Showing posts with label pedoman. Show all posts
Showing posts with label pedoman. Show all posts

May 3, 2013

Dinihari Jumaat Di Kota Bharu

Salam,,

Dinihari jumaat 3 Mei 2013 di Kota Bharu ada suatu peristiwa disana. Dalam kesejukan dinihari mereka berkumpul seperti mana 5 tahun yang lalu bermunajat supaya diberikan pilihan terbaik dalam memilih pemimpin yang akan mengemudi tampuk pemerintahan nanti.

Alhamdulillah satu suasana yang amat mengharukan. Ribuan jemaah berkumpul di Stadium Sultan Muhammad IV untuk bermunajat dan solat subuh berjemaah memohon diberi petunjuk agar pilihan yang dibuat semasa pilihanraya umum ke-13 nanti tepat.




Harap tiada yang akan bising-bising mendakwa video ini diedit. Memang ada disiarkan live secara streaming menerusi internet untuk di kongsikan dengan ribuan anak Kelantan diperantauan awal pagi tadi. Jadi tanpa mengira dimana anda mengundi, negeri mana anda menetap bersama-samalah mendoakan keamanan dan kesejahteraan untuk negara tercinta Malaysia ini.

Bergaduh bertikam lidah macam mana pun persaudaraan sesama Islam dan perpaduan sebagai rakyat Malaysia tidak seharusnya dirosakkan.
 "Bagai deras sungai selepas hujan, Tak putus walau dibelah seribu pedang"
#KataAmbo::Dengar cerita, trafik kapal terbang Kuching-KL sibuk semacam?
Photobucket

Apr 26, 2013

Video Terbaru Tazkirah Adam AF2 Di Kem Ibadah

salam,


Artis yang sebelum ini, ambo dengar sering bermasalah dan hilang dari dikesan pihak media kini tampil dengan imej yang jauh berbeza. Terkenal dengan gerak tari yang bertenaga sewaktu di pentas seni, Adam AF2 kini tampil dengan imej lebih islamik.


Alhamdulillah, makin ramai artis-artis yang memilih untuk mendalami ilmu agama. Terbaru ambo kongsikan video terbaru yang memaparkan Adam AF sedang menyampaikan ceramah di Kem Pemantapan Ibadah Muthmainnah di sebuah kem di Sungai Petani Kedah.

Dalam video itu, Adam berkongsikan sedikit pengalamannya dan menasihati para peserta kem yang terdiri dari pelajar sebuah sekolah agar lebih mendalami Islam. Ternyata kehadiran Adam menarik minat peserta kem untuk mengikuti ceramah yang disampaikannya.

 

Mungkin ramai yang tertanya-tanya ke mana Adam menghilang selama ini. Sebenarnya Adam kini merupakan seorang pengamal perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam NurSalam Al Maliki yang terletak di Sungai Petani Kedah.

Agak besar perubahan yang ditampilkan Adam, boleh dikatakan 360 darjah. Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya dan hidayah itu milik-Nya. Apabila Allah S.W.T menghendaki sesuatu perkara itu terjadi, maka akan jadilah ia. Dia Maha Berkuasa di atas segala-galanya. Semoga perubahan yang dibawa oleh Adam akan memberikan kita semua inspirasi untuk turut sama berubah ke arah yang lebih positif.



#KataAmbo::Bagaimana kita bermula itu tak penting.
Photobucket

Apr 15, 2013

Nasihat Ustaz Don Sempena Pilihan Raya Umum 13

salam,,


Demam pilihanraya makin terasa apabila melihatkan deretan bendera parti-parti politik menghiasi jalan-jalan di seluruh negara. Perang psikologi antara parti-parti yang bertanding terutamanya dua parti utama Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat makin hebat. Terbaru satu lagi video yang kaw-kaw 18sx punya tersebar di internet.

Betul atau tidak individu yang didakwa sebagai pelaku dalam video itu, wallahualam. Memandangkan kita tak berapa pasti jadi serahkan pada Allah untuk tunjukkan kebenarannya.

Untuk entri ini, ambo bukan berniat untuk mengulas situasi politik tanah air ketika ini, tetapi ingin kongsikan pesanan Ustaz Don kepada seluruh rakyat Malaysia yang bakal menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.


Antara intipati pesanan Ustaz Don antaranya, jaga mulut dalam berkempen : 

Jangan gunakan mulut untuk me maki-hamun pihak lawan dan tidak sehaluan dengan kita. Jika pihak lawan salah dan kita di pihak yang betul, kenapa tidak diajak pihak yang salah ke arah perkara yang betul? Kenapa di maki-hamun.??

