Showing posts with label kelantan fa. Show all posts
Showing posts with label kelantan fa. Show all posts

May 8, 2014

Kelantan Tanpa Prince Tagoe

Salam,

Persatuan Bola Sepak Terajang Malaysia (FAM) buat silap lagi. Kali ini mangsanya pasukan Kelantan lagi. Niat mendapatkan khidmat Prince Tagoe sebagai penyerang import tidak kesampaian. Apa silapnya FAM?


Baca laporan dibawah ni.

Ketua Pegawai Eksekutif The Red Warriors Sdn Bhd, Kevin Ramalingam berkata, pihaknya telah memohon ITC bagi memastikan pendaftaran Tagoe semasa jendela perpindahan kedua berjalan dengan lancar. “Kami berdepan masalah dengan bekas kelab Tagoe, di mana mereka tidak membayar tiga bulan gaji kepadanya dan sepatutnya kontraknya terbatal serta-merta.

“Disebabkan FTF masih menangguhkan pengeluaran ITC, bila kami mendaftar menerusi Sistem Pengurusan Perpindahan (TMS) kena selari dengan Tunisia, namun Tunisia tidak menjawab. “Pada hari terakhir, mereka (Tunisia) memberi jawapan bahawa mereka menolak permohonan kami kerana pemain itu masih mempunyai kontrak dengan kelab.

“Apabila perkara ini berlaku, iaitu pemain ada masalah dengan kelab, Fifa ada kuasa untuk mengeluarkan ITC sementara, kerana Fifa pastinya tidak mahu karier pemain terjejas,” katanya. ">Kevin berkata, pihaknya menjangkakan akan mendapat ITC sementara sebaik permohonan itu ditolak FTF, tapi sebaliknya mereka difahamkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima penolakan tersebut.

“Mereka (FAM) sepatutnya membiarkan kes itu ditangguhkan, tapi apa yang FAM buat adalah menerima penolakan itu, jadi kes itu sudah dikeluarkan daripada TMS. “Apabila kes itu dikeluarkan, Fifa memberitahu kami bahawa mereka tidak boleh mengeluarkan ITC kerana kes sudah ditutup," katanya.

Cerita lanjut boleh rujuk >> sumber

  Photobucket

Apr 9, 2014

"Warrior" Tak Cukup Power

Salam,

Pasukan lawan yang terlajak power atau taktikal yang digunakan Steve Darby yang tak menjadi? Ambo bukan pakar taktikal untuk menilai sejauh mana aksi skuad Kelantan, tapi kekalahan demi kekalahan ditambah aksi yang hambar membuatkan ambo jadi bosan.

Pentas AFC 2014 mungkin sudah boleh dilupakan. Tak perlu cakap banyak, alihkan fokus untuk saingan Liga Super dan Piala FA yang mana ia tiket ke Piala AFC tahun depan.

Suara-suara menyeru Steve Darby berundur makin kuat. Begitu juga dengan penyerang import Forkey Doe. Status terbaru Tan Sri Annuar Musa di facebook pun seperti memberikan isyarat akan ada perubahan terutamannya kepada pemain-pemain yang tidak memenuhi KPI yang ditetapkan.  Tunggu dan tengok je laa.



Ishh..hilang mood bila tengok game Kelantan berakhir dengan kekalahan. Biasa kalau stress pergi mandi dan tidur. Tapi masalahnya air pulak catu.


#P/S:Hilang punca.
Photobucket

Feb 11, 2014

Piala FA 2014 : Tayangan Big Skrin Kelantan vs PKNS

Salam,,

Siaran Langsung Piala FA 2014 peringkat suku akhir akan bermula malam ini. Perlawanan yang jadi pilihan saluran 801 Astro Arena malam nanti adalah pertembungan Kelantan vs PKNS. Meskipun bermain di tempat sendiri ternyata itu bukan jaminan Kelantan akan diberi laluan mudah oleh PKNS.

Perlawanan Liga Super 2014 28 Januari  yang lalu membuktikan Kota Bharu bukan lagi kubu kebal buat Kelantan setelah tewas 1-2 kepada PKNS. Masalah keserasian barisan pemain baru disamping kurang berkesannya taktikal yang diguna pakai oleh Steve Darby dikatakan punca prestasi skuad Kelantan terumbang ambing.

