Showing posts with label liga super 2014. Show all posts
Showing posts with label liga super 2014. Show all posts

Jan 29, 2014

[Liga Super 2014]The Red Warriors Tumbang Di Kota Bharu

Salam,,

Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu ternyata bukan lagi gelanggang keramat bagi pasukan Kelantan apabila tewas buat pertama kalinya musim ini kepada pasukan berstatus kelab, PKNS Selangor dalam aksi ketiga liga super 2014 malam tadi.

Tewas 1-2 kepada PKNS mengubah kedudukan Kelantan dari puncak liga ke posisi ke-4 liga. Boleh jadi slogan "This Is Kota Bharu" tidak lagi mendatangkan gerun kepada pasukan lawan. Tapi ambo sebagai sebahagian dari penyokong The Red Warriors masih cuba bersikap optimis Kelantan akan bangkit.

Keputusan Penuh Liga Super 2014 ( 28 Januari 2014)

Terengganu  2-0  T-Team
Kelantan      1-2   PKNS
JDT              2-2   Lions XII
ATM            1-0   Perak
Sarawak       3-0  Sime Darby
Selangor       1-0  Pahang

Jika musim lalu, Kelantan bergelut dengan ketumpulan jentera serangan pada awal musim, namun akhirnya berjaya menduduki 4 pasukan terbaik liga super selain muncul juara Piala FA. Tapi kali ini menampakkan situasi sama. Cumanya kali ini posisi serangan dilihat agak mantap, cuma keserasian majoriti pemain baru pastinya menjejaskan rentak Kelantan.

Ambo berharap agar ketua jurulatih TRW, Steve Darby dapat menutup segala kekurangan bagi memastikan TRW kekal memberikan cabaran untuk kejuaraan liga. Biar menang tak megah, kalah tak rebah.


#KataAmbo::Hidup ambo hambar, tapi hambar lagi blog ambo.keh..keh!

Photobucket

Jan 25, 2014

[Liga Super 2014] Siaran Langsung Sarawak vs Kelantan

Salam,

Kehangatan Liga Super 2014 kembali. Pertengahan minggu lalu, kancah bola sepak negara sibuk dengan saingan Piala FA yang baru bermula. Malam nanti saingan Liga Super untuk perlawanan kedua akan berlangsung. Perlawanan yang menjadi pilihan oleh Astro Arena untuk siaran secara langsung (25 Januari 2014) malam nanti adalah pertemuan Sarawak vs Kelantan dari Stadium Negeri Kuching jam 8 malam.

Ambo amat ternanti-nantikan perlawanan tersebut. Sarawak selaku juara Liga Perdana 2013 pastilah bukan lawan mudah bagi Kelantan yang dalam usaha untuk bangkit dengan majoriti barisan pemain baru. Lebih menambahkan kesukaran ialah beraksi di depan ribuan penyokong fanatik Bujang Senang.


Bertemu Sarawak, sekali lagi Kelantan akan mengharapkan ketajaman Ghaddar yang pernah beraksi cemerlang bersama The Red Warrior musim 2012. Selain penampilan penyerang berbisa Forkey Doe serta kecemerlangan Badri Radzi di posisi tengah. 


Kemenangan di awal musim amat ditagih oleh mana-mana pasukan untuk mendapatkan momentum terbaik bagi mencabar kejuaraan Liga Super musim ini. Sarawak ingin bangkit dari kekalahan perlawanan pertama.

Begitu juga Kelantan yang ingin meneruskan rentak kemenangan keatas Sime Darby di Kota Bharu. Meskipun keluar kenyataan hanya mensasarkan sekurang-kurangnya satu mata dari Kuching. Jadi ayuh peminat bola semarakkan Liga Malaysia.

#KataAmbo::Mana ada pasukan bola main untk kalah. Kecuali rasuah..kehkehkeh!

Photobucket

Jan 19, 2014

Liga Super 2014:The Red Warrior Langkah Kanan

Salam,

Liga Super 2014 telah pun bermula malam semalam dengan Pahang menjulang Piala Sumbangsih menewaskan Lions XII. Malam tadi pula bersambung untuk 10 pasukan lagi. Berikut ambo kongsikan keputusan penuh :

JDT 2 - 0 Perak (Amri, Figueroa)
ATM 2 - 0 Sarawak (Marlon, Christie)
Selangor 2 - 0 T-Team (Rangel, Rangel)
Kelantan 2 - 1 Sime Darby (Ghaddar, Ghaddar - Fadzli)
Terengganu 2 - 1 PKNS (Mamandou Hady, Mamandou Hady - Hamka Hamzah)
Pahang 1 - 0 Lions (Conti)

Malam tadi The red warriors bermula dengan langkah kanan apabila membenam Sime Darby di stadium Sultan Muhammad IV. Yang pasti sentuhan Ghaddar kembali menjadi pertaruhan Kelantan menerusi 2 jaringan beliau. Meskipun ambo tak berkesempatan menonton secara langsung mahupun tertunda perlawanan tadi, tetapi bagi ambo posisi serangan Kelantan tidak banyak masalah.

Lebih-lebih lagi dengan gandingan Ghaddar dan Forkey Doe yang juga seorang penyerang yang jarang melepaskan peluang apabila di depan gol.

Apapun musim 2014 masih panjang dan ternyata persaingan merebut kejuaraan yang cukup sengit, memandangkan semua team begitu serius mempersiapkan pasukan.



#KataAmbo::Kali ni mesti beli jersi TRW. Kicap pun kicap laa.

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...