Showing posts with label mat engine. Show all posts
Showing posts with label mat engine. Show all posts

Sep 30, 2014

Note Kertas RM 10 dan RM20 Timbulkan Kekeliruan




Jika diteliti memang ada nampak kelainan warna kedua-dua duit kertas RM10 dan RM20 ni. Satu merah jambu dan satu lagi oren cerah. Tetapi awas! Kekadang ada juga yang tak perasan dan tertukar antara kedua-dua note tersebut.

Lebih-lebih lagi bila kita membuat pembayaran di kaunter pembayaran, dan cashier yang buat kerja sambil mengelamun ke atau sibuk tak menang tangan di kaunter pernah tertukar antara note RM10 dan RM20.

Bukan sekali, bukan dua kali, malah sudah berkali-kali perkara ini terjadi. Andai kata,kita sebagai pengguna pun tak sedar atau tetiba tak pasti note yang kita keluarkan tu RM10 ke RM 20, boleh jadi kes gaduh kat kaunter. Tak pun jawab dia kira sedekah je la duit baki yang tak cukup tu. 

#KataAmbo | where the money drop?

Photobucket

Sep 18, 2014

Serve Slow Atau Line Internet Bermasalah


Server yang teramat slow. Pakai unifi VIP 10 dengan kelajuan 10mbps pun masih jenuh menunggu loading page nya.

Boleh dikatakan inilah rutin setiap awal semester. Bila beribu-ribu pelajar cuba masuk ke website student portal pada masa yang sama. Pendaftaran yang lewat dibuka tu satu hal. Entah di mana silapnya wallahualam. Mungkin penyusunan jadual semester ini sedikit terganggu bila ramai pensyarah dari fakulti elektrikal di kampus Shah Alam dipindahkan ke kampus baru Pasir Gudang. Jadi pihak berkenaan perlukan masa untuk plan betul-betul berapa kelas yang perlu dibuka.

Satu hal lagi bila kod pengajian baru diperkenalkan. Maka berlaku sedikit masalah jika pelajar yang guna kod lama baru nak ambil kursus yang sepatutnya perlu diambil pada semester-semester lepas. Nak kena naik pejabat jumpa pihak yang in-charge perihal jadual ini mintak disetarakan kelas yang guna kod lama dan baru. Baru mudah sikit pelajar yang kod lama nak daftar kursus.

Ini lah orang kata antara serpihan cabaran dan dugaan menuntut ilmu.

#KataAmbo| Sabor je laa!

Photobucket

Apr 10, 2014

Sel-sel Otak Belum Berhubung

Salam,

Tak sampai 5 minit ambo on laptop bagi menyiapkan pre-lab untuk experiment High Voltage terlintas di fikiran ambo tentang persoalan kenapa ambo masih terkebil-kebil untuk mendaki kejayaan? Paling tidak pun capai setiap matlamat yang ditetapkan.

Takdir dan ketentuan Allah itu mana mungkin kita ketepikan sedangkan setiap yang berlaku adalah atas kehendak dan rahmat dari-Nya. Cuma dari sudut yang berlainan, dapat ambo simpulkan, puncanya adalah terlalu banyak matlamat dan kesemuanya adalah samar-samar.

Matlamat tidak jelas. Sekadar atas angin dan berlegar-legar diruang angan-angan. Seringkali bila buntu, ambo akan capai pen dan kertas dan mula mencatit punca visi ambo gagal dicapai. Tapi sayang seribu kali sayang ia cuma sembang je lebih. Sembang kencang, pokok pun boleh tumbang.

Mungkin ambo perlu kecilkan skop matlamat dan mulakan gerak kerja untuk jayakan misi yang kecil sebelum halakan mata panah untuk sesuatu yang lebih besar. Haihh..bermotivasi sungguh pagi ni. Kesan minum Horlick barangkali. Maka sel-sel otak pun mula berhubung.

Hmm..permulaan pagi yang positif bila ada semangat untuk jadikan hari ini lebih baik dari semalam.

#Jiwa Kental Hidup Bertuhan. Jika berkesempatan layari blog ni.



#KataAmbo:Maggi sudah kembang. Sarapan dulu la kita.
Photobucket

Oct 16, 2013

Terima Kasih UMNO ?

