belum?

Mungkin sudah berdaftar, tapi lokasi mengundi belum tahu. Jadi tak salah kalau buat semakan awal supaya anda tahu lokasi, peti undi mana yang akan dimasukkan kertas undi nanti. Selain itu, bolehlah kenal-kenal dan kaji selidik serba sedikit latar belakang calon wakil rakyat di tempat anda.

Ambo sudah pun semak lokasi mengundi ambo dan tak lain tak bukan sekolah rendah ambo dulu. Jadi sekarang, siapa calon yang bakal bertanding di kawasan ambo nanti sudah pun diumumkan dan tunggu lagi satu pihak untuk umumkan. Cuma yang pasti, siapa yang bakal dapat satu undi ambo itu masih dan akan terus menjadi rahsia ..In Shaa Allah..hehehe!!

Klik Banner ini untuk semakan lokasi mengundi PRU 13

#KataAmbo::Segan la plak nak turun mengundi.
Photobucket

Apr 12, 2013

Benarkah Undi Kita Dapat Dikesan?

salam,,

Kebanyakan dari kita rakyat Malaysia mungkin telah banyak kali turun mengundi. Namun adakah mereka benar-benar tahu apakah hak-hak mereka sebagai pengundi yang bertanggungjawab menentukan kepimpinan masa depan negara? Dan undi anda adalah rahsia dan tidak boleh diketahui oleh mana-mana pihak.


Kekadang pergi tempat mengundi, cek nama, pangkah dan masukkan kertas undi ke dalam peti undi dan balik tunggu keputusan malam nanti. Itulah rutin setiap 5 tahun sekali. 

Adakah anda benar-benar pasti,  undi kita yang kita pangkah yang dikatakan sebagai rahsia, boleh diketahui oleh pihak lain? Dulu ambo pernah dengar orang yang lebih tua bersembang-sembang mengatakan undi kita sebenarnya boleh diketahui oleh pihak lain. Kiranya, di pihak yang manakah kita mengundi dapat dikesan. 

Jika pengundi, kakitangan kerajaan terutamanya, memangkah di pihak yang membangkang, silap hari bulan kena tukar tempat bekerja. Paling tidak dihantar jauh dari kampung halaman. Sejauh mana kebenarannya ambo tidak pasti. Ambo sekadar melontarkan persoalan untuk difikirkan bersama.

Berikut ada satu video yang cukup kreatif, yang memberikan gambaran ketika di dalam bilik mengundi. Di mana ditunjukkan bagaimana kebarangkalian untuk pihak tidak bertanggungjawab cuba untuk mengetahui undi kita. 


Untuk pengundi yang pertama kali turun mengundi sempena PRU 13 nanti, pastinya boleh menjadikan video ini sebagai panduan. Tahniah untuk pihak yang menghasilkan video kreatif ini. Good Job Broo!!

#KataAmbo:Banyak pulak video 18sx yang keluar dekat-dekat pru ni.
Photobucket

Apr 5, 2013

Proses Dalam Bilik Mengundi

salam,,


Ambo percaya untuk Pilihan Raya Umum ke-13 nanti ramai pengundi muda yang akan turun membuang undi buat pertama kalinya. Jika sebelum ini hanya mampu melihat orang masuk dan keluar bilik mengundi dan tak tahu pun apa yang berlaku di dalam bilik mengundi. Apatah lagi undinya yang rahsia.

Jadi ambo kongsikan gambaran sekitar proses dalam bilik mengundi untuk makluman semua bakal-bakal pembuang undi terutamanya pengundi baru.


Satu pesanan yang harus diingat, undi adalah rahsia. Jadi lepas mengundi tak perlulah update status di facebook, twitter mahupun instagram seperti.." Hari ini tanpa ragu aku pangkah si polan dari parti X..haha baru aku puas..baru aku puas!Hahaha"

sumber:Berita Harian

#KataAmbo: Kalau pilihanraya kampus, lepas mengundi dapat roti dan air.
Photobucket

Mar 30, 2013

Senarai Top Universiti & Kolej Di Malaysia

salam,,

Berikut ambo kongsikan senarai ranking universiti terbaik di Malaysia yang dikeluarkan oleh laman sesawang  www.4icu.org . Universiti Teknologi Malaysia yang terletak di Johor Bharu kekal menjadi universiti paling teratas di Malaysia selain turut tersenarai antara Top 100 Universiti di Asia.


Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula di tangga ke-5. Satu pencapaian yang membanggakan warga UiTM. Selepas ini mungkin pihak pengurusan dan warga universiti perlu mensasarkan untuk menjadi Top 100 di Asia sekurang-kurangnya.

