Nov 27, 2012

Harapan Tragedi AFF Suzuki Cup Berulang

Salam,,


Semua orang pastinya lebih mengharapkan sejarah yang hebat akan berulang berbanding cuba mencipta satu sejarah baru yang lebih hebat.

Begitu lah agaknya harapan seluruh peminat bola sepak Malaysia, yang mengharapkan skuad kebangsaan dapat sekali lagi menjulang Piala AFF Suzuki 2012 dengan skrip yang sama.

sumber gambar


Tragedi AFF Suzuki Cup 2010:: 

#Malaysia dibelasah 5-1 oleh Indonesia tetapi bangkit muncul juara ..

#Laos hampir mengejutkan Thailand pada perlawanan pertama peringkat kumpulan tetapi gol last minute menghampakan pasukan Laos apabila seri 2-2 ..

Tragedi AFF Suzuki Cup 2012 :

#Malaysia dibelasah Singapura 3-0 dan mungkin akan bangkit muncul juara ..

#Laos hampir mengejutkan Indonesia pada perlawanan pertama peringkat kumpulan tetapi gol last minute menghampakan pasukan Laos apabila seri 2-2 ..

Apa-apapun teori dan pandangan yang diberi, hanya kemenangan yang diinginkan semua. Lebih-lebih lagi skuad Rajagopal sendiri. Mungkin eksperimen beliau sudah menemui formula yang terbaik untuk untuk menterjemahkan aksi yang hebat dan kemenangan pun tercipta.


#notaBuruk::kumpul duit lagi nak beli jersi Harimau Malaya.

Photobucket

1 comment:

  1. harap pasukan malaysia bangkit dari kekalahan terbaru, terus berikan sokongan..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...