Kekadang kita terlebih sudu dari kuah, apabila sewenang-wenangnya menghentam dan me maki-hamun orang yang salah tanpa terlebih dahulu mengajak ke arah kebaikan. Jadi sama-sama lah kita ambil iktibar akan apa yang di perkatakan oleh Ustaz Don dalam video di atas untuk kebaikan bersama.


#KataAmbo:Sayangi mulut, yakini dapat pahala..In shaaAllah!!
Photobucket

Apr 9, 2013

Info Tanda-Tanda Seseorang Terkena Sihir


Salam,,

Sedikit perkongsian ambo tinggalkan di dunia bawah tempurung sebelum hari yang sibuk berterusan.
Pernah tak anda terfikir yang anda sebenarnya terkena sihir? Sesuatu yang sangat menakutkan dan sebolehnya kita minta dijauhi dan dilindungi oleh Allah S.W.T.

Tetapi siapa tahu, dalam diam-diam ada yang mungkin tidak puas hati atau menyimpan dendam secara diam dan cuba mengkhianati kita dengan menghantar sihir. Nauzubillahi Min Zalik.

Namun sebelum itu, apakah itu sihir. Berikut definisi ringkas mengenai sihir:

Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun pun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka. Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah S.W.T. melarang manusia melakukannya.

Definisi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.


Jenis-jenis sihir adalah :-

-Sihir Rumahtangga/Perceraian
-Sihir Pengasih/Guna-guna-Sihir Tipuan Pandangan/Silap Mata
-Sihir Gila-Sihir Santau-Sihir Kelesuan Badan-Sihir Penyakit Anggota Badan
-Sihir Penghalang Pernikahan.


Berikut beberapa senarai tanda-tanda terkena sihir yang mungkin selama ini menganggapnya satu perkara biasa. Tetapi jangan terus mengatakan anda terkena sihir tanpa merujuk pihak yang lebih arif dan berilmu.

Tanda-tanda Terkena Sihir

  • Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
  • Badan terasa berat dan malas.
  • Sukar mendapat jodoh.
  • Badan terasa bisa-bisa.
  • Sakit ketika ziarah orang meninggal.
  • Sukar tidur malam.
  • Sakit pinggang tanpa sebab.
  • Sakit dada bila waktu asar keatas.
  • Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
  • Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
  • Bermimpi di tempat tinggi.
  • Bermimpi di tempat yang kotor.
  • Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
  • Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
  • Bayi kerap menangis.
  • Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
  • Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
  • Malas beribadat.
  • Nyanyuk ketika usia lanjut.
  • Panas baran.
  • Sikap berubah secara mendadak.
  • Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
  • Suka melakukan tabiat buruk.
  • Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
  • Kerap keguguran.
  • Gagal melakukan hubungan kelamin.
  • Mengantuk bila dengar al-quran.
  • Bermimpi seram yang menakutkan.
  • Darah haid turun lebih 15 hari.
  • Batuk yang berpanjangan.
  • Selalu ditindih ketika tidur.
  • Kuat berangan.
  • Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  • Nafsu seksual yang melampau.
  • Selalu melihat kelibat dirumah.
  • Terasa diri selalu diperhatikan.
  • Mandul.
  • Kerap mendengar sesuatu bisikan.
  • Melihat jin secara terus.
  • Sakit mental atau gila.

  • CARA MENGATASI GEJALA SIHIR

    Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir.

    Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

    Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut.

    Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

    Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :- 

    1. Surah Al-Baqarah 2 : 1-6 
    2. Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
    3. Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
    Dengan izin Allah, ayat diatas dapat mengatasi gangguan sihir yang dialami. Info diatas ambo perolehi menerusi laman sosial facebook dari sumber yang dipercayai. Sebarang kemusykilan mohon pembetulan dan teguran untuk manfaat bersama.

    #KataAmbo::Luasnya ilmu Allah

    Photobucket

    Apr 8, 2013

    Kenapa Muflis Di Akhirat?

    Salam,,


    Sedarkah anda apa yang kita cakap dan taip berkenaan orang lain bukan sahaja akan didedahkan pada Hari Pembalasan kelak, tetapi ia bakal menjadikan kita muflis? 

    Satu kenyataan yang membuka mata dan hati ambo akan kesan apa yang kita cakap tentang orang lain. Begitu juga tentang apa yang kita tulis. Sama ada di buku, surat khabar mahu pun media sosial seperti blog, facebook, twitter dan lain-lain lagi.

