Showing posts with label mencari konklusi. Show all posts
Showing posts with label mencari konklusi. Show all posts

Oct 14, 2012

Apabila sambutan 'Aidiladha dan parti Halloween cuba disatukan

Salam,,


Bukan niat ambo untuk memulakan pagi yang damai ini dengan cuba bermain api. Tetapi sekadar perkongsian dan mengharapkan pencerahan dari pihak yang bertanggungjawab.

Terbaru ambo jumpa satu gambar yang memaparkan banner 'aidiladha dengan parti halloween 2012 secara bersebelahan...sila rujuk gambar di atas!!

Banner tersebut diletakkan di ruang legar MegaMall di Kuantan Pahang.

Sesuatu yang janggal dan kontras. Sepertinya ada pihak yang cuba bermain api dengan menyentuh sensitiviti umat Islam apabila cuba mencampur adukkan perkara-perkara berkaitan agama Islam dengan agama lain.

Jika dilihat pada tulisan di bahagian bawah banner terbabit terdapat acara seperti modern dance, kebaya fashion show dan lain-lain lagi yang jelas tidak sesuai untuk disekalikan dengan sambutan hari raya 'aidiladha.

Boleh jadi pihak penganjur cuba menerapkan nilai 1Malaysia..siapa tahu!! 

Sedikit info mengenai parti Halloween:

  • satu perayaan agama Kristian Katolik.

  • Halloween diambil dari hari perayaan agama Katolik yang bernama Hari Para Orang Kudus (All Saints Holy Day) yang dirayakan pada 1 november dan pernah di kenali sebagai All Hallows' Day yang meupakan singkatan dari All Hallowed Souls.

  • Hari Para Orang Kudus ini ditentukan oleh para mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan orang gasar dengan alasan ingin orang gasar mempercayai agama Kristian

  • Di sesetengah tempat seperti Halloween dikenali sebagai Hari Para Mendiang (Day of The Dead). Perayaan tersebut bersempena meraikan kedatangan roh sanak-saudara dan kerabat kembali ke bumi.

  • Perayaan tersebut masih disambut sehingga ke hari ini di beberapa negara seperti Brazil, Filipina dan Mexico.


#notaBuruk::gemuknya kuman diseberang, kurusnya gajah di depan mata.
Photobucket

Oct 3, 2012

Motivasi Rabu #2 | Seuntai Kata Dari Imam As-Syafie


Salam,,

Agak lama rasanya ambo tidak menjenguk ke dunia bawah tempurung ini..
Alhamdulillah sebaik selesai event hujung minggu lalu, dapatlah ambo menarik sedikit nafas meskipun belum sedalam-dalam punya nafas. Harap-harap dapat kembali momentum yang terencat untuk seketika itu.

Sekadar untuk perkongsian bersama, ambo jumpa kata-kata berikut jadi ambo tampalkan di dinding dunia bawah tempurung ini.



#notaBuruk::masih ada yang belum selesai broo..

Photobucket

Sep 7, 2012

Gadis anime terpijak gambar PM

salam,,,

Semalam ambo terbaca mengenai satu kes dimana seorang gadis berbangsa cina yang dikehendaki polis kerana didakwa memijak gambar Perdana Menteri Malaysia..PM kita lah!Ecececeh PM "kita"!

Setelah disiarkan gambar oleh pihak polis, gadis persis watak anime ini datang menyerah diri kepada pihak polis. Selepas 15 jam menjadi tahanan polis, gadis berusia 19 tahun tersebut yang juga seorang model pun memohon maaf secara terbuka kepada PM.



Menerusi sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, gadis yang ambo tengok macam anime itu menegaskan beliau tidak berniat untuk menghasut.

Gadis itu kata lagi beliau pergi perhimpunan Janji Bersih itu pun sebab terikut-ikut dengan peserta lain dan perasaan ingin tahu. Sengaja ke tidak dia saja yang tahu. Mungkin dia terrrpijak..terr..bukan memmmijak..

