Jan 16, 2013

Penjelasan KS Bawani Tentang Kes Forum Suara Mahasiswa

Salam,

Tiada siapa sangka isu kebiadaban moderator semasa Forum Suara Mahasiswa akan meletup dan menjadi satu topik hangat di Malaysia. Malah kes ini turut tersiar di Yahoo worldwide news sehari selepas penyebaran video tersebut. Ternyata ramai pihak yang menyebelahi mahasiswi bernama KS Bawani.

Berikut video temubual, bersama KS Bawani yang menceritakan situasi sebenar ketika forum berkenaan berlangsung kepada Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) yang berkunjung ke rumah Bawani di Air Kuning Kampar Perak. Mohon masing-masing yang melihat dapat pertimbangkan tanpa sebarang prejudis.





Selepas isu tersebut timbul, beberapa pihakjuga telah tampil menemui dan menghubungi KS Bawani untuk menyatakan sokongan kepada beliau. Ini termasuklah Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah yang menghubungi mahasiswi tersebut.





#KataAmbo | hanya mahasiswa biasa-biasa saja

Photobucket

Jan 15, 2013

Live Streaming Kelantan vs Johor Darul Takzim 15 Januari 2013

Salam,,

Live Streaming Liga Super 2013- Kelantan vs Johor Darul Takzim 15 Januari 2013. Pertembungan paling dinanti-nantikan peminat dan penyokong Kelantan a.k.a The Red Warriors malam nanti Kelantan vs Johor Darul Takzim. Perlawanan ini bakal disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena Saluran 801.

Meskipun masih terluka dengan kekalahan kepada 0-1 T-Team di Kuala Terengganu minggu lalu, namun harapan ribuan penyokong yang bakal memenuhi Stadium Sultan Muhammad VI dan ribuan lagi di merata-rata tempat di seluruh Malaysia pastinya mengharapkan Kelantan mencapai kemenangan.

Kemenangan dengan Johor Darul Takzim malam nanti juga pastinya bakal memberikan satu tonik paling bernilai untuk Kelantan terus bangkit mengharungi saingan Liga Super 2013 ini.

Namun misi Kelantan bukan mudah, apabila Harimau Selatan tentunya mahu meneruskan rentak kemenangan sebelum ini dan menepati status pasukan bintang.

Berikut ambo kongsikan link live streaming untuk seluruh peminat bola sepak Malaysia menyaksikan pertembungan- Clash of Titans ini.

gambar ihsan fb astro arena 801


Live Streaming- Kelantan vs Johor Darul Takzim 15 Januari 2013

#notaBuruk::Dup..dap..macam mana la game malam ni??

Photobucket

Suara Mahasiswa Dicantas di Forum Suara Mahasiswa

Salam,,

Bukan niat ambo untuk bermain isu-isu politik. Terlalu mentah untuk membahaskan isu yang berat seperti itu. Tapi ini mengenai kebebasan bersuara seorang mahasiswa yang dinafikan. Sekarang ini jadi satu trending ayat ini.."Listen..Listen..Listen..Listen..Listen..Listen..Listen..Listen..Listen..Listen..Listen..!!" di laman Facebook dan Youtube.



Anda semua lihatlah sendiri video dibawah dan nilaikan sendiri. Tolak ketepi isu Bersih, Ambiga dan yang mana tak berkenan dihati. Tapi nilailah siapa yang biadap dan siapa yang patut belajar menunjukkan respect.


Belum habis mahasiswa itu mengemukakan hujahnya mengenai isu pendidikan percuma, moderator rambut berkarat itu mencelah dan memberhentikan hujah mahasiswa bernama, Bawani. Moderator itu kemudiannya, cuba membalas hujah tersebut dengan hujah sinis yang mengaibkan mahasiswa itu dihadapan khalayak.

Pada hemat ambo, hujah yang dikemukan oleh saudari Bawani itu cukup bernas dan dia turut mengemukakan fakta. Tetapi mengapa ianya dinafikan? Mengapa tidak di balas hujah tersebut dengan hujah yang matang juga? Adakah moderator tidak bersedia atau tidak menduga hujah sehebat itu dari seorang mahasiswa. [HokAlohh tetiba ambo jadi semangat].