#KataAmbo::Kecemerlangan bergantung pada individu juga.
Photobucket

Mar 23, 2013

Sistem Semakan Syarat Kelayakan IPTA - Elak Salah Pilih Kursus

salam,..

Masih adakah para pelajar yang baru tamat SPM, STPM ataupun Lepasan Matrikulasi yang masih terkial-kial mencari kursus yang bersesuaian untuk melanjutkan pengajian ke peringkat IPT? Mungkin tersepit antara kursus yang memang pelajar itu minat, pengaruh rakan-rakan, ataupun perancangan keluarga.

Kata hati ingin ambil kursus kejuruteraan elektrikal, tetapi kawan-kawan kata kursus arkitek lagi seronok. Manakala ibubapa nak sangat anaknya jadi doktor.Jadi mana satu yang harus jadi pilihan.

Mungkin ada satu sistem yang dapat membantu para pelajar ini memilih kursus untuk dipohon di IPT nanti. Sistem itu adalah Sistem Semakan Syarat Kelayakan IPTA. Sistem ini akan menguji minat para pelajar, disamping penyesuaian kelayakan yang ada dengan syarat-syarat untuk permohonan kursus berkenaan.

Sistem berkenaan merupakan inisiatif UiTM dalam membantu para pelajar agar tidak tersilap memilih kursus.
Untuk lebih info tentang sistem ini klik : http://selangkah.uitm.edu.my



Ini pula tips dari Naib Canselor UiTM mengenai permohonan ke UiTM bagi lepasan SPM, STPM, STAM, Asasi, Matrikulasi dan Diploma /Setaraf :

  1. Layari portal Selangkah di www.selangkah.uitm.edu.mybagi menentukan program yang layak dimohon. (Jangan memohon program yang tidak memenuhi syarat kelayakan).
  2. Sekiranya terdapat banyak pilihan program calon boleh menggunakan aplikasi Uji Minat Kerjaya bagi menentukan program yang sesuai dengan minat dan kecekapan calon.
  3. Dapatkan maklumat lanjut berkaitan program dari pihak UiTM atau terus ke kampus-kampus atau fakulti yang berkaitan.
  4. Senaraikan pilihan program mengikut keutamaan.
  5. Layari laman web http://upu.mohe.gov.my/untuk mendapatkan maklumat berkaitan panduan permohonan seterusnya memohon ke UiTM.
  6. Buat pilihan program mengikut keutamaan calon.
  7. Sekiranya berminat kepada program bertemuduga, sila letakkan pada pilihan pertama.
  8. Jadikan UiTM pilihan pertama.

#KataAmbo::Long Live UiTM
Photobucket

Hati-Hati Dengan Iklan Biasiswa Pengajian 1Malaysia

Salam,

Berhati-hatilah dalam meneliti apa-apa tawaran biasiswa yang ditawarkan di internet. Itu peringatan dari Kementerian Pengajian Tinggi yang menasihati agar pelajar dan ibubapa tidak terpengaruh dengan skim Bantuan Biasiswa Pengajian 1Malaysia (BP1M) yang ditawarkan oleh sebuah laman web.

Info ini ambo perolehi dari laman sesawang rasmi milik Kementerian Pengajian Tinggi sendiri. Dalam keghairahan pelajar lepasan STPM atau SPM serta ibubapa mencari peluang pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan juga tawaran biasiswa yang menarik, selidikilah dahulu latar belakang tawaran tersebut.

Sila pastikan betul-betul kesahihan tawaran yang diberikan. Lebih elok jika segera menghubungi mana-mana pihak berwajib seperti melayari laman sesawang rasmi pihak tersebut untuk memastikan sesuatu tawaran biasiswa itu benar-benar sah.


Berikut link yang dimaksudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi:

http://www.step2rich.net/iklan2u-view.asp?i=1603&u=freeedu1msia&t=PAKEJ-BIASISWA-1MALAYSIA-sambung-belajar-peringkat-DIPLOMA-PERCUMA-

#KataAmbo::Bijak merancang.
Photobucket

Mar 22, 2013

Tawaran Biasiswa YAYASAN TM

salam,,

Terlebih dahulu ambo ucapkan tahniah buat adik-adik yang berjaya dengan cemerlang dalam keputusan SPM 2012 yang telah pun diumumkan semalam..

Seronok melihat wajah-wajah gembira dengan kejayaan yang diraih. Tapi perlu diingat, pendakian menuju kejayaan tidak pernah berpenghujung. Bagi yang kurang bernasib baik, tak perlulah kecewa ataupun gundah gulana memikirkan ke mana hala tuju selepas ini. Begitu banyak lagi peluang untuk menyambung pengajian keperingkat yang lebih tinggi ditawarkan.

