Mar 31, 2013

Daniel Guiza Tinggalkan Johor Darul Takzim

Salam,,

Menjadi satu topik yang agak hangat ketika ini di laman sosial Facebook, mengenai berita penyerang import Johor Darul Takzim, Daniel Guiza yang dikatakan bakal meninggalkan pasukannya itu.

Sebelum ini pemain di bahagian tengah Samuel Del Nero yang pernah beraksi di Liga Serie A Italy, menyatakan hasrat untuk meninggalkan pasukan JDT jika dipinjamkan ke pasukan Johor yang bermain di Liga Perdana.


Jika benar, khabar angin yang bertiup, ini bermakna Liga Malaysia amnya dan pasukan Johor Darul Takzim khususnya akan kehilangan pemain bertaraf dunia.

Berdasarkan kenyataan dari seorang rakyat Sepanyol yang setia mengikuti perjalanan Liga Malaysia, Jordi Perez, Guiza memaklumkan kepadanya yang dia tidak gembira berada di Malaysia dan ingin keluar dari Liga Malaysia. 

Jordi Perez meninggalkan komennya di status Facebook Astro Arena yang mengeluarkan kenyataan mengenai berita Guiza yang akan meninggalkan JDT. Apa-apa pun nantikan saja pengesahan dari pasukan Johor Darul Takzim sendiri.

Ambo berpendapat, penghijrahan keluar Guiza dari Liga Malaysia satu kerugian memandangkan beliau merupakan pemain yang berprofil tinggi dan memiliki skill yang mantap.

#KataAmbo::Bola sepak permainan berpasukan.Skill individu itu satu bonus.
Photobucket

Mar 30, 2013

Habiskan Kepingan Terakhir Baucer Buku Di MPH

salam,,

Sekali lagi ambo berdepan kesukaran untuk menghabiskan Baucer Buku 1Malaysia. Seperti tahun-tahun sebelum ini, bukan suatu yang mudah untuk membuat keputusan mengenai apa yang patut dibeli. Lebih-lebih lagi kedai buku seperti MPH dan Popular menetapkan syarat hanya buku-buku ilmiah saja yang boleh dibeli dengan baucer.

Selain itu, pembelian alat tulis menggunakan baucer turut dihadkan dengan nisbah 20%-50% sahaja. Selebihnya mesti beli buku yang ilmiah. Dari 5 keping (RM 250) baucer yang ambo dapat, 3 keping ( RM 150) pertama telah digunakan untuk pembelian alat tulis, bahan pembelajaran yang lain, cooler fan laptop pun ambo rembat, papan notis, fail-fail dan lain-lain lagi.

Tapi untuk baki 2 keping terakhir (RM100) itulah yang betul-betul digunakan untuk membeli buku. Meskipun belum tentu dibaca, sekurang-kurangnya ada benda yang masih boleh disimpan untuk jangka masa yang lama.

Dan selama 2 jam telah ambo habiskan di MPH@Aeon Jusco Bukit Raja Klang untuk mencari buku-buku yang berpotensi besar untuk ambo baca. Dari satu rak ke rak yang lain, kemudian kembali ke rak yang sama dan hasilnya yang ambo dapat adalah seperti berikut :

Buku ini ambo pilih kerana ia dinukilkan oleh Prof Dr Maza. Ambo amat mengagumi pandangan yang diutarakan beliau dalam apa-apa isu yang diketengahkan. Cukup kritis dan mendalam. Siri ceramah beliau pun amat menarik untuk diikuti.

Ini pula buku karya Hilal Asyraf. Seorang penulis yang hebat. Ambo mengenali penulis ini menerusi Page Facebook beliau dan website beliau Langit ilahi.

Penulis ambo tak kenal. Tapi nama Al-Atas itu macam familiar. Ambo pilih buku ini sebab kandungan  yang menarik. Pengajaran yang disampaikan menerusi penceritaan.

Ambo pilih buku ini untuk memotivasikan lagi diri sendiri untuk bangun solat subuh.  Banyak kelebihan solat Subuh yang tidak diketahui Umat Islam.

Inilah buku pertama yang menarik perhatian ambo saat memasuki MPH. Pertama kali melihat isi kandunganya terus ambo nekad untuk pilih buku ini sebab nak baca lebih lanjut kandungannya. Agak kontroversi kan?? Berdasarkan pengenalan penulis, ini karya ahli UmnoBahagian Wangsa Maju.
Satu lagi buku yang ambo tidak sertakan gambarnya, Rahsia Nikmatnya Solat. Buku ini pun ambo pilih untuk memotivasikan diri sendiri untuk jadi umat Islam lebih baik.

Mungkin tidak habis baca dalam masa terdekat. Mungkin juga akan terbiar di rak begitu saja. Tapi sekurang-kurangnya ada koleksi buku-buku ilmiah.