    Perhatikan hadith berikut. Daripada Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah s.a.w bertanya:
     “Tahukah kalian siapa orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: “Bagi kami muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun harta.”
    Lalu (Rasulullah s.a.w) menjelaskan:
    “Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah orang yang datang pada Hari Kiamat dengan (membawa pahala) solat, puasa, zakat, akan tetapi (semasa di kehidupan dunia) dia pernah mencaci seseorang, menuduh seseorang (tanpa bukti), memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan memukul seseorang.
    Maka akan diberikan kepada orang yang dia pernah zalimi itu dari pahala kebaikannya sendiri (pahala solat, puasa zakat) dan begitulah seterusnya kepada orang lain yang dia pernah zalimi itu.

    Jika telah habis pahala kebaikannya sementara masih berbaki kesalahannya kepada orang-orang yang pernah dia zalimi di dunia dahulu, maka akan diambil dosa kesalahan orang yang dia zalimi itu dan dibebankan ke atasnya, kemudian dia dicampakkan ke dalam neraka. (Shahih Muslim, no 2581)

    #KataAmbo:Menulis bukan kerana nama.
    Photobucket

    Apr 2, 2013

    Tiada Alasan Untuk Tidak Solat


    Salam,,

    Amerika Syarikat selalunya kita akan kaitkan dengan Hollywood dan barisan artis-artis popular. Kekadang akan terbayang kekejaman dan propaganda Amerika di seluruh ceruk dunia. Senang kata, serba-serbi cerita buruk dan memang terbukti buruknya.


    Namun kali ini, bukan kejelikan Amerika dan segala macam agenda iluminati yang ambo ingin 'highlight' kan. Tapi sedikit pengajaran yang mungkin boleh menyedarkan kita umat Islam di Malaysia ini. Mungkin boleh dijadikan ukuran tahap keteguhan iman kita..

    Lihatlah sendiri video dibawah:


    #KataAmbo::Belum pernah berjaya jadi baik.
    Photobucket

    Mar 20, 2013

    Etika Menolak Jabat Tangan Dengan Bukan Muhrim


    salam,,

    Pernahkah anda didatangi seseorang yang bukan muhrim, lalu dihulurkan tangan untuk berjabat tangan? Pasti pernah terutamanya ketika menyambut ketibaan seseorang yang berjawatan atau berpengaruh seperti pemimpin negara, menteri-menteri atau mereka yang berjawatan besar.


    Lain-lain situasi yang dapat diperhatikan, ketika menerima anugerah atau hadiah dalam suatu majlis penganugerahan.Mungkin juga istiadat konvokesyen. 

    Bagaikan sudah jadi kebiasaan, kita melihat seseorang berjabat tangan dengan bukan muhrim. Mungkin bukan sengaja, tetapi atas sebab tidak dapat dielakkan seperti:

    • Takut orang yang menghulurkan tangan untuk berjabat berkecil hati.
    • Takut dikatakan sombong
    • Sebagai tanda hormat, sebab orang tersebut lebih berpangkat tinggi
    • Dan lain-lain.

    Sebenarnya ada cara yang lebih beretika dan beradap untuk menolak berjabat tangan dengan bukan muhrim supaya mereka tidak salah faham. Lebih-lebih lagi jika orang tersebut jahil akan hukum hakam Islam terutamanya yang bukan Islam.

    #KataAmbo::Hidup beretika

    Photobucket

    Mar 9, 2013

    Isu Lahad Datu - Cara Menanganinya Dari Sudut Islam

    salam,,

    Rasanya isu pencerobohan keatas Lahad Datu di Sabah sedikit reda. Laporan kematian terutamanya di pihak pasukan keselamatan negara baik menerusi internet ataupun media arus perdana tiada lagi kedengaran. Alhamdulillah.

    Mungkin pelbagai persoalan masih bersarang dalam benak pemikiran kita rakyat Malaysia terutamanya, tentang apakah penyebab terjadinya kes pencerobohan kumpulan yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu. Selain itu, bagaimana mudahnya penceroboh menyusup masuk ke pantai Sabah menerusi jalan air turut dipersoalkan. Apakah pasukan keselamatan yang menjaga kawasan perairan negara kita tidak cukup mantap sehingga berlakunya kes tersebut ? Wallahualam.

    Satu lagi persoalan yang menyusul dari kes itu, kenapa pasukan polis yang dikerah dan tidak pasukan tentera? Rasanya sudah ada beberapa jawapan ( yang mungkin bersifat andaian) dari sesetengah pihak yang sudah pun tersebar di laman sosial facebook terutamanya.

    Lebih menyedihkan isu ini yang melibatkan keselamatan negara cuba dipolitikkan oleh politikus yang rakus meraih populariti lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya umum ke-13 (PRU13).