Salam,

Tolong!!Tolong jangan label ambo sebagai macai. Tajuk ambo sebegitu rupa kerana elaun ambo bertugas sebagai sebahagian dari sukarelawan penjumlahan undi pemilihan UMNO 2013 telah pun masuk ke dalam akaun. Sedikit sebanyak elaun tersebut dapat mengurangkan beban ambo untuk melunaskan segala macam hutang yang tertangguh.

Gambar Hiasan
Apa-apapun yang lebih layak untuk ambo syukuri dan berterima kasih tentulah kepada Allah s.w.t. Kerana setakat ini ambo dipermudahkan untuk menempuh segala kesukaran dan cabaran hidup. Nak hidup berdikari semestinya banyak cubaan dan dugaan. Sampai bila nak harapkan mak dan ayah suapkan. Mungkin inilah antara cabaran yang bakal ambo tempuh apabila menamatkan alam pengajian dan memasuki alam pekerjaan kelak.

Berbalik kepada tugasan sebagai sukarelawan Penjumlahan Undi Pemilihan UMNO 2013, ia telah berlangsung sabtu lalu di sebuah kelab rekreasi di Kota Kemuning. Pemilihan melibatkan sayap Wanita UMNO dan Puteri UMNO. Seawal pukul 8 pagi sudah standby untuk bertolak, pukul 9 lebih sudah sampai dilokasi. Namun jam 2 petang baru proses penjumlahan bermula. Jadi sementara jenuh menunggu proses pengiraan undi bermula, bolah tahan bosan la cuci mata sekitar kelab tersebut. Jam 9.30 malam baru dpaat pulang. Begitulah serba sedikit cerita hambar ambo mengenai situasi yang dilalui hari tersebut. Siapa yang menang, ambo tak ambil kisah pun. Yang penting habis tugasan, elaun masuk.


Boleh dikatakan sebahagian besar yang menjadi sukarelawan bukan penyokong mahupun ahli parti tersebut, tetapi lebih sekadar untuk dapatkan elaun. Jadi sekali lagi jangan label kami macai. Hoho..
Biasalah hidup sebagai pelajar ni, mana ada lubang untuk buat duit poket tambahan lagi halal, terjah saja.

Rezeki ditangan tuhan dan telah ditentukan olehNya, jadi tidak timbul isu tak kenang budi atau talam dua muka mahupun macai dan sebagainya. Mana-mana pihak yang boleh tawarkan kerja yang halal dan bersih, di situ ambo sedia berkhidmat. Janji itu bukan rasuah atau duit hasil penyelewengan.

#KataAmbo::Dapat Kiriman Baju Misteri
Photobucket

Jun 6, 2012

Shah Alam Kering Kontang


Sehari di gurun sahara. Itulah mungkin bayangan yang bersarang dalam pemikiran mereka yang berada di sekitar Shah Alam...kecuali kalau hanya terperap dalam bilik ber'aircond'.

Serious tak tipu, tak bohong dan tak kelentong. Bahang yang lebih hangat dari biasa menjurus kepada sakit kepala luar biasa pakej sekali dengan selesema secukup rasa...sekali lagi tak tipu. Terus mati mood ambo nak mentelaah untuk test esok..aisehh!!
Mood nak study dah mati, otak otomatik jadi 'hang'...fuhhh sabaq..sabaq.
Insyaallah i'll find the way.

Tapi beberapa ketika tadi terperasan ada cahaya kilat di kaki langit, angin malam kembali menghembus.
kebaboom bunyi pintu tertutup di tiup angin...
kecepeh bunyi pensel case aku jatuh ..
tangg tinngg tungg tin 100 plus jatuh...


Insyaallah hujan akan tiba...alhamdulillah terima kasih Ya Allah.


#KataAmbo | status FB hari ini..petang: panasnya Shah Alam..tengah malam: shah alam hujan..sejuk!!

Photobucket

Jun 4, 2012

jadual siaran EURO 2012 waktu Malaysia

Assalamualaikum.
Ditengah kesibukan dan kecelaruan yang memuncak aku cuba menghidupkan blog yang hidup segan tapi berkubur terasa rugi ini dengan perkongsian jadual perlawanan EURO 2012 berdasarkan waktu Malaysia.

Mana aku dapat benda ni??design sendiri?? jauh panggang dari api la nak buat sendiri. Test pun bersusun menanti giliran. Jadual tersebut aku download dari page FB  BolaKini.

