Jan 31, 2014

KKM siasat produk Double Stemcell

Salam,,

Sekitar minggu lalu ambo ada terbaca satu laporan yang mengatakan logo halal yang diguna pakai oleh pihak Double Stemcell itu palsu. Hmm..terkejut beruk monyet ambo. Maklumlah produk tersebut tiba-tiba meletup dan ramai melibatkan diri dengan bisnes tersebut.

Pihak yang mengeluarkan kenyataan itu, bukan main tembak je. Tapi ia dibuktikan dengan merujuk pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Penjelasan lanjut boleh rujuk sini.

Terbaru pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula sedang melakukan siasatan terhadap kesahihan kelulusan KKM yang diguna pakai oleh pihak Double Stemcell ni. Siasatan ini dibuat ekoran terdapat aduan untuk pengesahan kelulusan KKM yang tertera pada produk tersebut. Penjelasan rasmi dari pihak KKM akan dikeluarkan sedikit masa lagi setelah selesai siasatan. Penjelasan lanjut rujuk sini lagi.



Ambo percaya telah ramai yang telah melibatkan diri dengan bisnes ini. Apa-apa keputusan yang bakal dikeluarkan oleh pihak KKM harapnya dapat diterima dengan penuh redha. Pesan ambo buat semua yang membaca nukilan ambo, hati-hatilah untuk melibatkan diri dengan apa-apa bisnes. Untung dan rugi itu memang adat bisnes tapi elakkan dari jadi mangsa penipuan.

Banyak bisnes bersifat scam diluar sana. Tapi tak semua bak kata pepatah melayu " kerana nila setitik rosak susu sebelanga".

#KataAmbo::Pernah jadi mangsa penipuan. Jadi boleh tahulah rasa peritnya tu.

Photobucket

Jan 29, 2014

[Liga Super 2014]The Red Warriors Tumbang Di Kota Bharu

Salam,,

Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu ternyata bukan lagi gelanggang keramat bagi pasukan Kelantan apabila tewas buat pertama kalinya musim ini kepada pasukan berstatus kelab, PKNS Selangor dalam aksi ketiga liga super 2014 malam tadi.

Tewas 1-2 kepada PKNS mengubah kedudukan Kelantan dari puncak liga ke posisi ke-4 liga. Boleh jadi slogan "This Is Kota Bharu" tidak lagi mendatangkan gerun kepada pasukan lawan. Tapi ambo sebagai sebahagian dari penyokong The Red Warriors masih cuba bersikap optimis Kelantan akan bangkit.

Keputusan Penuh Liga Super 2014 ( 28 Januari 2014)

Terengganu  2-0  T-Team
Kelantan      1-2   PKNS
JDT              2-2   Lions XII
ATM            1-0   Perak
Sarawak       3-0  Sime Darby
Selangor       1-0  Pahang

Jika musim lalu, Kelantan bergelut dengan ketumpulan jentera serangan pada awal musim, namun akhirnya berjaya menduduki 4 pasukan terbaik liga super selain muncul juara Piala FA. Tapi kali ini menampakkan situasi sama. Cumanya kali ini posisi serangan dilihat agak mantap, cuma keserasian majoriti pemain baru pastinya menjejaskan rentak Kelantan.

Ambo berharap agar ketua jurulatih TRW, Steve Darby dapat menutup segala kekurangan bagi memastikan TRW kekal memberikan cabaran untuk kejuaraan liga. Biar menang tak megah, kalah tak rebah.


#KataAmbo::Hidup ambo hambar, tapi hambar lagi blog ambo.keh..keh!

Photobucket

Jan 25, 2014

[Liga Super 2014] Siaran Langsung Sarawak vs Kelantan

Salam,

Kehangatan Liga Super 2014 kembali. Pertengahan minggu lalu, kancah bola sepak negara sibuk dengan saingan Piala FA yang baru bermula. Malam nanti saingan Liga Super untuk perlawanan kedua akan berlangsung. Perlawanan yang menjadi pilihan oleh Astro Arena untuk siaran secara langsung (25 Januari 2014) malam nanti adalah pertemuan Sarawak vs Kelantan dari Stadium Negeri Kuching jam 8 malam.

Ambo amat ternanti-nantikan perlawanan tersebut. Sarawak selaku juara Liga Perdana 2013 pastilah bukan lawan mudah bagi Kelantan yang dalam usaha untuk bangkit dengan majoriti barisan pemain baru. Lebih menambahkan kesukaran ialah beraksi di depan ribuan penyokong fanatik Bujang Senang.


Bertemu Sarawak, sekali lagi Kelantan akan mengharapkan ketajaman Ghaddar yang pernah beraksi cemerlang bersama The Red Warrior musim 2012. Selain penampilan penyerang berbisa Forkey Doe serta kecemerlangan Badri Radzi di posisi tengah. 


Kemenangan di awal musim amat ditagih oleh mana-mana pasukan untuk mendapatkan momentum terbaik bagi mencabar kejuaraan Liga Super musim ini. Sarawak ingin bangkit dari kekalahan perlawanan pertama.

Begitu juga Kelantan yang ingin meneruskan rentak kemenangan keatas Sime Darby di Kota Bharu. Meskipun keluar kenyataan hanya mensasarkan sekurang-kurangnya satu mata dari Kuching. Jadi ayuh peminat bola semarakkan Liga Malaysia.

#KataAmbo::Mana ada pasukan bola main untk kalah. Kecuali rasuah..kehkehkeh!

Photobucket

[Al-Fatihah] Matinya Seorang Murabbi

Salam,

Daripada Abdullah bin Amr bin al-‘As r.huma berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW. Bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu sekaligus daripada (dada) manusia, tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama’.
Apabila sudah ditiadakan alim ulama’, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Jadilah mereka itu sesat lagi menyesatkan orang lain.”
[Al-Bukhari (100, 7307); Muslim (2673)]

Pada jam 12.05 tengah malam semalam, kembalinya seorang lagi ulama ke pangkuan Ilahi. Insan yang dimaksudkan ialah Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Dato Tuan Guru Hj. Haron Taib. Almarhum meninggal dunia di Hospital Sultanah Zahirah Kuala Terengganu.

Ulama ini antara individu yang paling lantang bersuara menentang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dalam kitab Bible dan menentang ajaran syiah demi membela Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beberapa kenyataan dari Arwah Tuan Guru Hj. Haron Taib yang patut dijadikan renungan kita bersama.

  • ISU KALIMAH ALLAH :”Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,”
  • ISU KALIMAH ALLAH: “Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri, sebagai orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Allah hanya hak agama dan umat Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu,”
  • ISU KALIMAH ALLAH: “Majlis Syura Ulama PAS tidak akan menarik balik atau berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibat kan akidah, bukan sesuatu yang boleh mendapat kelonggaran,”
  • HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:”Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi,”
  • HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:”Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS,”
  • MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia”.
  • MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif,” 
  • HIMPUNAN BLACK505: “Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengulangi bahawa parti itu tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu (Black 505) kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13,” 
  • HIMPUNAN BLACK505: “Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka membantah itu (keputusan pilihan raya),”
  • HIMPUNAN BLACK505: “Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,” 


sumber : KLXpress

#KataAmbo:Mati orang alim adalah mati alam ini.

Photobucket

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...