#KataAmbo:Buku yang beli pakai baucer tahun lepas pun belum habis baca.
Photobucket

Senarai Top Universiti & Kolej Di Malaysia

salam,,

Berikut ambo kongsikan senarai ranking universiti terbaik di Malaysia yang dikeluarkan oleh laman sesawang  www.4icu.org . Universiti Teknologi Malaysia yang terletak di Johor Bharu kekal menjadi universiti paling teratas di Malaysia selain turut tersenarai antara Top 100 Universiti di Asia.


Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula di tangga ke-5. Satu pencapaian yang membanggakan warga UiTM. Selepas ini mungkin pihak pengurusan dan warga universiti perlu mensasarkan untuk menjadi Top 100 di Asia sekurang-kurangnya.

#KataAmbo::Kecemerlangan bergantung pada individu juga.
Photobucket

Highlight Liga Super 2013 - ATM vs Kelantan

Salam,,

Menghiburkan! Itu mungkin ungkapan paling sesuai untuk merumuskan pertemuan antara ATM menentang Kelantan dalam aksi terakhir pusingan pertama Liga Super 2013 yang berlangsung semalam (29 Mac 2013).



#KataAmbo::Masih jauh lagi perjalanan.
Photobucket

Mar 29, 2013

Segmen : 300 Bloggers

salam,,

Wow!! Itulah ekspresi pertama ambo apabila melihatkan tajuk segmen anjuran blogger Paly ini. Ketika ambo menaip entri ini, senarai peserta sudah pun melebihi angka 100. Satu sambutan yang amat menakjubkan untuk segmen kelolaan Paly.

Ambo pun turut tidak mahu ketinggalan menjadi sebahagian peserta yang memeriahkan "segmen : 300 Bloggers"ini.

Klik Banner untuk join.
Meh pakat ramai-ramai jadi sebahagian dari 300 blogger dalam segmen ini yang turut mendapat perhatian blogger otai Ben Ashaari

#KataAmbo::Banyak kelebihan blogwalking.
Photobucket

Cristiano Ronaldo Enggan Bertukar Jersi Dengan Pemain Israel

Salam,,

Percayakah anda, yang Ronaldo sememangnya turut sama menentang kewujudan negara haram Israel. Jika sebelum ini, Ronaldo sanggup melelong kasut emas yang dimenanginya dan mendermakan wang hasil perolehan lelongan itu kepada masyarakat Palestin.


Kini satu lagi bukti pendirian Ronaldo yang menentang kekejaman dan pendudukan haram yahudi di Palestin ditunjukkan beliau. Kali ini ketika menentang pasukan bola sepak Israel dimana Cristiano Ronaldo menolak untuk bertukar jersi dengan pemain Israel sejurus selepas tamat permainan.



Sememangnya satu contoh yang harus menjadi ikutan semua dalam menyatakan kebencian terhadap penindasan rejim zionis ke atas umat Islam dan masyarakat Palestine secara keseluruhannya.

#KataAmbo::Beralih sokong Real Madrid lepas ini.

Photobucket

Mar 26, 2013

Pemergian 3 Ulama Pada Tarikh Yang Sama 25 Mac 2013



salam,,

Sedang asyik ambo scroll laman facebook, tetiba terkejut melihat laporan yang mengatakan tokoh ilmuan Islam negara, Ustaz Dr Uthman El Muhammady telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.00 petang semalam (25 Mac 2013) di rumahnya di ISTAC, IIUM KL Campus, Taman Duta, Kuala Lumpur.

Ustaz merupakan seorang tokoh yang amat disegani di Malaysia dan ilmuan yang cukup tinggi ilmunya. Sering muncul di kaca tv untuk rancangan bual bicara agama seperi Al-Kuliyyah, Forum Perdana Hal Ehwal Islam dan lain-lain lagi..

Sedikit info tentang Allayarham Ustaz Dr Uthman El Muhammady:

Dilahirkan di Kampong Telok, Panji, Kota Bharu, Kelantan Darulnaim pada 1 Februari 1943. Merupakan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1426 H pada 10 Februari 2005.

Mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu, sebelum memasuki Special Malay Class pada tahun 1943 di Sekolah Sultan Ismail, yang kemudiannya menjadi Maktab Sultan Ismail, atau Sultan Ismail College hingga ke Tingkatan 5.

Beliau kemudian mengambil Higher School Certificate (HSC) di Kolej Sultan Abdul Hamid , Alor Star Kedah. Sebuah kolej yang melahirkan dua Perdana Menteri ulung negara, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Dr Mahathir Mohammad.

Pada tahun 1963, beliau memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam tahun 1966. Kemudian beliau menjadi tutor dan mendapat M.A. tahun 1969.

Beliau terus mengajar di Jabatan Pengajian Islam UM hingga ke tahun 1973 apabila beliau kembali ke Kelantan untuk menumpu masa sebagai seorang penulis dan pendakwah bebas hingga sekarang.

Pada tahun 1995, beliau dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D. Litt.) oleh Universiti Sains Malaysia (USM) kerana usaha-usaha dan penulisannya dalam pemikiran Islam dan dakwah.