Dibawah ini pula jadual untuk bulan Jun ini. Banding punya banding jadi konklusinya test tetap test, final tetap final tapi EURO tetap layan...^_^


Tapi beberapa permasalahan utama kini adalah::

  • boleh ker aku layan soalan final exam semester ini dengan jayanya??
  • dimana dan bagaimana untuk aku mendapatkan jersi dibawah ini???


sumber gambar:: 
sumber gambar:: jerseykworiginal.wordpress.com dan bolakini


Photobucket

Apr 7, 2012

Berguru dengan Pengalaman Di Sekolah Kehidupan

Salam,
Alhamdulillah kalau sudah rezeki memang tak kemana. Setelah jenuh kesana kemari akhirnya aku dapat peluang untuk mendapatkan kerja part time.
Al-kisah bermula bila aku terlihat senaskah Akhbar Harian Metro di sebuah kedai runcit dan naskah itu naskah yang terakhir. Dalam pada aku sudah berada atas motosikal "warisan keluarga"(kira hak milik sendiri la kot) untuk berambus dari situ, aku berpatah balik ke kedai untuk membeli akhbar itu. Belek dan belek jumpa iklan "Domino's Pizza Customer Service Center memerlukan pekerja-Part time @ Full-time" dalam ruangan Klassified.

gambar hiasan::Lebih kurang macam tu la kerja aku.
Tanpa berfikir panjang terus Google Map lokasi temuduga. Sampai di lokasi kejadian aku yang pertama bertandang ke situ..Jadi sembang punya sembang.."Ok.Tahniah la kamu dapat kerja ni.Isnin ini boleh datang ke HQ untuk training." Cehh!! ayat skema macam temuduga nak jadi engineer..
Alhamdulillah dengan naskah akhbar yang terakhir dan jadi orang pertama datang temuduga terus dapat.
Jadi kalau ada sesiapa yang hubungi 1-300-888-333 dan yang jawab itu cakap merapu..Hahh aku la itu!!^_^
Sekarang sudah 3 minggu aku memiliki 2 komitmen. As a student and at the same time doing a part time job.
Jadi persoalan utama sekarang ini boleh ke aku agih-agihkan peruntukan masa 24 jam dalam sehari-harian hidup aku dengan adil dan saksama ??
Mungkin ada yang akan jawab.."Boleh tak de hal lah bro..sehari 4-5 jam je kot!!"...ataupun akan ada juga yang sangsi" Issyy boleh ke ko bagi masa.Bila ko nak study, bila ko nak lepak lagi, bila masa ko nak buat itu & ini??."
Bagi aku, aku akan jawab susah sebab aku bukan seorang yang berdisiplin dalam hal-hal masa. Jadi sekarang aku perlukan ilmu bagaimana nak bahagi-bahagikan masa. Time management atau lidah melayu kata pengurusan masa...Persoalannya mana aku boleh belajar itu semua??(Persoalan yang tidak memerlukan jawapan)


notaburuk::Penat kerana buat sesuatu itu lebih bermakna dari penat kerana bosan tak tahu apa nak dibuat!!




Photobucket

Mar 13, 2012

Pencari Kerja Part Time Yang Tegar


Salam,
This is my first entry for this March. To be honest i have no idea on what should i post here. Huhh bakar line dengan lidah mat saleh..grammer berterabur? Lantak pi laa noh!!

Sejak laptop aku yang tak seberapa tapi cukup berjasa itu ber'sara' rasa macam hilang arah tuju. Mahu update dunia bawah tempurung tak ada chance. Nak selongkar tips-tips business online jauh sekali. Habis kelas balik bilik, mengadap dinding tengok luar tingkap. Fikir masa depan kononnya.
Pelan nak cari yang baru belum kesampaian lagi hajat..uncle PTPTN potong pembiayaan citt!! Terpaksa tunggu sebulan lagi. Ada rezeki kerja part time pun jalan!!

gambar hiasan.
Nak amek yg ni mmg tak dapat la der.


kalau ada yang sudi klik iklan agak2 bleh dapat yang ni ker??^_^

Cuti dah habis bro.Minggu kedua di semester yang baru!! Macam-macam rasa bermain dalam kotak fikiran aku dan kebanyakkan rasa itu semuanya bercas negatif..adoyaii
Macam mana gambar di bawah macam itulah kepala otak aku dan jiwa konkrit aku. Tapi still bajet cool macam tak ada masalah. Senyum je meleret sampai syurga telinga. Malas nak raih simpati manusia sebab manusia pun ada masalah masing-masing. Baik bergantung harap dengan Allah s.w.t sebab Dia Maha Mengetahui semua.