Universiti bukan satu-satunya jalan untuk berjaya. Jika tidak terpilih menjejakan kaki ke menara gading, mungkin boleh mencuba bidang kemahiran.

Terbaru ambo ingin kongsikan dengan calon-calon SPM 2012 tentang tawaran biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan Telekom Malaysia (YTM).



Pihak Yayasan Telekom Malaysia (YTM) telah membuka permohonan biasiswa/pinjaman kepada pelajar MMC. 
  1. Pelajar SPM 2012 yang ingin melanjutkan pengajian di MMC
  2. Pelajar tahun satu Diploma MMC yang mempunyai rekod akademik yang cemerlang.
  3. Anak-anak anggota MMC yang sedang belajar di tahun satu Diploma MMC.
Syarat permohonan:

1. Ambilan April, Julai dan November 2012.
1.1 Untuk Ambilan November 2012 ( sila gunakan result SPM)
1.2 Memperolehi sekurang-kurangnya 5B dalam subjek wajib berkaitan kursus

Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia/Teknologi Maklumat/Lukisan Kejuruteraan/Teknologi Kejuruteraan

Pengurusan
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Matematik Tambahan/ Fizik/ Kimia/ Teknologi Maklumat/ Lukisan Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/ Biologi/ Sains.
  • Geografi/ Ekonomi Asas/ Prinsip Ekonomi/ Prinsip Akaun/ Perdagangan/ Sejarah

2. Had umur - tidak melebihi 20 tahun semasa tarikh permohonan.
3. Pelajar mesti mendapat kelulusan minima CGPA 3.0

Bidang tajaan:
  1. Kejuruteraan perhubungan, elektronik dan elektrik
  2. Teknologi maklumat, sains komputer dan perisian
  3. Pengurusan dan perakaunan

Tarikh permohonan adalah dari 21 Mac 2012 (Khamis) – 30 Mac (Ahad)

Jadi kepada pelajar-pelajar dan warga kerja MMC seluruh cawangan di Malaysia segera rebut peluang keeamasan ini.

Andai ada sebarang maklumat lanjut boleh merujuk di portal Yayasan TM,

Yayasan TM

#KataAmbo: Manfaatkanlah peluang yang ada.

Photobucket

Mar 15, 2013

Syoknya Rokok Yang Tidak Diketahui Umum


Salam,,

Adakah anda seorang perokok? Jika ya, maka ber'bahagia'lah anda dengan status sebagai seorang perokok.
Ramai orang kata perokok ni leceh dan pengotor. Mungkin ya dan mungkin tidak. Tetapi hakikatnya seorang perokok sebenarnya ada sesuatu yang menjadikan mereka bangga dengan keupayaan mereka menyedut asap.



Perokok biasanya senang cari geng untuk melepak. Semuanya atas satu persamaan iaitu berkongsi sekotak rokok atau pemetik api. Tetapi ada juga kes gaduh disebabkan sebatang rokok tapi biasanya budak hingusan yang baru nak belajar merokok la.

Perokok juga ambo tengok tidak kisah duduk di kedai-kedai makan seorang diri. Kerana mereka ada rokok sebagai teman. Perokok juga merupakan antara kelompok yang kreatif mencari 'port' untuk merokok. Dan semestinya akan turut menjadi tumpuan perokok-perokok yang lain seterusnya mewujudkan satu komuniti mereka. 

Satu perkara lagi yang mungkin menjadikan perokok lebih bangga untuk 'terus' merokok. Apakah perkara tersebut? Jawapannya ada dalam paparan video dibawah.




#KataAmbo::alergic dengan asap rokok.
Photobucket

Mar 2, 2013

Disebalik Pencerobohan Lahad Datu dan Perjanjian 1878

Salam,,

Hari  Kebelakangan ini isu pencerobohan kumpulan yang mendakwa sebagai askar Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah menjadi tumpuan ramai. Siapa sangka, ketika kita tenang menikmati nikmat keamanan, satu kes pencerobohan pihak asing yang bersenjata tercetus. Dan yang menyedihkan turut mengorbankan anggota keselamatan Malaysia.

Apa sebenarnya punca disebalik pencerobohan itu?