Pendapat ambo, kalau tak berkenan atau tak sokong seseorang pemimpin itu janganlah sampai nak pijak-pijak gambar. Nanti PRU guna kuasa satu undi anda itu Tak ada motif pun tindakan macam itu. Baik buat tarian shuffle dari pijak gambar..Gerak-geri lebih kurang sama tapi shuffle lagi cool.haha


sumber::malaysiakini


#notaburuk::Nak buat hal sendiri. Cari kekhilafan sendiri. Majukan diri sendiri. Tapi bukan selfish
Photobucket

Jun 17, 2012

Selamat Hari Bapa

Salam,,

Alhamdulillah hujan kembali menyimbah bumi tandus shah alam.Seyes amat sejuk di hujung minggu ini selepas panas terik beberapa hari. dan disusuli jerebu.

Tengok suasana macam di genting highland tapi tak sedingin sana..

17 jun 2012 orang kata sambutan hari bapa..entah la.gua ambo pasal tarikh-tarikh begini tak berapa ingat. bagi gua ambo hari-hari pun boleh jadi hari bapa..



Nak ucapkan hari bapa kepada ayahanda pun bukannya dia baca kat dunia bawah tempurung gua ambo ni..

Tapi ta kisahlah,, paling tidak pun niat itu terzahir disini...Jadi "SELAMAT HARI ABAH" dari anakanda yang tak berapa nak kenang budi..haissshh!!




notaburuk::give me a few second to look back into myself..mcm pelik je bunyi ayat gua ambo.

Photobucket

Jun 8, 2012

Hilangkan Stress:: Masing-Masing Punya Skill

salam, malam jumaat.

Serius mengantuk tapi kalau dah tension, kepala otak stress baik tak payah cuba untuk tidur confirm tak lena...tetiba starting entry dengan statement tension.




Sepanjang hidup aku atas muka bumi tuhan ini, dapat aku perhatikan pelbagai cara orang @ manusia @ hamba Allah.. (mana-mana istilahlah yang ikut sedap lidah menyebut) lakukan untuk hilang stress..



First, yang tengah famous dan menjadi trending sekarang ini...post kat  dinding Facebook, tweet kat tweetter, hentam dalam blog. Kiranya satu dunia boleh tahu seseorang tu tension...haha macam ayat perenggang first diatas..

Lagi..layan lagu kat You Tube...lepas habis layan share kat dinding FB..sekali lagi semua orang tahu..!

Lagii...lepak dengan kengkawan..yang ini special kes untuk yang ramai kengkawan la.Lagi ramai geng lagi cepat hilang tensionnya..agaknye la. !! aku tak taw..sebab geng tak ramai.~kehkeh

Lagiii...lepas tension dekat kengkawan..yang ni agak kontra dengan cara diatas..ini boleh dikatakan special kes juga..tapi macam mana kes ini nak di kelaskan itu masing-masing punya penilaian..
boleh jadi kes "bajet bagus". bila tension saja sound kengkawan, kiranya kengkawan saja la silap, dia betul,,kengkawan saja yang salah,,,bersalah,,, harus dipersalahkan,,,wajib mengaku salah dan last sekali 'noob'..apa itu 'noob'? cari dalam kamus..nah ini link kamus online.!!






Lagiiii..layan movie dekat panggung. Yang ni jenis taste high kelas. poket padat dengan 'kertas bernilai'. Tapi yang ni bagus sebab tak menyusahkan orang, malah menguntungkan tokey panggung,,TGV, BIG CINEMA, dll.


Lagiiiii..minum air kencing setan dekat pub..yang ni tak pernah jumpa lagi secara 'live'..dalam movie ada tunjuk..seyes bukan aku nak reka-reka. Mungkin bagi mereka boleh hilangkan tension tapi kalau sudah mabuk teramat menyusahkan dan men'tension'kan orang lain..yang ni memang setan..nauzubillah minta kita dijauhkan..



