Feb 24, 2012

Tips Mudah Tingkatkan Trafik Blog Anda

Salam,
Mencari Cara Tingkatkan Trafik ke Blog Anda.? | Aku pasti kebanyakkan blogger begitu mendambakan trafik ke blog mereka masuk bertali arus. Tapi bagaimana caranya??
Banyak tip yang telah diselongkar dan didedahkan oleh blogger - blogger yang dah otai ataupun yang sudah lama dalam dunia blogging ini.
Disini aku cuba untuk kongsikan satu tip yang aku jumpa. Mungkin ramai sudah tahu tapi sangsi untuk mencubanya. Tak salah kiranya untuk anda mencuba. Tak perlu panjang cerita ikuti tips dibawah ini. InsyaAllah.....kalau ada rezeki, memamg ramai lah trafik kat blog anda.

1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.
2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog 

    web anda.

 1. ABCMILO


2. matdin


3. MSR @Blogger


4. tengku nizam


5. mizz shizu


6. Myself V3 Me &


7. Blog Hanz


8. BeMie's WoRLd


9. Farah Shafiqah


10 . Qila Razak


11. CekLa


12. Miss Yaty


13. Magrib menjelma

14. IrfanzBlog

 15. Goldensand Trading 


 16. Bad Storyteller
 



PERATURAN!!!

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.16).

***So urutannya jadi mcm nie...




1. matdin


2. MSR @Blogger


3. tengku nizam


4. mizz shizu


5. Myself V3 Me &


6. Blog Hanz


7. BeMie's WoRLd


8. Farah Shafiqah


9 . Qila Razak


10. CekLa


11. Miss Yaty


12. Magrib menjelma

13. IrfanzBlog

14. Goldensand Trading 

15. Bad Storyteller

16. >>Blog Anda Disini<<

4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka 
    mengikut perkiraan kasarnya bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625


Kita sama-sama cuba jaya ok….
Selamat mencuba!!!
 


***Ingat...jangan menipu...tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat trafic yang banyak...Jangan lupa promote link entry ni kat member2 anda.. lagi byk lagi bagus.. kalau sehari promote kat 100 blog mungkin yg buat 10% jer maknenya dalam 10 org yg buat... ingat lagi byk backlink kita... lagi tinggi rating kita kat google..



notaburuk::
Photobucket




Feb 22, 2012

Where Did I Come From ? | Buku Bacaan Kanak-Kanak Berunsur Lucah


Buku Where Did I Come From? hasil karya Peter Mayle dengan paparan ilustrasi oleh Arthur Robins. Buku yang mensasarkan pembaca dari kalangan kanak-kanak didapati memaparkan isi kandungan dan gambar ilustrasi keterlaluan lucahnya.

Kehadiran buku yang sudah berada dipasaran sejak 1997 lagi dan sudah terjual lebih 2 juta naskah ini di dedahkan oleh Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO setelah mendapat laporan dari seorang individu yang secara tidak sengaja terbeli buku tersebut.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh, berkata hasil pemantauan mendapati buku setebal 44 muka surat itu diedarkan meluas di kedai buku di ibu negara tanpa pengawasan dan pemantauan pihak berkenaan, yang dikhuatiri boleh menyumbang kepada keruntuhan moral golongan muda.


“Kehadiran buku ini di pasaran tempatan hanya disedari selepas kami menerima aduan seorang pengguna yang secara tidak sengaja membelinya untuk bacaan anaknya. Pemeriksaan lanjut mendapati kandungan buku itu, termasuk gambaran ilustrasi digunakan tidak bersesuaian untuk kanak-kanak.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati buku itu tidak mempunyai kebenaran pihak berkuasa, khususnya KDN, sekali gus menunjukkan ia dibawa masuk secara haram dari luar negara untuk diedarkan di Malaysia dan kita meminta siasatan segera dilakukan, sekali gus menghentikan pengedarannya,” katanya kepada pemberita.

Apa yang lucahnya buku bertajuk Where Did I Come From ini??

Buku yang berharga RM39.80 senaskhah itu memaparkan ilustrasi melampau menunjukkan hubungan kelamin, selain maklumat lengkap posisi seks tertentu dilakukan pasangan lelaki dan wanita dewasa sehingga berlaku proses kehamilan serta kelahiran bayi. Sah!! Terbukti lucahnya!!

Sedikit Pencernaan Minda..!!Tahniah kepada individu yang melaporkan itu dan syabas juga kepada Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO atas keprihatinan terhadap laporan itu. Itulah peranan yang patut dimainkan oleh masyarakat dan para pemain politik. Bukan pomm pamm maki hamun sana sini. tuduh sana.. tuduh sini.
Baru nampak "bersih" dan cantik gelanggang politik itu.

notaburuk:: Sudah 15 tahun dipasaran?? Kanak-kanak yang baca keluaran pertama dulu mungkin sudah remaja sekarang kan..kan??
Photobucket

Feb 15, 2012

Peter Butler Ingin Letak Jawatan | Apa Sudah Jadi ?