Sebelum perlawanan malam nanti, bekas presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa telah turun memberi kata dua dan suntikan motivasi kepada skuad Kelantan bagi memastikan misi mempertahankan piala FA jadi kenyataan.

Kelantan dijangka menurunkan kesebelasan terbaik untuk mencari bekalan selesa sebelum perlawanan timbal balas di Lembah Klang nanti. Namun harus diingat PKNS bukannya kelab belasahan. Mereka memiliki cukup ramuan untuk menyingkirkan Kelantan dari saingan Piala FA musim ini.

Jadi bagi penyokong Kelantan mahupun PKNS yang berada di Lembah Klang, akan diadakan tayangan Big Skrin di Kompleks Karangkraf jam 8 malam ini. Selain dari siaran secara langsung di Astro Arena 801.


Link Live Streaming : Link 1 

Keputusan Penuh :

Kelantan 3 - 2 PKNS

#KataAmbo::Ayuh serukan keharmonian dalam bola sepak Malaysia. Tolak Holigan ,samseng dan bookie.
Photobucket

Jan 15, 2014

Jersi Rasmi Baru Kelantan FA 2014

Salam,,


Jersi baru untuk pasukan Kelantan bagi mengharungi saingan Liga Super 2014 sudah pun diperkenalkan. Seperti biasa ramai yang memberikan maklum balas negatif mengenai design jersi Kelantan tahun ni. Musim yang lepas pun cerita lebih kurang sama, apabila ramai yang tak berkenan dengan lambakan logo iklan pada jersi.

Yang menjadi bahan lawak apabila wujudnya perkataan "kicap". Mungkin pada permulaan penerimaan agak kurang. Tapi bagi ambo,design asas jersi Kelantan tak terlalu teruk dan masih boleh diterima, tetapi sekali lagi mungkin lambakan stiker penaja menampakan jersi baru The Red Warrior agak berserabut.

Tapi apa nak buat itu semua kehendak penaja. Dan penajalah yang memberikan sumber kewangan untuk pembangunan pasukan Kelantan. Lebih-lebih lagi dengar cerita kos pengurusan Kelantan makin meningkat.


Gambar bawah, penampilan kapten marvel Kelantan, Piya mengayakan jersi baru. Sekali tengok jersi musim rasanya lagi ok dari musim lepas. Cuma isu perkataan 'kicap' itu agak sakai.


Tapi ambo lagi terpegun tengok jersi untuk training. Ringkas dan mengancam habis. Pakai pun nampak bergaya.


#KataAmbo::Janji aksi atas padang lagi lawa dari jersi.
Photobucket

Dec 5, 2012

[Terbaru] Senarai Pemain Bola Sepak Kelantan 2013

Salam,,

Berikut ambo kongsikan senarai terbaru barisan pemain Kelantan FA untuk saingan Liga Malaysia 2013 yang diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada 3 disember lalu. Barisan pemain terbaru ini termasuk beberapa muka baru yang diserap ke dalam pasukan The Red Warriors iaitu Zairo Anuar Zailani, Faiz Subri, K.Nanthakumar dan dua pemain import Lek Kcira dari posisi pertahanan dan Dimitrios Pertratos untuk posisi penyerang.

Namun demikian, persoalan siapakah gerakan pemilik jersi no. 9 yang ditinggalkan oleh Norsharul Idlan Talaha a.k.a Mat Yo yang berhijrah ke pasukan Johor masih menjadi tanda tanya. Apa-apa pun selamat datang kepada pemain-pemain baru semoga terus sukses dengan The Red Warriors.