Lagiiiiii....yang ini mungkin yang terbaik..bila tension,,, stress,,hilang pedoman terus ambil wuduk baca al-quran, solat dan doa...yang ini seyes terbaik. Cuma ramai (termasuk aku..hahahehehihihuhu) terlepas pandang. Asal ada problem terus kembali pada Yang Maha Esa..The Creator..The Almighty..Allah s.w.t. Sebab dia jadikan kita, jadi penawar yang terbaik Dia saja yang tahu.
Kalau kereta rosak takkan hantar klinik,,KPJ Specialist Hospital kott,,sah-sah hantar pusat servis.
Melainkan kalau yang jenis "genius" luar biasa..kereta rosak pergi repair kat kedai basikal.




Lagiiiiiiiii....lagii aku rasa baik mereka yang terbaca entry ini fikir sendiri..
Sapa yang baca??

  • Mungkin sapa yang tahu apa itu Busuk.Org sebab aku selalu submit artikel kat situ..
  • Mungkin sapa yang join Kelab Blogger Ben Ashaari kat Facebook..kekadang aku share kat situ.
  • Mungkin juga sesapa yang tersesat di dunia maya..Jadi sebelum kembali ke pangkal jalan lepak baca entry 'menarik' ini dulu..hahahahuihhhh!!

notaburuk::dekat-dekat final exam ni memang waktu krtikal..silap setting jadi tension. Tengok nota dan buku pun macam tengok game bola Malaysia vs Filipina tempoh hari.







Photobucket

May 7, 2012

Motivasi Beracun #1::Tanggungjawab

Salam.
Tiada malam seindah malam yang mana esok ada kelas awal pagi bagi pelajar dan esok ada meeting dengan bos dekat pejabat bagi yang kerja jadi kuli...^_^
Jadi bagi membangkitkan mood di awal minggu ini, terimalah seutas kata a.k.a motivasi beracun untuk dinikmati bersama.

FOCAL POINT #1
Menerima tanggungjawab sepenuhnya bagi hidup kita,bererti kita enggang memberi alasan ataupun menyalahkan orang lain bagi apa jua perkara yang kita berasa tidak puas hati dalam hidup ini.
Mulai saat ini kita tidak mahu lagi mengkritik orang lain atas apa jua alasan. Kita tidak mahu bersungut berkenaan situasi kita ataupun kejadian-kejadian silam. Kita buang semua sesalan dan segala andaian kita.
Fokus pada apa yang sebenarnya yang kita mahukan dan kemana arah tuju kita.
sumber::Focal Point by Brian Tracy



notaburuk::........................!

 Photobucket

Mar 30, 2012

Inikah Undang-Undang Yang Kita "Sanjungi"?

Salam sejahtera.
Hari ini balik dari kelas aku tergerak hati nak beli akhbar Kosmo. Niat nak tengok kalau-kalau ada promosi kasut futsal...Nak amalkan gaya hidup aktif kononnya!!
Tapi bila tengok cover depan terus lupa nak cari iklan promosi kasut futsal itu.
Al-kisahnya Penari tiang Melayu didenda RM 25..RM25 je??? Ya RM25 saja. Agak-agak mereka ini serik ker??






Bayaran yang mereka dapat sebagai penari tiang aku rasa jauh lebih banyak kalau nak dibandingkan dengan denda tersebut. Muka yang masuk Kosmo itu pun tak nampak macam sudah serik tapi muka bangga dan bajet glamor.


sumber gambar::muhaza.blogspot

Itulah undang-undang lapuk manusia yang kita sanjung-sanjungkan. Tengoklah perbandingan dalam gambar diatas dan anda boleh simpulkan sendiri.

notaburuk::Tak mustahil tarian tiang jadi satu profession kerjaya di masa depan..Tapi minta jauh la deh!!

Photobucket

Jan 31, 2012

who says muslim are terrorist??


LOOKING FOR THE BEST FOOD SPOT IN MALAYSIA??