Salam,
PETER BUTLER INGIN LETAK JAWATAN | Itulah antara kenyataan yang aku baca di laman Facebook milik Kelate.net. Banyak spekulasi timbul selepas Skuad Kelantan tersungkur buat kali pertama dalam saingan Liga Super 2012, tewas 0-2 di tangan Selangor  di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Terbaru juga kenyataan dari Butler yang berbunyi, Saya Kecewa, Saya Tak Kenal Dia, Apa Peranan Saya Disini? – Butler. Peter Butler dalam kenyataannya lagi mendakwa beliau seperti tiada kuasa selaku jurulatih untuk menentukan pemain import yang bakal beraksi untuk Kelantan dan hanya sekadar pak turut kepada pihak pengurusan. Terbaru seorang lagi pemain import diturunkan oleh Kelantan untuk di uji dalam perlawanan dengan Selangor malam semalam, Nwoha Onyekachi yang bermain diposisi penyerang menggantikan tempat Mahmud Ghadar.

sumber :: suarasukan1mas

Jika benar apa yang dikatakan, sebagai sebahagian penyokong Kelantan sejak zaman liga premier divisyen2 dulu,ini agak mengusarkan. Sesiapa sahaja yang jadi jurulatih pasti tidak senang duduk jika tugas dan tanggungjawab mereka diambil alih atau dicampur tangan oleh orang lain.Jika dilihat dari segi pemilihan pemain import, tak ubah seperti menukar baju. Yang itu tak sesuai tukar yang lain. Rekod lampau yang hebat seseorang pemain itu bukan satu jaminan untuknya bermain hebat bersama pasukan yang baru jika tiada kesefahaman.
Selaku jurulatih adalah perlu untuk mereka mengenali dan mengetahui betul-betul keupayaan seseorang pemain itu supaya mudah untuk mencorak taktik permainan.

Tetapi lain pula kenyataan dari pengerusi Kafa, Tan Sri Anuar Musa menerusi laman FB beliau.

Persoalan yang ditimbulkan adalah soal peranan jurulatih dalam memilih pemain import, tapi kenapa tiba-tiba soal income tax yang dikemukankan??


Susah untuk membuat penilaian jika kita sekadar memerhati dari luar dan sekadar mendengar rumours. Aku tidak mahu memihak kepada sesiapa. Peter Butler  dulu pun pernah pergi meninggalkan Kelantan ketika saingan masih di pertengahan. Terpinga-pinga Kafa mencari pengganti, akhirnya dapat B.Sathianathan.

Dalam isu pemilihan pemain import dapat dilihat skuad Kelantan agak kucar-kacir. Lumrahnya kalah atau menang dalam permainan itu adat. Yang penting semangat melawan dan kerjasama sepasukan perlu ada.

Apa-apa pun ribuan penyokong Red Warrior dan jutaan rakyat Kelantan mengharapkan segala kemelut yang timbul baik dalam pengurusan mahupun pasukan dapat diselesaikan secara bijaksana. Bukan dengan cara memberikan kenyataan menerusi media ataupun mengeluarkan kenyataan secara terbuka sehingga menelanjankan dan membuka pekung sesama sendiri.
Untuk mendaki puncak kejayaan seperti hari ini adalah sukar dan untuk bertahan di puncak kejayaan berganda sukarnya.

Memetik kata-kata admin The Red Warriors Network dalam FB

" Sudah resam dunia..... selagi hebat kejayaan yang dikejar, sehebat itulah rintangan yang mendatang."

notaburuk :: dengar cerita ada penyokong Kelantan di baling batu di SNBJ..adoyai.deyy meLAYU itu bola punya pasal pun lu mahu gaduh kaa.
Photobucket





Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Azhar Idrus 2012






KULIAH MAGHRIB PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS FEBRUARI 2012, MASJID JAMEK AR RAHIMIAH, KLANG | Salam.
Suaraku di dunia bawah tempurung ini semakin serak-serak basah semenjak pena maya aku, my lappy tak dapat diselamatkan lagi..haihhh!!
Terbaru dengar cerita Ustaz Azhar akan kembali ke Lembah Klang, bukan Shah Alam tapi kini Klang. Jalan-jalan pergi cari kerja part time aku jumpa banner mengenai Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Azhar dekat bulatan simpang 5 Klang. Kuliah tersebut akan diadakan di Masjid Jamek Ar Rahimiah Klang.
Kat mana tu??
Berhadapan Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah kira-kira 10-15 minit dari Shah Alam.


Dibawah ini gambar Masjid Jamek Ar Rahimiah tersebut. Mungkin boleh jadi petunjuk untuk mereka yang akan ke sana nanti. Bagi yang tidak berkesempatan untuk kesana mungkin boleh cuba tengok kat sini >>ustazazhar.net<< .Insyaallah, akan ada video kuliah dekat situ.


notaburuk :: kampungku..aku ingiiinn pulaaaanng!!

Photobucket

Feb 14, 2012

Liga Super 2012 | Live Streaming KELANTAN VS SELANGOR

LIGA SUPER 14 FEBRUARI 2012 | SIARAN LANGSUNG DAN LIVE STREAMING SELANGOR VS KELANTAN.
Sekali lagi peminat sukan bola sepak tanah air bakal disajikan satu perlawanan yang amat dinanti-nantikan semua, SELANGOR VS KELANTAN.
Selepas berjaya mengatasi seteru utama Pantai Timur, Terengganu 2-1 di Stadium Sultan Muhammad VI sabtu lalu, malam ini Kelantan sekali lagi bakal berdepan tugas yang mungkin sukar iaitu berdepan Red Giant di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selangor meskipun tewas kepada pasukan kelab PKNS Selangor pada perlawanan sabtu lalu, namun cabarannya tetap tidak boleh dipandang enteng oleh skuad bimbingan Peter Butler. Tambahan pula Selangor dijangka dapat menurunkan skuad yang dibarisi pemain import mereka, Ramez Dayoub yang tamat penggantungan dan penyerang Croatia Bosko Balaban yang sudah perolehi sijil perpindahan antarabangsa, ITC.


gambar ehsan::Selamanya The Red Warriors
Bagi anda yang berada disekitar Lembah Klang mungkin boleh turun memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Namun yang tidak berkesempatan untuk ke sana..kena kerja shift malam barangkali jangan risau RTM dengan slogan 'Sukan Terbaik Hanya di RTM' akan siarkan secara langsung di TV1...
Terima Kasih RTM.
Pejabat anda tiada TV?? Pun tak perlu risau. Zaman sudah canggih. Manfaatkan kelajuan internet ditempat anda dengan menontonnya menerusi link live streaming dibawah ini..