Minat kajian beliau adalah di dalam:

* Bidang ilmu-ilmu Islam dan falsafah Barat
* Pemikiran semasa dan pandangan Islam tentangnya
* Akidah Sunni, faham ilmunya dan pandangan hidupnya

Beliau banyak menumpukan masanya di dalam masyarakat setempat dengan melaksanakan pengajian kitab di masjid-masjid sekitar Pasir Mas dan Kota Bharu, Kelantan selain dari menunaikan jemputan ceramah di merata tempat.

Di antara penulisannya yang telah dihasilkan beliau ialah:

  1. “Al-Quranul-Karim, terjemahan dan Huraian Maksud”-terjemahan dan huraian tambahan atas tafsir Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali, keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (5 jilid).
  2. “Fathul Mu’in, terjemahan dan Huraian Maksud”, terbitan Majlis Ugama Islam Negeri Kelantan, Kota Bharu, Kelantan.
  3. “Peradaban dalam Islam” terbitan Pustaka Aman Press, Kota Bharu, edisi 1976 dan beberapa cetak-ulang.
  4. “Memahami Islam" terbitan Pustaka Aman Press, Kota Bharu, Kelantan, 1977.
  5. “Islam, Peribadi, Tarbiah dan Institusi” terbitan Majlis Ugama Islam Kelantan, 1987.
  6. “Islam dan Kebudayaan” risalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berdasarkan kepada wacana tentang kebudayaan yang disampaikan pada tahun 1989 di Kuala Lumpur.


Selain itu, tanggal 25 Mac 2013 juga dua lagi tokoh ilmuan agama yang pergi menemui Pencipta-Nya. Tokoh yang dimaksudkan ialah:

  • Tuan Guru Haji Ali Kedah : Mengajar Tasawuf (kitab Hikam ) di Masjid-masjid di Alor Setar. Akhlaknya indah. Murabbi selalu cerita mengenainya. 
  • Tuan guru Hj Muhammad Abdullah : Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Kedah. 

Satu kebetulan yang amat menyedihkan kerana kita kehilangan tokoh agama yang cukup berwibawa. Tetapi Allah lebih menyayangi mereka dan sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik.

Sebelum itu, beberapa hari yang lalu, seorang ulama di Syria juga telah kembali ke rahmatullah akibat terkena serangan bom dalam sebuah masjid di Syria yang didakwa dilakukan oleh rejim pemerintah disana. Beliau ialah As Syahid Syeikh Said Ramadhan Al-Buti yang terbunuh bersama 42 lagi jemaah dalam Masjid Iman.


Sedikit renungan untuk kita semua:
Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan) ilmu daripada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan roh (mematikan) para ulama. Sehinggalah tiada lagi orang yang alim (ulama) yang tinggal.  Ketika itu manusia akan melantik ketua mereka yang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka dan menyesatkan orang lain."
( Riwayat al-Bukhari )
#KataAmbo:: Dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali. Al-Fatihah.
Photobucket

Piala FA : Kelantan Mara ke Suku Akhir Benam PKNS 4-2

salam,,

Malam ini 25 Mac 2013 berlangsung perlawanan Piala FA antara Kelantan vs PKNS yang ditunda sebelum ini kerana hujan lebat. Ambo mati-mati lupa malam ini ada game. Perlawanan sudah pun masuk minit-minit kecederaan baru mula nak cari link live streaming.


Tapi apa-apa pun kemenangan yang selesa sudah cukup melegakan kem bola sepak Kelantan dan peminat setia The Red Warriors. Kemenangan dengan jaringan yang boleh dikira agak besar, sedikit sebanyak meredakan kegusaran pengurusan dan peminat Kelantan tentang kebuntuan untuk menjaringkan gol sebelum ini.

Mungkin ini, para pemain masih bersemangat selepas raih kemenangan 3-1 menewaskan Ayeyawady United dalam Piala AFC 2013. Saingan suku akhir nanti Kelantan bakal ditentang pasukan Sarawak pada 6 & 16 April 2013.

Keputusan penuh perlawanan Piala FA 2013 Kelantan vs PKNS di Stadium Sultan Muhammad IV seperti berikut:

Kelantan   4  -  2  PKNS
04'  Faiz Subri
08'  Piya
22'  Obinna (Penalty)
27'  Reeshafiq Alwi
32'  Zulharith (Own Goal)
51'  Helmy (Penalty)


Berikut beberapa sedutan jaringan gol dalam perlawanan sebentar tadi.






#KataAmbo::Menanti hari Selasa yang padat.
Photobucket

Mar 23, 2013

Giveaway Naili Shoppe Di Mialiana.com

salam,,



NAILI SHOPPE : Kedai Online Termurah Di Pasaran

Naili Shoppe merupakan pemborong, pengedar dan penjual pelbagai produk kecantikan, kesihatan, tudung (bawal, labuh, ratu), stoking buluh, shawls serta pelbagai jenis aksesori bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan kawasan sekitarnya.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Naili Shoppe ini ialah D’Herbs, Anugerah, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Nurbeautyline, Fellina, Megah Perawan, CocoaCollagen, Avail, Pamoga - Vida Beauty, Beauty Umairah, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Hijrah, Smartherbs, Pompure, D’Qistee, Produk Sunnah, Jerslin, Jamu Ratu Dara dan banyak lagi.