I just discover this message from Voice of Ummah page on Facebook and they ask everyone who see this can spread this message and let the world know. Let the world know Muslim are not terrorist and Islam is the religion of peace. I have this platform to share with others so i just spread it :

When America takes 1 million livesin Iraq for oil:
Not Terrorism.

When India kills 5 lakh people in Kashmir , Rapped their women:
Not Terrorism.

When Serbs rape Muslim women in Kosovo/Bosnia:
Not Terrorism.

When Russians kill 200,000 Chechens in
bombings:
Not Terrorism

When Jews kick out Palestinians and take their land:
Not Terrorism.

When American drones kill entire family in Afghanistan/ Pakistan:
Not Terrorism

When Israel kills 10,000 Lebanese civilians due to 2 missing soldiers:
Not Terrorism

When Muslims retaliate and show you how you treat us:
"Terrorism?"

It seems like the word
"Terrorism" is only
reserved for Muslims.


notaburuk: Let us together change the world's mindset towards Islam by being a good Muslim.


Photobucket






Jan 3, 2012

Law Kaana Bainana [with Malay lyrics]

Salam semua. Dalam kesibukan bergelumang dengan nota-nota subjek hubungan etnik sempat aku layan lagu Law kaana Bainana. Melodi yang mengasyikkan dan lirik yang penuh makna. Kalau tak silap Tv Alhijrah ambil lagu ni jadi lagu tema. Tapi aku tidak berapa sure sangat.



notaburuk:: terfikir mahu ambil bahasa arab sebagai bahasa ketiga.


Photobucket

Dec 8, 2011

KESEMPURNAAN DALAM KEHIDUPAN

Macam mana kita mahu jadi tawadhu??

Memetik kata-kata dari Prof. Dr. Muhaya dalam satu rancangan bual bicara di radio ikim yang mengetengahkan tajuk kesempurnaan dalam kehidupan. Dalam rancangan itu beliau ada berkongsi satu kisah dari Imam al-Ghazali:
Macam mana kita nak tawadhu....contohnya kita jumpa budak kecil kita kata dia lebih baik dari aku sebab dia kurang dosa..kemudian kita jumpa pula orang yang lebih berusia, kita kata dia lebih baik dari aku sebab dia banyak beribadah lagi dari aku..seterusnya kita jumpa orang bermaksiat atau orang jahil kita kata dia lebih  mulia dari aku sebab dia buat maksiat sebab dia jahil dan tidak tahu tetapi kita tahu dan kita buat maksiat...manakala kita nampak pula orang kafir kita rasa rendah diri daripadanya sebab dia mungkin tidak kafir selamanya dan kita belum tentu tahu adakah kita tetap dalam Islam..!!





Photobucket

Apr 8, 2011

Farah Leia Az-Zahra - Mencari Yang Hilang


YA ALLAH;
YA RAHMAN;
YA RAHIM;

Dijalanan ini,
Apakah yang ku cari
Dunia segala yang ada
Kesepian mencengkam dada

mereka sedang bersuka
Menikmati kemanisan dunia,
Mengapa sunyi ku rasa lalu mencari sesuatu kekal,
Yang telah lama hilang
Ditelan cinta dunia,

Mencari yang hilang
Ku kembali kepada Yang Maha Esa
Dia dari Dia Yang Hakiki kekal abadi

Photobucket
Pesanan penaja: mencari yang hilang, menyambung yang terputus

Sep 10, 2010

sekeping hati di bawa berlari


BILA HATI BERBICARA...

BICARANYA TANPA SUARA..



BILA HATI BERBICARA...

HANYA PERILAKU YANG MENTAFSIRKANNYA...


BILA HATI DISIRAMI IMAN DAN TAQWA...


INSAN ITU PASTI MULIA DAN MERDEKA...


TETAPI BILA HATI DIPALIT DOSA DAN DOSA...


DAMAINYA HILANG, KELUH-KESAH...



JIWA PULA MERONTA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...