Mesej untuk penyokong The Red Warriors jangan lupa me'merah'kan Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini dan demo-demo hok gi stadium tok soh dok mekong kokse la deh! Gomo Kelate Gomo ^_^



notaburuk:: Tengok tv saja lah aku kali ini.
Photobucket

Feb 13, 2012

CAF Africa Cup of Nation 2012 | Zambia New King of Africa




Nineteen years after a plane crash which killed 18 members of their squad in Libreville, Zambia returned to the Gabon capital to record the most famous victory in their country's history.
A dramatic shoot-out at the end of 120 minutes of largely underwhelming football went the way of Zambia when Gervinho shot wide and Stophira Sunzu stepped up to slot home.

During the 90 minutes, CĂ´te d'Ivoire, who were chasing their first continental crown for 20 years, had a biggest chance to crown continental kings after the Arsenal forward, Gervinho was felled by a combination of Isaac Chansa and Mulengawith in the penalty area. However Didier Drogba  side-footed his spot-kick horribly over the bar.
CĂ´te d'Ivoire had two chances to wrap things up after the break, but Didier Ya Konan curled an effort just wide while, after 117 minutes, Gradel took an airshot when well placed.






The shoot-out was locked at 7-7 after 14 nerveless penalties before Kolo Toure saw his effort saved by Kennedy Mweene. Rainford Kalaba fluffed his big moment by shooting over the bar, but there was no second reprieve when Gervinho missed and Sunzu slotted in and gave Zambia the first title of Africa Cup of Nation in history.

Info about Africa Cup of Nation 2012::
Champion :: Zambia
2nd place :: CĂ´te d'Ivoire
3rd place :: Mali 
4th place :: Ghana

Top scorer :: 
Manucho - Angola (3)
Didier Drogba - CĂ´te d'Ivoire  (3)
Pierre-Emerick Aubameyang - Gabon (3)
Cheick Diabaté - Mali (3)
Houssine Kharja - Morocco (3)
Christopher Katongo - Zambia (3)
Emmanuel Mayuka - Zambia (3)

Most Valuable Player ::
Christopher Katongo - Zambia



 source :: Fifa.com & Wikipedia

badnote :: No need a lot of star player to become a winner. It's about a team not individual


Photobucket

Feb 11, 2012

Ustaz Azhar Idrus - Sejarah Ustaz Azhar Belajar Agama

Salam..
Tentu ramai sekali di luar sana yang meminati ceramah yang disampaikan oleh ustaz yang tidak asing lagi di Malaysia ketika ini.

Ustaz Azhar Idrus.Sebut saja nama itu pasti ramai yang mengenali beliau meskipun tidak mengikuti siri ceramahnya. Ternyata gaya penyampaian yang mudah dan bersahaja serta ditambah aura tersendiri yang ada pada ustaz Azhar telah berjaya menarik ribuan jemaah sama ada golongan muda, dewasa atau yang sudah berusia untuk bersama- sama dalam majlis kuliah agama yang disampaikan oleh beliau.

Namun tahukah kita, sejarah bagaimana Ustaz Azhar mula mempelajari dan mendalami ilmu agama??


Beliau bukan lulusan universiti - universiti hebat, berserta segulung ijazah dari universiti-universiti ternama.
Beliau dilahirkan pada 12 Febuari 1968 di Kampung Ladang, Kuala Terengganu.Kehidupan zaman mudanya sama seperti remaja-remaja lain di zamannya. Beliau mendapat pendidikan awal dari sekolah-sekolah Inggeris antaranya Sekolah Sultan Sulaiman Kuala Terengganu.  Dikatakan juga beliau pernah menjadi guru muzik sekitar tahun 1985.
UAI zaman muda-mudi dulu

Namun atas kehendak Allah s.w.t, Ustaz Azhar diberi hidayah dan dibuka pintu hati untuk mendalami ilmu agama. Berbekalkan kecekalan dan keazaman yang tinggi, beliau meninggalkan pekerjaannya untuk mendalami ilmu agama dengan guru-guru agama sekitar Terengganu. Selama 12 tahun masa yang diambil oleh beliau untuk berguru dengan para guru agama yang arif.