Berdasarkan kenyataan media oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, perkara yang dituntut oleh kumpulan berkenaan:
  • Tuntutan pertama, kumpulan itu tidak mahu dikenali sebagai kumpulan militan sebaliknya mereka mahu diiktiraf sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu. 
  • Satu lagi tuntutan yang dibuat adalah menggesa kerajaan Malaysia agar tidak menghantar balik rakyat berketurunan Sulu yang tinggal di Sabah.
Namun, bagi generasi baru tentu akan tertanya-tanya apa kaitan keturunan Kesultanan Sulu yang datang dari Selatan Filipina dengan negeri Sabah. Sebenarnya ada sejarah dan beberapa siri perjanjian sejak sebelum  kedatangan pengaruh British lagi.

kepulauan borneo


Tahun 1878  - Perjanjian Baron Gustavus Von Overbeck dengan Kesultanan Sulu untuk menyerahkan hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu kepada Syarikat Overbeck. Von Overback ialah Konsul Jeneral bagi empayar Austro-Hungarian yang berpangkalan di Hong Kong membuat perjanjian

Menerusi perjanjian itu Sultan Sulu mendapat $5,000 setahun daripada Syarikat Overbeck.
Nilai $5,000 adalah nilai dalam dollar Mexico. Ketika itu nilai $5,000 = nilai emas.

                                perjanjian 1878

Tahun yang sama, Syarikat Overbeck alami masalah kewangan teruk -  mohon bantuan kewangan daripada jutawan British pada masa itu Alfred Dent.

Alfred Dent bantu dengan bersyarat - hanya wakil British dibenarkan untuk menguasai perniagaan di Sabah.

Akhirnya Baron Gustavus Von Overbeck ( berbangsa Austria) serahkan keseluruhan perniagaannya di wilayah Sabah kepada Alfred Dent untuk diuruskan - bermulalah pengaruh Syarikat Berpiagam Borneo Utara ke atas tanah jajahan kerajaan Sulu di Sabah.


Tahun 1888 -  Satu Perjanjian ditandantangani antara Syarikat Berpiagam Borneo Utara , Negara Sarawak dan Negara Brunei dengan Kerajaan Mahkota British  - untuk menjadikan ketiga-tiga negara ini sebagai negara perlindungan bagi Kerajaan Mahkota British.

Intipati perjanjian:
  • Tiada mana-mana negara di antara ketiga-tiga ini akan meluaskan empayar negara masing-masing.
  • Sekiranya berlaku sesuatu peperangan maka mereka akan membantu di antara satu sama lain.

Perang Dunia Ke-2Jepun mulai luaskan kuasanya ke Asia Tenggara, termasuk Sabah yang turut mengalami kemusnahan yang teruk - Syarikat Berpiagam Borneo Utara tidak mampu untuk membangunkan Sabah pada masa itu.

15 Julai 1946Sabah secara rasminya diberikan kepada Kerajaan Koloni British dan menjadi jajahan takluk British. Sepanjang menjadi jajahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan juga Koloni British, harga pajakan Sabah sentiasa dibayar kepada kerajaan Sulu.

31 Ogos 1963 - Sabah merdeka dan bergabung membentuk Federasi Malaysia bersama-sama dengan Sarawak dan Malaya serta Singapura (Singapura keluar pada tahun 1965), tugas untuk membayar kepada Kerajaan Sulu juga berpindah tangan.

Saban tahun Kerajaan Persekutuan Malaysia tetap membayar Kerajaan Sulu sebanyak RM5,300.00 (Ditambah RM300 oleh Kerajaan Malaysia) juga bagi mematuhi Perjanjian 1878. Terdapat klausa di dalam Perjanjian 1878 yang menyatakan bahawa sewaan ke atas Sabah harus dibayar sehingga tidak ada matahari dan bulan ataupun pada ertikata sebenar “Sewaan Sampai Kiamat”.

Artikel selanjutnya di sabahluv.com

#KataAmbo::Orang Besut - rakyat Terengganu tapi berloghat Kelantan ^_^.

  Photobucket

Jan 7, 2013

Amaran Ribut Tropika Sonamu di Pantai Timur Semenanjung

Salam,,

Sumber ini dipetik dari perkongsian rakan FB. Sumber yang disebarkan ini bersumberkan dari Jabatan Meteorologi Malaysia yang mengeluarkan amaran berjaga-jaga terhadap kemungkinan Pantai Timur Semenanjung dilanda Ribut Tropika Sonamu. Harapnya rakyat Malaysia dan di Pantai Timur terutamanya tidak panik dan sentiasa ikuti perkembangan semasa.

Link Jabatan Meteorologi Malaysia:
http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=741&Itemid=949

Setakat ini trafik ke laman tersebut amat perlahan. Mungkin ramai yang cuba mendapatkan perkembangan terbaru. Sama-sama ingat-mengingati.

