Showing posts with label roda masa. Show all posts
Showing posts with label roda masa. Show all posts

Sep 15, 2012

Bagaimana Menara Eiffel Dibina ?

salam,,

Kesempatan yang ada ini sempena cuti Hari Malaysia 16 september, sekali lagi ambo ingin kongsikan beberapa gambar yang menarik untuk dikongsikan bersama mereka yang terjerumus ke dunia bawah tempurung ini.

Bila sebut Kota Paris pasti akan terbayang akan ke"romantik"kannya. Tahu-tahu saja lah Paris mendapat jolokan kota cinta yang selalu menjadi lokasi untuk berbulan madu.

Bila sebut Paris juga pasti tak akan terlepas dari mengaitkannya dengan mercu tanda Kota Paris iaitu Menara Eiffel atau Eiffel Tower yang dibina pada 1889. Namun tahukah kita bagaimana Menara Eiffel di bina.? Berikut ambo kongsikan sedikit gambar lukisan plan asas Menara Eiffel.








tapak asas menara Eiffel.







Panorama dari Menara Eiffel:


Mesej dari Thomas Edison yang melawat menara Eiffel pada 10 september 1889:
 M Eiffel the Engineer the brave builder of so gigantic and original specimen of modern Engineering from one who has the greatest respect and admiration for all Engineers including the Great Engineer the Bon Dieu, Thomas Edison.
Untuk rekod, menara Eiffel menjadi seni bina tertinggi di dunia pada 1889 sehingga 1930. Sehingga sekarang Menara Eiffel terus menjadi lambang kehebatan dalam bidang kejuruteraan seni bina.
Meskipun nampak simple tetapi pembinaanya cukup teliti dan terancang. Maka tidak mustahil seni bina Menara Eiffel terus kukuh dan berdiri megah seterusnya menjadi simbol kehebatan Kota Paris.

#notaburuk::...speechless


Photobucket

Feb 11, 2012

Ustaz Azhar Idrus - Sejarah Ustaz Azhar Belajar Agama

Salam..
Tentu ramai sekali di luar sana yang meminati ceramah yang disampaikan oleh ustaz yang tidak asing lagi di Malaysia ketika ini.

Ustaz Azhar Idrus.Sebut saja nama itu pasti ramai yang mengenali beliau meskipun tidak mengikuti siri ceramahnya. Ternyata gaya penyampaian yang mudah dan bersahaja serta ditambah aura tersendiri yang ada pada ustaz Azhar telah berjaya menarik ribuan jemaah sama ada golongan muda, dewasa atau yang sudah berusia untuk bersama- sama dalam majlis kuliah agama yang disampaikan oleh beliau.

Namun tahukah kita, sejarah bagaimana Ustaz Azhar mula mempelajari dan mendalami ilmu agama??


Beliau bukan lulusan universiti - universiti hebat, berserta segulung ijazah dari universiti-universiti ternama.
Beliau dilahirkan pada 12 Febuari 1968 di Kampung Ladang, Kuala Terengganu.Kehidupan zaman mudanya sama seperti remaja-remaja lain di zamannya. Beliau mendapat pendidikan awal dari sekolah-sekolah Inggeris antaranya Sekolah Sultan Sulaiman Kuala Terengganu.  Dikatakan juga beliau pernah menjadi guru muzik sekitar tahun 1985.
UAI zaman muda-mudi dulu

Namun atas kehendak Allah s.w.t, Ustaz Azhar diberi hidayah dan dibuka pintu hati untuk mendalami ilmu agama. Berbekalkan kecekalan dan keazaman yang tinggi, beliau meninggalkan pekerjaannya untuk mendalami ilmu agama dengan guru-guru agama sekitar Terengganu. Selama 12 tahun masa yang diambil oleh beliau untuk berguru dengan para guru agama yang arif.

Latar Belakang Pendidikan agama beliau::
Guru pertama: Tuan Guru Hj Syed Mokhtar

  • Tamat lebih kurang 40 buah kitab2 jawi secara talaqi

Guru kedua: Al-Fadhil Tuan Guru Mohd Tahir

  • Khatam kitab jawi juga lebih kurang 25 buah

Guru ketiga: Tuan Guru Mohd Hakim

  • Mula mendalami kitab2 bahasa arab seperti Nahwu, Sorof, Usul Fiqh, Mustolah Hadith, Usul Quran dan Balaghoh

Guru keempat: Tuan Guru Hj Hasyim

  • Mendalami kitab-kitab arab dalam bab Nahwu, Sorof, Fiqah, Tafsir dan Faraidh

Guru kelima:  Tuan Guru Hj Ibrahim Mesir

  • Mendalami kitab Sirah Nabawi dan Lughah Arabiyah

Guru keenam: Tuan Guru Hj Muhammad Zubir

  • Mendalami  ilmu fiqh & nahwu

Guru ketujuh: Tuan Guru Hj Mohd Zain ( Pondok Lubuk Pandan )

  • Mengaji ilmu Fiqh, Nahwu, Sorof, Tafsir, & Balahgoh

Berikut petikan video perkongsian Ustaz Azhar tentang sejarah pendidikan agama beliau ::



Ternyata kesungguhan, kecekalan dan pengorbanan beliau dalam mendalami ilmu agama ini tidak sia-sia.
Kita juga meyakini bahwa Allah pasti menolong hamba-hamba-Nya yang menjadi penolong agama-Nya. Allah berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (QS Muhammad: 7).



 notaburuk:: Bukan sengaja melanggar arahan.Kerna kadang aku terlupa watak dan perananku sebagai pelakon cerita dipementasan alam ciptaanNya


Photobucket






Jan 29, 2012

Penyanyi Asal Lagu Doraemon

Si Kucing Robot @ Doraemon. Tanyalah dekat sesiapa pun pasti akan mengenali watak animasi jepun tersebut. Muka ganas tahap pecah rumah pun pasti pernah lihat anime Jepun ini cuma sama ada nak mengaku atau tidak.... hahahahahahahahaha..uppss!!ok..cukup!!.
Ternyata animasi yang pertama kali muncul di kaca televisyen di Jepun pada disember 1969 masih malar segar. Tak percaya cuba dengar lagu kat bawah ini. Pasti menimbulkan nostalgia zaman kecik-kecik dulu. Budak-budak zaman sekarang ni pun masih layan doraemon ni meskipun bersepah anime yang terbaru yang dihasilkan.
Kalau ada yang nak berkaraoke pun tidak dihalang.


Dalam video dibawah itu pula dikatakan sebagai penyanyi asal lagu tema Doraemon ini. Kalau tak percaya tengoklah sendiri.


Didalam gambar dibawah itu info ringkas mengenai doraemon. Selamat mengkajilah kepada peminat Doraemon yang terjerumus kedalam dunia bawah tempurung ini.
sumber::wikipedia dan youtube

notaburuk::sezaman dengan doraemon?. Apa lagi kalau bukan Dragon Ball..0_0


Photobucket



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...