Showing posts with label live streaming. Show all posts
Showing posts with label live streaming. Show all posts

Feb 14, 2013

Live Streaming Manchester United vs Real Madrid 13 Februari 2013

Salam,,

Live Streaming Manchester United vs Real Madrid 13 Februari 2013 (waktu Sepanyol) |  Pertembungan yang paling dinanti-nantikan oleh semua peminat bola sepak dunia. Tidak kiralah kelab mana yang disokong, pastinya perlawanan Manchester United vs Real Madrid pada pusingan 16 terbaik jadi perhatian.


Pertemuan yang berlangsung di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid ini boleh ditonton menerusi live streaming. Berikut ambo kongsikan link untuk peminat bola di luar sana. Sepak mula bermula pada 3:45 pagi.


#notaBuruk::Berbelah bahagi. Tapi masih tetap memilih M.U hehe ~ ~
Photobucket

Feb 6, 2013

Live Streaming Malaysia vs Qatar 6 Februari 2013

Salam,

Live Streaming Malaysia vs Qatar 6 Februari 2013 - Tirai kelayakan Piala Asia 2015 akan bermula malam ini. 10 perlawanan akan berlangsung malam ini melibatkan lima kumpulan, termasuklah Malaysia vs Qatar dari kumpulan D.

kelayakan piala asia 2015, malaysia vs qatar
sumber gambar: Astro Arena 801

Aksi skuad Harimau Malaya ini bakal disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena saluran 801. Maklumat ini ambo dapat dari laman facebook Astro Arena sendiri. Harap tiada pembatalan di saat-saat akhir.

Selain itu ingin ambo kongsikan link live streaming Malaysia vs Qatar untuk anda yang singgah di dunia bawah tempurung.


Mungkin agak sukar untuk mengharapkan kemenangan, namun diharap kesebelasan Harimau Malaya dapat mencuri satu mata menentang Qatar malam ini.

#notaBuruk::masih ada sekelumit harapan untuk lihat Harimau Malaya menyengat malam ini.

Photobucket

Feb 2, 2013

Live Streaming Kelantan vs Semen Padang 2 Februari 2013

Salam,,

Live Streaming Perlawanan Persahabatan Kelantan vs Semen Padang 2 Februari 2013- Kelantan bakal turun menentang juara Liga Super Indonesia 2012, Semen Padang malam ini di stadium Sultan Muhammad ke VI Kota Bharu.

live streaming kelantan vs semen padang 2 februari 2013
sumber gambar: FB Tumpat FC


Pastinya kesempatan Liga Super Malaysia yang berhenti rehat bagi memberi ruang kepada persiapan skuad kebangsaan mengharungi kelayakan Piala Asia 2015, digunakan sepenuhnya oleh kem The Red Warriors untuk menguji barisan pemain.

Setelah mengharungi beberapa perlawanan awal liga yang mengecewakan, Bojan Hodak pastinya ingin mencari keserasian terbaik malam ini bagi mengharungi saingan Liga Super dan Piala FA selepas ini.

Turun tanpa Farhan Muhammad, Shakir Shaari, Nik Shahrul dan Apek yang masih dalam tugasan dengan kem Harimau Malaya, Kelantan bakal menurunkan beberapa pemain yang baru bebas dari kecederaan seperti Azizi Matt Rose, Faiz Subri serta gandingan pemain import Dimitri Petratos, Salim Arrache, Dickson Nwakaeme, Lek Kcira dan Keita Mandjou antara yang bakal beraksi.

Berikut ambo kongsikan link live streaming untuk yang tidak berkesempatan menonton di stadium ataupun di TV yang akan disiar secara langsung di TV1 jam 8:45 malam.

Link - Kelantan vs Semen Padang

#notaBuruk::Lama rasanya ambo tak tengok game The Red Warriors.

Photobucket

Jan 9, 2013

Live Streaming Kelantan vs PKNS Selangor Liga Super 2013

Salam,,


Disini ambo kongsikan link live streaming perlawanan pertama  Liga Super 2013 melibatkan Kelantan vs PKNS Selangor 9 Januari 2013 secara langsung dari Stadium Sultan Muhammad VI Kota Bharu.

