Oct 14, 2011

Tanya Sama Jiwa

Bro-bro Meet Uncle Hussin aku pinjam lirik korang dengan izin untuk di'edit' skit untuk dijadikan bahan mengisi blog yang tak seberapa ini..
Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak nafsunya
Ku tertewas

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang dosa kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

chorus
                                                         Tanya sama jiwa apa sebab goyang..
jawab setan yang goncang..
terbang iman terbang..
patah hati diduga..
seandainya rebah..
kau masih ada..
Tuhan.

Terlalu leka dan leka
Terlupa apa yang wajib
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula sedar

chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu leka dan leka
Terlupa apa yang wajib
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula sedar
Tanya sama jiwa



pesanan penaja: Banyak yang perlu ditanya...!!
Photobucket

Oct 8, 2011

FUTSAL : kakiku kaku

 Assalamualaikum, salam pembuka bicara. Tika dan saat ini aku cuba gagahkan mata tahan mengantuk menunggu masuknya waktu Subuh. Penat berlari-lari atas gelanggang futsal masih terasa. Minggu ni saja sudah dua kali aku turun main futsal. Tapi orang lain yang sudah sebati dengan benda ni mungkin tiap-tiap petang turun main futsal.

Setelah dicampur, tolak, bahagi, dan darab setakat ni baru 4++ kali aku main futsal dalam masa 2 tahun...sekali lagi aku habaq hang..dalam masa 2 tahun. Seriuus lama gila kaki aku tak 'mencium' bola. Last kaki aku tendang bola masa form 2 dulu-dulu. Lepas tu lama aku bergelumang dengan buku, berlari berkejaran dengan kelas tambahan kat sekolah.
Diimbas kembali zaman kanak-kanak dulu, especially time sekolah rendah kalau petang-petang tak turun padang main bola dengan kengkawan memang tak sempurna hari itu. Dimana ada tempat budak-budak main bola disitu aku ada. Tapi biasanya padang sekolahlah.

gambar hiasan.
Perut yang lapar pun boleh kenyang bila dapat tendang bola. Tapi itu dulu, sudah jadi sejarah sudah jadi nostalgia.Zaman sudah berubah bro..dulu futsal masih asing lagi, bola sepak padang yang dikerumuni. Tapi kini gelanggang futsal macam cendawan lepas hujan. Ceruk kampung pun ada.
Tapi satu hakikat yang harus diterima, kakiku kaku dan sudah tidak sehaluan dengan bola..Mungkinkah sudah jadi kaki bangku???Owhh tidakkk...haisyh.!! Tapi jiwa bola masih mekar, kalau tidak masakan sanggup berjaga malam tengok bola.
kasut futsal pun tarak..

Kini visi, misi aku satu. Cuba kembali aktif bersukan tidak kira apa-apa sukan@aktiviti sekali pun. Cuma yang jadi problem..starting??Bila..dimana..bagaimana..??
i need hobby

Apa-apapun thanks a lot to everyone whose invited me main futsal!! Moga-moga apa yang aku hajati seusai aku menjejakkan kaki di bumi Shah Alam, yakni BE ACTIVE dimakbulkan..Amin.


Photobucket




Jul 14, 2011

Aku dan Stereng..& Gear Sekali

salam

Lama ambo tak singgah ke dalam dunia bawah tempurungku ini.
Alhamdulillah hari ini sudah lebih seminggu ambo kerja. Meskipun kekadang terasa bosan yang teramat sangat yang boleh sampai ke tahap membunuh (boring nok mapuh) tapi kali ini ambo kena sabar..kalau tidak tak terbayarlah sewa rumah kat shah alam sana..

Balik saja dari kerja tanpa sempat menukar baju ambo terbaca('ter'baca bunyi macam tak sengaja) surat khabar Utusan dengan tajuk utama terpampang jelas "KURIKULUM MEMANDU BARU"..

Motif kurikulum baru ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk melahirkan pemandu yang betul-betul cekap dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kemalangan jalan raya. Baca dan baca lagi katanya akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini selepas tertangguh sejak 2007.
Belek pula muka surat seterusnya ada pula berita seorang pelajar maut dilanggar kereta semasa melintas jalan raya. Pemandu kereta yang melanggar mangsa dikatakan asyik berbalas sms semasa memandu. Kalau macam itulah gayanya buat kurikilum macam mana sekalipun pun tetap tak guna juga.

Huh..Memandangkan lesen kereta ambo yang masih tertangguh setakat lesen 'L' dan masih tak tahu lagi bila boleh sambung balik.. nampak gayanya mungkin akan kena ikuti kurikulum baru ini..



Alahai apa jenis kurikulum baru laa yang nak diperkenalkan..tapi ambo tak berapa kisah sangat kurikulum baru atau lama. Pergi mampus lah. Janji yuran tak naik.


#KataAmbo |  tak sabar nak bergelar pemandu berhemah hasil kurikulum baru..insyaallah!!

Photobucket



May 28, 2011

Bila Poketku Kempis.

Alhamdulillah cuaca di shah alam pada waktu petang ni sungguh tenang dan nyaman..maklumlah baru je lepas hujan. Pejam celik pejam celik sudah 2 minggu beb kuliah intersesi berlalu..Kiranya sudah sampai separuh jalan dan insyaallah lagi 3 minggu untuk ditempuhi. Sepanjang 3 minggu itu 2 test dan 2 quiz akan menanti sebelum final exam tiba.

Kelas ambo untuk intersesi ini cuma 3 hari seminggu.hari-hari selebihnya dok terperap dalam bilik..mak oii sumpah bosan kalau begini sampai habis intersesi.

Nak dijadikan cerita ambo pun dapat kerja di sebuah restoran ala-ala McD milik bumiputra kat seksyen 7..dekat je dengan rumah yang aku stay sekarang nih. tapi jodoh ambo kat sini tak lama 2 hari je, pastu kena kick tetiba..kes nye ambo tak jawab call manager tuh (call suh ambo masuk kerja) sebab aku tertidur.. lepas tu ambo call balik nak minta maaf langsung tak dijawab. sumpah macam haram restoran nih..restoran tak de la busy sangat, customer pun boleh bilang dengan jari tapi berlagak macam restoran-restoran yang dah maju spt KFC takpun McD..aisyy beginilah melayu bila baru up!
So, sekarang ni ambo sedang kalut-malut kesana sini mencari kerja part time yang lain.



Tak cukup pusing-pusing satu shah alam ambo google kat internet langsung tidak ada kerja yang sesuai dengan jadual kelas ambo.
Kalau ade pun kerja kat McD, Pizza Hut tak pun KFC..Kalau boleh ambo nak cari pengalaman kerja selain daripada kerja kat fastfood.



Tapi dengan saving makin menyusut, poket pula makin kempis nampaknya fastfood pon fastfood lah janji masyuk. Lepas untuk bayar sewa umah, bil air, letrik dan yang satu family dengannya kira oklah..


#KataAmbo |  Terjah walk-in interview di KFC seksyen 15.

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...