Showing posts with label tips blogging. Show all posts
Showing posts with label tips blogging. Show all posts

Mar 8, 2013

Tabber Widget Akhirnya Berfungsi

salam,,

Bukan sekali. Bukan dua kali, tapi sudah berkali-kali ambo cuba memasang tabber widget di sidebar blog ambo ini. Jenuh bertanya kepada tuan blog yang menyediakan coding aplikasi tersebut tentang cara atasi masalah yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Masih juga tidak berjaya.

Segala arahan yang diberikan, telah ambo diikuti baris demi baris. Tetap juga tak menjadi. Jadi niat untuk melihat tabber widget tampil di sidebar Dunia Bawah Tempurung tidak kesampaian dan terpadam macam tu saja.

Tapi bisikan mengoda lagi memotivasikan terlintas dihati untuk mencuba lagi. Pusing sana dan pusing sini akhirnya, harapan untuk pastikan tabber widget menghiasi laman blog ambo menjadi kenyataan. Punyalah senang, tapi baru sekarang datangnya ilham dari ilahi.

Bagi yang belum tahu apa itu tabber widget, ia sebenarnya widget yang memaparkan multiple tab. Kebanyakkan blogger meletakkannya pada bahagian sidebar. Kelebihan widget ini pada pandangan ambo dapat menjimatkan ruang, lalu menjadi ruang nampak lebih kemas dan tersusun.


Sebelum itu, punca yang menggagalkan tabber widget dipasang di blog ambo semuanya disebabkan oleh kod berikut :

[script src='http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.3.2/jquery.min.js' type='text/javascript'/]

Coding tersebut yang ambo jumpa selepas selongkar bahagian 'edit html', perlu dibuang kerana turut terdapat juga dalam coding widget tersebut. Itu yang ambo faham laa..

#KataAmbo::Bila hati tenang, semua benda jadi..Alhamdulillah!

Photobucket

Feb 18, 2013

Apa Pentingnya PageRank di Enjin Carian Google

Salam,,

Beberapa hari yang lalu ambo ada singgah di blog ini yang meng'update' pagerank terbaru untuk bulan Februari. Sudah naik PR2 meskipun baru 3 bulan menulis blog. Wow, tahniah!

Jadi ambo pun merasa teruja juga untuk tahu sejauh mana google menilai dunia bawah tempurung ini..hehe!!


Alhamdulillah sudah naik satu tangga lagi. Mungkin ini hasil belajar tip-tip dari blogger yang lebih otai dalam dunia blogger seperti blogger HasrulHassan.com , ada sedikit peningkatan...peningkatan?? Mungkin laa!

Update google PageRank boleh disemak di [sini]

Sebenarnya apa itu PageRank? Sebagai blogger secara sambilan dan bukannya sepenuh masa menulis blog, ambo jarang ambil peduli pasal PageRank ini. Kebanyakkan blogger otai yang ambo tahu, di mana mereka menjana pendapatan menerusi blog, sangat memandang tinggi kedudukan PageRank ini.

Jadi ambo makin tertanya-tanya apa pentingnya PageRank ini? 



Sedikit info ringkas yang ambo baca, PageRank ialah apa yang google gunakan untuk menentukan kepentingan sesuatu laman sesawang itu. Ia adalah salah satu kaedah yang digunakan untuk menentukan laman (pages) manakah akan muncul di enjin carian (search engine). Lagi baik PageRank lagi tinggi keutamaanya berbanding PageRank yang rendah.

Laman yang mendapat links dari laman web lain dianggap lebih penting di Internet. PageRank mengganggap links yang diperolehi sesuatu laman itu sebagai 'undian'. Teori mudahnya lagi tinggi 'undi' lagi mantaplah dan hebat sesuatu laman itu.

Bukan setakat itu saja, PageRank turut melihat kepentingan laman sesawang yang menyumbangkan links kepada laman yang lain. Links dari laman PageRank tinggi lebih pemberat atau nilai 'voting' @ undian nya berbanding links dari laman yang PageRank rendah.