    Dalam isu pencerobohan Lahad Datu ini, ambo ada terbaca satu artikel yang menerangkan tentang bagaimana isu tersebut sepatutnya ditangani mengikut pendekatan yang lebih Islamik berdasarkan nas Al-Quran dan Hadis.

    Gambar : szlihin.com
    Berikut petikan dari artikel tersebut:

    Setiap warganegara wajib bertanggungjawab kepada Negara Islam dan haram untuk mereka memberontak terhadap penguasa yang dilantik secara sah menurut hukum syarak. Sekiranya mereka memberontak dengan kekuatan bersenjata, maka mereka akan dianggap sebagai bughat dan akan diambil tindakan sewajarnya menurut hukum syarak.

    Peperangan ke atas mereka adalah peperangan yang bersifat mendidik, yakni sekadar berusaha untuk melumpuhkan kekuatan mereka dan bukannya untuk melakukan kemusnahan dan pembunuhan sebagaimana peperangan dengan kafir harbi (sila lihat perbincangan tentang bughat dalam SN268). Manakala jika wujud penceroboh dari luar yang ingin menyerang atau berperang dengan Negara Islam, maka hal ini perlu diperhalusi terlebih dahulu – jika penceroboh adalah dari golongan kafir, maka hukum ke atas mereka adalah diperangi (jihad fi sabilillah). Sekiranya ada korban di pihak kita, maka ia adalah syahid.

    Namun jika penceroboh adalah dari golongan Muslim, ini bermakna berlakunya perang saudara atau perang fitnah (berbunuhan sesama Muslim) yang diharamkan oleh Islam. Setiap Muslim wajib diingatkan agar menjauhi atau tidak terlibat di dalam peperangan ini. Kepada golongan yang berperang, mereka wajib didamaikan. Terlalu banyak nas yang melarang umat Islam terlibat di dalam perang sesama sendiri. Firman Allah SWT,

    “Dan jika ada dua golongan dari orang-orang Mukmin berperang, maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah) maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil”
    [TMQ al-Hujurat (49):9].

    Berhubung dengan perang fitnah,Nabi SAW bersabda, yang dikeluarkan oleh al-Bazzar, 

    “Jika kalian saling berperang demi urusan dunia, maka orang yang membunuh dan yang terbunuh sama-sama berada di neraka”.

    Manakala jika si penceroboh hanya ingin melakukan kekacauan dalam negara, melakukan pembunuhan, rompakan atau mewujudkan ketakutan dan ketidakstabilan, maka dalam hal ini, mereka ini (tidak kira Muslim mahu pun non-Muslim) sebenarnya telah melakukan tindakan hirabah (keganasan/perlanunan) atau dikenali juga sebagai qutha’ al-thariq.

    Muharibin adalah kelompok pengganas, baik Muslim mahupun non-Muslim, yang memisahkan diri dengan menggunakan kekuatan dan senjata yang mereka miliki dengan tujuan merampas, menceroboh, membunuh dan menebarkan ketakutan di tengah-tengah masyarakat.

    Umumnya mereka berada di luar kota, di kampung-kampung, gunung-gunung, gurun-gurun dan lain-lain, termasuk di dalam kereta api, kapal terbang, kereta atau di mana sahaja di luar kota, yang jauh atau sulit untuk mendapatkan pertolongan segera [NidzamulUqubat, Abdul Rahman al-Maliki].

    Inilah realiti yang dapat kita saksikan di Lahad Datu sekarang di mana apa yang sebenarnya dilakukan oleh ‘tentera’ kesultanan Sulu adalah aktiviti hirabah. Jika benar mereka berniat untuk merampas dan memisahkan Sabah, dari segi hukum, tindakan ini adalah haram dan perlu dihalang. Mereka perlu disedarkan bahawa Sabah dan Sulu dan lain-lain negeri umat Islam, secara syar’ienya wajib berada di bawah satu kesatuan.

    Sepatutnya kesemua wilayah umat Islam disatukan, bukan dipisahkan, kerana ia adalah milik kita bersama. Oleh sebab mereka telah melakukan tindakan hirabah, maka apa yang wajib dilakukan ke atas mereka adalah menyeru mereka untuk meletakkan senjata dan menyerah diri dengan cara memberi nasihat dan peringatan. Jika mereka kembali (bertaubat), maka mereka dibebaskan; jika tidak, maka mereka hendaklah diperangi.