PEMBELIAN SECARA ONLINE AMAT DIALU-ALUKAN

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :-
Puan Naili : 013-3913 349
Emel  : nailishoppe@gmail.com

Alamat Premis :
Naili Shoppe
T00-UF2, Blok C
Pangsapuri Putra Damai
Jalan P11E Presint 11
Putrajaya

Business Hours :
Isnin – Jumaat ( 10 pagi – 9 malam )
Sabtu – Ahad ( 10 pagi – 8 malam )


Syarat Penyertaan Giveaway
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Like Fanpage NailiShoppe dan Add To Circle Google+ Naili S
  3. Like Fanpage Keledek Pedas dan Add To Circle Google+ Dennis Zill
  4. Buat entri bertajuk Giveaway Naili Shoppe Di Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.
  7. Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah secara manual.
  8. Giveaway ini akan berlangsung dari 12.01 pagi 23/3/2013 sehingga 11.59 malam 7/4/2013

Hadiah Giveaway - Wang Tunai Berjumlah RM 200.00
  • Pertama : RM 40 X 1 orang
  • Kedua : RM 30 X 2 orang
  • Ketiga : RM 20 X 2 orang
  • Keempat : RM 10 X 6 orang

Marilah join beramai-ramai. Giveaway ini dianjurkan oleh Naili Shoppe dan Mykeledek dengan kerjasama Mialiana.com


#KataAmbo::tak keluar rumah pun boleh shopping.

Photobucket

Sistem Semakan Syarat Kelayakan IPTA - Elak Salah Pilih Kursus

salam,..

Masih adakah para pelajar yang baru tamat SPM, STPM ataupun Lepasan Matrikulasi yang masih terkial-kial mencari kursus yang bersesuaian untuk melanjutkan pengajian ke peringkat IPT? Mungkin tersepit antara kursus yang memang pelajar itu minat, pengaruh rakan-rakan, ataupun perancangan keluarga.

Kata hati ingin ambil kursus kejuruteraan elektrikal, tetapi kawan-kawan kata kursus arkitek lagi seronok. Manakala ibubapa nak sangat anaknya jadi doktor.Jadi mana satu yang harus jadi pilihan.

Mungkin ada satu sistem yang dapat membantu para pelajar ini memilih kursus untuk dipohon di IPT nanti. Sistem itu adalah Sistem Semakan Syarat Kelayakan IPTA. Sistem ini akan menguji minat para pelajar, disamping penyesuaian kelayakan yang ada dengan syarat-syarat untuk permohonan kursus berkenaan.

Sistem berkenaan merupakan inisiatif UiTM dalam membantu para pelajar agar tidak tersilap memilih kursus.
Untuk lebih info tentang sistem ini klik : http://selangkah.uitm.edu.my



Ini pula tips dari Naib Canselor UiTM mengenai permohonan ke UiTM bagi lepasan SPM, STPM, STAM, Asasi, Matrikulasi dan Diploma /Setaraf :

  1. Layari portal Selangkah di www.selangkah.uitm.edu.mybagi menentukan program yang layak dimohon. (Jangan memohon program yang tidak memenuhi syarat kelayakan).
  2. Sekiranya terdapat banyak pilihan program calon boleh menggunakan aplikasi Uji Minat Kerjaya bagi menentukan program yang sesuai dengan minat dan kecekapan calon.
  3. Dapatkan maklumat lanjut berkaitan program dari pihak UiTM atau terus ke kampus-kampus atau fakulti yang berkaitan.
  4. Senaraikan pilihan program mengikut keutamaan.
  5. Layari laman web http://upu.mohe.gov.my/untuk mendapatkan maklumat berkaitan panduan permohonan seterusnya memohon ke UiTM.
  6. Buat pilihan program mengikut keutamaan calon.
  7. Sekiranya berminat kepada program bertemuduga, sila letakkan pada pilihan pertama.
  8. Jadikan UiTM pilihan pertama.

#KataAmbo::Long Live UiTM
Photobucket

Hati-Hati Dengan Iklan Biasiswa Pengajian 1Malaysia

Salam,

Berhati-hatilah dalam meneliti apa-apa tawaran biasiswa yang ditawarkan di internet. Itu peringatan dari Kementerian Pengajian Tinggi yang menasihati agar pelajar dan ibubapa tidak terpengaruh dengan skim Bantuan Biasiswa Pengajian 1Malaysia (BP1M) yang ditawarkan oleh sebuah laman web.

Info ini ambo perolehi dari laman sesawang rasmi milik Kementerian Pengajian Tinggi sendiri. Dalam keghairahan pelajar lepasan STPM atau SPM serta ibubapa mencari peluang pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan juga tawaran biasiswa yang menarik, selidikilah dahulu latar belakang tawaran tersebut.

