Jun 8, 2015

Gempa Bumi Ranau: Bertabahlah Sabah

Assalamualaikum w.b.t

Agak janggal bila mana akhbar-akhbar arus perdana mahupun mana-mana media massa menyiarkan berita gempa bumi di Sabah. Kita sedia maklum bahawasanya bumi Malaysia sebuah bumi bertuah. Terkeluar dari landasan gempa bumi mahupun gunung berapi sedangkan negara-negara sekeliling seperti Indonesia, Filipina sentiasa berdepan malapetaka bencana alam berkenaan. Tetapi sebenarnya tidak.

Minggu ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan bencana gempa bumi magnitude 6.0 scala ritcher di Ranau Sabah. Lebih tragis ia melibatkan korban nyawa. Gempa pada skala tersebut dikategorikan sebagai sederhana. Namun tetap mencemaskan sesiapa sahaja yang berada di lokasi terlibat.


Bencana gempa bumi di Sabah itu adalah peringatan paling jelas untuk semua rakyat Malaysia sebenarnya. Peringatan supaya jangan lagi alpa mahupun lalai. Tiada lagi zon selesa untuk rakyat Malaysia ber'gila-gila' tak ingat dunia. Bencana kian menghampiri kita.

Bumi yang didiami ini bukan hak mutlak kita rakyat Malaysia, ia milik Allah. Dan bumi ini tersangatlah tua usianya dengan kerosakan di sana sini. Meniti hari menuju pengakhiran.

Bertabahlah rakyat Sabah, musibah yang menimpa orang-orang Sabah terutamanya di Ranau juga merupakan musibah untuk seluruh rakyat Malaysia. Peringatan dan pengajaran pastinya tersirat disebalik musibah itu. Bukan untuk diteladani rakyat Sabah sahaja, tetapi seluruh Malaysia termasuk di semenanjung.


Lanjut mengenai gempa bumi di Ranau Sabah >> Astro Awani

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...