Oct 7, 2012

Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun

Salam,,

Bila sebut pasal pantun mahupun sajak, syair, ataupun gurindam dan sebagainya pasti terkenang memori belajar komponen sastera (komsas) zaman sekolah dulu.

Segala macam istilah seperti metafora, personafikasi mahupun hiperbola dan sebagainya pasti mengimbau nostalgia zaman sekolah. Seyes dan sejujurnya ambo kurang berminat kalau masuk kelas berunsurkan sastera. Sebab munasabab tak berapa minat, kerana kena baca novel dan cerpen.

Tak baca kena 'kick' dengan cikgu-cikgi. Tapi kalau melibatkan pantun itu menarik. Lebih-lebih lagi kalau pantun yang main hentam dan bersahaja.

Justeru itu bagi mengasah kembali ilmu yang dipelajari dulu, maka ambo cuba mengambil bahagian dalam "Segmen Mialiana.com- Mari Berpantun". Segmen ini bermula dari 6 Oktober 2012 sehingga 15 Oktober 2012.


Pantun yang dijual::
Malam-malam pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana


Pantun yang dibeli::..bayar cash tak main hutang-hutang broo hahaha::

Mak jemah mengandung mengidam kebab,
Kebab diperbuat dari daging rusa,
Pertanyaan mia bisa di jawab,
Akhil itu lah panggilan manja saya.

Memburu tupai dengan machine gun,
Sayang sekali sasaran tak mengena,
Dengan rasa malu juga segan,
Saya disini masih bujang lagi teruna.

Baca buku sampai lupa diri,
Itulah cara nak jadi budak pintar,
Jika nak tahu status terkini,
Dengan yakinnya jawab masih belajar.

Tengok bola pakai kain pelekat,
Sekali gol terlucut segala-galanya,
Tak jauh dan tak dekat,
Che siti wan kembang itulah negerinya.


#notaBuruk:: Belajar sebarkan aura positif untuk manfaat bersama..

Photobucket

Oct 6, 2012

Live Streaming Piala Malaysia 2012 | Kelantan vs Selangor

Salam,,

Live Streaming Piala Malaysia 2012 Kelantan vs Selangor | Saingan Piala Malaysia 2012 semakin menghampiri kemuncak. Malam ini akan berlangsung perlawanan separuh akhir 2 pusingan pertama antara Pahlawan Merah, Kelantan menentang Gergasi Merah, Selangor di Stadium Sultan Muhammad VI Kota Bharu.


Semestinya satu pertarungan ibarat buku bertemu ruas. Selangor yang berada di kemuncak prestasi pastinya akan memberikan saingan yang hebat bagi merealisasikan misi 33. Sementara Kelantan yang akan turun di gelanggang sendiri ingin memastikan rekod bersih belum pernah tewas Kota Bharu berterusan seterusnya membawa bekalan selesa ke Shah Alam 12 Oktober nanti bagi merebut tiket ke pentas akhir Piala Malaysia 2012.


Kelantan  memburu kejuaran treble 2012 dan Selangor memburu misi 33. Satu saingan menarik dari kedua-dua pasukan. Bagi peminat bola sepak baik dari pasukan Selangor mahupun Kelantan yang tidak berkesempatan ke stadium, jangan lupa saksikan secara live streaming perlawanan tersebut. 

Live Streaming Separuh Akhir Piala Malaysia 2012


#notaBuruk::Bersedia untuk sebarang kemungkinan..gomo kelate gomo hehe
Photobucket

Oct 5, 2012

Istighfar - Supplimen Untuk Hati

Salam,,

Pejam celik, dan pejam lagi dan celik lagi sudah masuk hari Jumaat untuk kali yang seterusnya. Penghulu segala hari, sayyidul ayyam.

Laju hari berlalu. Ambo terasa dosa kelmarin masih panas lagi. Hutang-piutang dengan Allah masih tertunggak. Tangguh punya tangguh taubat sampaikan tak sedar hati dah diselaputi tompokan hitam akibat dosa-dosa semalam..

Buta mata hati sesuatu yang amat ditakuti. Takut andai nyawa melepasi kerongkong tanpa sempat menyucikan dan men'celik'kan hati yang mati itu. Nauzubillah!!

Sekadar renungan bersama kalian yang terjerumus ke dunia bawah tempurung ini ambo kongsikan seuntai kata untuk renungan bersama yang ambo petik dari radio ikim.fm :-

BILA HATI BERBICARA, BICARANYA TANPA SUARA,
BILA HATI BERBICARA, HANYA PERILAKU YANG MENTAFSIRKANNYA,
BILA HATI DISIRAMI IMAN DAN TAQWA, INSAN ITU PASTI MULIA DAN MERDEKA,
TAPI BILA HATI DIPALIT DOSA DAN DOSA,  DAMAINYA HILANG,   KELUH KESAH, JIWA PULA MERONTA,





#notaBuruk: Tak akan pernah sempurna. Tapi tak akan pernah lelah mengejar kesempurnaan.

Photobucket

Oct 3, 2012

Motivasi Rabu #2 | Seuntai Kata Dari Imam As-Syafie


Salam,,

Agak lama rasanya ambo tidak menjenguk ke dunia bawah tempurung ini..
Alhamdulillah sebaik selesai event hujung minggu lalu, dapatlah ambo menarik sedikit nafas meskipun belum sedalam-dalam punya nafas. Harap-harap dapat kembali momentum yang terencat untuk seketika itu.

Sekadar untuk perkongsian bersama, ambo jumpa kata-kata berikut jadi ambo tampalkan di dinding dunia bawah tempurung ini.



#notaBuruk::masih ada yang belum selesai broo..

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...