Nasihat Ribut Tropika (Sonamu)
.


Di keluarkan pada 08:52PM (06 Januari 2013)

Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).

Masa Pencerapan : 8:00 malam, 6 Januari 2013.

Kedudukan :

Latitud 7.5 Utara; Longitud 109.3 Timur; kira-kira 472 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.

Pergerakan : Ke arah Barat dengan perlahan.

Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 718 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.

Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.

Berikut pula LINK daripada NASA :

http://www.nasa.gov/mission_pages/hurricanes/archives/2013/h2013_Sonamu.html

Sebagai umat Islam marilah kita panjatkan doa kepada Allah s.w.t agar bumi Malaysia terselamat dari sebarang bencana yang tidak diingini.



#notaBuruk::Ya Allah selamatkanlah dan lindungilah kami
Photobucket

Nov 18, 2012

Jadual Latihan Tentera Artis K-Pop

Salam,,

Sebelum timbul apa-apa spekulasi, ambo nyatakan disini ambo bukan kaki k-pop. Masih belum sampai peringkat kritikal teruja update status mengenai artis k-pop.

Tapi di sini ingin kongsikan jadual latihan harian seorang artis k-pop Park Jungsoo dalam kem tentera. Info ini dipetik dari status Facebook seorang kenalan. Manalah tahu kalau-kalau ada yang tercari gaya hidup yang teratur dan berdisiplin ala-ala k-pop.

[6:30-6:55] Wake up, preparation for sign in

[6:55-7:30] Sign in and morning warm up/endurance training

[7:30-7:50] wash face and clean up

[7:50-8:40] Breakfast

[8:40-9:10] Preparing to leave

[9:10-16:50] Formal Training

[16:50-18:00] Return and endurance training

[18:00-19:00] Dinner

[19:00- 20:10] Alone time

[20:10- 20:50] Evening training

[20:50- 21:30] preparation for sign out & taking care of self classes

[21:30-22:00] Sign out


#notaBuruk::Dalam banyak-banyak pop..lolipop jugak yang terbaik

Photobucket

Nov 14, 2012

Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Akhirnya ke Udara


Salam,,

Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus akhirnya ke udara di Astro Oasis. Tentu ramai yang ternanti-nantikan kelibat Ustaz Azhar Idrus di kaca televisyen. Untuk makluman semua, kemah-keming merupakan perkataan dalam loghat Terengganu dan Kelantan.

Kemah-keming = sangat elok, sangat kemas, sangat baik.


Selalunya ramai yang hanya mengikuti siri ceramah beliau di laman Youtube sahaja selain mengikuti secara langsung di lokasi ceramah ustaz.
Kalau diikutkan jadual asal, rancangan Kemah Keming ini sudah lama ke udara tetapi ditangguhkan. Atas sebab apa?? Wallahualam.

Memandangkan tiada astro kat rumah yang ambo bermaustatin sekarang, jadi terpaksalah memilih Youtube jugak..hhahaa.

Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Ep.1 [Episod Penuh]:




#notaBuruk::Dengan youtube pun macam-macam ilmu boleh dapat. 

Photobucket

Nov 10, 2012

Tips dapatkan kembali entri yang terdelete

salam,,


Beberapa hari yang lalu ambo tetiba datang semangat untuk menaip entri. Boleh tahan panjang juga hasil ' karya ' ambo..hahaha

Lepas siap entri tersebut, ambo pun simpan sebagai draft. Masih ragu-ragu untuk post entri tersebut.
Keesokan harinya, ambo review senarai post blog ini. Nampak agak serabut dan tak kemas jadi ambo pun delete sesetengah draft yang tak lengkap.



Tak berapa lama lepas itu, cari balik entri yang di taip panjang lebar itu tak jumpa langsung. Fikir punya fikir rupa-rupanya ambo ter'delete' entri tersebut.

Warggggghhh..bengang yang amat. Tapi nasib baik dapat balik entri yang ter'delete' itu. Bagaimanakah caranya??




Ikuti cara berikut untuk mendapatkan kembali entri yang terDELETE ::

klik ctrl + H atau VIEW HISTORY
Kemudian carilah entri yang terdelete itu dalam senarai history tersebut.



Apabila sudah jumpa. COPY entri itu dan PASTE ke New Post. Jadi anda tidak perlu memerah idea dan membazir masa menaip kembali entri anda itu.

Tapi pastikan anda tidak clear history anda dalam tempoh masa anda ter'delete' entri tersebut.


Selamat mencuba!


#notaBuruk::Sekadar berkongsi.

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...