Showing posts with label teknologi. Show all posts
Showing posts with label teknologi. Show all posts

Oct 14, 2013

Lupakan Apple dan Samsung

Salam,,

Teknologi terlalu pantas untuk dikejar. Bulan ini tukar smartphone, bulan depan sudah keluar model baru lagi. Dan teknologi ini pastinya akan terus berkembang selagi mana manusia terus menerokai sesuatu yang baru.

Baik smartphone, laptop, tablet dan bermacam lagi jenis teknologi, fungsinya akan terus berkembang dan pelbagai. Terbaru ambo terjumpa satu video yang agak excellent dan berbentuk future technology yang mana dipercayai dapat memenuhi kehendak manusia terhadap kepelbagaian fungsi pada sesebuah smartphone.

Sesetengah dari pengguna smartphone akan menilai kekuatan kamera, ada juga yang menilai dari segi saiz memori dan lain-lain pengguna juga ada ciri-ciri tertentu yang mereka inginkan pada sesebuah smartphone itu.


Jadi melihatkan kepada idea yang dipersembahkan dalam video diatas, ambo percaya teknologi tersebut akan jadi pilihan ramai pengguna. Dan syarikat-syarikat yang akan mengeluarkan komponen-komponen kecil yang akan melengkapi smartphone tersebut juga akan tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

#KataAmbo::Senang ber'sms' dengan telefon yang pakai keypad.

Photobucket

Jun 8, 2013

Kesan Gelombang Bunyi Pada Aliran Air.

Salam,,

Serius ambo cukup kagum dengan ujikaji yang dijalankan seperti mana dalam video di bawah ini. Mungkin ia tidak sukar untuk dicuba sendiri di rumah. Ujikaji tersebut memperlihatkan bagaimana kesan aliran air yang melalui gelombang bunyi yang dihasilkan menerusi audio speaker dengan frekuensi 24 Hz dengan gelombang sine.

Sungguh menakjubkan. Hebatkan sains. Tapi hebat lagi Allah yang menjadikan tiap-tiap sesuatu.



  

#KataAmbo::Menerusi sains banyak bukti kehebatan Allah s.w.t yang dapat ditemui. SubhanAllah!!
Photobucket

Dec 20, 2012

[video] Ciptaan Robot Mengayuh Basikal

Salam,,

Bidang robotik sememangnya satu bidang yang cukup menarik dan mencabar untuk diterokai. Untuk menghasilkan sebuah robot, selain dari skill dan ilmu mengenai programming, ia juga menuntut pengorbanan masa dan kesabaran.

Kebiasaannya yang ambo jumpa, pelajar yang terlibat dengan bidang robotik di UiTM ini memiliki kreativiti dan imaginasi yang tersendiri. Jadi boleh bayangkanlah betapa kreatifnya pencipta robot dari Jepun ini yang menghasilkan robot yang boleh mengayuh basikal dengan seimbang yang dikawal menerusi alat kawalan jauh.



#notaBuruk::pedih digigit "menatang" apa tah masih terasa.
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...