Sila pastikan betul-betul kesahihan tawaran yang diberikan. Lebih elok jika segera menghubungi mana-mana pihak berwajib seperti melayari laman sesawang rasmi pihak tersebut untuk memastikan sesuatu tawaran biasiswa itu benar-benar sah.


Berikut link yang dimaksudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi:

http://www.step2rich.net/iklan2u-view.asp?i=1603&u=freeedu1msia&t=PAKEJ-BIASISWA-1MALAYSIA-sambung-belajar-peringkat-DIPLOMA-PERCUMA-

#KataAmbo::Bijak merancang.
Photobucket

Mar 22, 2013

[video] Malaysia Benam Cabaran Yemen 2-1

Salam,,

Keputusan Kelayakan Piala Asia 2015 Malaysia vs Yemen | Harimau Malaya mencatat kemenangan pertama dalam saingan kelayakan Piala Asia 2015 selepas membenam Yemen 2-1. Malaysia memperoleh jaringan menerusi penyerang Azamuddin Akil dan Khyril Muhaimin.

Kedudukan Malaysia dalam kumpulan D masih kekal ditangga ke-3, meskipun dua pasukan teratas, Bahrain dan Qatar belum bermain.

Satu kemenangan moral dan amat bermakna untuk Harimau Malaya dalam meneruskan kempen dalam kumpulan D ini. Ia juga sedikit sebanyak mengembalikan keyakinan penyokong untuk terus berada dibelakang skuad Malaysia.



Sementara itu pemain terbaik perlawanan (Man of The Match), ramai yang memilih Mahali Jasuli.


Aksi lincah dan gerakan merbahaya pemain ini mengucar-kacirnya pertahanan Yemen. Ini dibuktikan lagi menerusi komen dari jurulatih Yemen sendiri,
`Malaysia player number 2 is very dangerous.. he create so many dangerous move.. so i need to change the tactic to stop him` - Jurulatih Yemen
Namun tidak dilupakan juga, gerakan berbisa dari pemain Harimau Muda, Wan Zack Haikal, serta kecekapan penjaga gol, Apek.

Perjalanan Malaysia masih jauh. Selepas ini bakal menentang Bahrain satu lagi pasukan kental dari Timur Tengah. Jika corak permainan seperti malam ini ditampilkan tidak mustahil tentangan sengit Malaysia menentang Bahrain kelak.

#KataAmbo::Belum boleh menarik nafas lega.

Photobucket

Tawaran Biasiswa YAYASAN TM

salam,,

Terlebih dahulu ambo ucapkan tahniah buat adik-adik yang berjaya dengan cemerlang dalam keputusan SPM 2012 yang telah pun diumumkan semalam..

Seronok melihat wajah-wajah gembira dengan kejayaan yang diraih. Tapi perlu diingat, pendakian menuju kejayaan tidak pernah berpenghujung. Bagi yang kurang bernasib baik, tak perlulah kecewa ataupun gundah gulana memikirkan ke mana hala tuju selepas ini. Begitu banyak lagi peluang untuk menyambung pengajian keperingkat yang lebih tinggi ditawarkan.

Universiti bukan satu-satunya jalan untuk berjaya. Jika tidak terpilih menjejakan kaki ke menara gading, mungkin boleh mencuba bidang kemahiran.

Terbaru ambo ingin kongsikan dengan calon-calon SPM 2012 tentang tawaran biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan Telekom Malaysia (YTM).



Pihak Yayasan Telekom Malaysia (YTM) telah membuka permohonan biasiswa/pinjaman kepada pelajar MMC. 
  1. Pelajar SPM 2012 yang ingin melanjutkan pengajian di MMC
  2. Pelajar tahun satu Diploma MMC yang mempunyai rekod akademik yang cemerlang.
  3. Anak-anak anggota MMC yang sedang belajar di tahun satu Diploma MMC.
Syarat permohonan:

1. Ambilan April, Julai dan November 2012.
1.1 Untuk Ambilan November 2012 ( sila gunakan result SPM)
1.2 Memperolehi sekurang-kurangnya 5B dalam subjek wajib berkaitan kursus

Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia/Teknologi Maklumat/Lukisan Kejuruteraan/Teknologi Kejuruteraan

Pengurusan
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Matematik Tambahan/ Fizik/ Kimia/ Teknologi Maklumat/ Lukisan Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/ Biologi/ Sains.
  • Geografi/ Ekonomi Asas/ Prinsip Ekonomi/ Prinsip Akaun/ Perdagangan/ Sejarah

2. Had umur - tidak melebihi 20 tahun semasa tarikh permohonan.
3. Pelajar mesti mendapat kelulusan minima CGPA 3.0

Bidang tajaan:
  1. Kejuruteraan perhubungan, elektronik dan elektrik
  2. Teknologi maklumat, sains komputer dan perisian
  3. Pengurusan dan perakaunan

Tarikh permohonan adalah dari 21 Mac 2012 (Khamis) – 30 Mac (Ahad)

Jadi kepada pelajar-pelajar dan warga kerja MMC seluruh cawangan di Malaysia segera rebut peluang keeamasan ini.

