Feb 5, 2015

Dilema Pemburu Kerja

Salam,,

Berdebar menunggu 13 Februari. Ada apa dengan 13 Februari? Ada kumpulan baju-baju berkaler nak buat rusuhan ke?

Bukan!

13 Februari tarikh pengumuman keputusan peperiksaan akhir semester Sep 2014/Jan 2015. Hari yang akan jadi titik pemisah antara dua zaman. Zaman belajar dan zaman kerjaya dan mungkin diselangi zaman menganggur. Tapi minta dijauhkan. Tapi itulah dilema yang harus dihadapi oleh setiap yang bakal bergelar graduan.

Bakal graduan tahun 2015, di mana peramal ekonomi meramalkan 2015-2016 tahun kemelesetan ekonomi bukan setakat di Malaysia malah di dunia. Sadis dan pilu bunyinya.

Tapi itulah hakikat. Dan disebabkan hakikat itulah ramai memilih untuk memulakan bisnes sendiri. Dan disebabkan nak buat bisnes tapi tak ada ilmu maka ramailah yang terjerumus ke lembah MLM. Macam-macam peel la orang zaman sekarang. Nak kaya sambil goyang kaki dan selfie.


Hujung minggu ni ada career fair dekat klcc. Tunggu tengoklah berapa ramai graduan akan serbu booth syarikat yang jadi peserta career fair anjuran gradmalaysia itu nanti. Setiap zaman ada cabaran-cabarannya yang tersendiri. Pandai-pandailah generasi sesuatu zaman itu untuk mengolah cabaran jadi peluang.

#KataAmbo::Anggur ku tanam masam rasanya.
Photobucket

Dec 18, 2014

Hooligan Bola Sepak Menangis


Masih ingat kejadian penyokong Vietnam dibelasah hooligan bola sepak Malaysia di Stadium Shah Alam semasa perlawanan separuh akhir 1 Piala AFF Suzuki 2014 baru-baru ini. Dalam aksi tersebut, Harimau Malaya tewas 1-2 kepada Vietnam. Kejadian yang jelas memalukan imej Malaysia di mata Asean dan dunia. Dan kini hooligan-hooligan ini dikhabarkan menangis teresak-esak dikandang pertuduhan mahkamah.

Siapa sangka disebalik topeng mesin rumput ada insan hati tisu. Berlagak samseng tapi bercucuran air mata pabila berdepan pertuduhan hasil dari tindakan bodoh sendiri. Bukan budaya hooligan yang jadi cara terbak untuk tingkatkan mutu bola sepak negara mahupun memeriahkan industri sukan bola sepak di Malaysia ini. Malah tak membantu langsung dan berpotensi membantutkan perkembangan sukan tersebut.

#KataAmbo | Hooligan cap ayam
Photobucket
 

Nov 4, 2014

7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT


Selamat pagi dunia. Selamat pagi makhluk Allah di segenap penjuru alam. Tips untuk ceria sepanjang hari adalah dengan mulakan hari dengan positif. Kawan, teman, member, geng. Macam-macam istilah orang bagi untuk sebuah persahabatan. Tahukah kita yang kawan atau teman boleh dibahagikan kepada 7 jenis. Jadi ambo kongsikan 7 jenis persahabatan yang mana dari 7 hanya 1 yang sampai ke akhirat. 

Persahabatan yang macam mana tu? Dan jatuh dalam jenis yang ke berapakah kita? Ambo kongsikan info berikut yang dipetik dari IG abby_abadi112.

1. TA'ARUFFAN Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. TAARIIKHAN Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya. 

3. AHAMMIYYATAN Persahabatan yang terjalin kerana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya. 

4. FAARIHAN Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya. 

5. AMALAN Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya. 

6. ADUWWAN Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semutpun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT: "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120) Rasulullah SAW mengajarkan doa: "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan." 

7. HUBBAN LIMAANAN Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam di penghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala. 

Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP di Akhirat. Yang TINGGAL hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT: "Pada hari itu (Kiamat) sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf : 67) Semoga persahabatan kita bertambah erat dan sentiasa diberkati kerana Allah SWT. Aamiin...!!! 


#KataAmbo|Ramai kawan bila masa senang.
 

Photobucket

Oct 29, 2014

Benarkah Aku Sudah Taubat?



Masih melakukan dosa, sedangkan sudah berkali-kali melakukan taubat?

Hakikat orang yang melakukan maksiat ini adalah penat. Mereka kepenatan kerana dibebani dengan bebanan dosa yang banyak. Jiwanya sentiasa resah dan gelisah dek perbuatan dosanya itu. Akhirnya, dia kembali bertaubat dan beristighfar kerana menginginkan kerehatan pada jiwanya. Bukan kerana takutkan azabNya. '

Setelah kembali tenang jiwanya, dia kembali melakukan maksiat sehingga berasa penat dan resah kembali. Lalu, dia kembali kepada taubat dan istighfar bagi menghilangkan kepenatan dan keresahannya itu. Begitulah keadaannya orang yang menjadikan taubat itu sekadar tempat untuk menenangkan jiwanya semata tanpa rasa takut akan azab Allah yang sangat pedih dan berharap supaya taubatnya diterima.

Kesannya, dia akan terus melakukan maksiat sekalipun sudah berkali-kali melakukan taubat. Na'uzubillahiminzalik...

Terasa apa yang diperkatakan di atas datang menerpa ke atas batang hidung sendiri dan menusuk ke jantung hati. Memang kita begitu kan? Jangan tipu diri sendiri untuk jadi lebih baik. Terbuka dan terima saja teguran dan nasihat. Boleh jadi itu teguran secara tidak langsung dari Tuhan Ya Rahman Ya Rahim. 

#KataAmbo | Dipetik dari IG FedtriYahya.
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...