Latar Belakang Pendidikan agama beliau::
Guru pertama: Tuan Guru Hj Syed Mokhtar

  • Tamat lebih kurang 40 buah kitab2 jawi secara talaqi

Guru kedua: Al-Fadhil Tuan Guru Mohd Tahir

  • Khatam kitab jawi juga lebih kurang 25 buah

Guru ketiga: Tuan Guru Mohd Hakim

  • Mula mendalami kitab2 bahasa arab seperti Nahwu, Sorof, Usul Fiqh, Mustolah Hadith, Usul Quran dan Balaghoh

Guru keempat: Tuan Guru Hj Hasyim

  • Mendalami kitab-kitab arab dalam bab Nahwu, Sorof, Fiqah, Tafsir dan Faraidh

Guru kelima:  Tuan Guru Hj Ibrahim Mesir

  • Mendalami kitab Sirah Nabawi dan Lughah Arabiyah

Guru keenam: Tuan Guru Hj Muhammad Zubir

  • Mendalami  ilmu fiqh & nahwu

Guru ketujuh: Tuan Guru Hj Mohd Zain ( Pondok Lubuk Pandan )

  • Mengaji ilmu Fiqh, Nahwu, Sorof, Tafsir, & Balahgoh

Berikut petikan video perkongsian Ustaz Azhar tentang sejarah pendidikan agama beliau ::



Ternyata kesungguhan, kecekalan dan pengorbanan beliau dalam mendalami ilmu agama ini tidak sia-sia.
Kita juga meyakini bahwa Allah pasti menolong hamba-hamba-Nya yang menjadi penolong agama-Nya. Allah berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (QS Muhammad: 7).



 notaburuk:: Bukan sengaja melanggar arahan.Kerna kadang aku terlupa watak dan perananku sebagai pelakon cerita dipementasan alam ciptaanNya


Photobucket






Live Streaming | KELANTAN vs TERENGGANU 11 FEB 2012


Perhitungan Liga Super Malaysia 2012 antara dua gergasi Pantai Timur, Kelantan vs Terengganu 11 Februari 2012. Satu perhitungan yang dinanti-nantikan oleh penyokong kedua-dua pasukan. Kelantan yang menghuni tangga kedua dalam carta liga Super bakal menanti kunjungan pasukan Terengganu yang berada di tangga ketiga liga di gelanggang keramat Red Warrior, Stadium Sultan Muhammad VI Kota Bharu.
Pastinya kedua-dua pasukan ingin mencari 3 mata penuh setelah sekadar mengutip satu mata pada perlawanan sebelumnya.

Bagi Kelantan, semestinya 3 mata penuh amat diperlukan bagi menebus kekecewaan dalam beberapa siri perlawanan persahabatan yang lalu, tewas 0-5 kepada skuad kebangsaan dan 0-2 kepada Balestier Khalsa FC dan seterusnya mengembalikan keyakinan ribuan penyokong setia Red Warrior.

Perlawanan antara dua gergasi Pantai Timur ini akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena jam 8 malam nanti.
sumber:: FB page Astro Arena

Namun bagi anda yang tidak berkesempatan untuk mengikutinya menerusi siaran langsung tersebut, anda boleh menonton secara online melalui link live streaming dibawah::


>>link 1 :: Kelantan vs Terengganu <<
  >>link 2 :: Kelantan vs Terengganu <<  


notaburuk:: Rest In Peace my laptop...sob..sob!! :(


Photobucket

Feb 10, 2012

Segmen I Follow U by NanieyBarnieyLurviey

Salam.
Sejak dua ketiga menjak ni ramai kaki blogger yang mengadakan segmen masing-masing. So far aku dah ter'join' dua segmen. Masing-masing dari Hasrulhassan.com dan Miss Banu Story.
Feedback yang diterima boleh tahan. Dapat la aku kenal beberapa blogger sama ada yang baru mahupun yang dah lama.
Macam-macam style penulisan dan persembahan yang ditampilkan. Dari situ dapatlah sedikit-sebanyak benda baru yang dapat aku belajar.
Terbaru segmen I Follow U yang dihasilkan oleh NanieyBarnieyLurviey. Dah macam tagline Salleh Yaccob dalam Sinar.Fm..
Arggg aku tak mahu sembang banyak..To NanieyBarnieyLurviey..uiih panjang nama dia.. I Follow Uuuuuu.

notaburuk :: Lost momentum.

Photobucket

Feb 9, 2012

PRU ke 13 | Parlimen Dijangka Bubar Awal Mei 2012

Salam.
Terkini SPR menjangkakan kerajaan akan membubarkan Parlimen seawal mei 2012 ini bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum ke -13 (PRU 13) untuk diadakan.
Dipetik dari sumber Berita Harian Online::


Jadi macam mana dengan anda?? Pengerusi SPR sudah bagi bayangan bila PRU ke 13 bakal diadakan. Cukupkah sekadar jadi pemerhati jika anda sudah layak untuk membuang undi. Inilah masanya untuk menggunakan kuasa 1Undi anda dalam menentukan peneraju negara.



#KataAmbo :: Jalan ceritaku berbunyi sumbang bila berceritakan perihal politik..sekadar menyampaikan hebahan!!


Photobucket

Cebisan Kisah Si Budak Nakal.


Biar dilabel budak nakal asal bukan budak jahat. Ada beza di situ. Nakal itu biasalah kalau di zaman kanak-kanak.  Masih aku ingat akan cerita seorang guru Bahasa Melayu semasa di bangku sekolah dulu. Ceritanya ringkas tetapi aku dapat tafsirkan dan gambarkan sesuatu dari situ

.
Ceritanya mengisahkan dia terserempak dengan cikgu lamanya di pasar..bukan pasar raya tapi pasar yang jual ikan, sayur tuu  sedara-sedari semua oii.
Segan silu dia jumpa cikgu itu..katanya.
"Eh, ni Demak(bukan nama sebenar) kan??" sahut cikgu itu setelah disapa oleh guru aku itu. " Kerja kat mana sekarang??" tanya cikgu itu. "Saya mengajar di sekolah SMK Demak Jaya II (bukan sekolah sebenar)" jawab guru BM aku segan silu.." Hhmmm..jadi orang juga ye ko Demak(bukan nama sebenar)..!".