    Negara wajib mengirim pasukan tempur untuk memerangi mereka serta menghancurkan ancaman mereka terhadap masyarakat [al-Jihad wa al-Qital, Dr. Muhammad Khair Haekal, Jilid I]. Setelah mereka berjaya ditangkap, maka hukum Islam ke atas mereka adalah sebagaimana firman Allah SWT, 

    “Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bersilang atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya)” 
    [TMQ al-Ma’idah (5):33]. 

    Imam Syafie meriwayatkan dalam Musnadnya berkenaan qutha’al-thariq, dari Ibnu Abbas ra, 

    “Jika mereka membunuh dan merampas harta benda, mereka akan dibunuh dan disalib. Jika mereka membunuh tetapi tidak merampas harta benda, mereka dibunuh sahaja namun tidak disalib. Jika mereka merampas harta benda tetapi tidak membunuh, maka tangan dan kaki mereka dipotong secara bersilang. Dan jika mereka melakukan terror di jalanan dan tidak merampas harta benda, usirlah mereka.”

    Mengikut Dr. Muhammad Khair Haekal lagi, jika Muharibin adalah Muslim, maka status memerangi mereka tidak layak dikatakan sebagai jihad, kerana maksud jihad adalah memerangi orang-orang kafir demi meninggikan kalimah Allah.

    Artikel penuh boleh diikuti di [sini].

    Apapun isu ceroboh Lahad Datu pasti akan terus dicanang, tambahan pula PRU 13 makin hampir. Jadi semestinya ia satu sumber yang berguna untuk dijadikan bahan kempen pilihanraya itu nanti. Cuma pihak mana yang akan berkata benar atas isu ini hanya mereka yang terlibat dan Allah yang lebih tahu.

    Gambar: abnailharaki.blogspot.com
    #KataAmbo::Pilihanraya Umum bakal menelanjangkan sikap 'sopan' orang Melayu kita.

    Photobucket

    Jan 15, 2013

    Alasan Cristiano Ronaldo Sanggup Jual Kasut Emasnya Untuk Palestine

    Salam,,


    Mari baca kisah Cristiano Ronaldo. Semalam saya ada membuka satu blog Luar Negara ,niat asal saya adalah ingin mencari transfer news, tapi saya tiba-tiba tertarik untuk membaca satu forum yang bertajuk
     “ mengapa saya sanggup menjual kasut emas saya semata2 ingin membantu mereka ( Palestine ) “
    Seorang wartawan dari Portugal yang namanya enggan di kenali telah berjumpa Cristiano Ronaldo atau CR7 di kediamannya di Madrid
    “ Kenapa kamu sangup menjual kasut emas kamu dan memberikan hasil jualan itu kepada mereka ( Palestine ) ? “ Tanya wartawan itu.
    “ Saya sudah agak soalan ini akan diajukan kepada saya, dan saya juga sudah agak pasti dunia akan mengangap saya bodoh, saya pernah rasa sedih diatas kehilangan ayah saya. Saya pernah menangis diatas kehilangan orang yang saya teramat cintai.” ...


    ..“ satu hari ketika saya pulang dari kem latihan Real Madrid, saya membuka TV saya di ruang bilik saya. Saya lihat kanak-kanak menangis dengan berlumuran darah disamping ibu bapa, adik beradik dan sanak saudaranya, mereka menangis dan merayu bantuan kepada dunia. Jadi adakah salah saya membantu mereka ?

    “ Saya pernah hidup susah, saya pernah merasai keperitan kehidupan dunia, saya bukan lah dilahirkan sebagai seorang yang ditakirkan untuk terus kaya. Kini saya merasai semua kesenangan dunia, adakah salah saya memberi sedikit kesenangan saya ini kepada mereka ? “ .. 

    “ ya mungkin dunia memandang kenapa saya memberi sumbangan kepada mereka yang tidak seagama dan tidak sekepercayaan dengan saya ?

    Adakah salah saya membantu mereka yang berlainan agama dan berlainan kepercayaan dengan saya? Bagi saya TIDAK !!! kerana bagi saya membantu mereka manusia bukan berdasarkan agama dan kepercayaan tetapi membantu mereka berdasarkan kemanusiaan “.

    “ Saya sedar anugerah ini (kasut emas) adalah pemberian dunia kepada saya diatas penghargaan saya beraksi cemerlang diatas padang ketika wakili kelab dan Negara, tapi bagi saya iaitu hari ini, anugerah ini adalah sebahagian sumbangan saya kepada mereka sebagai bantuan kemanusian.

    sumber:Fb

    #notaBuruk::Kulit Tak Selalu Mengambarkan Intipati Buku Itu.

