Showing posts with label iklan. Show all posts
Showing posts with label iklan. Show all posts

May 28, 2013

Berita Baik Untuk Peniaga Online di Facebook!!

Salam,

Bisnes secara online buka suatu yang asing lagi. Terdapat pelbagai barangan yang boleh didapati menerusi dalam talian ketika ini. Itulah tempias kemajuan teknologi. Ambo percaya ramai yang diluar sana sudah mula cuba melibatkan diri dengan perniagaan online.

Selain mewujudkan blog perniagaan sendiri, beberapa kaedah lain turut diketengahkan dalam usaha menarik pelanggang secara dalam talian ini. Antara pendekatan lain yang agak popular ialah promosi menerusi facebook.

Umum mengetahui pengaruh facebook bukan saja untuk rakyat Malaysia malah seantero dunia. Dianggarkan berbillion pengguna facebook ketika ini. Trafik yang menghala ke laman sosial itu juga cukup hebat. Bisnes online menerusi facebook bukan lagi rahsia, dapat menjana pendapatan yang agak memberangsangkan jika kena pada caranya.

Namun mungkin ramai akan tertanya-tanya, adakah pelanggan yakin dengan pembelian secara online di facebook? Maklumlah semua orang boleh buat page bisnes di facebook. Jadi bagaimana cara untuk raih keyakinan pembeli untuk membeli barangan menerusi kedai online kita di facebook?

Disini ambo ingin kongsikan sesuatu yang ambo sendiri pun baru temui. Menerusi sedikit penelitian, ambo yakin ia benar-benar mampu membantu peniaga online di luar sana untuk mendapatkan lebih like dan trafik masuk ke page bisnes di facebook dan seterusnya meningkatkan peluang menjana lebih duit.

Bukan lagi rahsia dan baru dilancarkan inilah Facebook Page Tab. Klik Sini

Sedikit info ambo kongsikan, Panduan Memasang Facebook custom tab ini perlu dimiliki oleh semua yang terlibat dengan perniagaan di facebook kerana:
  • ia menawarkan tips secara percuma kepada peniaga di facebook.
  • membantu anda menyediakan custom tab di fanpage yang boleh digunakan sebagai platform mempromosikan produk terbaru atau sebarang tawaran istimewa kepada pelanggan.
  • custom tab ini akan meningkatkan mutu professional pada fanpage andaseterusnya memberi keyakinan pembeli terhadap penjual.
Ini contoh custom facebook page yang diaplikasikan oleh beberapa fanpage bisnes online:

contoh fanpage yang meggunakan FB custom tab

Jadi cerita panjangpun tiada guna jika anda tidak mencuba. Ambo sendiri pun sudah mendapatan panduan secara percuma itu untuk cuba berjinak-jinak dengan perniagaan online menerusi facebook.

Klik link berikut untuk download Panduan Memasang Facebook custom tab secara percuma sekarang.


#KataAmbo::Tak ada la buang masa sangat depan FB. Duit pun masuk
Photobucket

Apr 27, 2013

Luangkan 2 Minit Anda Untuk Tinjauan PRU 13

Salam,


Tinjauan Pendapat Pengguna Media Sosial Sempena Pilihanraya Umum ke-13

Menjelang PRU ke-13 ini makin banyak tinjauan pendapat dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengetahui sejauh mana kepekaan rakyat Malaysia terhadap isu politik tanah air.

Disini ambo kongsikan satu tinjauan yang dikelolai oleh SAYS.com yang juga bertujuan untuk melihat pandangan pengguna media sosial terhadap Pilihanraya Umum ke-13. Mungkin anda sebahagian dari bakal pengundi ketika PRU 13 nanti. Jadi luangkan 2 minit anda dengan mengambil bahagian dalam tinjauan ini.

Jangan risau, maklumat peribadi tidak akan didedahkan. Jadi untuk maklumat lanjut klik SINI.

#KataAmbo:: Berfikir Luar Kotak

Photobucket

Apr 20, 2013

Ini Kalilah Terbang Ke Jakarta Pada Harga RM 1

Salam,,

Pernah melancong ke Indonesia? Atau lebih tepat lagi Jakarta? Ambo belum pernah dan rasa teringin untuk ke sana. Tapi kantung $$ belum cukup stabil dan mantap.

Tapi bagi anda yang mempunyai perancangan untuk ke Jakarta, membeli-belah disana serta melihat kepesatan kota raya Jakarta, rasanya inilah masa yang tepat. Tiger Airways ada melakukan promosi Terbang ke Jakarta dengan tambang hanya serendah RM 1. Buka selalu ada peluang dan tawaran seperti ini. Jadi apa tunggu lagi?

Tawaran ini akan berakhir isnin depan - 22 April 2013. Tinggal beberapa hari lagi. Tarikh penerbangan dalam tempoh 10 Julai 2013 - 29 Mac 2014. Jadi mungkin anda sudah boleh rancang percutian yang menarik ini.