Jika silap atau salah fakta yang dikemukakan oleh Bawani itu maka utarakan fakta yang tepat. Bukannya memilih untuk menidakkan hak bersuara mahasiswa itu.

Sebelum ini kita selalu dengar ayat lebih kurang seperti ini.."mahasiswa tak perlulah berdemonstrasi. Jika ingin bersuara gunalah saluran yang betul sesuai dengan kebijaksanaan anda sebagai pelajar universiti". Cuba bagi tahu satu dunia, saluran macam mana yang dimaksudkan?

Ambo rasa mahasiswa tersebut telah memilih saluran yang tepat menerusi "Forum Suara Mahasiswa" yang diadakan di Universiti Utara Malaysia. Dimana pihak penganjur telah membuka peluang untuk mahasiswa mengemukan pandangan atau apa-apa isu.

Berikut respons dari Naib Presiden I - Majlis Perwakilan Pelajar Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia MPP (PMUKM).


Sekali lagi ambo tegaskan disini, entri ini bukan untuk menzahirkan sokongan kepada mana-mana parti politik tetapi lebih kepada ketidakpuasan hati dengan tindakan tidak matang dan tidak professional moderator tersebut yang juga merupakan Presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M). Anda lihat dan anda nilai.


#notaBuruk::Orang macam tu nak mewakili suara wanita Malaysia??
Photobucket

Alasan Cristiano Ronaldo Sanggup Jual Kasut Emasnya Untuk Palestine

Salam,,


Mari baca kisah Cristiano Ronaldo. Semalam saya ada membuka satu blog Luar Negara ,niat asal saya adalah ingin mencari transfer news, tapi saya tiba-tiba tertarik untuk membaca satu forum yang bertajuk
 “ mengapa saya sanggup menjual kasut emas saya semata2 ingin membantu mereka ( Palestine ) “
Seorang wartawan dari Portugal yang namanya enggan di kenali telah berjumpa Cristiano Ronaldo atau CR7 di kediamannya di Madrid
“ Kenapa kamu sangup menjual kasut emas kamu dan memberikan hasil jualan itu kepada mereka ( Palestine ) ? “ Tanya wartawan itu.
“ Saya sudah agak soalan ini akan diajukan kepada saya, dan saya juga sudah agak pasti dunia akan mengangap saya bodoh, saya pernah rasa sedih diatas kehilangan ayah saya. Saya pernah menangis diatas kehilangan orang yang saya teramat cintai.” ...


..“ satu hari ketika saya pulang dari kem latihan Real Madrid, saya membuka TV saya di ruang bilik saya. Saya lihat kanak-kanak menangis dengan berlumuran darah disamping ibu bapa, adik beradik dan sanak saudaranya, mereka menangis dan merayu bantuan kepada dunia. Jadi adakah salah saya membantu mereka ?

“ Saya pernah hidup susah, saya pernah merasai keperitan kehidupan dunia, saya bukan lah dilahirkan sebagai seorang yang ditakirkan untuk terus kaya. Kini saya merasai semua kesenangan dunia, adakah salah saya memberi sedikit kesenangan saya ini kepada mereka ? “ .. 

“ ya mungkin dunia memandang kenapa saya memberi sumbangan kepada mereka yang tidak seagama dan tidak sekepercayaan dengan saya ?

Adakah salah saya membantu mereka yang berlainan agama dan berlainan kepercayaan dengan saya? Bagi saya TIDAK !!! kerana bagi saya membantu mereka manusia bukan berdasarkan agama dan kepercayaan tetapi membantu mereka berdasarkan kemanusiaan “.

“ Saya sedar anugerah ini (kasut emas) adalah pemberian dunia kepada saya diatas penghargaan saya beraksi cemerlang diatas padang ketika wakili kelab dan Negara, tapi bagi saya iaitu hari ini, anugerah ini adalah sebahagian sumbangan saya kepada mereka sebagai bantuan kemanusian.

sumber:Fb

#notaBuruk::Kulit Tak Selalu Mengambarkan Intipati Buku Itu.