Link live streaming Kelantan vs PKNS Selangor >>> Klik Sini

#notaBuruk::Fuhh sakit kena spam!

Photobucket

Jan 8, 2013

Live Streaming Fifa Ballon d'Or Gala 2012

Salam,



Live StreamingFifa Ballon d'Or Gala 2012- Satu malam anugerah yang mengiktiraf pemain terbaik dunia. Bakal berlangsung di Zurich, Switzerland pada 7 Januari 2012 (8 Januari 2012 waktu Malaysia).

3 calon akhir daripada 23 calon yang di senarai pendek untuk merebut anugerah tahunan badan induk bola sepak dunia FIFA ini ialah:





Cristiano Ronaldo - Portugal

Merupakan key-player membantu Real Madrid ke semi final UEFA Champion League dan menjuarai La Liga dengan menjaringkan 46 gol. Membantu Portugal mara sehingga ke separuh akhir EURO 2012. CR juga bekas pemenang Ballon D'Or 2008 


Andres Inesta - Sepanyol

Membantu Sepanyol menjuarai Piala Eropah sebanyak 2 kali dan Inesta telah ditabalkan pemain terbaik kejohanan. Dianugerahkan UEFA best player pada anugerah Eropah oleh Presiden Uefa Michel Platini.


Lionel Messi - Argentina

Pemenang Anugerah Ballon D'Or sebanyak 3 kali ini merupakan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman untuk Barcelona dengan gol ke 223 pada 20 Mac lalu. Memecah rekod penjaring terbanyak semusim untuk UEFA Champion League dengan 14 gol. Telah mengatasi rekod jaringan 85 gol untuk semua pertandingan lagenda Gerd Muller. Tak mustahil Messi sekali lagi akan menguasai anugerah ini.

Pemenang Ballon D'Or 2012- Lionel Messi


#notaBuruk::Semuanya pemain La Liga.

Photobucket

Jan 5, 2013

Tonton Live Streaming Anugerah Juara Lagu 27 TV3

Salam,,

Live Streaming Anugerah Juara Lagu 27 TV3. Hujung minggu ini akan berlangsung satu lagi acara hiburan yang mengiktiraf para pengiat seni tanah air, terutamanya dalam bidang muzik. Sejak tahun -tahun kebelakangan ini ada saja muka baru yang muncul di pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ini. Pada pandangan sesetengah orang ia satu perkembangan yang sihat. Tapi ambo fikir, era penghujung 90-an dan awal era millenium lagi syok layan persembahan dalam AJL ini.

Tapi biasalah setiap zaman itu ada corak dan kreativiti yang tersendiri. Layan je lah!!




:Finalist AJL 27:



#notaBuruk::Abis bola terus mengantuk..aisehh!!

Photobucket

Jan 4, 2013

Live Streaming Piala Sumbangsih 2013- ATM vs Kelantan

Salam,,


Live Streaming Piala Sumbangsih 2013-Liga Bola Sepak Malaysia kini bermula dengan penentuan pemenang Piala Sumbangsih 2013 menemukan juara Liga Super 2012 Kelantan fa dan Juara Liga Perdana Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Berikut ambo sediakan link live streaming untuk anda yang ada tv tapi rosak, pakai astro tapi hujan dan tak ada signal. Jadi tontonlah dengan aman menerusi link streaming dibawah.

”banner   Kisah Suka Duka 2 Beradik Memburu Impian


Piala Sumbangsih 2013- Kelantan vs Atm



Bagi anda yang berada sekitar Lembah Klang boleh datang memenuhkan stadium Shah Alam esok dengan tiket berharga RM 20. Ambo tengok live streaming ini saja hhehe!!

#notaBuruk::Jaga mood nak jawab exam.

Photobucket

Jan 3, 2013

Live Streaming Pelancaran Jersi Baru Kelantan FA 2013

Salam,,


Ambo tak sabar dan tertanya-tanya, macam mana la rupa jersi baru The Red Warrior musim 2013 nanti..
Jom tonton live streaming pelancaran jersi Kelantan FA 2013. Kalau menarik kita beli, kalau kurang menarik beli t-shirt saja la..haha^_^. Selain pelancaran jersi, majlis tersebut turut memperkenalkan barisan penaja untuk pasukan Kelantan untuk 2013 ini.




