Jun 2, 2013

Nilai Kemanusiaan Yang Tiada Tolok Banding

Salam,,

Pernahkah anda melalui situasi di mana seorang yang tanpa pertalian darah, tak kenal pun tampil menghulurkan bantuan di saat seseorang  dalam kesusahan? Mungkin di Malaysia pun ada individu yang sangat berbudi bahasa seperti mana dalam video yang ambo kongsikan dibawah, tapi cuma tak terakam.



Video ini dirakamkan menerusi kamera yang dipasangkan di dashboard kereta. Pemasangan kamera ini sebenarnya bertujuan membantu membanteras penipuan insurans yang berleluasa di Russia. Dengan adanya kamera ini, pelbagai rakaman seperti kemalangan serta kejadian-kejadian yang lain turut terakam menerusi kamera ini.

Kemudian tampil seorang individu yang merangkumkan bersama beberapa gelagat yang dirakamkan menerusi kamera dashboard tersebut sehingga terhasillah video pendek di atas.

Jadi kalau kerajaan kita ada berniat untuk menggantikan AES, rasannya pemasangan DashCams ini mungkin boleh dijadikan pertimbangan. Agaknya lah!!

kreditkottke

#KataAmbo::DashCams ni lagi ok sebenarnya dari AES.
Photobucket

Highlight Gol Pahang vs JDT Separuh Akhir 2 Piala FA 2013


Salam,,

Debaran dalam pencarian pasukan manakah yang bakal mencabar kejuaraan Piala FA 2013 dari penyandang juaranya Kelantan di pentas final akhirnya terjawab. Pasukan mana lagi kalau bukan JDT. 

Berikut ambo kongsikan detik-detik jaringan gol dari kedua-dua pasukan. Dua gol Pahang hasil kebijaksanaan Martias Conti melepasi perangkap offside pada minit ke-2 dan ke-40, manakala gol penting JDT dijaringkan oleh Andrezinho pada minit ke-48 separuh masa kedua hasil kesilapan pemain Pahang sendiri yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.


Sesuatu yang ingin ambo, kongsikan disini ialah, JDT dalam usaha untuk melangkah ke pentas final Piala FA musim ini telah menewaskan beberapa pasukan bekas juara Piala FA. Bermula dengan pasukan Perak, Kedah, Selangor dan malam tadi Pahang.

Jadi adakah selepas ini giliran penyandang juara pula? Oh! tidakkk. Bekas juara dengan penyandang juara suatu yang berbeza. Ambo tetap optimis The Red Warrior tak akan memberi laluan mudah kepada pasukan dari selatan tanah air ini dalam aksi final di stadium Shah Alam 29 Jun nanti.

#KataAmbo:Yuh Ayuh..
Photobucket

Piala FA 2013 | Pahang Menang, Johor Darul Takzim ke Akhir

Salam,,

Kejam sungguh bola sepak. Pahang mencatatkan kemenangan 2-1 keatas Johor Darul Takzim malam tadi di stadium Bukit Jalil. Tapi ia sekadar kemenangan moral untuk pasukan Pahang, apabila gagal ke akhir Piala FA. Sekurang-kurangnya mereka tersingkir dengan bermaruah.

Dua gol penting pemain import Pahang, Martias Conti pada separuh masa pertama, minit ke-2 dan ke-40, seperti petanda dua pasukan Pantai Timur bakal mendominasi pentas akhir Piala FA 2013 29 Jun nanti. Tapi muncul kelibat Andrezinho memadamkan kelebihan aggregat pasukan Pahang menerusi gol minit ke-48 separuh masa ke-2 menjadikan keputusan penuh:

Pahang (2)  2 - 1  (2) JDT
aggregat dalam kurungan 

Akhirnya JDT mara ke akhir menerusi kelebihan jaringan tempat lawan. Ternyata tuah tidak menyebelahi Pahang meskipun menampilkan aksi cukup bertenaga dan laju. Tahniah juga untuk JDT kerana kedua-dua pasukan menampilkan aksi yang memukau peminat sukan tanah air, persis aksi final.

Secara jujurnya ambo ingin melihat Pahang menang malam tadi, tapi dalam masa yang sama nak tengok JDT menentang Kelantan untuk aksi akhir nanti. Akhirnya, hajat kesampaian. Tinggalnya sekarang membuat penilaian untuk turun atau tidak ke stadium untuk saingan akhir Piala FA 2013 nanti.

Jadi temujanji kita seterunya di Stadium Shah Alam 29 Jun 2013 ini.



#KataAmbo::Final piala FA vs Final Exam
Photobucket

Jun 1, 2013

[video] Bukti Siapa Yang Mulakan Insiden di Stadium Darul Makmur

Salam,,

Setelah berdrama dan bersandiwara maka kini tibalah masanya untuk kita melihat siapa yang mulakan kekecohan di Stadium Darul Makmur selasa lalu sehingga menyebabkan terjadinya insiden penyokong masuk padang.

Tengoklah sendiri video ini moga-moga kita boleh menilai, siapa yang bersandiwara dan bermuka-muka. Sudah elok-elok dapat masuk dan duduk dalam stadium tu bukannya tahu jaga adab. Sampai orang yang diluar stadium pun mereka nak provokasi.


Ambo masih tak boleh terima hakikat apabila melihat satu gambar seorang penyokong pasukan dari selatan yang menunjukkan beberapa biji batu yang didakwa dibaling dari luar stadium. Tak pernah lagi terjadi insiden seperti itu. Mungkin pasti ada provokasi yang dilakukan terlebih dahulu oleh pihak yang berada didalam stadium.

Biasalah sudah adat katakan, buat baik dibalas baik. Buat jahat takkan nak lepas macam itu saja. Mungkin tak semua yang teruk. Tapi macam yang terjadi kepada penyokong Kelantan jugalah suatu masa dahulu. Segelintir saja yang membuat onar, tetapi habis seluruh penyokong Kelantan dilabel ganas dan tidak berdisiplin. Mencemar imej bola sepak negara kata mereka.


Diatas itu pula serpihan besi yang didakwa dibalingkan kepada penyokong Kelantan yang hadir di stadium Larkin semasa perlawanan Liga Super yang mana Kelantan tewas 0-2 kepada JDT. Tapi yang gambar ini susah untuk dibuktikan kesahihannya. Boleh jadi betul dan boleh jadi juga sandiwara dipihak penyokong Kelantan sendiri. Jadi abaikan gambar diatas.


Konklusinya, setiap yang berlaku itu tak mungkin akan terjadi jika hanya bertepuk sebelah tangan saja. Satu pihak nyalakan api, satu pihak lagi simbah minyak petrol, maka besarlah apinya.

#KataAmbo::Inilah orang kata, hidup umpama roda.
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...