Photobucket

Jan 13, 2013

Live Streaming Manchester United vs Liverpool 13 Januari 2013

Salam,,

Live streaming Manchester United vs Liverpool 13 Januari 2013- Percayalah ini hujung minggu paling dinanti-nantikan oleh peminat Barclays Premier League (BPL) di Malaysia dan seluruh dunia. Selain perlawanan Man United vs Liverpool, satu lagi perlawanan super sunday yang menarik untuk diikuti, Arsenal vs Manchester City.

Selain persaingan dua musuh tradisi ini, secara peribadi pula Robin van Persie bersaing dengan Luiz Suarez yang masing-masing antara top scorer untuk BPL ketika ini- RVP (16 gol) dan Suarez (15 gol)


>>Link Live Streaming Manchester United vs Liverpool 13 January 2013<<



Sedikit info mengenai perlawanan tumpuan ambo dan mereka di luar sana malam ini, Man u vs Liverpool:

Venue : Old Trafford, Sunday 1.30pm (9.30 pm waktu Malaysia)
Tickets : Sold out
Last season : Man Utd 2 Liverpool 1
Referee : Howard Webb


#notaBuruk::Mohon Robin Van Persie tambahkan mata Fantasy Premier League ambo malam ni.

Photobucket

Jan 12, 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

Salam,,


Pagi sabtu yang tenang. Tapi tidak di sekitar Kuala Lumpur sekarang dimana dianggarkan puluhan ribuan bakal berhimpun untuk Himpunan Kebangkitan 1 Juta Rakyat - #KL112. Perhimpunan kali ini dijangka diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.

Bagi kalangan pelajar, difahamkan tiada larangan untuk menyertai perhimpunan ini dikeluarkan. Ini berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi di laman twitter beliau.


Pihak universiti tidak boleh menghalang pelajar yang ingin menyertai #KL112 ini tetapi boleh menasihati. Namun perlu diingat para pelajar terikat dengan undang-undang universiti. Lagi pun atas motif apa pelajar untuk mengikuti perhimpunan tersebut.

Tambahan pula sekarang musim peperiksaan akhir. Nasihat ambo yang tak menyebelahi mana-mana pihak sebelum berhasrat untuk mengubah negara, ubahlah diri sendiri dulu.



#KL112
sumber gambar: #KL112


#KL112
sumber gambar:FB JkkkFanClub
#notaBuruk::melihat dari mata burung atau dari dalam tempurung.

Photobucket

Bukti Kegiatan Judi Dalam Liga Super 2013?

Salam,

Benarkah wujud aktiviti pertaruhan dalam perlawanan Liga Super Malaysia 2013? Susah untuk merungkai perkara tersebut. Mungkin benda ini sejak dulu lagi ada dan tak pernah berhenti. Gila judi memang takkan serik punya. Ini gambar kertas pertaruhan yang bersumber dari sini yang menjumpai kertas betting yang di buang oleh salah seorang warga Singapura di Stadium Larkin untuk perlawanan DTFC vs Perak malam tadi.



Mungkin kita belum nampak lagi kesan aktiviti tidak sihat si kaki-kaki judi ini terhadap perkembangan Liga Malaysia. Tetapi percayalah dengan kembalinya keghairahan peminat bola sepak Malaysia terhadap liga tempatan serta atmosfera bola sepak Malaysia yang semakin menarik sejajar dengan kemajuan pasukan kebangsaan baik Harimau Malaya atau Harimau Muda, aktiviti judi ini akan turut kembali ligat.

Dan bila kegiatan tidak bermoral ini tidak terkawal, akan hebohlah rumors yang mengatakan wujudnya aktiviti menjual perlawanan. Akhirnya, sekali lagi skandal rasuah 1994 yang membawa kepada zaman kejatuhan bola sepak Malaysia akan berulang.

Beberapa kes-kes rasuah melibatkan pemain Liga Malaysia sebelum ini.







Bola sepak Malaysia sebenarnya kaya dengan bakat pemain-pemain yang hebat, dan sokongan padu peminat-peminat Malaysia tak pernah padam. #SelamatkanBolaSepakMalaysia.



#notaBuruk::Baik gagal exam dari lulus sebab beri rasuah kepada pensyarah.