#notaBuruk::Tidur pun mimpi pakai jersi.

Photobucket

Dec 13, 2012

Live Streaming Separuh Akhir 2 Piala AFF 2012 Malaysia vs Thailand

Salam,,



Live Streaming Separuh Akhir 2 Piala AFF Suzuki 2012-13 Disember 2012 | Satu tempat di pentas final Piala AFF Suzuki 2012 sudah diraih oleh Singapura. Bagaimana pula dengan satu lagi slot? Malam ini persoalan itu akan terjawab. 

Malaysia vs Thailand bagi perlawanan separuh akhir 2 Piala Aff Suzuki 2012 pada jam 7:00 pm (8:00 pm waktu Malaysia). Perlawanan tersebut bakal dilangsungkan di Suphachalasai stadium Bangkok, Thailand.

Ingin menonton secara live streaming? Berikut ambo kongsikan link:



Dengan kelebihan jaringan gol tempat lawan berpihak kepada Thailand, Harimau Malaya turun dengan misi mesti menang. Perkiraan mudah a.k.a syarat minimum untuk Malaysia melangkah ke Final Piala AFF Suzuki 2012:
  • Seri dengan menjaringkan 2 gol. Menjadikan aggregat MAS 3-3 THAI (Malaysia mara dengan kelebihan gol tempat lawan).
  • Menang sekurang-kurangnya 1 gol... MAS 1-0 THAI dan secara aggregat menjadikan MAS 2-1 THAI

suphachalasai stadium, venue semi final aff suzuki cup 2012
suphachalasai stadium bangkok
Dari bumi bertuah Malaysia, ambo mengharapkan skuad K.Rajagopal memberikan yang terbaik dan bersemangat di Bangkok malam nanti..itu yang penting. #selamanyaHarimauMalaya

#notaBuruk::diharap training dalam bendang menguatkan mental pemain Harimau Malaya

Photobucket

Dec 9, 2012

Live Streaming Malaysia vs Thailand Separuh Akhir 1 Piala AFF 2012

Salam,


Live Streaming Malaysia vs Thailand - Separuh Akhir 1 Piala AFF Suzuki 2012 | Debaran saingan separuh akhir 1 piala Aff Suzuki 2012 makin terasa. Malaysia selaku naib juara kumpulan B bakal melayan kunjungan Thailand, juara kumpulan A jam 8:00 pm 9 Disember 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dengan reputasi selaku juara Kumpulan A dengan rekod tanpa kalah, menjadikan Thailand bukan calang- calang lawan untuk skuad kebangsaan. Thailand bagi edisi Piala AFF 2012 ini berbeza dengan 2 tahun lalu. Ambo harap Datuk K.Rajagopal tidak memandang enteng cabaran dari Thailand malam nanti dengan menurunkan kesebelasan terbaik Malaysia supaya dapat menyaingi skuad negara Gajah Putih itu.

Bermain di laman sendiri untuk separuh akhir pusingan pertama, memerlukan skuad Harimau Malaya memanfaatkan sepenuhnya kelebihan selaku tuan rumah dan membawa bekalan selesa ke Bangkok nanti.

Perlawanan separuh akhir 1 antara Malaysia vs Thailand ini turut boleh di tonton secara live streaming menerusi link berikut:



#notaBuruk::Kerja part time! Mana mau cari.?

Photobucket

Dec 1, 2012

Live Streaming Malaysia vs Indonesia Piala AFF 2012


Salam,,


Live Streaming Piala AFF Suzuki 2012 Malaysia vs Indonesia 1 Disember 2012 | Perlawanan terakhir kumpulan B yang cukup mendebarkan. Perebutan untuk ke saingan separuh akhir masih terbuka untuk semua pasukan. Malaysia, Singapura, Indonesia dan Laos pun masuk kira sekali la..

