Showing posts with label adrenaline. Show all posts
Showing posts with label adrenaline. Show all posts

Sep 12, 2014

Adrenaline Rush #5 | Hidup Adalah Belajar


Belajar sepanjang hayat. Selalu kita dengar ungkapan itu. Belajar ataupun menuntut ilmu tidak pernah dibatasi garis waktu. Belajarlah dari buaian sehingga ke liang lahad. Sememangnya hidup itu adalah belajar.


  • Belajar bersyukur meskipun tak cukup.
  • Belajar ikhlas meskipun tak rela.
  • Belajar memahami meskipun tak sehati.
  • Belajar sabar meskipun kesal
  • Belajar setia meskipun tergoda
  • Belajar memberi meskipun tak seberapa
  • Belajar mengasihi meskipun disakiti
  • Belajar tenang meskipun gelisah
  • Belajar taat meskipun tak patuh
  • Belajar percaya mekipun tak yakin

#KataAmbo | Belajar untuk hidup lebih bererti.
Photobucket

Sep 5, 2014

Adrenalin Rush #4 | Bijak Eksploitasi Peluang


Tak kira berapa banyak sumber rujukan atau bantuan yang kita ada, namun jika kita gagal memanfaatkannya sebaik mungkin, maka segala sumber/bantuan itu tetap tidak memadai. Ringkas kata, bijaklah dalam manfaatkan segala yang ada disekeliling untuk maju ke depan.

#KataAmbo | Mencari sumber rujukan untuk final year project.
Photobucket

Tingkatkan Produktiviti Seawal Pagi


Pepatah Inggeris berbunyi, "Early Bird Get Worm" kalau diterjemah secara terus bermaksud, burung yang keluar pagi atau awal akan mendapat cacing. Bila dikaitkan dengan manusia, orang yang memulakan kehidupan seharian seawal pagi akan dapat dimurahkan rezeki.

Ambo ada terbaca dalam satu artikel di laman Business Insider, yang berkongsikan pengalaman Felipe Castro Matos, seorang lelaki dari Portugal yang cuba mempraktikkan bangun seawal 4.30 am selama 21 hari demi meningkatkan tahap produktiviti beliau. Dan ternyata, hasil dari usaha yang dilakukan oleh lelaki tersebut membuahkan hasil.

Pelbagai perkara baru yang menakjubkan dapat dilaluinya yang mana tidak dapat di rasai sebelumnya. Dan kehidupan sehariannya lebih berkualiti. Dengan tidur yang cukup selama 6-7 jam sehari, bergantung kepada keupayaan badan, lelaki terbabit tidur seawal 10 pm untuk dapat terjaga seawal 4.30 am dalam tempoh menjayakan cabaran #21earlydays demi meningkatkan produktiviti kerja dan hidup beliau.

Satu perkara yang diperkatakan oleh Matos yang menarik untuk di highlight ialah, "Saya lebih memilih untuk keluar dan melakukan perkara yang menarik di alam nyata berbanding bersenang lenang diatas katil tidur. Kerana bila saya mati, saya punya banyak masa untuk tidur."  Terinspirasi dari pengalaman yang dilalui oleh lelaki tersebut, ambo ingin mencuba. Lagi pun bangun diawal pagi murah rezeki. Dan itulah yang selalu dibebelkan oleh bonda dan ayahanda ambo. Petikan hadis diriwayatkan Ath Thabrani,
"Bangunlah pagi hari utk mencari rezeki dan keperluanmu. Sesungguhnya pada pagi hari terdapat barakah dan keberuntungan." (HR Ath-Thabrani)
  


#KataAmbo | Bau rumput segar pagi-pagi hari.

Photobucket

Aug 26, 2014

Adrenaline Rush #3 | Lonely Person


quote of the day
sumber:facebook
Sometimes the person who tries to keep everyone happy is the most lonely person.

Sekali baca quote diatas, tidak lain tidak bukan. Terbayang wajah ibu dan ayah. Macam-macam cara dicuba untuk gembirakan hati anak-anak. Bila semua menginjak dewasa, kesunyian menyelubungi kedua orang tua. Tapi diselindungkan disebalik senyuman dan kerutan kulit wajah. Reflek dari penat lelah membesarkan anak-anak.

#KataAmbo | Hati Yang Mati. Buta Menilai Kebaikan.

Photobucket

Adrenaline Rush #2 | Kepompong Hidup


 
Orang kata kalau hendak berjaya kena keluar dari kepompong, keluar dari zon selesa. Sebab bila di luar kepompong hidup sekarang, seseorang dapat belajar dan dapat rasa manis pahit kehidupan. Betul atau salah, terpulang pada tanggapan masing-masing.

Tapi apakah berada di luar kepompong itu boleh menjamin 'survivor' hidup kita ini? Ramai individu yang berjaya mereka keluar dari kepompong dan mengubah hidup mereka hingga mereka menjadi insan yang cemerlang. Itu benar!

Tapi dalam masa yang sama, ada juga yang gagal, hidup tanpa arah bila keluar dari kepompong. Boleh jadi kurang ilmu, iman goyah serta pendirian lemah menyebabkan arah tuju hilang, lalu hidup tak tentu hala macam pelayar sesat di lautan. Toleh kiri laut, toleh kanan pun laut.

Jadi tidak semudah disangka untuk menempa sebuah kejayaan. Sebab? Kejayaan itu letaknya diatas timbunan pahit, perit, manis, masam,...dan segala rasa kehidupan.Walaubagaimanapun, nekad untuk statik dalam zon selesa, hari ini sama dengan kelmarin, esok sama dengan hari ini, itu bukan langkah yang bijak.

Kita ada agama. Agama kita Islam yang meliputi segala aspek kehidupan. Al-quran dan As-sunnah..panduan dan benteng cukup ampuh juga sebagai kompas untuk melayari hidup. Kealpaan dalam berpegang dan berpanduarah pada kedua-dua perkara ini memungkinkan kita tersesat. Kemudian harinya, keluh kesah mencari u-turn untuk kembali ke pangkal jalan. Itu pun kalau tergerak hati lah untuk buat u-turn.


#KataAmbo| Bahasa Badan Reflek Kekusutan Hati.

Photobucket




Adrenaline Rush #1 | Kerja Kuat


Saya kena kerja kuat 
kerana saya sedar bahawa bila ketikanya susah,
 tiada siapa yang sudi tolong saya.

Bukan sentap dengan siapa-siapa. Cuma nak mengingatkan diri sendiri supaya jangan malas. Bersenang-lenang hari ini adalah kesusahan hari esok. Jadi bersusah hari ini. biar senang kemudian hari. Memang benar rezeki Allah yang tentukan. Tapi Dia juga suruh kita berusaha.

#KataAmbo | Jalan berliku ku harung roller coaster

Photobucket  

Jul 6, 2012

Iklan Penuh Makna | Bersatu Itu Kekuatan

Semalaman ambo tidak merasai nyenyaknya tidur. Jadi sebelum mata dilelapkan untuk seketika ambo kongsikan satu iklan yang cukup bermakna untuk teladan bersama..UNION IS STRENGTH!




notaburuk::wahh wajah baru. Mungkin mampu menghadirkan semangat baru.

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...