Photobucket

Jan 11, 2013

Kenderaan Peronda JPJ Diserang & Dibakar

Salam,,

Kejadian kenderaan pancuan empat roda JPJ diserang dan dibakar di Ayer Tawar, Perak 11 Januari 2013- Kebiasaanya orang cuak dan kecut perut bila di tahan JPJ. Tapi sebaliknya berlaku di Ayer Tawar, Perak apabila sebuah kenderaan pancuan empat roda JPJ di serang dan diterbalikkan oleh orang ramai. Tidak cukup dengan itu, mereka turut membakar kenderaan tersebut.

Sehinggakan polis yang datang untuk menenangkan keadaan pun tak berjaya. Difahamkan kejadian berpunca dari susulan kes kemalangan yang melibatkan 9 kenderaan.

Dibawah ini sebahagian gambar kemalangan yang berlaku yang melibatkan 9 kenderaan. Punca sebenar kejadian ini ambo masih kurang jelas.

Tapi pasti ada sesuatu yang betul-betul menimbulkan kemarahan orang ramai sehingga sanggup bertindak diluar batasan seperti ini. Nantikan surat khabar esok..^_^ Itupun kalau berita tersebut telus!






Inilah padahnya bila pihak berkuasa tidak lagi dihormati. Hanya di Malaysia!! 


#notaBuruk::#Respect....tidak boleh dijual beli.

Photobucket

Jan 9, 2013

Live Streaming Kelantan vs PKNS Selangor Liga Super 2013

Salam,,


Disini ambo kongsikan link live streaming perlawanan pertama  Liga Super 2013 melibatkan Kelantan vs PKNS Selangor 9 Januari 2013 secara langsung dari Stadium Sultan Muhammad VI Kota Bharu.

Link live streaming Kelantan vs PKNS Selangor >>> Klik Sini

#notaBuruk::Fuhh sakit kena spam!

Photobucket

Amukan Tok Gajah Malukan Darul Takzim

Salam,


Keputusan Liga Super 2013 - Skuad Pahang calar ego Johor Darul Takzim di Stadium Darul Makmur. Pahang dengan kekuatan 100% pemain tempatan dan diketuai jurulatih tempatan, berjaya bangkit memalukan pasukan yang berbelanja besar, Darul Takzim FC dengan kemenangan 3-2 dalam perlawanan pembukaan Liga Super sebentar tadi.

Syabas Pahang, dan untuk kedua-dua pasukan, satu corak permainan yang menghiburkan dan jaringan yang "world class". Bangkit setelah ketinggalan 0-2 pada separuh pertama, ternyata percaturan Dollah Salleh mengantikan 2 pemain import dengan pemain tempatan membuahkan hasil.

Saksikan jaringan yang terhasil dalam perlawanan Liga Super 2013 Pahang vs Darul Tazkim FC:


Berikut pandangan sebahagian page FB tentang perlawanan Pahang vs Darul Tazkim: 


Ini pula status facebook M.Karathu.

Inilah yang dikatakan bahana cakap besar. Bola itu bulat!


#notaBuruk::Ambil iktibar mana-mana yang patut.

Photobucket

Jan 8, 2013

Live Streaming Fifa Ballon d'Or Gala 2012

Salam,



Live StreamingFifa Ballon d'Or Gala 2012- Satu malam anugerah yang mengiktiraf pemain terbaik dunia. Bakal berlangsung di Zurich, Switzerland pada 7 Januari 2012 (8 Januari 2012 waktu Malaysia).

3 calon akhir daripada 23 calon yang di senarai pendek untuk merebut anugerah tahunan badan induk bola sepak dunia FIFA ini ialah:





Cristiano Ronaldo - Portugal

Merupakan key-player membantu Real Madrid ke semi final UEFA Champion League dan menjuarai La Liga dengan menjaringkan 46 gol. Membantu Portugal mara sehingga ke separuh akhir EURO 2012. CR juga bekas pemenang Ballon D'Or 2008 


Andres Inesta - Sepanyol

Membantu Sepanyol menjuarai Piala Eropah sebanyak 2 kali dan Inesta telah ditabalkan pemain terbaik kejohanan. Dianugerahkan UEFA best player pada anugerah Eropah oleh Presiden Uefa Michel Platini.