Untuk maklumat lanjut: Klik link ini -> Terbang ke Jakarta dengan tambang hanya serendah RM 1



Andai kata ada yang tetiba mengigau dan bermurah hati untuk bagi ambo peruntukkan paling kurang RM5k, sah-sah ambo sudah tempah penerbangan RM1 ke Jakarta tu...haha

#KataAmbo::Meriah semacam hari penamaan calon hari ni.

Photobucket

Nov 1, 2012

Al-Ikhsan Jumbo Warehouse Clearence 2012

Salam..

Seperti biasa niat untuk ubah mood kepada mood study masih tertangguh. Janji diCapati lagi.
Esok (kira jap lagi ler), pagi-pagi lagi ambo ado site visit ke kilang Proton Tanjung Malim. Tapi mata ambo masih terkebil-kebil mengadap skrin laptop.

Dan esok ( ikut jam kira hari ini la) Khamis 1 November 2012 akan ada jualan gudang oleh Al-Ikhsan.
Nasib baik ambo bukan scholarship holder, jadi tak ada la teruja sangat nak perhabiskan duit kat sana.
Tapi dengar cerita dan promo-promo boleh tahan gempak juga jualan gudang Al-Ikhsan ni.

Tak percaya?? Tengok poster dibawah.

jualan gudang al-ikhsan 2012

Sekarang ini rata-rata pelajar universiti masih bercuti, jadi ambo berfirasat tak ramai la pelajar universiti (terutama UiTM) yang akan tabur duit di sana..ehehe.

Jualan gudang @ JUMBO Warehouse Clearence oleh Al-Ikhsan akan berlangsung dari 1-4 november. Jadi ada masa lagi la untuk ambo cuba usha-usha suasana di sana. Tapi mungkin sekadar cuci-cuci mata saja hahaha..

jumbo warehouse clearence al ikhsan 2012


#notaBuruk::Sentiasa berhati-hati dengan pra-syarat tersembunyi.

Photobucket

Oct 31, 2012

Tawaran Istimewa Maxis Fibre Internet 10 Mbps

Salam,,

Cuti hari raya korban dah habis sedara!!

maxis fibre internetAl-kisah semasa cuti yang lalu ambo tertonton iklan maxis yang mempromosikan maxis fibre internet.
Dengan kelajuan yang diperkatakan 10 mbps pada harga RM 148. Pada awalnya ambo sangsi akan keberkesanan dan kebenarannya. Yalah, mungkin ada apa-apa bayaran yang tersembunyikan..sapa tau??

Terasa teringin mencapai kata sepakat dengan teman-teman serumah untuk mencuba maxis fibre internet tapi apakan daya kontrak unifi masih berbaki.

Sep 8, 2012

150 iPads untuk dimenangi pelanggang Astro

salam,,

Ambo rasa ramai diluar sana yang melanggang Astro. Kemana saja ambo pergi yang lebih ambo perhatikan adalah bumbung rumah. Tengok ada piring Astro ke tak. Jawapannya dari rumah banglo bertingkat-tingkat hingga ke rumah atap zink dan dinding kayu pun ada Astro. Tak percaya perhatikan sendiri.

Sekitar kawasan rumah sewa ambo boleh dikatakan setiap aras tangga ada piring Astro. Meskipun perlu memperuntukkan sejumlah wang dari gaji bulanan, tapi memandangkan siaran yang jelas (jika tidak hujan..) pelanggang stesen tv satelit berbayar tidak kisah. Lagi pun sekarang bukan semua orang sanggup panjat bumbung betulkan antenna tv. Lebih-lebih yang tinggal di rumah teres, apartmen mahupun kondo.

astro e-billing
Di kesempatan ini bukan ambo ingin ceritakan tentang fenomena Astro sebab itu bukan lagi fenomena tapi kelaziman. Disini ambo ingin sebarkan sesuatu yang menarik untuk pelanggang Astro.

Para pelanggang Astro kini berpeluang memenangi 150 iPads dengan 5 pemenang setiap hari. Caranya cukup mudah anda hanya perlu daftar dengan ASTRO E-BILLING

Untuk ketahui lebih lanjut akan peluang anda untuk menjadi salah seorang pemenang 150 iPads ini, anda boleh klik link berikut >>> Rebut Peluang Menangi 150 iPads Dengan Astro E-Billing


Apa lagi, piring Astro dah pasang, (bil je mungkin belum bayar) jomlah rebut peluang ini.

DAFTAR E-BILLING >> KURANGKAN PENGGUNAAN KERTAS >> MENANG IPADS
 >> SELAMATKAN HUTAN !!

#notaburuk::Ada ke diluar sana dalam dilemma memilih Astro atau Unifi??

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...