Having 16 credit hour this semester ( 4 course have 3 credit hour) so just imagine if i have 1 paper fail or most of it i just pass with C ( maybe stand for cool, crash or crazy) berasap telinga la jawabnya. Absolutely osem. Yes OOOOOOSEM!!



Anyway, kalut-malut, gundah-gulana memang tak ke mana. I have no choice. If i fail to plan means that i plan to die.
Mak bapak kat kampung sabar menanti segulung ijazah. Jadi buat sehabis baik. Ulalalalalalalalalalalaalalalaaaa!!!


notaburuk::sejak kaki gua pijak bumi lembah klang ni tak pernah gua rasa cool & peaceeeeeee!!

Photobucket


Jan 19, 2012

Ayat puitis dari VC UiTM:: Dato' sahol Hamid

Balik sahaja dari jumpa kawan aku terus online. Update mukabuku. Tetiba terbaca satu post oleh VC uitm, Dato' Sahol Hamid sebagaimana berikut::
KATA-KATA YANG MEMBUAT RAMAI SEBAK

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.
Fikir2lah
Barisan ketiga perenggang pertama itu yang rasa macam terpalit keatas batang hidung sendiri. Sebab rakan seperjuangan yang lain semua sudah pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menikmati cuti semester. Tapi aku masih disini.

Tapi aku bukan sengaja untuk tidak pulang tetapi aku rasa aku perlu lakukan sesuatu demi mencari pengalaman hidup untuk merasa pahit, manis dan segala rasa-rasa kehidupan.
Insyaallah beberapa minggu sebelum cuti semester berakhir.. aku akan merasa home sweet home..Wassalam


Photobucket





Oct 8, 2011

FUTSAL : kakiku kaku

 Assalamualaikum, salam pembuka bicara. Tika dan saat ini aku cuba gagahkan mata tahan mengantuk menunggu masuknya waktu Subuh. Penat berlari-lari atas gelanggang futsal masih terasa. Minggu ni saja sudah dua kali aku turun main futsal. Tapi orang lain yang sudah sebati dengan benda ni mungkin tiap-tiap petang turun main futsal.

Setelah dicampur, tolak, bahagi, dan darab setakat ni baru 4++ kali aku main futsal dalam masa 2 tahun...sekali lagi aku habaq hang..dalam masa 2 tahun. Seriuus lama gila kaki aku tak 'mencium' bola. Last kaki aku tendang bola masa form 2 dulu-dulu. Lepas tu lama aku bergelumang dengan buku, berlari berkejaran dengan kelas tambahan kat sekolah.
Diimbas kembali zaman kanak-kanak dulu, especially time sekolah rendah kalau petang-petang tak turun padang main bola dengan kengkawan memang tak sempurna hari itu. Dimana ada tempat budak-budak main bola disitu aku ada. Tapi biasanya padang sekolahlah.

gambar hiasan.
Perut yang lapar pun boleh kenyang bila dapat tendang bola. Tapi itu dulu, sudah jadi sejarah sudah jadi nostalgia.Zaman sudah berubah bro..dulu futsal masih asing lagi, bola sepak padang yang dikerumuni. Tapi kini gelanggang futsal macam cendawan lepas hujan. Ceruk kampung pun ada.
Tapi satu hakikat yang harus diterima, kakiku kaku dan sudah tidak sehaluan dengan bola..Mungkinkah sudah jadi kaki bangku???Owhh tidakkk...haisyh.!! Tapi jiwa bola masih mekar, kalau tidak masakan sanggup berjaga malam tengok bola.
kasut futsal pun tarak..

Kini visi, misi aku satu. Cuba kembali aktif bersukan tidak kira apa-apa sukan@aktiviti sekali pun. Cuma yang jadi problem..starting??Bila..dimana..bagaimana..??
i need hobby

Apa-apapun thanks a lot to everyone whose invited me main futsal!! Moga-moga apa yang aku hajati seusai aku menjejakkan kaki di bumi Shah Alam, yakni BE ACTIVE dimakbulkan..Amin.