Apa yang korang boleh tafsirkan?? Bagi aku, aku katakan, dari frasa " hhmmm..jadi orang juga ye ko Demak",
maknanya Demak ini dulu nakal. Mungkin cikgu sudah pening nak handle si Demak ini. Disebabkan kenakalan si Demak ini mungkin cikgu ini tidak boleh nak jangka apakah akan jadi pada Demak di masa depan nanti..kiranya Demak sudah berubah..Budak nakal dah tak nakal lagi. Dah jadi pendidik anak bangsa. Satu kerja yang amat mulia.
Itu satu contoh. Sebenarnya ramai lagi yang nakal semasa zaman muda-mudi, semasa zaman sekolah dulu-dulu sudah berubah jadi insan yang berjaya dalam hidup. Bukan berjaya sebab mereka nakal tetapi kesedaran mereka untuk memajukan diri dan tidak nakal lagi seterusnya jadi orang berjaya.

Kenapa aku tetiba terlintas untuk tulis sesuatu pasal budak nakal?? Sebab aku baru saja ter'singgah' di blog Budak Nakal. Lalu terbaca satu entry "Giveaway Budak Nakal “Info Terlaris Masakini".
Tengok ini satu lagi contoh budak nakal yang dah berubah dan hendak bagi giveaway...hehehe ampunkan aku andai silap ya mas budak nakal..waduuhh!!ekekeke.











Read more: http://kozumiro.com/giveaway-budak-nakal-info-terlaris-masakini/#ixzz1l40UBv00.




First impression aku bila singgah dekat sini..Hmmm mantop!!


Sebab??
Dekat tab sudah bahagi siap-siap kategorinya.
1. Ada tutorial.klik sini. Insyaallah dalam masa terdekat ini aku nak selongkar apa ada kat dalam itu. Boleh aku belajaq hehehe.
2. Ada part untuk bacaan. Maknanya segala info terbaru, berita, maklumat semasa ada dekat sini. Tak percaya?? Tanpa segan silunya klik sini. 
3. Lagi ada Tips.Tak banyak pun lagi tips tapi di masa akan datang senang nak cari tip klik tab tips.


dan banyak lagi kategori yang mana sudah disusun macam fail-fail dekat office. ^_^

Ingin tahu lebih silalah ke blog Info Terlaris Masa Kini milik si Budak Nakal ini.


Giveaway Info Terlaris bersama Sponser AyeshaBizWorld dan  amirastudios.com




notaburuk::Serius aku tak tahu beli apa dengan baucer 1 Malaysia

Photobucket

Feb 8, 2012

Fotoshop By Adobé | Bongkar Rahsia Iklan Produk Kecantikan






Mungkin ini boleh membuatkan pengiklan produk kecantikan + pelansingan dan kaum kerabatnya tergugat. Pernahkah anda melihat iklan-iklan produk kecantikan di kaca televisyen anda?? Pernah bukan. Jika anda pernah menonton televisyen sah la pernah tonton iklan di kaca televisyen...^_^

Pernah tak anda melihat iklan produk pelansingan misalnya yang memaparkan gambar sebelum dan selepas?? Pernah bukan?? Bukan sekali tapi berkali-kali di tv. Pernah terpengaruh dan ingin mencuba??


Jesse Rosten seorang filmmaker dari Nothern California telah menghasilkan satu video Fotoshop by Adobé ala-ala iklan produk kecantikan. Idea untuk menghasilkan video yang memaparkan Fotoshop sebagai satu produk kecantikan yang sebenar-benarnya timbul setelah dia menonton satu iklan produk kecantikan di tv. Iklan tersebut memaparkan imej sebelum dan selepas, namun pada pandangannya ia adalah gambar yang sama tetapi di edit menggunakan teknik photoshop.

Lihatlah sendiri video dibawah dan capailah cita-cita anda untuk tampil menawan persis seorang model.


Dibawah ini pula Behind The Scene Fotoshop By Adobé. Sepatah kata dari aku..good job Jesse Rosten.^_^






notaburuk::Dengan adanya fotoshop by adobĂ© ni, muka tak berapa nak pan-asia pun boleh jadi model. 
                   Jerawat berbatu-batu pun bukan masalah..ekekee guna saja fotoshop.

Photobucket

Feb 6, 2012

Top Secret | Panduan Tulis Artikel English Dalam Masa 5 Minit

Salam sejahtera semua.
Lama jari jemari aku terkapai-kapai, hilang konsentrasi untuk berlari-lari atas papan kekunci ini. Baiklah sementara otak masih segar, pagi masih sejuk, pintu rezeki terbuka luas, aku ingin tanya anda semua yang tercelah masuk ke blog dunia bawah tempurung ini, terfikirkah anda untuk menulis artikel dalam bahasa Inggeris??


Bagi aku, aku sangat teringin belajar menulis artikel dalam bahasa Inggeris, kalau tidak artikel pun paling kurang dapat menghasilkan satu blog berbahasa Inggeris. Jangan salah faham,bukan nak mengada-ngada tetapi ingin melangkah setapak ke hadapan dalam menguasai bahasa yang menjadi bahasa antarabangsa ketika ini.

