Showing posts with label sensasi. Show all posts
Showing posts with label sensasi. Show all posts

May 30, 2013

Jawapan Balas Ustaz Azhar Terhadap Kritikan Pernikahan Beliau

Salam,,

Rasanya ramai sudah tahu yang penceramah sensasi tanah air, Ustaz Azhar Idrus selamat melangsungkan pernikahan untuk kali ketiga beliau. Cantik isteri ke-3 ustaz. Tetapi dalam kebahagiaan yang dikecapi oleh Ustaz Azhar itu, ada pula yang busuk hati apabila mengeluarkan kenyataan yang berbaur sindiran di laman facebook Ustaz Azhar Idrus (Original).

Namun kenyataan sindiran itu telah dijawab dengan tenang dan penuh berhemah oleh Ustaz Azhar Idrus.
Klik untuk paparan lebih jelas.
Diharapnya pihak yang tidak berpuas hati itu, muhasabah diri. Kalau tidak tahu secara terperinci sesuatu perkara itu, jangan menuduh macam-macam. Sudah jodoh Ustaz, nak buat macam mana.

#KataAmbo::Tak semua berani kahwin lebih dari satu secara terang-terangan. Takut Bini!!
Photobucket

May 26, 2013

Ustaz Azhar Idrus Kahwin Lagi

Salam,





Tahniah Ustaz Azhar Idrus atas perkahwinan kali ke-3 beliau. Diam-diam Ustaz Azhar berisi juga dan tanpa gosip sana sini tengok-tengok terus langsungkan perkahwinan. Tambah satu lagi tanggungjawab dan koleksi isteri ustaz hehe~.

Bagaikan menjadi satu trending ketika ini di facebook apabila ramai yang kongsikan gambar majlis perkahwinan penceramah popular tanah air ini.

Semoga kekal bahagia bersama-sama ketiga-tiga isteri ustaz. Mungkin ustaz boleh jadi role model kepada masyarakat hari ini tentang bagaimana konsep poligami dalam Islam sebagaimana diajarkan oleh Rasulullah S.A.W dulu.

#KataAmbo::Musim kenduri rupanya ketika ni.
Photobucket

Jan 11, 2013

Kenderaan Peronda JPJ Diserang & Dibakar

Salam,,

Kejadian kenderaan pancuan empat roda JPJ diserang dan dibakar di Ayer Tawar, Perak 11 Januari 2013- Kebiasaanya orang cuak dan kecut perut bila di tahan JPJ. Tapi sebaliknya berlaku di Ayer Tawar, Perak apabila sebuah kenderaan pancuan empat roda JPJ di serang dan diterbalikkan oleh orang ramai. Tidak cukup dengan itu, mereka turut membakar kenderaan tersebut.

Sehinggakan polis yang datang untuk menenangkan keadaan pun tak berjaya. Difahamkan kejadian berpunca dari susulan kes kemalangan yang melibatkan 9 kenderaan.

Dibawah ini sebahagian gambar kemalangan yang berlaku yang melibatkan 9 kenderaan. Punca sebenar kejadian ini ambo masih kurang jelas.

Tapi pasti ada sesuatu yang betul-betul menimbulkan kemarahan orang ramai sehingga sanggup bertindak diluar batasan seperti ini. Nantikan surat khabar esok..^_^ Itupun kalau berita tersebut telus!






Inilah padahnya bila pihak berkuasa tidak lagi dihormati. Hanya di Malaysia!! 


#notaBuruk::#Respect....tidak boleh dijual beli.

Photobucket

Dec 25, 2012

Zizan Raja Lawak Difitnah Terlibat Demonstrasi AES di Sri Pentas TV3

Salam,,

zizan razak, zizan melodi tv3

Kerana sekeping gambar fitnah pun tersebar. Itulah yang terjadi kepada Zizan Raja Lawak yang difitnah terlibat dengan demonstrasi Bikerz yang membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh wartawan Majalah 3. 

Dalam paparan Majalah 3 sebelum ini, wartawan berkenaan telah mengelar penunggang motosikal berkuasa besar sebagai "Pelesit Jalanan" dengan menunggang secara merbahaya.

Majalah 3 Episod Lebuhraya 724 Maut



Namun dakwaan tersebut disangkal oleh individu yang mendakwa sebagai kawan baik kepada Zizan.  Berikut penjelasan yang diberikan :

PLEASE SHARE: TUDUHAN BUAT ARTIS DAN PELAWAK POPULAR ZIZAN RAZAK ADALAH FITNAH DAN DISALAH ERTI.

Kecoh!! | Zizan Raja Lawak Difitnah Sertai Kelab Bikerz Berdemonstrasi Didepan Sri Pentas TV3.