    Photobucket

    Dec 21, 2012

    [video] Allah Tidak Pernah Silap

    Salam,,



    Terharu melihat betapa anjing ini pun ada rasa kasih akan kanak-kanak istimewa itu. Kita selalu memandang haiwan terutamanya anjing sebagai sesuatu yang hina. Memang ia tergolong dalam kategori najis yang berat.


    . . . . . . . 
    . . . . . . .
    . . . . . . . 

    Tetapi cuma bandingkan kasih sayang yang di pamerkan haiwan ini. Dimanakah kita?


    Entri ini ambo kopi & pasta dari laman YT.
    Adakalanya apabila Allah memperlihatkan kepada kita kasih sayang binatang ini terhadap kanak-kanak istimewa tersebut, mungkin ia adalah satu sesi Allah memerli manusia berhati syaitan bahawa ada binatang yang lebih mulia dari syaitan berwajah manusia tersebut.

    Ke mana agaknya nilai kemanusiaan kita hari ini? Maka selain Allah memperlihatkan kemuliaan binatang itu dalam menyantuni manusia, Allah mengherdik manusia yang yang bersikap lebih teruk dari binatang!

    Firman Allah:

     "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam itu kebanyakannya terdiri daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati (tetapi) tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai" - 
    Al-'Araaf-179.


    sumber

    #notaBuruk::speechless

    Photobucket

    Dec 17, 2012

    Himpunan Doa' Untuk Pelajar

    Salam,,

    Minggu kuliah kini berbaki satu minggu sebelum peperiksaan akhir bermula. Ambo pasti ramai pelajar-pelajar universiti baik ipta atau ipts masing-masing sibuk dengan tugasan-tugasan akhir yang perlu di hantar sebelum semester ini berakhir.

    Yang paling jelas dapat dilihat, mahasiswa-mahasiswi tekun menghadap nota-nota. Kata orang usaha itu tangga kejayaan. Tapi usaha itu lagi kena caranya jika disertakan dengan doa-doa memohon kepada  Allah s.w.t. agar dipermudahkan segala urusan.

    Himpunan Doa' Untuk Pelajar::

    Himpunan ini ambo dapat dari fb ustazDon. Harap dapat memberi manfaat kepada semua.

    doa sebelum belajar, doa penerang hati

    Secara personal ambo pun masih bertimbun tugasan yang perlu di'settel'kan. Meskipun wabak malas dalam diri semakin menular, tapi memikirkan pointer yang perlu di'up'kan kembali, digagahkan kudrat ini..

    #notaBuruk::seronok alam belajar ni
    Photobucket

    Dec 6, 2012

    Cukuplah Allah Bagiku

    Salam,,

    "Untuk mendapatkan sesuatu perkara, kita perlu korbankan sesuatu perkara yang lain. "
    gambar, keliru

    Itu ungkapan yang ambo dapat dari seorang orang lama. Kekadang ada benar bagai dikata. Dalam satu-satu masa tak semua perkara tangan ini mampu mengapai. Mahu atau tidak terpaksa memilih. Salah pilih merana. Bukan badan saja merana tetapi jiwa, emosi dan segala-galanya.

    Kekadang bila terasa diri itu hebat, segala macam perkara nak dilakukan. Bertimbun tanggungjawab nak di pikul. Begitu banyak komitmen yang perlu di berikan. Hinggakan terlupa tanggungjawab yang teras. Kalau pelajar universiti semestinya tanggungjawab yang teras, sebagai pelajar untuk belajar.

    Bila semuanya berterabur, timbullah rasa stress dan tekanan hidup yang memuncak. Perkara yang sepatutnya didahulukan dikemudiankan dan begitulah sebaliknya. Mungkin itulah konklusi untuk tahun 2012 yang mampu ambo simpulkan sebagai punca gagalnya seseorang pelajar di universiti. Mungkin anda yang sedang membaca coretan merapu meraban ambo ini mengalaminya. Ataupun ambo sorang saja?

    Tak kisahlah. Pokok pangkalnya disini, jangan sesekali lupa dalam hidup ini perancangan Allah itu lebih baik dan terbaik. Kita boleh merancang untuk lakukan itu dan ini tetapi jangan sesekali "fall in love" dengan perancangan tersebut kerana boleh mengundang kekecewaan andai bertemu kegagalan. Sikap syok sendiri dengan perancangan diri hinggakan lupa mengharap pertolongan Allah, itu yang menyebabkan ada yang memberontak bila bertemu kegagalan.

    Berikut ambo kongsikan zikir yang juga merupakan doa menghadapi tekanan hidup.