Juga bukan niat untuk meminggirkan bahasa ibunda, Bahasa Melayu tetapi ingin sahut seruan dasar pendidikan negara, Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Pernah dengar Google Adsense??Aku pernah mencari dan menyelongkar apa spesisnya Adsense itu. Adsense itu adalah produk pengiklanan google. Aku rasa ramai yang dah tahu. aku saja yang baru tahu..kot!!
Aku pernah mencuba apply untuk siarkan iklan google ini dalam blog tak seberapa ini tetapi di reject..
Kenapa di 'reject'??
Antara alasan yang diberi sebab blog aku dalam Bahasa Melayu. Memang ada blog berbahasa melayu yang dapat pengiklanan dari google adsense ini tetapi ramai kata susah. Bagaimana mereka dapat aku tak pasti, tetapi mungkin blog itu didaftar dalam kategori blog berbahasa Indonesia. Tapi yang terbaru aku tahu sekarang Adsense tidak support Bahasa Indonesia lagi..


Jadi kalau ingin cuba google adsense, salah satu caranya cuba hasilkan blog@ post artikel bahasa Inggeris.

Ringkasnya disini apa yang aku nampak bila kita dapat hasilkan artikel bahasa Inggeris::
  1. Bagi mereka yang melakukan program Affiliate, penghasilan artikel bahasa Inggeris dapat meluaskan pemasaran mereka ke peringkat antarabangsa. Ada yang upah seseorang untuk menghasilkan artikel. Tetapi bayangkan jika satu artikel paling murah mereka bayar RM 10 (harga member..contoh)/artikel. Kalau 20 artikel sudah cecah RM 200.00 sahaja untuk hasilkan artikel. Menurut mereka, yang sudah lama dalam affiliate ini, paling kurang kena ada 50 artikel untuk dihantar ke mana-mana halaman direktori bagi mempromosi blog atau website kita.
  2. Tentulah permohonan untuk dapatkan pengiklanan google adsense lebih mudah sebab blog atau kandungan didalam website @ blog kita berbahasa Inggeris.
  3. Kalau kena pada caranya, trafik pun berlipat kali ganda dan datang seantero dunia..uihh!!




notaburuk::Tak salah mencuba. Sememangnya proses pembelajaran itu sepanjang hayat.


Photobucket





Feb 4, 2012

Live Olympic London 2012 Qualifier | Malaysia U23 VS Bahrain U23


Salam. Kepada peminat sukan  bola sepak tanah air jangan lupa saksikan perlawanan kelayakan pra-olimpik London 2012 antara Malaysia U23 vs Bahrain U23 pada 5 Februari 2012 (Ahad) ini.





Perlawanan tersebut akan disiarkan secara langsung RTM1 dan Astro Arena pada jam 11.30 waktu Malaysia.
Bagi anda yang tidak kesempatan untuk menontonnya menerusi televisyen disini ada link untuk anda menyaksikannya menerusi streaming.

>>LINK2::LIVE MALAYSIA U23 VS BAHRAIN U 23<<

Stadium National Bahrain
 notaburuk::Laptop 'hang' boleh sebabkan tekanan jiwang..huhh!!


Photobucket

Feb 3, 2012

Segmen | Salam Perkenalan dari Miss Banu

fakta @ auta::Peluang memenangi laptop Acer Aspire One Happy netbook dari jobscentral
fakta @ auta:: UMobile offer up to 1000 free sms to new users.  
 



Malam makin larut. Tapi mata terlalu degil untuk dilelapkan. Insomnia barangkali. Aku baru saja kembali dari melepak di MB..MarryBrown?? Bukan marrybrown. Setahu aku tiada marrybrown beroperasi malam-malam ini. MB- Miss BaNu Story:: Bukanlah niat nak mengejar glamour tetapi sekadar ingin merasai kemeriahan dalam komuniti blogger. Orang kenal kita itu bonus.


Tetamu yang berkunjung ke rumah datang membawa rezeki dan pulang membawa dosa -dosa kita keluar..
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud,
“Wahai manusia,janganlah kamu membenci kehadiran tetamu.Sesungguhnya mereka datang membawa rezeki dan apabila keluar(pulang),membawa dosa ahli rumah tersebut keluar”

Jadi mereka yang berkunjung ke blog aku ini aku dah anggap macam tetamu.

::SELAMAT DATANG KE DUNIA BAWAH TEMPURUNG::

Dari sini aku meneropong jauh nun ke seantero dunia. Meneropong dari lubang tempurung hehe..
Sebagaimana cerita aku dalam segmen Inilah Blogku dalam HasrulHassan.com, samalah juga disini. Blog ini hanya sekadar platform untuk aku mencoretkan suara jari aku. Kongsi apa aku fikir, rasa, tengok dan lalui. Kongsi dengan siapa?? Sesiapa sahaja. Tidak terlalu personal tapi lebih bersifat general.

Seperti kata Ramli Sarip, aku menulis buka kerna nama. Kalau ada yang sudi mengenali dan mengikuti itu adalah bonus. Jadi kepada yang bertandang ke dunia ini selamat datang dan salam ukhwah, salam persaudaraan di ucapkan. Kritik & saran kearah kebaikan amatlah dialu-alukan. Andai tiada niat untuk jadi follower tidak mengapa tetapi kalau nampak kekurangan kritik & saran itu amatlah ditagih.^_^


notaburuk::mencoret di blog bila ada kelapangan. Jadi segan nak pakai status blogger.