Photobucket




May 28, 2011

Bila Poketku Kempis.

Alhamdulillah cuaca di shah alam pada waktu petang ni sungguh tenang dan nyaman..maklumlah baru je lepas hujan. Pejam celik pejam celik sudah 2 minggu beb kuliah intersesi berlalu..Kiranya sudah sampai separuh jalan dan insyaallah lagi 3 minggu untuk ditempuhi. Sepanjang 3 minggu itu 2 test dan 2 quiz akan menanti sebelum final exam tiba.

Kelas ambo untuk intersesi ini cuma 3 hari seminggu.hari-hari selebihnya dok terperap dalam bilik..mak oii sumpah bosan kalau begini sampai habis intersesi.

Nak dijadikan cerita ambo pun dapat kerja di sebuah restoran ala-ala McD milik bumiputra kat seksyen 7..dekat je dengan rumah yang aku stay sekarang nih. tapi jodoh ambo kat sini tak lama 2 hari je, pastu kena kick tetiba..kes nye ambo tak jawab call manager tuh (call suh ambo masuk kerja) sebab aku tertidur.. lepas tu ambo call balik nak minta maaf langsung tak dijawab. sumpah macam haram restoran nih..restoran tak de la busy sangat, customer pun boleh bilang dengan jari tapi berlagak macam restoran-restoran yang dah maju spt KFC takpun McD..aisyy beginilah melayu bila baru up!
So, sekarang ni ambo sedang kalut-malut kesana sini mencari kerja part time yang lain.



Tak cukup pusing-pusing satu shah alam ambo google kat internet langsung tidak ada kerja yang sesuai dengan jadual kelas ambo.
Kalau ade pun kerja kat McD, Pizza Hut tak pun KFC..Kalau boleh ambo nak cari pengalaman kerja selain daripada kerja kat fastfood.



Tapi dengan saving makin menyusut, poket pula makin kempis nampaknya fastfood pon fastfood lah janji masyuk. Lepas untuk bayar sewa umah, bil air, letrik dan yang satu family dengannya kira oklah..


#KataAmbo |  Terjah walk-in interview di KFC seksyen 15.

Photobucket

May 7, 2011

Habis Sudaa...!!!

DAH HABIS!!!!!!

Alhamdulillah.Tamatnya masa menjawab kertas peperiksaan communication engineering pada tengah hari (..bagi tepat lagi pada jam 12:01 pm) tadi maka secara rasminya habislah sudah segala perjuangan bersadurkan kecelaruan, kekusutan, kekalutan untuk semester ini. Cuba untuk merenung dan berfikir tentang apa yang tersurat dan tersirat disebalik segala pengalaman dan perjalanan hidup aku sepanjang semester ini. Ternyata banyak perkara yang boleh diambil ikhtibar dan pengajaran..(..hah tetiba masuk channel serius plak).

Cuti semester selama 4 bulan (disebabkan anjakan semester seluruh IPTA) sah-sah berkarat otak dan sendi aku kalau dibiarkan hibernate begitu saja. Tapi cuti aku kali ini cuma seminggu saja sebelum kembali ke Shah Alam untuk intersesi selama 1 bulan dan baki 3 bulan lagi belum ada apa-apa planning.
Hari ini juga merupakan hari terakhir aku bergelar budak hostel.huhhu sayonara kolej jati.Segala susah payah sepanjang aku menetap di kolej ini akan jadi sweet,sour,bitter & salty memory.Masih ingat lagi bila balik kolej lewat kelentong pak guard dengan alasan-alasan yang 'bernas' semata-mata untuk lepas masuk kolej.begitu juga bila hendak keluar bila time dah lebih 12 pm..soory cik guard saya terpaksa hukhuksskhuk(..ini bukan batuk tapi ketawa yang tak ikhlas)!!

Semester hadapan aku jadi budak Non-resident (NR) pula..mungkin nampak macam bebas tapi lain padang lain belalang..so lain tempat dan situasi lain ragam dan cubaan. cubaan yang paling jelas nampak sekarang ialah bagaimana hendak planning budget..bayar bil elektrik,bil air,streamyx, sewa rumah, belanja hari-hari dan macam lagi benda yang berpotensi untuk mencelarukan kepala aku untuk semester hadapan...
Hari dah senja sekejap lagi dah nak chaoww balik kampung so aku tutupi warkah merapu meraban aku kali ini dengan....~ balik kampung hohohoo balik kampung hati giranggg.terbayang wajah2 yang kusayang satu-satu bermain dimata...blablaablaaaaa.~~



#KataAmbo |  nak jadi durian..dari luar berduri..isinya digemari.
Photobucket

Apr 20, 2011

Perah Keringat Dengan Frisbee..

