Oct 12, 2013

Kalau Sudah Bukan Rezeki

Salam,

Entah mana silapnya. Semalam (Khamis) tercatat dalam sejarah hidup ambo apabila bertalu-talu masalah datang. Datangnya pula pada masa yang agak kritikal dan dalam jangka masa yang singkat, dari jam 11.00 malam-1.00 pagi. Kunci Hilang > Motor Pancit > Kena Saman. Lebih kurang macam tu la kronologi untuk menggambarkan situasi ambo.


Semuanya menyebabkan duit melayang. Elaun praktikal dan gaji part time baru saja masuk dan masih panas-panas lagi dalam poket tapi sudah kena keluarkan untuk selesaikan semua permasalahan tersebut.
Yang pasti semuanya turut menyusahkan member sendiri untuk tampil membantu ambo. Tapi nasib baiknya member tak berkira untuk membantu. Thanks la to all!!

Ada sesuatu yang Allah nak sampaikan disitu mungkin. Mungkin sudah ditakdirkan itu bukan rezeki ambo. Ataupun boleh jadi ada salah silap dari ambo yang memungkinkan rezeki tu ditarik. Wallahualam.

Boleh jadi juga itu reminder dari Allah nak menyedarkan ambo supaya tidak terlalu obses dan hanyut mengejar kepentingan dunia. Berkejaran ke sana dan ke mari dan akhirnya hanya mampu mengeluh sebab yang dikejar tak dapat dan yang dikendong keciciran.

#KataAmbo::Keep Calm
Photobucket

Oct 7, 2013

Kaya Di Usia Muda

Salam,

Bermula saja semester ini, bermacam jenis cerita bisnes yang menusuk masuk ke gegendang telinga ambo. Ramai kenalan ambo memilih untuk berjinak-jinak dengan bisnes sekarang ni. Baik bisnes berunsur direct selling yang menjual produk-produk keluaran syarikat, ada juga yang membuat investment dengan melaburkan wang sehingga ribuan ringgit. Yang pasti bisnes berunsur pelaburan ni agak berisiko.

Kemudian ada pula yang memilih untuk menjalankan bisnes sendiri seperti percetakan t-shirt. Dan ada juga yang menjalankan bisnes dalam talian secara dropship. Senang cerita kalau sudah rezeki tu, apa saja pun boleh jadi sumber kewangan.

Jadi sekarang ini, hanya ambo yang memilih jalan selamat dengan mencari duit poket tambahan dengan mencari kerja part time yang dibayar gaji setiap bulan. Risiko rendah, modal pun tiada. Cuma tulang empat kerat saja.

Tapi sedang rancak terngiang-ngiang di telinga ambo kebelakangan ini ialah pelaburan emas. Ada kawan kepada kawan tu sudah angkat sebijik BM...bukan BMX. Tapi BMW. Warna hitam lagi bro. Serius bergaya. Tapi bukan sehari dua dia berusaha. Dan bukan satu dua kata-kata sindiran yang ditadah beliau. Mungkin tu rezeki dia.


Ikutkan hati, terasa juga ambo untuk kaji selidik sejauh mana bisnes berasaskan pelaburan emas ini betul-betul mantap dan selamat dari penipuan. Maklumlah apabila sudah berpengalaman ditipu ni, sedikit-sebanyak rasa sangsi dan berhati-hati itu wujud dalam hati.

Kalau betul selamat dan bebas dari unsur MLM, judi dan lain-lain unsur haram, mungkin ambo akan nilai seteliti yang mungkin dan buat keputusan untuk ikut serta. Manalah tahu ada rezeki dapat jadi macam jutawan internet Irfan Khairi. Tapi bukanlah untuk masa terdekat. Kalau boleh invest pakai "habuk" mungkin ambo mampu. Dalam poket ambo sekarang memang penuh "habuk".

#KataAmbo::Kaya Budi Bahasa dan Akhlak.
Photobucket

Oct 3, 2013

Akibat Jarang Update Blog


Salam,

Lumrah hidup, ada naik dan ada jatuh. Seperti dijangka ranking alexa blog ambo jatuh merudum. Kalau tak silap 2 bulan yang lalu pernah mencecah angka bawah 1,000,000 tapi kini kembali melepasi angka 2,000,000.

Kalau angka tersebut diterjemahkan kepada wang ringgit memang ambo tak kisah. Beruntung lagi ada. Tapi apa boleh buat, kekangan masa dan kekurangan akses kepada talian internet membataskan ambo untuk memeriahkan komuniti blog Malaysia.


Apapun alhamdulillah dalam masa ambo terkial-kial untuk kembali ke dunia bawah tempurung ini, pageview masih stabil, meskipun suam-suam kuku. Tak jadi hal lah janji ada juga yang tersesat ke sini.

#KataAmbo::Sibuk Yang Tak Mendatangkan Hasil.
Photobucket

Sep 13, 2013

Malam Pertama

Salam,

Kembali terpenjara! Sekali fikir agak tension dan stress bila merasakan kebebasan ambo diragut apabila memilih untuk menetap di kolej untuk semester ini. Dua kali fikir, mungkin ini turning point terbaik untuk ambo restart kembali semangat ambo sebelum tamat pengajian.

Baki semester yang ada, amat-amat kritikal dimana fokus 100% ditagih lebih-lebih lagi dengan final year project jadi cabaran terbesar ambo sebagai seorang pelajar sebelum meninggalkan alam pengajian dan keluar bersaing merebut peluang pekerjaan bersama ribuan graduan.


Malam pertama di kolej, berbekal sambungan internet yang boleh tahan laju (cukup untuk loading page tapi untuk download belum teruji lagi), rasanya amat ideal untuk ambo siapkan report latihan industri yang perlu dihantar minggu hadapan.

Pendek kata, ambo yang dulu sepatutnya bukan lagi seperti sekarang. Dulu malas, banyak main-main, sekarang .... faham-fahamlah.

Jadi secebis nasihat yang penuh kekesalan dari ambo, jika ada bakal-bakal pelajar yang bakal sambung belajar, atau pun baru daftar jadi pelajar universiti, yang terjerumus ke dalam dunia bawah tempurung ambo ini. Nak enjoy atau huha-huha dengan kawan-kawan, kamu punya pasallah. Yang penting, tak lupa Tuhan, agama, maka ayah dan janji masuk universiti untuk dapat ilmu dan degree.

#KataAmbo::Nasihat senang laa...Buat tengok!
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...