Photobucket

Feb 2, 2012

OST Ombak Rindu | versi parody syahdu

fakta @ auta::Peluang memenangi laptop Acer Aspire One Happy netbook dari jobscentral
fakta @ auta:: UMobile offer up to 1000 free sms to new users.  





Ya aku tahu kamu semua sudah menonton filem Ombak Rindu lakonan mengancam dari Aaron Aziz, Lisa Surihani, Maya Karin dan ramai lagi..
Aku dapat menduga ramai yang masih ketagih mengulang tayang cerita tersebut. Baik jalan cerita, kelibat pelakon-pelakon hebat mahupun lagu soundtrack filem Ombak Rindu telah menjadikan Ombak Rindu begitu hebat membadai jiwa-jiwa peminat filem tanah air.

Setelah di recommend oleh mereka yang ada di sekeliling aku, serta membaca banyak laman blog yang mengulas mengenai filem ini aku pun cuba menontonnya..ulang suara "cuba menonton".
Sejujurnya aku tak tahu pun pawagam diseluruh Malaysia dibadai Ombak Rindu. Dalam Maharaja lawak Mega pun peserta dok sebut Ombak Rindu semasa Aaron Aziz jadi juri.
Dalam kotak pemikiran aku,


"spesis apakah Ombak Rindu itu?? Gameshow terbaru di Astro kah??"





Jadi tonton punya tonton..1 kali saja aku tengok..kali kedua forward cepat-cepat hehe..well Ombak Rindu macam cerita Korean pun ada. Cuma babak panas, yang boleh membuatkan muka penonton merah padam itu aku rasa kalau ditiadakan pun jalan penceritaan tetap mantap. Apa-apa pun lantak pengarah ler..

Terbaru aku jumpa lagu soundtrack Ombak Rindu versi parody yang menginsafkan. Lagu ini lebih menarik dari lagu asal. Liriknya lebih kepada unsur ketuhanan. Syabas Mr.Bie atas ke'kreatif'an kamu itu. Siapa itu Mr.Bie?? anak saudara David Teoh kah?? Klik sini untuk kenal Mr.Bie. Banyak lagi yang menarik disitu.
Ya, aku tahu ramai lagi antara kamu belum mendengarnya lagi..Dibawah itu ada video. enjoy it::

 
Teringat lirik lagu Pokok dari Hazama dan Meet uncle hussin yang aku edit dulu-dulu dalam entri Tanya sama jiwa. Tapi segan nak melagukannya di Youtube. Vokal pun tak power.
sumber::tubemu

notaburuk::macam pernah terbaca novel ni dulu...ulang suara ter'baca' ok..^_^

Photobucket

Safee Sali | Khabar Terkini Dari Seberang







Sudah lama aku tak melihat kelibat Safee Sali beraksi atas padang secara langsung. Kali terakhir kalau tidak silap ketika aksi persahabatan menentang pasukan BPL, Liverpool julai 2011 yang lalu.
Kebelakangan ini ada terdengar spekulasi mengenai masa depan karier bola sepak beliau bersama Pelita Jaya. Ini disebabkan kes status pengharaman Liga Super Indonesia (ISL). Andai kata beliau beraksi dengan pasukan dalam ISL itu maka beliau tidak akan dibenarkan beraksi oleh FIFA bersama pasukan Harimau Muda.
Dari mana aku tahu?? Dari banyak sumber..kosmo, harian Metro dan segala suku sakat akhbar di Malaysia ini serta pak cik google dan brader facebook.
Maka keluarlah cadangan agar Safee Sali ini dihantar beraksi dalam Liga Australia, Belgium dan seumpamanya. Malah ada juga kelab-kelab bola sepak yang sudah merisik dan cuma mengikat khidmat Safee Sali ini..hmmm hebat!!
Namun terkini ada perkhabaran terbaru dari Safee Sali menerusi page beliau dalam brader Facebook..
Khabar apa?? Tengok gambar berikut::


Sebagai sebahagian peminat dan penyokong pasukan Harimau Malaya ( walaupun belum ada jersi lagi) aku ucapkan tahniah dan syabas buat beliau. Semoga kariernya terus maju dan terus memberi khidmat cemerlang untuk Harimau Malaya..




notaburuk::tungkus lumus simpan duit nak beli jersi Harimau Malaya..Tapi mana satu mahu pilih??Jersi training @ jersi color biru??

Persahabatan Pilihan Malaysia vs Kelantan | Keputusan









Lihat gambar di atas dan itulah kesimpulannya. Tanpa 6 tonggak utama dalam skuad Kelantan yang bersama-sama skuad kebangsaan, skuad Kelantan mudah diratah dibenam oleh skuad senior Harimau Malaya.
Gol-gol Harimau Malaya telah dijaringkan oleh::

-Asraruddin Putra 36'
-Shahruain 42'
-S. Kunalan 65'
-Hadi Yahya 81' 
-Izuan Salahudin 88'

Sebagai sebahagian penonton yang bersusah payah ke Bukit Jalil sampai tersesat..aku agak kecewa dengan persembahan skuad The Red Warrior. Meskipun perlawanan tersebut hanya bertaraf persahabatan, paling tidak pun tampilah permainan yang lebih menarik supaya terhibur sedikit penonton yang membayar tiket.
Pemain import, tak perlu ceritalah. Aku kecewa, peminat yang lagi fanatik lagi kecewa, peminat yang selalu ikut kemana skuad Kelantan bermain lagi lagi kecewa dan pres KAFA lagi lagi lagilah kecewa..

