Nov 18, 2011

6 RAMUAN KRITIKAL DALAM MAKANAN YANG ANDA PERLU TAHU SEBAGAI PENGGUNA ISLAM.




1.       LEMAK DAN MINYAK
·         Banyak digunakan dalam makanan.
·         Meningkatkan rasa makanan.
·         Shortening nama komersial bagi lemak dan minyak.
·         Digunakan dalam biskut, pizza, pudding, krim dll.
·         Sumber: tumbuhan dan haiwan.

2.       PENGEMULSI
·         Digunakan utk mencampurkan air dan minyak. Jika tidak, minyak dan air akan terasing.
·         Contoh pengemulsi: lecithin, monoglycerides dan diglycerides

monoglycerides dan diglycerides
·         Gabungan lemak dan glycerol: satu (mono) @ dua (di) asid lemak.
·         Amnya mono dan diglycerides dihasilkan drpd minyak tumbuhan, lemak lembu @ lemak babi.
·         Cntoh produk yg menggunakannya : dlm penghasilan bakeri, minuman, aiskrim, gula-gula getah, shortening, whipped topping, majerin dan hasilan konfeksi.

3.       PENSTABIL
·         Menghasilkan kestabilan dan tekstur pada produk. Contoh : agar-agar, pudding, minuman susu bercoklat, jelly dan salad dressing.
·         Contoh penstabil:- gum, kanji, dektrin,amilose,gelatin, karagenan.

Gelatin
·         Pada lazimnya dihasilkan drpd tulang, kulit babi, lembu, ikan, dan haiwan lain. Memberi sifat gelling/thickening.
·         Hasilan yang mengandungi gelatin berkemungkinan HARAM @ SHUBHAH (mashbooh).
·         Produk: aiskrim, yogurt, produk jeli, minuman susu, coklat, gula2 dll.

4.       ENZIM
·         Banyak digunakan dalam industry makanan. Sumber dari haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma. Contoh: memproses keju yang menggunakan enzim renin (perkataan inggeris bagi enzim chymosin), diekstrak daripada perut anak lembu (rennet).
·         Enzim Pepsin: Enzim dari perut babi @ anak haiwan lain.
·         Produk: aiskrim, yogurt, produk jeli, minuman susu, coklat, gula2, dll.
5.       GLYCERIN
·         Dihasilkan dari lemak @ minyak haiwan bersumberkan tumbuhan @ dari bahan petrokimia(sintetik), tapi biasanya daripada haiwan.
·         Banyak digunakan dalam minuman,bahan gunaan seperti ubat gigi, syampu, sabun.

6.       ALKOHOL
·         Minuman keras/arak merupakan najis.
·         Ada digunakan dalam minuman, aiskrim, salad dressing dan jenis2 sos.
·         Industri perisa. Ia digunakan sebagai pelarut.

Secara keseluruhannya, E-kod yang mashbooh (diragui) ini bersumber daripada bahan kimia/sintetik, haiwan, tumbuhan yang digunakan sebagai pewarna, pengawet, antioksida, miscellaneous(garam daripada asid lisitin), pengemulsi, yang dikhuatiri diambil daripada bahan yang boleh memudaratkan serta diragui dari segi halal haramnya.

Logo-Logo Halal Luar Negara.

Contoh Logo Halal Luar Negara Yang Diiktiraf.
Antara Logo Halal Yang Tidak Diiktiraf


P/S: sumber dipetik dari risalah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).



Photobucket

Nov 13, 2011

Man Jadda Wajada.

salam,,



Berlalulah sudah cuti Aidiladha maka kini minggu kuliah kembali dan sekarang berbaki 6 minggu lagi sebelum peperiksaan akhir bertandang.

Dalam tempoh tersebut satu projek microprosessor perlu dijalankan. 2-3 test sedang beratur ambil nombor giliran. Seram sejuk kepala otak ambo memikirkan benda itu semua. Mengeluh sambil geleng kepala lalu berkata " Adoi, tension giler!!" tak ada gunanya.