Bagaimana cara untuk naikkan PageRank?

Untuk dapatkan PageRank yang lebih tinggi, kita perlu dapatkan 'back-links' iaitu laman orang lain menghalakan links ke laman sesawang kita. Jika dapat back-links dari laman yang memiliki PR yang lebih tinggi lagi bagus. Skala PageRank bermula dari PR0 (yang paling rendah) dan PR10 (yang paling tinggi).

Cara untuk dapatkan backlinks:

  • Bertukar-tukar links dengan orang lain. Contohnya Link Exchange.
  • Daftarkan kepada directories.
Namun cara terbaik untuk tingkatkan PR ialah dengan menghasilkan kandungan yang berkualiti supaya ada yang ingin linkkan kepada laman sesawang kita. Mmmm..untung laa kalau ada orang nak bagi kita back-link!

Untuk lain-lain info tentang PageRank boleh rujuk [sini].


#notaBuruk::ambo blogger biasa-biasa saja.
Photobucket

Jan 2, 2013

Tutorial Meletakkan Signature Di Setiap BlogPost


Salam,,

Beberapa hari yang lalu ambo dikejutkan dengan satu komen yang bertanyakan bagaimana cara untuk meletakkan signature pada penghujung entri yang diterbitkan. Seyes ambo ingat-ingat lupa. Tapi setelah diselongkar sana dan sini akhirnya inilah cara ringkas yang mampu ambo kongsikan.

Tutorial Meletakkan Signature di setiap blogpost
  • Upload gambar signature yang telah anda hasilkan ke Photobucket.com. Jika masih belum mempunyai akaun boleh sign up. Tak ambil masa yang lama pun untuk sign up.
  • Belum ada signature. Boleh klik sini untuk generate signature anda sendiri.
  • Setelah upload gambar berkenaan, masuk ke LIBRARY yang terdapat pada menu tabs sebelah button HOME.
  • Kemudian klik gambar berkenaan dan akan keluar page seperti dibawah. *Gambar tersebut telah ambo crop. Kalau anda perhatikan terdapat Image Links pada sebelah kanan page tersebut. Dekat sana ada HTML code dan copy kod berkenaan. Rujuk gambar dibawah.



  • Paste html code berkenaan pada notepad untuk sementara waktu.
  • Kemudian masuk ke Dashboard cari bahagian Settings > Posts and comments. * Rujuk gambar dibawah.



  • Kemudian anda akan jumpa Post Template. Apa tunggu lagi copy html code yang anda simpan sementara di notepad tadi dan paste pada bahagian tersebut.



  • Akhir sekali SAVE. Cuba view blog anda, mana tahu kot-kot tak jadi. Maklumlah tutor tak bertauliah hehe!!

Jadi bila anda sudah melakukan langkah-langkah diatas, selepas itu gambar signature tersebut akan muncul secara automatik dekat blog post anda. Maksudnya bila anda masuk ke bahagian New Post untuk buat netri baru, gambar signature akan keluar dekat situ.

Contonya lihat gambar lagi kat bawah.


#notaBuruk::walaupun tak diberi kemasyhuran, tetap syukur pada Ilahi atas nyawa ini.

Photobucket

Nov 12, 2012

Cara Remove Bottom Scroll Bar di Blogspot

Salam,,

Berhari-hari, malah membawa kepada berminggu-minggu ambo dalam dilema, bagaimana untuk membuang scroll pada bahagian bawah blog page.??

Seyes ambo tak suka sebab ia kelihatan tak kemas dan buruklah senang cerita. Jadi jika anda yang terjerumus di dunia bawah tempurung ambo ini menghadapi masalah yang sama ikutilah langkah-langkah mudah di bawah.