    Terjemahannya: 
    Cukuplah Allah bagiku..
    Sebaik-baik pelindung, sebaik-baik penjaga, sebaik-baik penolong.
    Cukuplah Allah bagiku, Sebaik-baik pelindung, Sebaik-baik penjaga, Sebaik-baik penolong.
    Tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku telah berlaku zalim.
    Wahai Tuhan yg Maha Lemah Lembut,  lindungilah kami dari apa yg kami takuti jauhkanlah kami dari golongan yang zalim.


    #notaBuruk::Katakan bodoh sombong tu tak sama ke dengan tetap pendirian.
    Photobucket

    Nov 18, 2012

    Pierre Andre Akui Dalami Ilmu Agama

    Salam,,

    Gambar Pierre Andre @ mohd Pierre yang kini mendalami ilmu agama dengan menyertai kumpulan tabligh.
    pierre andre, mohd pierre, tabligh, artis, pelakon

    "Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah," katanya pelakon juga pengarah muda Pierre Andre ketika membuka cerita tentang kehidupan baharu yang sedang dilaluinya ketika ini.

    Jumaat lalu, bertitik tolak dari Anugerah Skrin 2012 di tv3, ucapan Pierre yang juga anak kepada pelakon Khatijah Tan, di saat menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad menggetarkan banyak jiwa di atas pentas acara yang disaksikan lebih empat juta penonton.
    Bermacam persoalan dan andaian juga di buat ekoran perubahan yang beliau tampilkan.

    Ketika menghuraikan mesej ucapan yang ingin disampaikan, kata Pierre:
    "Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta dia kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka , dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya,” katanya sambil meneruskan dengan satu pengakuan.

    Demi untuk tidak mengelirukan khalayak terhadap perubahan yang berlaku ke atas dirinya, Pierre mengakui bahawa sudah lima bulan dia bergerak aktif dengan dengan mengikuti kumpulan tabligh.

    “Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya ‘kosong.’ Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari.

    “Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh. Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya,” katanya menyertai jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.

    Ikuti perbualan lanjut Sensasi Bintang dengan Pierre Andre di sini.

    Alhamdulillah dan tahniah untuk Pierre. Dengan pengaruh selebriti, dengan izin Allah akan ramai yang akan ingin ikuti jejak beliau. Mungkin ini juga Sedikit sebanyak dapat mengubah persepsi masyarakat  terhadap gerakan tabligh. Tahniah Pierre atas anugerah terhebat..nikmat iman.



    #notaBuruk:: Banyak kelibat kumpulan tabligh sekitar Shah Alam ni.

    Photobucket

    Doa Qunut Nazilah Untuk Palestin

    Salam,,

    Sekadar berkongsi Doa Qunut Nazilah. Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

    qunut nazilah, doa

    Panduan Qunut Nazilah

    Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardu; Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari ruku' untuk 'ltidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk 'ltidal. Terdapat 3 cara untuk membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu cara berikut:
    1. Membaca doa qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat subuh.
    2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang dilampirkan.
    3. Membaca doa Qunut Subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah.


    #notaBuruk::Pakat-pakat kongsi. Ambo pun baru nak cuba baca dan ingat.

    Photobucket

    Nov 14, 2012

    Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Akhirnya ke Udara


    Salam,,

    Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus akhirnya ke udara di Astro Oasis. Tentu ramai yang ternanti-nantikan kelibat Ustaz Azhar Idrus di kaca televisyen. Untuk makluman semua, kemah-keming merupakan perkataan dalam loghat Terengganu dan Kelantan.

    Kemah-keming = sangat elok, sangat kemas, sangat baik.


    Selalunya ramai yang hanya mengikuti siri ceramah beliau di laman Youtube sahaja selain mengikuti secara langsung di lokasi ceramah ustaz.
    Kalau diikutkan jadual asal, rancangan Kemah Keming ini sudah lama ke udara tetapi ditangguhkan. Atas sebab apa?? Wallahualam.

    Memandangkan tiada astro kat rumah yang ambo bermaustatin sekarang, jadi terpaksalah memilih Youtube jugak..hhahaa.

    Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Ep.1 [Episod Penuh]:




    #notaBuruk::Dengan youtube pun macam-macam ilmu boleh dapat. 

    Photobucket

    Oct 5, 2012

    Istighfar - Supplimen Untuk Hati

    Salam,,

    Pejam celik, dan pejam lagi dan celik lagi sudah masuk hari Jumaat untuk kali yang seterusnya. Penghulu segala hari, sayyidul ayyam.

    Laju hari berlalu. Ambo terasa dosa kelmarin masih panas lagi. Hutang-piutang dengan Allah masih tertunggak. Tangguh punya tangguh taubat sampaikan tak sedar hati dah diselaputi tompokan hitam akibat dosa-dosa semalam..