Mampukah Malaysia mengatasi Indonesia untuk menempah tiket ke separuh akhir dan mempertahankan kejuaraan?? Satu persoalan yang ambo tak berapa suka lebih-lebih lagi untuk dijawab saat dan ketika ini.

Misi mesti menang Malaysia berterusan. Andai kata Singapura dapat ditewaskan tempoh hari, semestinya skrip dan suasana sedikit berbeza.



Apapun seribu harapan..tak cukup?? Jutaan harapan untuk skuad kebangsaan menewaskan Indonesia dan mara ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012. Ngauman Harimau Malaya mana bisa berani dicabar Garuda..waduhh..waduh!!

Untuk anda yang tersesat ke dunia bawah tempurung ambo, bolehlah klik link di bawah untuk menonton secara live streaming.







Photobucket

Nov 28, 2012

Live Streaming AFF Suzuki Cup 2012 - Malaysia vs Laos

Salam,,


Live streaming Piala AFF Suzuki 2012 Malaysia vs Laos 28 November 2012 | Perlawanan kedua peringkat kumpulan Malaysia vs Laos bagi saingan Piala AFF Suzuki 2012 pada 28 november 2012 pastinya dinanti-nantikan oleh seluruh penyokong Malaysia.

Adakah mampu skuad kebangsaan pimpinan K. Rajagopal bangkit setelah di baham Singapura 0-3 tempoh hari? Tiada jalan lain untuk barisan pemain Harimau Malaya selain menang, menang dan menang.

Bagi yang ingin menonton perlawanan tersebut pada jam 8:45 pm menerusi live streaming boleh memilih antara link yang tersedia dibawah.


#notaBuruk::Dilema mencari kerja part time.

Photobucket

Nov 25, 2012

Live Streaming Malaysia vs Singapura Piala AFF 2012

Salam,,



Live Streaming Piala AFF Suzuki 2012 Malaysia vs Singapura 25 November 2012 | Aksi sebenar Piala AFF Suzuki 2012 melibatkan skuad kebangsaan semakin hampir. Tentunya ramai yang ternanti-nantikan kelibat skuad bimbingan K.Rajagopal turun beraksi dalam perlawanan pertama.

piala aff suzuki, aff suzuki 2012, malaysia vs singapura
Malaysia vs Singapura
8:45 mlm 

Mahu atau tidak, ambo terpaksa menyaksikan perlawanan tersebut menerusi live streaming. Harapkan iptv unifi, memang sakit jiwa. Masih belum dapat connect. Peminat dan penyokong Harimau Malaya jangan lupa melekat di kaca tv ataupun di skrin komputer anda untuk saksikansecara langsung perlawanan pertama peringkat kumpulan A, Malaysia vs Singapura pada jam 8:45 malam ini.

Link live streaming untuk manfaat bersama::


Untuk siaran tertunda sila ke Link 3.

#notaBuruk::Sapa makan sapa malam ni..?Harimau makan singa @ Singa gigit harimau.

Photobucket

Nov 14, 2012

Live Streaming Persahabatan Malaysia vs Hong Kong 14 November 2012


Salam,,

Live streaming persahabatan Malaysia vs Hong Kong 14 November 2012 | Skuad Harimau Malaya bakal  berdepan Hong Kong dalam siri persahabatan yang seterusnya sebelum memulakan aksi dalam saingan Piala AFF Suzuki 2012.

Skuad negara bakal menanti kunjungan skuad Hong Kong di Stadium Shah Alam dalam perlawanan yang akan bermula jam 8:45 pm. Ini merupakan kali kedua Malaysia menentang pasukan Hong Kong setelah skuad negara mencapai kemenangan 3-0 semasa perlawanan di Hong Kong 16 Oktober lalu.




Sebelum ini skuad bimbingan Rajagopal ini tewas dalam dua aksi persahabatan dengan Vietnam ( 0-1) dan Thailand (0-2). Jika dilihat dalam dua aksi tersebut ternyata barisan pemain Malaysia tidak bermain pada keupayaan sebenar.