  • Login ke dashboard blog anda --> Layout --> Klik Edit HTML
  • Klik expand 
  • Cari kod berikut ]]></b:skin>  Boleh tekan ctrl+F dan paste kod tersebut untuk memudahkan carian.
  • Setelah anda jumpa kod tersebut, COPY and PASTE kod di bawah betul-betul sebelum kod  ]]></b:skin> 


html {overflow-x: hidden;}

Kemudian cuba preview blog anda, jika tiada sebarang masalah save template tersebut.

remove bottom scroll bar blogspot


remove bottom scroll bar blogspot


#notaBuruk::selesai satu masalah..huh!!

Photobucket

Feb 24, 2012

Tips Mudah Tingkatkan Trafik Blog Anda

Salam,
Mencari Cara Tingkatkan Trafik ke Blog Anda.? | Aku pasti kebanyakkan blogger begitu mendambakan trafik ke blog mereka masuk bertali arus. Tapi bagaimana caranya??
Banyak tip yang telah diselongkar dan didedahkan oleh blogger - blogger yang dah otai ataupun yang sudah lama dalam dunia blogging ini.
Disini aku cuba untuk kongsikan satu tip yang aku jumpa. Mungkin ramai sudah tahu tapi sangsi untuk mencubanya. Tak salah kiranya untuk anda mencuba. Tak perlu panjang cerita ikuti tips dibawah ini. InsyaAllah.....kalau ada rezeki, memamg ramai lah trafik kat blog anda.

1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.
2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog 

    web anda.

 1. ABCMILO


2. matdin


3. MSR @Blogger


4. tengku nizam


5. mizz shizu


6. Myself V3 Me &


7. Blog Hanz


8. BeMie's WoRLd


9. Farah Shafiqah


10 . Qila Razak


11. CekLa


12. Miss Yaty


13. Magrib menjelma

14. IrfanzBlog

 15. Goldensand Trading 


 16. Bad Storyteller
 



PERATURAN!!!

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.16).

***So urutannya jadi mcm nie...




1. matdin


2. MSR @Blogger


3. tengku nizam


4. mizz shizu


5. Myself V3 Me &


6. Blog Hanz


7. BeMie's WoRLd


8. Farah Shafiqah


9 . Qila Razak


10. CekLa


11. Miss Yaty


12. Magrib menjelma

13. IrfanzBlog

14. Goldensand Trading 

15. Bad Storyteller

16. >>Blog Anda Disini<<

4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka 
    mengikut perkiraan kasarnya bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625


Kita sama-sama cuba jaya ok….
Selamat mencuba!!!
 


***Ingat...jangan menipu...tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat trafic yang banyak...Jangan lupa promote link entry ni kat member2 anda.. lagi byk lagi bagus.. kalau sehari promote kat 100 blog mungkin yg buat 10% jer maknenya dalam 10 org yg buat... ingat lagi byk backlink kita... lagi tinggi rating kita kat google..



notaburuk::
Photobucket




Jan 24, 2012

Tambah "Add Gadjet" di atas header

Salam sejahtera semua.
Kesempatan masa yang ada ini aku ingin kongsikan tips bagaimana untuk meletakkan ataupun menambah ruang "Add Gadjet" di atas header. Contoh kalau anda mahu letakkan iklan nuffnang ker atau apa-apa gadjet kat atas tu. Mungkin ada yang kata,
   " Alah benda ni aku dah tahu lama dah !!".
Tapi aku percaya masih ada lagi yang belum tahu terutamanya yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia blogging ini. Orang kata 'sharing is caring' jadi harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.


Jadi untuk menambah ruang "Add Gadjet ":

1. Masuk ke bahagian Design > Edit HTML > check box Expand Widget.
2. Tekan pada papan keyboard Ctrl+ F dan cari kod ini:



3. Maka anda akan jumpa kod ini:

 

4. Tukar kod tersebut dengan kod berikut:


5. Kemudian cuba preview, kalau semua ok maka bolehlah save.    *mungkin perlu sedikit edit pada page element untuk nampak lebih kemas

6. Dibawah ini adalah gambaran yang anda akan lihat....... TQ




notaburuk::Kredit kepada imie fatiema atas info yang berguna ini.

Photobucket








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...