    Buta mata hati sesuatu yang amat ditakuti. Takut andai nyawa melepasi kerongkong tanpa sempat menyucikan dan men'celik'kan hati yang mati itu. Nauzubillah!!

    Sekadar renungan bersama kalian yang terjerumus ke dunia bawah tempurung ini ambo kongsikan seuntai kata untuk renungan bersama yang ambo petik dari radio ikim.fm :-

    BILA HATI BERBICARA, BICARANYA TANPA SUARA,
    BILA HATI BERBICARA, HANYA PERILAKU YANG MENTAFSIRKANNYA,
    BILA HATI DISIRAMI IMAN DAN TAQWA, INSAN ITU PASTI MULIA DAN MERDEKA,
    TAPI BILA HATI DIPALIT DOSA DAN DOSA,  DAMAINYA HILANG,   KELUH KESAH, JIWA PULA MERONTA,





    #notaBuruk: Tak akan pernah sempurna. Tapi tak akan pernah lelah mengejar kesempurnaan.

    Photobucket

    Oct 3, 2012

    Motivasi Rabu #2 | Seuntai Kata Dari Imam As-Syafie


    Salam,,

    Agak lama rasanya ambo tidak menjenguk ke dunia bawah tempurung ini..
    Alhamdulillah sebaik selesai event hujung minggu lalu, dapatlah ambo menarik sedikit nafas meskipun belum sedalam-dalam punya nafas. Harap-harap dapat kembali momentum yang terencat untuk seketika itu.

    Sekadar untuk perkongsian bersama, ambo jumpa kata-kata berikut jadi ambo tampalkan di dinding dunia bawah tempurung ini.



    #notaBuruk::masih ada yang belum selesai broo..

    Photobucket

    Aug 14, 2012

    Doa Perpisahan Sebelum Musafir- Ustaz Zahazan


    Salam,,

    Doa Perpisahan Sebelum Musafir | Ramadhan sudah masuk minggu terakhir. Pasar raya seluruh negara mula tawarkan harga runtuh untuk pancing pembeli. Iklan-iklan di kaca televisyen pun tak kurang hebat juga dengan rancangan raya yang bakal kunjung tiba dan iklan raya yang lagi hebat dari sesetengah drama kat tv.

    Dan yang pasti anak perantauan mula pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut lebaran. Semestinya mereka akan meninggalkan rumah dan harta benda yang lain untuk sementara waktu.

    Jadi disini ambo ingin kongsikan satu doa iaitu doa sebelum musafir yang ambo petik dari laman Facebook Ustaz Zahazan Mohamed. Doa ini turut dikongsi oleh Ustaz Zahazan semasa muncul dalam rancangan MHI di tv3 pagi tadi.

    doa perpisahan sebelum musafir
    klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

    Harap perkongsian doa sebelum musafir berikut dapat dijadikan manfaat kepada kita semua terutamanya untuk mereka yang bakal bermusafir. aamin!

    notaburuk::untung cuti awal. tak perlu bersesak-sesak balik kampung..ahaaha

    Photobucket

    Jul 21, 2012

    Lafaz Niat Puasa dan Terjemahan

    Salam Ramadhan..

    Lafaz niat puasa untuk sehari dan sebulan adalah seperti berikut::




    Tett..tett ambo dapat mesej dari kenalan lama. Intipati mesej berbunyi:: 
    "selamat berpuasa dan jadikan Ramadhan kali ini yang terbaik kerana mungkin ini yang kali terakhir."


    notaburuk:: Allah permudahkanlah untuk ku menunaikan ibadah sebaik mungkin dan kekal istiqomah..



    Photobucket

    Jul 17, 2012

    Majlis Sambutan Ihya' Ramadhan peringkat Negeri Kelantan1433H/2012M

    Salam,,

    Ramadhan makin dekat. Ikut takwim semasa dijangka 21 Julai 2012 (Sabtu).
    Di wall FB ambo pun meriah dengan shared persedian menjelang Ramadhan.
    Terbaru ambo dapat info di Negeri Kelantan akan diadakan majlis sambutan Ihya' Ramadhan 1433H peringkat negeri..



    Majlis akan berlangsung pada 19 Julai 2012 (Khamis) bersamaan 29 Syaaban 1433H sebagaimana tercatat dalam banner diatas..

    Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai aturcara majlis tersebut silalah klik ke laman berikut:
    >>Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

    notaburuk::Mahu pulang tapi bagai ada yang ambo belum selesaikan disini..


    Photobucket
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...