Lionel Messi - Argentina

Pemenang Anugerah Ballon D'Or sebanyak 3 kali ini merupakan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman untuk Barcelona dengan gol ke 223 pada 20 Mac lalu. Memecah rekod penjaring terbanyak semusim untuk UEFA Champion League dengan 14 gol. Telah mengatasi rekod jaringan 85 gol untuk semua pertandingan lagenda Gerd Muller. Tak mustahil Messi sekali lagi akan menguasai anugerah ini.

Pemenang Ballon D'Or 2012- Lionel Messi


#notaBuruk::Semuanya pemain La Liga.

Photobucket

Jan 7, 2013

Video yang Sangat di benci Oleh Yahudi

Salam,,


Dengar cerita, video ini akan di remove oleh yahudi laknatullah meskipun di upload berulang kali. Ini kerana mereka tidak mahu dunia melihat kekejaman yang dilakukan mereka. Apa-apa pun sama-sama lah tonton video tersebut yang amat menghibakan. Tapi lagu latar "we will not go down" cukup membangkitkan semangat.



Lirik "We Will Not Go Down"

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

#notaBuruk::Berperang dengan soalan-soalan exam pun dah patah semangat...

Photobucket

Amaran Ribut Tropika Sonamu di Pantai Timur Semenanjung

Salam,,

Sumber ini dipetik dari perkongsian rakan FB. Sumber yang disebarkan ini bersumberkan dari Jabatan Meteorologi Malaysia yang mengeluarkan amaran berjaga-jaga terhadap kemungkinan Pantai Timur Semenanjung dilanda Ribut Tropika Sonamu. Harapnya rakyat Malaysia dan di Pantai Timur terutamanya tidak panik dan sentiasa ikuti perkembangan semasa.

Link Jabatan Meteorologi Malaysia:
http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=741&Itemid=949

Setakat ini trafik ke laman tersebut amat perlahan. Mungkin ramai yang cuba mendapatkan perkembangan terbaru. Sama-sama ingat-mengingati.

Nasihat Ribut Tropika (Sonamu)
.


Di keluarkan pada 08:52PM (06 Januari 2013)

Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).

Masa Pencerapan : 8:00 malam, 6 Januari 2013.

Kedudukan :

Latitud 7.5 Utara; Longitud 109.3 Timur; kira-kira 472 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.

Pergerakan : Ke arah Barat dengan perlahan.

Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 718 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.

Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.

Berikut pula LINK daripada NASA :

http://www.nasa.gov/mission_pages/hurricanes/archives/2013/h2013_Sonamu.html

Sebagai umat Islam marilah kita panjatkan doa kepada Allah s.w.t agar bumi Malaysia terselamat dari sebarang bencana yang tidak diingini.



#notaBuruk::Ya Allah selamatkanlah dan lindungilah kami
Photobucket

Jan 6, 2013

Tahniah ATM, Cuba Lagi The Red Warrior

Salam,,


KEPUTUSAN PIALA SUMBANGSIH 2013

Tahniah untuk pasukan ATM. Kesungguhan barisan pemain dan pengurusan ATM akhirnya makin menampakan hasilnya. Muncul juara Piala Sumbangsih menjadikan ATM dibawah transformasi yang baru ini memiliki 2 piala dalam koleksi. Tak mustahil ATM akan terus menyengat dan tampil menjadi pesaing terkuat dalam Liga Super 2013.

ATM menjulang Piala Sumbangsih setelah menewaskan Kelantan menerusi sepakan penalti.

ATM 1 (4)             -            (3) 1 KELANTAN 
                            irwan fadli min 85                                                  Indra min 55

Bagi Kelantan pula, nampaknya jurulatih Bojan masih bermain eksperimen dalam percaturan pemain. Ramai yang inginkan Dimitri Petratos berada dalam kesebelasan utama Kelantan. Tapi Bojan sebaliknya memilih Keita Manjou.

Terlalu awal untuk menilai keseuruhan prestasi pemain ini pada perlawanan kompentatif pertama sedangkan Keita telah 6 bulan tidak beraksi. Terpulanglah Bojan anda lebih tahu, janji jangan sia-siakan pelaburan yang dikeluarkan.



#notaBuruk::Take Note Bojan Hodak.

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...