Showing posts with label trending. Show all posts
Showing posts with label trending. Show all posts

Apr 19, 2013

Gwiyomi Versi Malaysia Yang Cun


Salam,,

Semenjak kebelakangan ini ada saja video-video yang dirakamkan secara peribadi dan menjadi trending setelah di upload di YouTube ataupun di mana-mana laman sosial ada. Dalam sekelip mata saja sudah tersebar di internet. Jika sebelum ini ada tarian Gangnam Style nya, kemudian muncul pula Harlem Shake yang sah-sah terserlah bangangnya. 

Lepas itu muncul pula satu lagi video, parody lagu Sayang-Shae versi lembut. Boleh dikatakan senang-senang saja mamat yang buat video tu jadi terkenal. Senang cerita zaman sekarang, dengan kecanggihan teknologi, senang sekali untuk jadi terkenal.

Satu lagi video yang menjadi trending sekarang ini, Gwiyomi. Versi Thailand ada, versi Malaysia pun ada. Tapi memang tidak dinafikan yang versi Malaysia tu memang cun habis haha..
Gwiyomi song atau Kwiyomi song ini merupakan single dari artis k-pop, Hari yang dikeluarkan pada 18 Februari 2013. 

Pertama kali ambo tengok video-video ni semua, apabila ada seorang kenalan yang membuka video ini semasa tengah lepak-lepak sambil "meeting". Bagi yang tak pernah tengok Gwiyomi tu, hah inilah videonya.


Adoi macam-macam sekarang...

#KataAmbo: Sekali tengok macam jurubahasa isyarat berita TV1.
Photobucket

Oct 31, 2012

Tawaran Istimewa Maxis Fibre Internet 10 Mbps

Salam,,

Cuti hari raya korban dah habis sedara!!

maxis fibre internetAl-kisah semasa cuti yang lalu ambo tertonton iklan maxis yang mempromosikan maxis fibre internet.
Dengan kelajuan yang diperkatakan 10 mbps pada harga RM 148. Pada awalnya ambo sangsi akan keberkesanan dan kebenarannya. Yalah, mungkin ada apa-apa bayaran yang tersembunyikan..sapa tau??

Terasa teringin mencapai kata sepakat dengan teman-teman serumah untuk mencuba maxis fibre internet tapi apakan daya kontrak unifi masih berbaki.

Sep 13, 2012

Gambar Majlis Pelancaran iPhone 5 di San Francisco

Salam,,

Berikut ambo kongsikan gambar sekitar majlis pelancaran iPhone 5 di Yerba Buena Center of The Arts San Francisco USA yang berlangsung pada 12 september 2012.


sah-sah semua yang hadir guna produk apple





Lepas ni mungkin tak ada lagi poket yang terbonjol keluar..sebab iphone makin nipis
Dan rasa bangga para pengguna iphone mungkin sedikit tersorok

















#notaburuk::penah-penah ambo habiskan masa kumpul gambar,agak-agak Apple ada rasa nak bagi ambo iPhone free ke..?

Photobucket

Sep 3, 2012

Oppa Gangnam Style Versi Hari Raya

salam,,

Oppa Gangnam Style nyanyian artis k-pop dari mana lagi kalau bukan Korea Selatan iaitu PSY memang menjadi satu fenomena.


First ambo tahu pasal trending ini menerusi Gala Tv di Astro Awani. Terkini muzik video Oppa Gangnam Style telah ditonton sebanyak 94,252,550 di You Tube. Giler kentang habaq hang!!

oppa gangnam style


Apa yang istimewa ambo pun tak tau. Dengarkan lenggok melodi dia boleh lah kompromi tapi bila layan video rasa macam mau pitam..seyes tak bohong dan tak tipu.

Klip video asal ambo nak pitam tengok apatah lagi versi parody Oppa Gangnam Style-versi raya.
Di awal klip video tersebut boleh layan lagi dimana memaparkan keharmonian keluarga besar buat persiapan raya degan background lagu Suasana Hari Raya..Tapi bila masuk part Oppa Gangnam Style sumpah opah nenek kaw tergamam dan terkedu dan segala "terr" lagi.

Tak percaya tengok sendiri...



link::http://www.youtube.com/watch?v=VGq35nHO95s&feature=related

Mungkin kreativiti tu ada tapiii...tapi mak cik a.k.a opah tu pakai kaca mata hitam memang style habis

#notaburuk:: Oppah itu memang sytle...hheyy heyy Oppa itu memang style

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...