Apr 11, 2012

Terkini::Gambaran Gempa Bumi Aceh

UPDATE SEMASA: Tsunami sudah melanda Pulau Simeulu dengan ketinggian 6 meter. Kelajuan ombak selepas gempa bumi yang akan melanda bandar aceh sebentar lagi adalah 756 km/j. Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9:11 PM dan Port Dickson pada 2:10 AM
sumber::JomDakwah

Gambaran paras air laut di Pantai Patung Thailang yang sudah mulai surut sejurus berlaku gempa di perairan Sumatera..


Liputan berita dari channel India. Gegaran turut dirasai di Chennai dan Kalkota India.



Gambaran situasi gempa bumi terkini di Sumatera.




sumber::IDRBSMOfficiaL
Penduduk Aceh mula meninggalkan kampung halaman mencari yang lokasi selamat..


Seorang kanak-kanak melihat rekahan kesan gempa bumi berskala 8.9 skala ritcher di Sumatera Utara.



Gambar rekahan jalan di Aceh..sumber:: IDRBSMOfficiaL
Surah No 8 ( Surah AL-Anfal ) , ayat yang ke 9.

(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya) "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.

banyakkan berdoa..insyaAllah Allah kan kabulkan...

استغفر الله العظيم...

استغفر الله العظيم...
استغفر الله العظيم...
notaburuk::(T)Tuhan (S) suruh (U) umat (NA) Nabi (M) Muhammad (I) Insaf. 
Photobucket

Gegaran Gempa Bumi di Sumatera 11 April 2012

Salam,
Rumah bergegar!!!rumah kita bergegar weh!!
Mimpi aku tetiba terganggu dengan suara teman serumah memperkatakan rumahku yang berada di aras 5 bergegar. Pengalaman pertama kali merasa gempa. Untuk makluman aku bukan berada di Jepun mahupun indonesia tetapi di MALAYSIA!!!
Aku dapat rasa seperti badan digoyang. Bangun-bangun tengok jiran rumah sebelah pun rasa. Jenguk melalui tingkap sudah ada yang turun ke tempat yang selamat termasuk si anak kucing.

Terbukti memang ada gempa bumi. Dikhabarkan 8.9 skala ritcher berlaku di perairan Barat sumatera Utara. Status di Facebook berdesup-desup keluar pasal gegaran.


Lagi info tentang gempa yang didapati dari http://earthquake.usgs.gov/earthquakes/map/

Moga-moga tidak berlaku bencana tsunami sebagaimana tahun 2004 yang lalu yang mengorbankan ratus ribu nyawa.

Aceh gempa bumi, Indonesia keluar amaran tsunami - 11 April 2012

JAKARTA - Indonesia mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kuat melanda wilayah Aceh sebentar tadi.

Gegaran pada ukuran 8.7 turut dirasai di kawasan Lembah Klang - Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung - Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

Amaran Tsunami telah dikeluarkan.. Sila Jauhi Pantai..
Semoga Allah melindungi saudara-saudara kita yang berada di Sumatera sana...Amin!!

notaburuk::Malaysia yang berada diluar kawasan lingkaran gempa bumi pun rasa gegarannya..nauzubillah!!


Photobucket

Apr 7, 2012

Berguru dengan Pengalaman Di Sekolah Kehidupan

Salam,
Alhamdulillah kalau sudah rezeki memang tak kemana. Setelah jenuh kesana kemari akhirnya aku dapat peluang untuk mendapatkan kerja part time.
Al-kisah bermula bila aku terlihat senaskah Akhbar Harian Metro di sebuah kedai runcit dan naskah itu naskah yang terakhir. Dalam pada aku sudah berada atas motosikal "warisan keluarga"(kira hak milik sendiri la kot) untuk berambus dari situ, aku berpatah balik ke kedai untuk membeli akhbar itu. Belek dan belek jumpa iklan "Domino's Pizza Customer Service Center memerlukan pekerja-Part time @ Full-time" dalam ruangan Klassified.

gambar hiasan::Lebih kurang macam tu la kerja aku.
Tanpa berfikir panjang terus Google Map lokasi temuduga. Sampai di lokasi kejadian aku yang pertama bertandang ke situ..Jadi sembang punya sembang.."Ok.Tahniah la kamu dapat kerja ni.Isnin ini boleh datang ke HQ untuk training." Cehh!! ayat skema macam temuduga nak jadi engineer..
Alhamdulillah dengan naskah akhbar yang terakhir dan jadi orang pertama datang temuduga terus dapat.
Jadi kalau ada sesiapa yang hubungi 1-300-888-333 dan yang jawab itu cakap merapu..Hahh aku la itu!!^_^
Sekarang sudah 3 minggu aku memiliki 2 komitmen. As a student and at the same time doing a part time job.
Jadi persoalan utama sekarang ini boleh ke aku agih-agihkan peruntukan masa 24 jam dalam sehari-harian hidup aku dengan adil dan saksama ??
Mungkin ada yang akan jawab.."Boleh tak de hal lah bro..sehari 4-5 jam je kot!!"...ataupun akan ada juga yang sangsi" Issyy boleh ke ko bagi masa.Bila ko nak study, bila ko nak lepak lagi, bila masa ko nak buat itu & ini??."
Bagi aku, aku akan jawab susah sebab aku bukan seorang yang berdisiplin dalam hal-hal masa. Jadi sekarang aku perlukan ilmu bagaimana nak bahagi-bahagikan masa. Time management atau lidah melayu kata pengurusan masa...Persoalannya mana aku boleh belajar itu semua??(Persoalan yang tidak memerlukan jawapan)


notaburuk::Penat kerana buat sesuatu itu lebih bermakna dari penat kerana bosan tak tahu apa nak dibuat!!




Photobucket

Apr 4, 2012

Cermin Diri::Ciri-Ciri Munafik

Salam,
Coretan kali ini lebih kepada peringatan untuk diri sendiri dan mereka yang ingin ingat-mengingati bersama. Kekadang terasa terkena atas batang hidung sendiri. Apapun jom kita merenung bersama petikan hadis dibawah.


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

 
Riwayat Ahmad


Huraian::
Pengajaran Hadith:
i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.
Ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.
Iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.
iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.
 
sumber:: e-Hadith

notaburuk::Kekadang kita post perkara-perkara yang positif bukan bermakna kita nak tunjuk kita bagus tapi sekurang-kurangnya kita dapat mengelak post yang bukan-bukan.

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...