Dengan kesempatan masa yang ada, ambo cuba sedaya upaya untuk extract segala motivasi dan semangat yang masih bersisa dalam diri ini sambil mencari sebanyak mungkin sumber ketenangan dan kekuatan agar perjuangan yang masih lama lagi untuk diselesaikan dipermudahkan serta dirahmati Allah s.w.t Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...amin!!

Pepatah arab berbunyi, Man Jadda Wajada - siapa yang berusaha akan dapat hasilnya. Insyaallah!!

TV al-hijrah ada dokumentari mengunakan tajuk tersebut. Jadi ambo cuba mendalami pepatah tersebut dan mengaplikasinya dalam hidup bukan setakat sembang kosong saja. Jadi sesiapa yang teringin untuk mendalami pepatah arab tersebut bersama-sama amatlah dialu-alukan...




#KataAmbo::Never Give Up.
Photobucket

Oct 14, 2011

Tanya Sama Jiwa

Bro-bro Meet Uncle Hussin aku pinjam lirik korang dengan izin untuk di'edit' skit untuk dijadikan bahan mengisi blog yang tak seberapa ini..
Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak nafsunya
Ku tertewas

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang dosa kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

chorus
                                                         Tanya sama jiwa apa sebab goyang..
jawab setan yang goncang..
terbang iman terbang..
patah hati diduga..
seandainya rebah..
kau masih ada..
Tuhan.

Terlalu leka dan leka
Terlupa apa yang wajib
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula sedar

chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu leka dan leka
Terlupa apa yang wajib
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula sedar
Tanya sama jiwa



pesanan penaja: Banyak yang perlu ditanya...!!
Photobucket

Oct 8, 2011

FUTSAL : kakiku kaku

 Assalamualaikum, salam pembuka bicara. Tika dan saat ini aku cuba gagahkan mata tahan mengantuk menunggu masuknya waktu Subuh. Penat berlari-lari atas gelanggang futsal masih terasa. Minggu ni saja sudah dua kali aku turun main futsal. Tapi orang lain yang sudah sebati dengan benda ni mungkin tiap-tiap petang turun main futsal.

Setelah dicampur, tolak, bahagi, dan darab setakat ni baru 4++ kali aku main futsal dalam masa 2 tahun...sekali lagi aku habaq hang..dalam masa 2 tahun. Seriuus lama gila kaki aku tak 'mencium' bola. Last kaki aku tendang bola masa form 2 dulu-dulu. Lepas tu lama aku bergelumang dengan buku, berlari berkejaran dengan kelas tambahan kat sekolah.
Diimbas kembali zaman kanak-kanak dulu, especially time sekolah rendah kalau petang-petang tak turun padang main bola dengan kengkawan memang tak sempurna hari itu. Dimana ada tempat budak-budak main bola disitu aku ada. Tapi biasanya padang sekolahlah.

gambar hiasan.
Perut yang lapar pun boleh kenyang bila dapat tendang bola. Tapi itu dulu, sudah jadi sejarah sudah jadi nostalgia.Zaman sudah berubah bro..dulu futsal masih asing lagi, bola sepak padang yang dikerumuni. Tapi kini gelanggang futsal macam cendawan lepas hujan. Ceruk kampung pun ada.
Tapi satu hakikat yang harus diterima, kakiku kaku dan sudah tidak sehaluan dengan bola..Mungkinkah sudah jadi kaki bangku???Owhh tidakkk...haisyh.!! Tapi jiwa bola masih mekar, kalau tidak masakan sanggup berjaga malam tengok bola.
kasut futsal pun tarak..

Kini visi, misi aku satu. Cuba kembali aktif bersukan tidak kira apa-apa sukan@aktiviti sekali pun. Cuma yang jadi problem..starting??Bila..dimana..bagaimana..??
i need hobby

Apa-apapun thanks a lot to everyone whose invited me main futsal!! Moga-moga apa yang aku hajati seusai aku menjejakkan kaki di bumi Shah Alam, yakni BE ACTIVE dimakbulkan..Amin.


Photobucket




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...