Mungkinkah itu permainan taktikal K.Rajagopal yang cuba menyembunyikan kekuatan sebenar pemain Harimau Malaya atau "eksperimen" Mr.Raja tersilap pembolehubahnya ^_^ atau pemain itu sendiri masih belum mencapai kecergasan yang terbaik setelah penat mengharungi saingan Piala Malaysia?? Sama-samalah kita saksikan!! Tak perlu kalut dan tak perlu kecoh-kecoh.

Bagi anda yang ingin menyaksikan secara live streaming boleh mengikutinya menerusi link berikut.




Photobucket

Nov 7, 2012

Live Streaming Malaysia vs Thailand 7 November 2012

Salam,,

Live Streaming persahabatan Malaysia vs Thailand 7 November 2012 | Sekali lagi peminat bola sepak Malaysia jangan lupa saksikan siaran langsung perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia vs Thailand pada pukul 7: 00 malam nanti.

Umum sedia maklum akan kekalahan 0-1 kepada Vietnam tempoh hari. Oleh itu sekali lagi, penyokon Harimau Malaya mengharapkan kemenangan pada perlawanan tersebut bagi memberikan sedikit keyakinan bagi menghadapi saingan sebenar Piala AFF Suzuki 2012 Disember nanti.


Bagi yang tidak berkesempatan menonton di kaca televisyen, jangan lupa ikuti perlawanan tersebut menerusi live streaming di link dibawah.

Link 1 | Link 2 | Link 3


Bersama memberikan sorakan dan sokongan moral kepada skuad K.Rajagopal ini meskipun anda kurang gemar dengan pendekatan 'eksperimen Datuk K. Rajagopal.

#notaBuruk:: Antara Maghrib dan Bola.. Anda tahu mana keutamaanya.

Photobucket

Nov 3, 2012

Live Streaming Malaysia vs Vietnam 3 November 2012

Salam,,

harimau malaya, persahabatan malaysia vs vietnam, bola sepak
Live streaming Malaysia vs Vietnam 3 November 2012 | Mungkin ramai peminat sukan tanah air terutamanya penyokong Harimau Malaya ternanti-nantikan perlawanan persahabatan antarabangsa Malaysia vs Vietnam ini.

Bagaimana corak permainan Malaysia dan percaturan strategi K.Rajagopal dalam persiapan ke Piala AFF Suzuki Disember nanti pasti menjadi perhatian ramai.


Skuad K.Rajagopal akan berdepan pasukan Vietnam dalam persahabatan antarabangsa di  stadium My Dinh, Vietnam pada jam 7 malam (8 malam waktu Malaysia ).

Dalam perlawanan ini, jurulatih Rajagopal dijangka menurunkan barisan terkuat bagi menebus kekalahan 0-2 kepada Vietnam ketika persahabatan di Shah Alam 11 september lalu.

Berikut barisan pemain ke Vietnam::


Bagi anda yang ingin saksikan perlawanan tersebut boleh cuba klik link live streaming berikut::

Link 1| Link 2| Link 3| Link 4


#notaBuruk::Mungkin ramai peminat bola sepak dalam dilema memilih antara Manchester United vs Arsenal atau Malaysia vs Vietnam malam nanti..hahaha
Photobucket

Oct 20, 2012

Live Streaming Kelantan vs ATM - Final Piala Malaysia 2012

Salam,,

Live streaming ATM vs Kelantan Piala Malaysia 2012 | Detik penentuan siapakah bakal menjulang Piala Malaysia edisi ke-86 bakal terjawab malam nanti.
Penyandang juara Piala Malaysia 2010, juara Liga super 2012 Kelantan bakal berdepan saingan sengit dari juara Liga perdana 2012 ATM dalam usaha mendakap kejuaraan ke-3 (treble) musim 2012 ini.


Ketiadaan dua tonggak utama Kelantan, M.Ghaddar dan NorFarhan pastinya merencatkan strategi Bojan Hodak bagi mengempur pertahanan pasukan ATM. Bagi pasukan yang diterajui B Sathianathan, mereka pastinya akan menggunakan kesempatan terbaik ini untuk menjulang kejuaraan Piala Malaysia pertama dalam sejarah pasukan ATM. Untuk rekod ATM pernah layak ke pentas akhir Piala Malaysia sebanyak 2 kali iaitu pada 1949 dan 1966.