Sebelum itu, pemain import musim lalu, Antwi dan Okinne dipinjamkan ke skuad Liga Perdana Perlis. Ghaddar pula telah pun ditamatkan kontrak sebab demand lebih-lebih. Main macam yo-yo mintak yang bukan-bukan.

the red warriors, kelantan fa, logo kelate


TRW 2013 : Senarai 27 Pemain (Liga Malaysia dan Piala AFC)

PENJAGA GOL

Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
Shahrizan Ismail (Kelantan)
Norhadi Ubaidillah (Kelantan)

PERTAHANAN

Azizi Matt Rose (Perlis)
Obinna Nwaneri (Nigeria)
Nik Shahrul Azim (Kelantan)
Farisham Ismail (Kelantan)
Abd Aziz Ismail (Kelantan)
Zamri Ramli (Kelantan)
Daudsu Jamaludin (Kelantan)
Rizal Fahmi (Kelantan)
Tuan Faim (Kelantan)
Zairul Fitree (Kelantan)
S.Subramaniam (K.Lumpur)
Lek Kcira (Croatia)


TENGAH

Zairo Anuar Zailani (Terengganu)
Shakir Shaari (Kelantan)
K.Nanthakumar (Perak)
Norfarhan Muhammad (Terengganu)
Izuan Salahudin (Kelantan)
Faiz Subri (Kedah)
Badhri Radzi (Kelantan)
Khairul Izuan Rosli (Kelantan)
Indra Putra Mahayuddin (Perak)


PENYERANG

Keita Mandjou (Guinea)
Aris Zaidi (Kelantan)
Dimitrios Pertratos (Australia)
Haris Safwan Kamal (Terengganu)

*bertulisan merah merupakan pemain baru.


#notaBuruk::Busuk-busuk Harimau Malaya, Orang Kita Juga..tp seyes ambo tak bau apa-apa.

Photobucket

Nov 21, 2012

Senarai Pemain Bola Sepak Kelantan FA 2013

Beikut senarai barisan pemain Kelantan 2013 yang diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). Tinggal 2 posisi lagi yang masih belum di isi termasuk seorang pemain import.

kelantan fa, the red warriors
Susunan berdasarkan nombor jersi yang akan dipakai oleh pemain. Senarai pemain tersebut adalah termasuk untuk saingan Piala AFC 2013.

#2012 Tahunku Yang Kacak Contest

1. Mohd Shahrizan Ismail
2. Azizi Matt Rose
3. K. Nandakumar.....( dari Perak FA)
4. Obinna Nwaneri
5. Nik Mohd Shahrul Azim
6. Mohd Farisham Ismail
7. Zairo Anuar Zalani....(dari T-Team)
8. Mohd Shakir Shaari
9. ???belum diumumkan lagi.... (rahsia)
10. Mohd Nor Farhan Muhammad
11. Mohammad Abdul Aziz Ismail
12. Muhd Izuan Salahuddin......(dari Harimau Muda)
13. Mohd Faiz Subri....(dari T-Team)
14. Mohd Zamri Ramli
15. Mohd Daudsu Jamaluddin
16. Mohd Badri Mohd Radzi
17. Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid
18. Khairul Izuan Rosli
19. Khairul Fahmi Che Mat
20. Keita Mandjou (import)
21. Norhadi Ubaidillah
22. Tuan Muhd Faim
23. Indra Putra Mahayuddin
24. Zairul Fitree Ishak
25. Mohd Aris Zaidi
26. ???belum diumumkan lagi....(import)
27. Mijo Dadic (import)
28. S.Subramaniam (cedera)
29. Okine (import)
30. Antwi (import)



#notaBuruk::Bila bermula dari bawah tak terasa panik bila ada yang beralih arah
Photobucket

Nov 11, 2012

9 Pemain Kelantan Terima Anugerah Pingat Bakti Sultan Kelantan

Salam,

Tahniah buat 9 pemain The Red Warriors yang terpilih untuk menerima Anugerah Pingat Bakti bersempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang ke-43.




Diharap penghargaan tersebut dapat membangkitkan lagi semangat untuk mereka terus beraksi dengan lebih baik.

#notaBuruk:: Rezeki mereka.
Photobucket

Oct 21, 2012

Kelantan lengkapkan kejuaraan 'treble' 2012

Salam,,

Treble!!Tergamam ambo seketika menyaksikan kemenangan Kelantan menjulang kejuaraan Piala Malaysia 2012 sebentar tadi. Ternyata satu kepuasan yang nyata bila melihat kejayaan 'treble' menjadi kenyataan setelah dipertontonkan dengan aksi yang terbaik dari kedua-dua pasukan, ATM dan Kelantan.