Apa-apa pun ingat yang satu nih::
" kalau tidak mampu menyokong ketika kalah, jangan bersorak apabila menang"...Gomo Kelate Gomo!!




Oklah..bagi mereka (pemain import) sedikit masa lagi..fine!!

notaburuk::macam mana aku boleh tersesat cari jalan ke Bukit Jalil.??huhh!

Photobucket

Disebalik Tabir Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Shah Alam


Agak mengagumkan. Itulah yang boleh disimpulkan apabila melihat gambar-gambar yang dirakamkan sewaktu kuliah Maghrib perdana Ustaz Azhar Idrus di Masjid Negeri Shah Alam beberapa hari yang lalu.
Bak kata penulis blog Oh!Rakyat::
"kata Prof Dr Yusof Al Qardhawi abad 21 ini adalah abad kebangkitan islam dimana setiap manusia akan mencari cari agamanya. Mungkin Allah letakkan Ustaz Azhar Idrus di Malaysia sebagai pencetus revolusi anak muda datang menghadiri kuliah kuliah agama...Allahuakbar!!!"



Kalau dilihat dari pandangan sini lebih separuh ruang solat di tingkat atas Masjid Negeri dipenuhi pencinta ilmu yang hadir mengikuti kuliah maghrib yang disampaikan penceramah dan ustaz kesukaan ramai iaitu Ustaz Azhar Idrus. Ternyata kebolehan yang dianugerahkan Allah kepada ustaz sangat istimewa sehingga mampu menarik ribuan jemaah termasuk dalam kalangan remaja..Awesome ustaz. Penyampaian ustaz yang bersahaja, ada terselit celoteh dan isu yang disentuh dekat dengan masyarakat. Yang paling mencuit hati bila ustaz mengibaratkan perempuan seperti kereta Lamborgini...uihh serba -serbi ustaz boleh kaitkan menunjukkan ustaz turut menyelami minat masyarakat terutama remaja..macam aku juga.




Pendekatan ustaz yang memberi peluang kepada para jemaah untuk bertanyakan soalan juga satu yang menarik. Harap fenomena ini berterusan dan aku sendiri juga dapat berpeluang dan diberi kekuatan untuk bersama-sama dalam kalangan pencinta ilmu ini..amin!

Aku percaya selain ribuan yang hadir, masih ramai lagi diluar sana yang turut mengikuti kuliah ini menerusi live streaming yang disediakan..
Tahu tak kita semua siapa yang bertanggungjawab disebalik siaran streaming menerusi internet itu??
Inilah mereka yang terlibat itu..
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada barisan krew yang bertungkus lumus menyiarkannya menerusi streaming.
Bagi yang tidak berkesempatan berkunjung ke masjid atau mengikutinya secara streaming boleh klik sini.




notaburuk::dok dekat nga sejjik doh tapi tgok kot streaming jah..ohh dok rok cetung..heheh.


Photobucket




Feb 1, 2012

HASRULHASSAN.COM | Inilah Blogku

Salam semua.
Inilah BlogKu. Ya, benar inilah blogku. Usah ragu-ragu. Tiada yang istimewa. Cuma sekadar penceritaan dari jiwa. Eh bukan??.. Cerita dari jari meresap ke jiwa. Hah lebih kurang macam itu la..
Petang tadi terbaca entri dari blogger HH dalam HasrulHassan.com tentang segmen yang khusus untuk blog yang kurang 400 follower. Jadi malam ini baru berkesempatan jari aku berlari atas papan kekunci ini.


Ini adalah segmen HH yang kedua aku sertai. Macam biasa inilah tugasannya ::


Nama sebagai blogger :: 
AKHIL 

Nama blog ::
Blog Badstoryteller
Tagline::
Just Ordinary Storytelling
Sejarah blogging ::
Based on blog achieve, August 7  2010. Dah setahun lebih rupanya.
Tapi kenapa aku ber'blogging'??
Susah nak diterjemahkan dengan susunan kata-kata. Tapi cubalah cerita..Sekadar untuk menzahirkan apa yang bersarang dalam kotak fikiran dan jiwang raga ini..Apa yang aku lihat dan rasa aku cuba interpretasikan ia mengikut sudut pandangan aku sendiri sewaras dan serasional yang boleh. 
Tapi sekarang aku cuba luaskan fungsi blog ini menjadi medan untuk aku kongsikan sesuatu yang aku.kamu & semua orang tak tahu, ingin tahu dan perlu tahu. 
 Tekad untuk keluar dari dunia bawah tempurung adalah inspirasi aku untuk ber'blogging'
Masa hadapan??
Wallahu 'alam..

Sekarang ini follower yang berada dalam senarai V.I.B (very important blogger) Duniaku adalah 51 orang.
Ini merupakan 1st follower aku..Lee Yna dengan blog beliau Bak Kata Kawan Aku

  
Jadi masih adakah blogger yang mempunyai follower < 400 ?? Kalau teringin memeriahkan segmen ini bolehlah klik pada badge segmen yang berwarna biru di atas.


Apa-apapun terima kasihlah kepada bro HH sebab ada inisiatif wujudkan segmen itu. Bolehlah blogger baru belajar mencari tapak.
notaburuk::duniaku di bawah tempurung tapi cita-citaku jauh ke langit 7...sekadar metafora!!
Photobucket






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...