Bagi anda baik yang menyokong ATM mahupun Kelantan, yang tidak berkesempatan ke stadium, anda boleh mengikuti perlawanan tersebut menerusi live streaming berikut.


#notaBuruk::sekadar memeriahkan suasana di stadium.

Photobucket

Oct 6, 2012

Live Streaming Piala Malaysia 2012 | Kelantan vs Selangor

Salam,,

Live Streaming Piala Malaysia 2012 Kelantan vs Selangor | Saingan Piala Malaysia 2012 semakin menghampiri kemuncak. Malam ini akan berlangsung perlawanan separuh akhir 2 pusingan pertama antara Pahlawan Merah, Kelantan menentang Gergasi Merah, Selangor di Stadium Sultan Muhammad VI Kota Bharu.


Semestinya satu pertarungan ibarat buku bertemu ruas. Selangor yang berada di kemuncak prestasi pastinya akan memberikan saingan yang hebat bagi merealisasikan misi 33. Sementara Kelantan yang akan turun di gelanggang sendiri ingin memastikan rekod bersih belum pernah tewas Kota Bharu berterusan seterusnya membawa bekalan selesa ke Shah Alam 12 Oktober nanti bagi merebut tiket ke pentas akhir Piala Malaysia 2012.


Kelantan  memburu kejuaran treble 2012 dan Selangor memburu misi 33. Satu saingan menarik dari kedua-dua pasukan. Bagi peminat bola sepak baik dari pasukan Selangor mahupun Kelantan yang tidak berkesempatan ke stadium, jangan lupa saksikan secara live streaming perlawanan tersebut. 

Live Streaming Separuh Akhir Piala Malaysia 2012


#notaBuruk::Bersedia untuk sebarang kemungkinan..gomo kelate gomo hehe
Photobucket

Sep 13, 2012

Live streaming | Saksikan Pelancaran iPhone 5

Salam,,,

Tepat jam 10 am (waktu pacific) akan berlangsung sidang media oleh Apple bersempena majlis pelancaran iPhone sixth-generation iaitu iPhone 5.

Majlis tersebut bakal dilangsungkan di Yerba Buena Center for the Arts di San Francisco US.
Pihak Apple tidak akan menyiarkan majlis tersebut ke kaca TV tetapi boleh ditonton menerusi live streaming.

Jadi bagi anda pengguna dan peminat produk Apple, khususnya iPhone ayuh bersama-sama jutaan penonton dari seluruh dunia saksikan detik pelancaran itu.




Lajunya teknologi,,iPhone model sebelum ni pun tak sempat mencuba tengok-tengok dah iPhone 5.
Hmmm tengok je la..

#notaburuk::...terbayang sedapnya apple hijau..masam-masam manis..

Photobucket

Sep 11, 2012

Live streaming | Persahabatan Antarabangsa Malaysia vs Vietnam

salam,,


Live streaming Malaysia vs Vietnam 11 September 2012 | Ayuh seluruh rakyat Malaysia bersama kita memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya yang akan turun berentap dalam persahabatan antarabangsa menentang Vietnam.
Skuad bimbingan K.Rajagopal ini dalam rangka persiapan bagi menghadapi saingan Piala AFF Suzuki pada penghujung Disember 2012 nanti di Kuala Lumpur.


Berita baik untuk semua, perlawanan yang dilangsungkan di stadium Shah Alam turut disiarkan secara langsung di Astro Arena 801. Bagi yang tidak berkesempatan anda boleh mengikuti perlawanan tersebut menerusi link live streaming berikut


Bagi ambo pula, perancangan untuk ke stadium itu ada tapi bila memikirkan kos tiket dan lain-lain serta status ambo sebagai student terpaksalah ambo memilih siaran langsung di tv sahaja..Apapun selamat maju jaya untuk Harimau Malaya!!

#notaburuk:: minggu pertama kuliah..terasa asing di fakulti..ape cer??

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...