Frisbee??
It is simple game but very interesting and fun.Malam minggu yg lalu aku sempat bermain permainan ini dengan member-member engine.Dalam kegelapan malam yang hanya diterangi lampu limpah kat tepi-tepi padang dan dengan padang yang becak kami berlari berkejaran menangkap frisbee yang melayang diudara selepas dibaling oleh team member.Agak memenatkan tetapi keseronokan mencuba satu permainan yang baru melenyapkan sama sekali kepenatan tadi.

Dimainkan sejak 1968 di New Jersey, USA

Tapi bila bercakap tentang frisbee ni terutamanya bila saja aku sebut frisbee kat sapa-sapa saja terus terpancul dari mulut mereka "owh yang main dgn anjing tu erk???main baling2 pastu anjing kejar dan tangkap..".Ini permainan manusia laa bro tapi orang barat yang main dengan anjing tu mungkin sebab tak cukup orang untuk bina satu team, so main dengan anjing..tapi kalau diperhatikan kat internet memang orang barat sana selalu main frisbee ni dengan anjing tapi kalau dorang bela kucing main dengan kucing laa kot...hhuhuhu

Kepada siapa-siapa yang terjerumus ke duniabawahtempurung ini dan belum pernah mencuba bermain permainan ini boleh ler ajak member mencubanya..Kita kat Malaysia ni mungkin majoritinya tak pernah main atau tak pernah dengar pun pasal permainan ni tapi kalau sebelah barat sana dorang selalu main ketika musim panas (orang kita yang berjiwa barat suka sebut summer....:)) dan main kat pantai...

Malah sejak 1968 siap diadakan tournoument lagi untuk permainan ni..Jadi kiranya ia dah dianggap sebagai satu sukan.Di USA dianggarkan hampir 5 juta orang terlibat dalam sukan ini.


Photobucket

Aug 7, 2010

Meneropong Dari Lubang Tempurung....

assalamualaikum w.b.t

Salam dari dunia bawah tempurung hihihi!!..aku bukan bad romance seperti mana yang diperkatakan oleh Lady Gaga. Sinbad mahupun bad-bad rempit macam Adnan sempit tapi aku adalah Bad Storyteller.

Kenapa Bad storyteller?? Saja letak nama tu. tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah pergi. Motif utama aku create blog ini aku sendiri pun tidak pasti. Tetapi biarlah blog ini boleh menjadi medan untuk aku kongsikan cerita ,pengalaman, apa-apa jua ilmu baru yang aku dapat.

Kongsi dengan siapa? Siapa-siapa sajalah yang tersesat ke dalam dunia bawah tempurung aku ini. Apa apapun biarlah masa dan waktu yang akan memberikan jawapan sebetulnya mengapa aku create blog ni. Saat jari-jemari aku rancak berlari-lari anak atas papan kekunci ni aku langsung tak ada mood nak face to face dgn buku-buku, nota-nota dan segala-galanya yang berkaitang dengan pengajian aku.

Ditambah pula dengan cuaca di Lembah Klang sekarang ni mendung bak kata orang kelate "jo-ong"..
Hari ini juga genap 5 minggu aku bermaustatin di Kolej Jati Uitm [kampus induk]. Masih tercari-cari mood betul-betul nak study yang sudah hilang 3 tahun yang lalu. Senang cakap habis saja SPM aku bekukan otak aku ni. Jadi sekarang ni masih tak cair-cair lagi...huhu.

Jadi dari dunia bawah tempurung(dBt) aku cuba untuk kongsikan sesuatu yang ber'makna' kononnyalah, untuk menjadi 'pencuci otak' sesiapa yang tersesat ataupun terjerumus ke dalam dunia aku ini. Kiranya sesiapa yang masuk dBt ni datang tak berjemput dan berambus tak dihantar..[kasar sangat ker??]. "pandai2lah korang nak hidup" kata org2 tua.

#KataAmbo:Ramadhan just around the corner..it's a time to renovate ourselves
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...