Nov 7, 2012

Live Streaming Malaysia vs Thailand 7 November 2012

Salam,,

Live Streaming persahabatan Malaysia vs Thailand 7 November 2012 | Sekali lagi peminat bola sepak Malaysia jangan lupa saksikan siaran langsung perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia vs Thailand pada pukul 7: 00 malam nanti.

Umum sedia maklum akan kekalahan 0-1 kepada Vietnam tempoh hari. Oleh itu sekali lagi, penyokon Harimau Malaya mengharapkan kemenangan pada perlawanan tersebut bagi memberikan sedikit keyakinan bagi menghadapi saingan sebenar Piala AFF Suzuki 2012 Disember nanti.


Bagi yang tidak berkesempatan menonton di kaca televisyen, jangan lupa ikuti perlawanan tersebut menerusi live streaming di link dibawah.

Link 1 | Link 2 | Link 3


Bersama memberikan sorakan dan sokongan moral kepada skuad K.Rajagopal ini meskipun anda kurang gemar dengan pendekatan 'eksperimen Datuk K. Rajagopal.

#notaBuruk:: Antara Maghrib dan Bola.. Anda tahu mana keutamaanya.

Photobucket

Nov 4, 2012

Daniel Guiza Pemain Import Terbaru Johor FA

Salam,,

Desas-desus mengatakan Johor FA akan membawa masuk pemain bekas bintang EURO 2008 Sepanyol , Daniel Guiza akhirnya menjadi kenyataan.
Pemain tersebut telah selamat sampai di Johor dan pihak Johor FA pun telah mengadakan sidang media menyambut ketibaan pemain tersebut.


Sebelum ini Danial Guiza merupakan penyerang bagi kelab Getafe di La Liga Sepanyol. Berdasarkan nilai pasaran semasa iaitu 2 juta euro, pemain yang membarisi skuad Sepanyol ketika di Euro 2008 dikatakan sebagai pemain import termahal dalam Liga Malaysia.


Apa-apapun selamat maju jaya untuk pasukan Johor a.k.a Harimau Selatan semoga liga Malaysia musim 2013 bertambah menarik untuk disaksikan.



#notaBuruk::pemain yang hebat memerlukan persekitaran yang hebat untuk jadi hebat.

Photobucket

Nov 3, 2012

Live Streaming Malaysia vs Vietnam 3 November 2012

Salam,,

harimau malaya, persahabatan malaysia vs vietnam, bola sepak
Live streaming Malaysia vs Vietnam 3 November 2012 | Mungkin ramai peminat sukan tanah air terutamanya penyokong Harimau Malaya ternanti-nantikan perlawanan persahabatan antarabangsa Malaysia vs Vietnam ini.

Bagaimana corak permainan Malaysia dan percaturan strategi K.Rajagopal dalam persiapan ke Piala AFF Suzuki Disember nanti pasti menjadi perhatian ramai.


Skuad K.Rajagopal akan berdepan pasukan Vietnam dalam persahabatan antarabangsa di  stadium My Dinh, Vietnam pada jam 7 malam (8 malam waktu Malaysia ).

Dalam perlawanan ini, jurulatih Rajagopal dijangka menurunkan barisan terkuat bagi menebus kekalahan 0-2 kepada Vietnam ketika persahabatan di Shah Alam 11 september lalu.

Berikut barisan pemain ke Vietnam::


Bagi anda yang ingin saksikan perlawanan tersebut boleh cuba klik link live streaming berikut::

Link 1| Link 2| Link 3| Link 4


#notaBuruk::Mungkin ramai peminat bola sepak dalam dilema memilih antara Manchester United vs Arsenal atau Malaysia vs Vietnam malam nanti..hahaha
Photobucket

Nov 1, 2012

Al-Ikhsan Jumbo Warehouse Clearence 2012

Salam..

Seperti biasa niat untuk ubah mood kepada mood study masih tertangguh. Janji diCapati lagi.
Esok (kira jap lagi ler), pagi-pagi lagi ambo ado site visit ke kilang Proton Tanjung Malim. Tapi mata ambo masih terkebil-kebil mengadap skrin laptop.

Dan esok ( ikut jam kira hari ini la) Khamis 1 November 2012 akan ada jualan gudang oleh Al-Ikhsan.
Nasib baik ambo bukan scholarship holder, jadi tak ada la teruja sangat nak perhabiskan duit kat sana.
Tapi dengar cerita dan promo-promo boleh tahan gempak juga jualan gudang Al-Ikhsan ni.

Tak percaya?? Tengok poster dibawah.

jualan gudang al-ikhsan 2012

Sekarang ini rata-rata pelajar universiti masih bercuti, jadi ambo berfirasat tak ramai la pelajar universiti (terutama UiTM) yang akan tabur duit di sana..ehehe.

Jualan gudang @ JUMBO Warehouse Clearence oleh Al-Ikhsan akan berlangsung dari 1-4 november. Jadi ada masa lagi la untuk ambo cuba usha-usha suasana di sana. Tapi mungkin sekadar cuci-cuci mata saja hahaha..

jumbo warehouse clearence al ikhsan 2012


#notaBuruk::Sentiasa berhati-hati dengan pra-syarat tersembunyi.

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...