Andai ada sebarang maklumat lanjut boleh merujuk di portal Yayasan TM,

Yayasan TM

#KataAmbo: Manfaatkanlah peluang yang ada.

Photobucket

Mar 21, 2013

Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang


Ini adalah segmen pertama dari Belog Cik Kumbang.Tujuan Cik Kumbang buat segmen ini adalah untuk memudahkan Cik Kumbang blogwalking & terjah update terkini blog korang yang join segmen nie.Segmen nie inspired by Mia Liana & Cik Farah,sebab Cik Kumbang menggunakan konsep copy&paste coding HTML sahaja untuk join.Mudah kan?

KENAPA KORANG PERLU JOIN?

SEMUA blogger yang join segmen nie akan dimasukkan ke dalam Blog Khas,Bloglist Cik Kumbang di [SINI] untuk sepanjang tahun 2013 ini.Best kan :) Dan yang paling best, Cik Kumbang akan pilih sekurang-kurangnya 10 blog untuk direview di facebook page Belog Cik Kumbang dan 5 blog untuk direview di Belog Cik Kumbang dengan menggunakan random.org !!! Menarik tak? JOM JOIN !!!

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1.Follow Belog Cik Kumbang untuk mengetahui update terkini segmen ini.Klik
2.LIKE Fanpage Belog Cik Kumbang.Klik
3.Buat satu entry dengan tajuk Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang.
4.Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish. Untuk copy sila klik di bahagian coding, kemudian tekan Ctrl+C serentak untuk copy dan akhir sekali paste kan ke ruangan HTML korang.
5. Make sure korang tinggalkan link entri korang tu kat ruangan komen NIE & nyatakan kategori blog korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist Cik Kumbang nanti.

TARIKH TAMAT: 20 April 2013.


#KataAmbo::as easy as abc ^_____^

Photobucket

Semakan Keputusan SPM 2012 Dalam Talian

Salam,,

Hari ini ( Khamis-21 Mac 2013) mungkin suatu hari seperti mana hari-hari sebelumnya bagi kebanyakan dari kita. Namun tidak bagi 472, 541 calon SPM 2012 yang bakal menerima keputusan peperiksaan mereka hari ini.

Kenyataan dari Menteri Pelajaran, calon-calon SPM 2012 boleh mengambil keputusan masing-masing di sekolah selepas jam 10 pagi. Selain itu, selari dengan teknologi, calon-calon juga boleh membuat semakan menerusi khidmat SMS dengan cara menaip:

  • SPM<jarak>no kad pengenalan<jarak>angka giliran  
  • Hantarkan SMS ke 15888



Perkhidmatan talian SMS untuk semakan keputusan SPM 2012 ini akan mula diaktifkan pada 10am (hari ini) sehingga 11.59 pm (27 Mac 2012). Seramai 472,541 calon SPM 2012 dari 3590 pusat peperiksaan seluruh negara telah menduduki SPM pada 5 Nov- 6 Dis tahun lalu.

Ambo pernah berada dalam situasi seperti mereka kira-kira 5 tahun yang lalu. Semalaman tidak melelapkan mata. Tapi sejak dari awal lagi ambo sudah pasrah dan redha untuk terima apa saja gred yang bakal tercatat pada slip keputusan itu nanti.

#KataAmbo::Halatuju selepas SPM itu suatu yang kritkal.

Photobucket

Mar 20, 2013

[video] Gerakan Mahasiswa Merdeka Bikin Kecoh Di UiTM Shah Alam

salam,,

Beberapa hari yang lalu berlaku sedikit kekecohan di pintu masuk 2 UiTM Shah Alam. Ini semua gara-gara kelibat beberapa individu yang menggelarkan diri mereka sebagai wakil Gerakan Mahasiswa Merdeka (GMM). Lebih menyedihkan, turut lerlibat dalam kelompok kumpulan tersebut ialah bekas pelajar UiTM sendiri yang telah pun digantung pengajian kerana cuba menimbulkan kekacauan dalam kampus.


Sekumpulan mahasiswa Pro-M yg mengelar diri mereka GM13 (Gerakan Mahasiswa PRU 13) mula masuk ke UiTM untuk menyebarkan fahaman ideologi mereka..
Mereka mula berkumpul di Dataran Cendekia namun ditahan pihak Polis Bantuan UiTM dan dibawa ke ibu pejabat Polis Bantuan seterusnya diiring keluar ke pagar UiTM.
Mereka yang terlibat dan turut kelihatan adalah Khalid Ismath (Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen), Safwan Anang (Solidariti Mahasiswa Malaysia), Ekhsan Bukharee (AKSI Mahasiswa Peduli) dan rakan-rakan mereka yang lain lagi..
Namun setelah diiring keluar UiTM, mereka memulakan sesi Speaker Corner di laluan lampu isyarat Pintu 2 UiTM Seksyen 7 dan berlaku sedikit pertengkaran apabila mahasiswa UiTM sendiri mula menghalau mereka..
Di laman media, pihak mereka menyatakan samseng upahan UMNO yang menghalau mereka namun jelas kelihatan hanya mahasiswa UiTM yang sayangkan UiTM dan tiada pula laungan2 perkataan UMNO tadi..
Malah ada aktivis antara mereka memaklumkan yg pihak mereka dipukul oleh samseng2 ini sedangkan tiada pergaduhan tumbuk menumbuk berlaku..



