Showing posts with label piala malaysia 2013. Show all posts
Showing posts with label piala malaysia 2013. Show all posts

Oct 30, 2013

Perang Psikologi Siti Nurhaliza dan Neelofa

Salam,,

Sidang pembaca sekalian, demam perlawanan akhir Watson Piala Malaysia 2013 turut menjangkiti para selebriti tanah air. Terbaru perang psikologi mula tercetus antara dua artis popular tanah air. Satu artis tu baru nak up dan satu lagi tu sudah lama up dan tak nak down lagi.

Itulah dia Siti Nurhaliza dan Neelofa. Masing-masing sudah mula melakukan prediction tentang pasukan manakah yang bakal menjulang kejuaraan kali ini. Semestinya Siti sokong Pahang dan Neelofa anak jati Kelantan sokong The Red Warriors.


Jadi semestinya saingan kali ini, meriah memandangkan dua jagoan Pantai Timur berentap. Pasukan yang mana menang sekali pun sudah pastinya, Piala Malaysia kekal di Pantai Timur untuk tahun keduanya. Dengan 75,000 tiket sudah terjual, dan lagi jutaan akan tonton di televisyen secara langsung, harapnya tak ada gaduh-gaduh dan provokasi sesama penyokong.

Rasanya masing-masing sudah matang. Dan berbekalkan semangat This Is Pantai Timur harap semuanya ok saja.

#KataAmbo::Masih berharap ada baki tiket untuk dijual.
Photobucket

Tiket Final Piala Malaysia 2013 Habis

Salam,,


Percayakan anda gambar diatas merupakan suasana di perkarangan stadium Shah Alam pagi ini 30 Oktober 2013? Ratusan malah mungkin ribuan penyokong bola sepak beratur untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir Watson Piala Malaysia 2013. Gambar diatas ambo petik dari Hafizal Astro Arena. Jadi tak hairanlah pukul 10 pagi tiket sudah habis meskipun kaunter baru dibuka jam 9 pagi. 

Dari semalam lagi ambo berfirasat mengatakan tiket akan habis awal, selepas melihat satu gambar ada penyokong yang siap sedia memacak khemah diperkarangan stadium untuk mendapatkan tiket final. Pagi ini bila on saja facebook, gambar diatas memadamkan terus harapan ambo untuk melihat aksi Kelantan vs Pahang dipentas akhir Piala Malaysia kali ini.

Difahamkan sebanyak 75,000 tiket dikeluarkan dengan agihan 30,000 masing-masing untuk KAFA dan PBNP, manakala baki 15,000 dijual di Stadium Shah Alam sebagai venue perlawanan akhir kali ini. Dari 30,000 tiket yang diperuntukkan kepada persatuan bola sepak negeri tu, sah-sah akan ada sebahagian akan diagihkan kepada penaja-penaja, kroni-kroni, persatuan-persatuan peringkat jajahan secara percuma.

Begitulah senario setiap kali tibanya perlawanan besar seperti ini. Tapi ambo percaya dalam ramai-ramai yang beratur untuk beli tiket tu, bersepah si ulat yang akan jual balik tiket tu dengan harga yang lebih tinggi. Tak percaya? Tunggu saja hari final nanti. Pergi pusing-pusing sekitar stadium 1-2 jam sebelum final, akan ada lah yang datang menghampiri sambil menawarkan tiket. Paling kurang RM 50. Kalau nak sangat tengok bola secara langsung di stadium tunggu saja petang hari kejadian.


#KataAmbo::Terkedu bila tahu tiket habis awal.
Photobucket

Jul 28, 2013

Cabaran Getir Pasukan Pantai Timur Dalam Piala Malaysia 2013

Salam,,

Apa makna semua ini ? Tiga pasukan dari Pantai Timur berada dalam satu kumpulan bagi edisi Watson Piala Malaysia 2013. Ambo betul-betul terkejut apabila melihatkan undian Piala Malaysia 2013 bagi kumpulan C dibarisi Kelantan , Terengganu dan Pahang selain satu lagi slot diisi oleh Negeri Sembilan.


Undian ini menjadikan kumpulan C dianggap sebagai kumpulan maut oleh rata-rata peminat bola sepak tanah air termasuk pemerhati bola sepak negara. Undian Piala Malaysia kali ini menampilkan Watson, rangkaian farmasi sebagai penaja utama.

Ambo percaya, undian kali ini sama sekali menyentapkan semangat "This Is Pantai Timur" dalam kalangan peminat dan penyokong setia pasukan Kelantan, Terengganu dan Pahang. Yang pasti saingan bagi kumpulan C ini akan menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air untuk melihat persaingan ketiga-tiga pasukan Pantai Timur ini merebut 2 tiket ke pusingan suku akhir nanti, selain kelibat Negeri Sembilan yang cukup cemerlang dalam beberapa edisi Piala Malaysia sebelum ini.

piala malaysia 2013, undian
sumber: FB Info Skuad Olimpik Malaysia
Gambar diatas merupakan undian penuh Piala Malaysia 2013 termasuk dengan rekod pasukan yang terlibat. Kehangatan Edisi Piala Malaysia tahun ini akan memulakan saingan pada 20 Ogos ini.  Rekod kejuaraan sejak 2009 sebagaimana berikut:

2009 : Negeri Sembilan
2010 : Kelantan
2011 : Negeri Sembilan
2012 : Kelantan
2013: ???

#KataAmbo::Sangsi Dengan Undian Begini..Hishh!!
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...