Zizan baru menjelaskan kepada saya sebentar tadi dan meminta bantuan agar kes beliau difitnah memegang kertas AES itu kerana selepas beliau mahu masuk ke Seri Pentas Tv3 untuk mengacara racangan siaran langsung MELODI dan beliau telah lambat kerana di Demonstrasi oleh orang yang merusuh kerana Mazidul Akmal dari 999 memfitnah penunggang motor berkuasa tinggi.

Zizan keluar dari kereta dan mahu masuk ke studio kerana kereta beliau tersangkut di tengah-tengah demonstrasi depan itu dan tidak mahu kelewatan. Sebagai seorang artis paling popular beliau di datangi dan diserbu oleh ahli demonstrasi yang mengenali beliau dan juga orang berebut untuk bergambar oleh orang yg membuat demotrasi dan tangan Zizan ketika dilihat dalam gambar amat banyak sekali barang dan ketika itu seorang ahli demontrasi itu telah memberi kertas yg Zizan tidak perasan apa itu dan terus mengangkat tangan dan masuk ke Studio tanpa mengetahui apa yg tertulis.

*dalam kenyataan bloger2 pembangkang mengatakan selepas melodi 1.45ptg dan itu adalah fitnah dan kejadian terjadi sebelum mahu mengacara Melodi.*Mengangkat kertas boikot AES itu adalah tidak benar kerana beliau hanya melambai tangan kerana mahu cepat ke studio dan Zizan tidak mempunyai pegawai keselamatan.

Zizan meminta supaya pihak kerajaan mahupun rakyat tidak memanipulasi gambar itu dan memintanya menyokong dan menganggap ini satu kejadian yang tidak diketahuinya dan kerana populariti beliau telah disalah guna.ThanksGambar Zizan sedang memegang kertas membantah AES mungkin telah diberikan kepada Zizan semasa kesibukan tersebut. ~ekleh

sumber: Kaki Sembang


#notaBuruk::Berpunca dari sekeping gambar pun boleh jadi fitnah..isyhhh!!

Photobucket

Nov 23, 2012

Majlis Kahwin Khairul Fahmi Dan Leuniey -Ditaja RM 300 Ribu

Salam,,

khairul fahmi, leuniey, apek, penjaga gol kebangsaan

Khairul Fahmi Che Mat,23, bakal mengahwini buah hati pengarang jantungnya, Nur Eilunie Natasya Nazri, 21, a.k.a Leuniey pada 28 Disember 2012 ini. Setelah mengharungi pelbagai gosip liar, akhirnya kawen jugok mung apek..hahhaha!

Yang menariknya majlis perkahwinan mereka bakal mendapat tajaan berjumlah RM 300, 000. Tuah ayam nampak dikaki tapi tuah Khairul Fahmi a.k.a Apek, Tuhan saja yang tahu.

Perkahwinan Apek dan Leuniey bakal dilangsungkan dengan gilang-gemilang dalam 4 majlis yang berbeza.

28 Disember 2012 - Upacara akad nikah bakal diadakan di rumah Leuniey, di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan
30 Disember 2012 - Majlis resepsi sebelah pihak pengantin perempuan, yang akan dilangsungkan di Hotel Renaissance, Kota Bharu yang berkonsepkan Melayu Kontemporari.
5 Januari 2013 - Majlis resepsi bagi pihak pengantin lelaki, yang bakal berlangsung di kampung halaman Apek di Kampung Cherang, Kota Bharu. Konsep majlis tersebut ialah Ala Kampung.
13 Januari 2013 - Majlis resepsi kedua bagi sebelah pihak penganti lelaki yang bakal berlangsung di Hotel The Royale Bintang Kuala Lumpur yang bertemakan Gaya Inggeris.

Dalam sidang media pengumuman perkahwinan, Apek memaklumkan, pihaknya telah menerima penajaan lebih RM 300,000..woww!

Lebih menarik, untuk anda yang ingin menyaksikan majlis perkahwinan Apek & Leuniey, pihak Astro menerusi Astro Ria bakal menyiarkan ::

5 Januari 2013 (9 malam) - Akad Nikah Khairul Fahmi & Leuniey
15 Januari 2013 (9 malam) - Walimatulurus  Khairul Fahmi & Leuniey (bahagian I)
20 Januari 2013 (9 malam) - Walimatulurus  Khairul Fahmi & Leuniey (bahagian II)

Selain itu, Era.FM pula bertindaksebagai stesen radio rasmi persandingan Khairul Fahmi & Leuniey di Hotel The Royale Bintang KL.
Manakala radio nombor satu di Pantai Timur, THR Gegar akan menyiarkan persandingan Khairul Fahmi & Leuniey di Kelantan.

Berminat untuk mendapatkan undangan ke majlis perkahwinan Khairul Fahmi & Leuniey??
Dengarkan kedua-dua stesen radio berkenaan yang akan mengadakan kempen istimewa.

#notaBuruk::Belanja kahwin pun dah ditaja, jadi bolehlah Apek fokus pada AFF suzuki cup 2012. 

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...