Sebelum ini mereka pernah berkumpul dan cuba menyebarkan ideologi mereka kepada pelajar universiti. Mungkin pada hakikatnya,mereka cuba memberi kesedaran kepada pelajar UiTM terutamanya tentang kebebasan pelajar untuk bersuara dan berpolitik, namun hakikatnya ada agenda tersembunyi yang cuba disampaikan.

Sebelum ini mereka pernah mendakwa, pelajar UiTM sebagai pak turut. Sedangkan mereka tidak tahu, yang pelajar di universiti ini bukannya buta politik dan tidak peka akan isu-isu semasa.

Cumanya, kami sedar, masa sekarang adalah waktu untuk kami melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan merealisasikan cita-cita dan harapan diri, keluarga, masyarakat dan negara untuk berjaya.

Bila semua sudah terlaksana, ilmu sudah penuh didada, kami tampil kedepan dengan ilmu dan bukannya sekadar berbekalkan semangat dan ideologi membabi buta serta dibawah telunjuk pihak-pihak tertentu.

#KataAmbo::Makin banyak ceramah disana sini.

Photobucket

Etika Menolak Jabat Tangan Dengan Bukan Muhrim


salam,,

Pernahkah anda didatangi seseorang yang bukan muhrim, lalu dihulurkan tangan untuk berjabat tangan? Pasti pernah terutamanya ketika menyambut ketibaan seseorang yang berjawatan atau berpengaruh seperti pemimpin negara, menteri-menteri atau mereka yang berjawatan besar.


Lain-lain situasi yang dapat diperhatikan, ketika menerima anugerah atau hadiah dalam suatu majlis penganugerahan.Mungkin juga istiadat konvokesyen. 

Bagaikan sudah jadi kebiasaan, kita melihat seseorang berjabat tangan dengan bukan muhrim. Mungkin bukan sengaja, tetapi atas sebab tidak dapat dielakkan seperti:

  • Takut orang yang menghulurkan tangan untuk berjabat berkecil hati.
  • Takut dikatakan sombong
  • Sebagai tanda hormat, sebab orang tersebut lebih berpangkat tinggi
  • Dan lain-lain.

Sebenarnya ada cara yang lebih beretika dan beradap untuk menolak berjabat tangan dengan bukan muhrim supaya mereka tidak salah faham. Lebih-lebih lagi jika orang tersebut jahil akan hukum hakam Islam terutamanya yang bukan Islam.

#KataAmbo::Hidup beretika

Photobucket

Mar 18, 2013

[Video] Gol Ayeyawady United vs Kelantan Piala AFC 2013

salam,,

Mungkin ramai yang masih belum menonton jaringan gol bagi aksi Piala AFC 2013 antara Ayeyawady United vs Kelantan yang berlangsung pada 13 Mac 2013 yang lalu.

Kejayaan Kelantan menewaskan tuan rumah, Ayeyawady United 3-1 dalam aksi itu, membalas dendam kekalahan dengan jumlah jaringan yang sama dalam Piala AFC 2012 yang lalu. Gol-gol pasukan Kelantan dijaringkan oleh kapten pasukan Badhri Razi dan disusuli dua jaringan penyerang Dimitri Petratos yang mendapat assist dari Dickson Nwakaeme.




Video ini telah dirakamkan oleh pegawai media pasukan Kelantan yang mengikuti rombongan ke Myammar.

sumber : FB

#KataAmbo::Kecewa siaran tertunda di TV9 dibatalkan masih terasa.

Photobucket

Mar 16, 2013

Menang Top 4 Hypercontest MK Syahir

salam,,


Alhamdulillah, setelah sekian lama menyelami dunia blog, akhirnya ambo mendapat hasil pertama dari dunia blog ini. Meskipun tidak sebesar manapun tetapi siapa nak bagi percuma RM30. Jadi terima kasih tak terhingga kepada penganjur hypercontest Ada Apa Dengan Blog MK Syahir? yang memilih entri penyertaan ambo sebagai antara 4 yang terbaik. Juga terima kasih kepada juri bersama untuk hypercontest ini, Ben Ashaari.

Hypercontest yang memerlukan peserta menilai blog MK Syahir dan memberikan kritikan atau pendapat seikhlas mungkin tentang blog tersebut. Jika ada kekurangan, apakah penambahbaikan yang perlu dilakukan pemilik blog tersebut. Itulah serba-sedikit tentang hypercontest anjuran MK Syahir.