Tahniah untuk skuad Bojan Hodak. Tidak lupa juga sekalung tahniah untuk pasukan bimbingan B.Sathianathan yang memberikan saingan sengit. Ternyata ATM lawan yang betul-betul berkualiti.

            ATM   2                          3  KELANTAN
'49 Rizal Zambry                                   '44 Mat Yo
'62 Marlon Alex James                           '50 Mat Yo
                                                                  '96 Indera Putra     


JUARA PIALA FA 2012


JUARA LIGA SUPER 2012 


JUARA PIALA MALAYSIA 2012

Sekalung Tahniah Untuk Semua!!


#notaBuruk:: Sekadar meraikan kemeriahan bola sepak malaysia. Jangan ada provokasi. Gomo Kelate Gomo

Photobucket

Oct 14, 2012

Final Piala Malaysia 2012- Kerajaan Negeri Kelantan Isytihar Cuti Umum

Salam,,

Umum sedia maklum kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan tarikh 21 oktober 2012 sebagai cuti umum bersempena kejayaan pasukan The Red Warrior layak ke pentas akhir Piala Malaysia 2012.

Berikut petikan dari page Facebook Tok Guru:



KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan 21Oktober ini sebagai cuti peristiwa atas kejayaan The Red Warriors mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini.

Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR10 di sini, hari ini.

"Setelah mendapat persetujuan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, maka kerajaan negeri bersetuju memberi cuti peristiwa kepada rakyat Kelantan.

"Kita mahu penyokong setia Kelantan pergi dan pulang tidak dalam keadaan tergesa-gesa. Insya-ALLAH, semoga Kelantan dapat membawa pulang Piala Malaysia ke negeri ini sekali lagi,"katanya.

Final Piala Malaysia Sabtu ini menyaksikan pertemuan Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


#notaBuruk::kepada penyokong TRW yang bakal bertandang ke Shah Alam, Pandu Selamat Ingatlah Yang Tersayang
Photobucket

Sep 24, 2012

Scoreboard LED Stadium Sultan Muhammad IV

salam,,

Terasa bahang kepenatan otak berfikir dan jasad ke hulu ke hilir. Semuanya semata-mata kerana sebuah event yang melibatkan ribuan peserta..seyes ini lah tension paling maksima pernah ambo lalui.

Dalam keterbatasan masa, ambo dapat tahu scoreboard LED Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu sudah pun siap dan kelihatan sungguh menarik dan tertarik. Ambo kira itu satu keterujaan baru buat penyokong the red warrior  (TRW)yang berkunjung ke stadium.

Mungkin bagi kebanyakkan penyokong pasukan lain sudah biasa dengan scoreboard di stadium mereka, tetapi bagi penyokong setia TRW kewujudan scoreboard itu menambahkan lagi seri stadium keramat pasukan Kelantan yang tak pernah menghampakan dari segi bilangan penonton.

scoreboard led stadium sultan muhammad IV
sumber gambar : FB Super warrior
Tahniah, syabas dan terima kasih kepada Tan Sri Anuar Musa (TSAM) yang menunjukkan kreadibiliti seorang pemimpin yang berkarisma. Pengambilalihan tampuk kepimpinan Kelantan FA oleh TSAM berjaya mengubah suasana bola sepak Kelantan baik persembahan pemain dalam padang mahupun kelibat penyokong setia TRW di luar padang.


#notaburuk:: Mencari penyelesaian terbaik untuk masa depan.
Photobucket

Jul 21, 2012

Keputusan Persahabatan Kelantan VS QPR 20 Julai 2012

Salam,,

KELANTAN 0  -  5  QUEENS PARK RANGERS

Keputusan Persahabatan Antarabangsa Kelantan vs QPR | Patutlah ambo terasa berat hati untuk beli tiket untuk ke stadium. Bukan 1,bukan 2, juga bukan 3 tapi 5-0. Overall ambo tengok semua silap defend yang leka dan tiada man-to-man marking. Mungkin selepas ini pengurusan dan jurulatih kena fikir bagaimana untuk mantapkan lagi pertahanan Kelantan.