Klik gambar untuk keputusan penuh.
Untuk pengetahuan umum, MK Syahir antara blogger yang aktif menjadi penaja kepada contest anjuran beberapa blogger popular. Jadi alang-alang sudah singgah sini, cuba-cubalah melawat blog beliau di mksyahir.com yang menggunakan tajuk APAKAH?. Manalah tahu ada contest lagi ke?

#KataAmbo::Tersengih sampai sideburn

Photobucket


[video] Ribut Di Majlis Bekwoh Rakyat Kelantan Bersama PM

salam,,

Menakutkan. Itu gambaran yang ambo boleh katakan apabila melihat satu video yang menunjukkan khemah-khemah terbang di landa ribut ketika berlangsungnya Majlis 'Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri di Tanah Merah Kelantan ada 15 Mac 2013 yang lalu.

Kejadian tersebut berlaku ketika lagu 1Malaysia rancak dinyanyikan di pentas utama. Sebelum itu, ketika berlangsungnya majlis tersebut, PM turut menggariskan 7 'dosa' besar Pakatan Rakyat (PR) termasuk Pas di Kelantan.

Perdana Menteri menggariskan, antaranya dosa parti Pas ialah membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam, gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan, membenarkan pemimpin DAP secara rakus membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing serta mempermainkan matlamat perjuangan Pas sendiri.
"Dosa Tian Chua (Naib Presiden PKR) terhadap isu di Lahad Datu dan tahaluf siyasi (kerjasama politik antara Pas, PKR dan DAP) merupakan antara tujuh dosa besar pembangkang terhadap rakyat.
"Kalau saya dahulu mengumumkan tujuh perkara untuk rakyat Kelantan, kini tujuh dosa besar mereka yang ambo nok sebut hari ini," katanya pada Majlis `Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri di Sekolah Menengah Tanah Merah 1 di sini, hari ini.15 mac 2013.
sumber:Sinar Harian 





#KataAmbo::Makin dekat PRU, makin ramai yang merapu.

Photobucket

Mar 15, 2013

Syoknya Rokok Yang Tidak Diketahui Umum


Salam,,

Adakah anda seorang perokok? Jika ya, maka ber'bahagia'lah anda dengan status sebagai seorang perokok.
Ramai orang kata perokok ni leceh dan pengotor. Mungkin ya dan mungkin tidak. Tetapi hakikatnya seorang perokok sebenarnya ada sesuatu yang menjadikan mereka bangga dengan keupayaan mereka menyedut asap.



Perokok biasanya senang cari geng untuk melepak. Semuanya atas satu persamaan iaitu berkongsi sekotak rokok atau pemetik api. Tetapi ada juga kes gaduh disebabkan sebatang rokok tapi biasanya budak hingusan yang baru nak belajar merokok la.

Perokok juga ambo tengok tidak kisah duduk di kedai-kedai makan seorang diri. Kerana mereka ada rokok sebagai teman. Perokok juga merupakan antara kelompok yang kreatif mencari 'port' untuk merokok. Dan semestinya akan turut menjadi tumpuan perokok-perokok yang lain seterusnya mewujudkan satu komuniti mereka. 

Satu perkara lagi yang mungkin menjadikan perokok lebih bangga untuk 'terus' merokok. Apakah perkara tersebut? Jawapannya ada dalam paparan video dibawah.




#KataAmbo::alergic dengan asap rokok.
Photobucket

Sultan Kelantan Ziarah Keluarga Arwah Wira Negara

salam,,

Kesedihan yang menyelubungi keluarga arwah Ahmad Hurairah yang terbunuh ketika bertugas menggempur kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu turut sama dikongsi dengan KDYMM Sultan Muhammad V yang berangkat menghadiri Majlis Tahlil Arwah, Wira Negara Allahyarham Ahmad Hurairah Bin Ismail Di Kg Bayu Lalang,Dun Meranti.

Satu penghormatan dari Sultan Kelantan ini terhadap wira negara itu. Arwah Ahmad Hurairah, anggota tentera negara yang terkorban semasa bertugas di Lahad Datu selamat dikebumikan dikampung halamannya pada tengah hari 13 mac 2013 lalu.


Ambo juga difahamkan, arwah merancang untuk mengikat tali pertunangan, pada Februari lalu dengan Nordiana Kamarruddin, 23, pelajar tahun akhir jurusan sarjana muda syariah dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail (KIAS).

Namun terpaksa tangguhkan hasrat beliau kerana Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja(RAMD) tempat Ahmad Hurairah bertugas telah diletakkan dalam keadaan siap sedia untuk Ops Daulat di Lahad Datu.

Gambar: Sinar Harian
Semoga arwah dan seluruh anggota keselamatan negara yang terkorban mendapat tempat dalam kalangan orang-orang yang beriman hendaknya.

#KataAmbo::Apa pengorbanan kita untuk negara?
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...