Penyerang QPR dengan bersahaja robek pertahanan Kelantan dan jaringkan gol. Mungkin jurulatih Bojan Hodak kurang teliti dalam membentuk pasukan untuk menghadapi QPR ini..Apa-apa pun kekalahan itu ambo rasa elok untuk dijadikan pengajaran. Selalu menang pun tidak elok juga, nanti terlalu pandang langit sampai lupa bumi dipijak.

Semasa persahabatan dengan skuad Malaysia pun kalah 0-5 tapi selepas itu bangkit menang Liga Super dan Piala FA serta masing lagi terus bersaing dalam Piala AFC.


Disimpulkan bicara, ambo tidak terlalu terkilan sangat dengan kekalahan 0-5 sebab mungkin itu gambaran kasar taraf liga bola sepak professional kita. Meskipun rancak di FB kena hentam ambo gelak besar tengok gelagat mereka dan mereka itu hahaha.

Mahu dapatkan gambaran gol-gol yang dijaringkan??..tengok video dibawah.




notaburuk:: Boleh la semua fokus pada ibadah puasa lepas ini.

Photobucket

Jul 18, 2012

Tiket Persahabatan Kelantan VS QPR Separuh Harga

Salam,,

Mungkin ramai sedia maklum Queens Park Ranger (QPR) sedang mengadakan Asia Tour di Malaysia.
Info terbaru buat anak Kelantan yang bergelar mahasiswa, anda boleh dapatkan tiket perlawanan QPR vs Kelantan pada 20 Julai 2012 ini yang berharga RM 53 dengan separuh harga.

Semalam telah dilancarkan jualan terhad tiket perlawanan Kelantan vs QPR  untuk siswa siswi.


Tiket boleh didapati di pejabat HEP UiTM (Kampus Shah Alam) bagi pelajar UiTM dan setiap pembelian mesti disertakan dengan kad matrix bagi mengesahkan status anda sebagai pelajar universiti.

Manakala bagi siswa siswi dari lain-lain universiti boleh juga dapatkan tiket tersebut di pejabat HEP UiTM kampus Shah Alam ataupun menerusi Himpunan Anak Kelantan (HIMSAK) masing-masing.

Berdasarkan info dari blog SuaraSukan1Mas sehingga kini sudah 20 000 tiket telah terjual.
Dan seperkara lagi, Tan Sri Anuar Musa telah mengesahkan yang ruang solat telah disediakan termasuk untuk solat terawih sekali andai keesokan harinya bermula ibadah puasa..terbaeekk!!


notaburuk::ishyy mahu pergi tapi..$$$...asiyhhhh!!

Photobucket

Jul 6, 2012

Persahabatan QPR vs Kelantan | 20 Julai 2012

salam,,
QPR vs Kelantan FA 20 Julai 2012 | Dalam keterujaan penyokong Red Warriors menghitung detik-detik menjulang kejuaraan Liga Super kali kedua berturut-turut andai menang menentang Perak 7 Julai 2012 ini, mereka turut diterujakan lagi oleh pengumuman tentang kedatangan kelab epl Queens Park Ranger (QPR) untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan Kelantan.



Perlawanan tersebut telah diaturkan pada 20 Julai 2012 bertempat di Stadium Shah Alam.
Menurut penganjur dan pengarah bersama Bumibola Sports Sdn Bhd Kevin Ramalingam, harga tiket telah ditetapkan dengan harga RM 33, RM 53 dan RM 73 bagi tempat terbuka.

Tiket boleh didapati di Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam serta dibeberapa lokasi yang lain seperti, Restoran MZ Kampung Baru, TRW Cafe Kota Bharu, Pejabat Kafa Kota Bharu dan di rangkaian terpilih Restoran Hassan NAsi Ayam serta secara online di RedTix.AirAsia.com

notaburuk::Ambo berbelah bahagi untuk turun ke stadium atau tidak..Tp dah alang-alang dok shah alam dah nii..




Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...