Apr 19, 2015

Lompat Kerja Dengan Professional & Ada Gaya

Assalamualaikum w.b.t


Budaya lompat kerja bukan satu fenomena baru dan pelik. Tawaran gaji yang lebih besar dari syarikat lain semestinya satu peluang yang tidak boleh dilepaskan.

Geng-geng orang muda terutamanya fresh graduate selalu suka main lompat-lompat kerja nih. Kekadang bukan kejar kemewahan semata-mata. Tapi harus diingat, graduan yang keluar universiti bukan hanya keluar dari menara gading dengan segulung ijazah semata-mata tetapi turut diheret bersama hutang-piutang PTPTN. Maklumlah bukan senang nak hidup zaman GST ni.

Permulaan kerjaya adalah satu fasa yang agak kritikal bagi ambo. Lebih-lebih lagi dalam menanti gaji bulan pertama. Tapi selalunya gaji pertama yang masuk tu tidak lama bermaustatin dalam bank. Banyak yang mengalir keluar bagi melunaskan hutang. Maklumlah nak tunggu gaji pertama masuk pinjam sana pinjam sini dulu.

Jadi panggilan 'manja' dari company yang boleh menawarkan gaji yang lebih besar umpama memberikan air kepada orang yang haus.

Gosip-gosip kerjaya dengan teman-teman terutamanya yang baru memulakan kerjaya, ramai sedang rancak merencana mencari lubang kerjaya yang lebih masyuk.

Tapi awas!! Lompat kerja pun ada caranya. Perlu perancangan yang betul. Bukan main berambus tanpa sebarang bicara. Orang kata, "do it professionally!"

Tip ringkas yang ambo petik dari The Star. Cuma butiran-butiran penting saja:

"The golden rule of leaving any employer. Don't burn bridges"

  • Plan your promotion
  • Hire your replacement
  • Close up shop
  • Exit honestly

#KataAmbo::Cari peluang kerja atau cipta peluang kerja.

Photobucket

Apr 3, 2015

Peminjam PTPTN Lupa Daratan



AWAS!! Gambar diatas mungkin sedikit berbaur politik. Harap boleh ambil yang jernih dan asingkan ketepi yang tak elok. Apa yang di'highligh'kan bukan isu politik. Tapi perihal kelakuan peminjam PTPTN dalam kalangan pelajar IPT.

Ambo pernah bergelar pelajar IPT dan merangkap peminjam PTPTN. Tidak dapat dinafikan memang ramai peminjam PTPTN yang tak sedar yang duit yang masuk ke akaun setiap awal semester dari PTPTN itu berstatus pinjaman dan bukan biasiswa pun. Pantang masuk saja duit PTPTN terus kemaruk nak belanja itu dan ini.

Poyo nya mengalahkan orang sudah berkerjaya. Mereka lupa setiap sen yang masuk ke akaun mesti dibayar dikemudian hari. Lainlah kalau graduate dengan ijazah kelas pertama. Tak pun anak orang kaya yang saja-saja gian nak merasa juga duit PTPTN.

Mohon yang berkesempatan membaca coretan ambo dan anda dalam kalangan peminjam PTPTN. tolong hadam baik-baik apa yang cuba dikongsikan dalam gambar diatas. *abaikan kak jat yang sebelah kanan!

Betul atau tidak apa yang diperkatakan itu letak tepi. Tapi hakikatnya memang ada diluar sana pelajar yang meminjam PTPTN lupa hakikat pinjaman itu untuk tampung yuran dan kos sara hidup sepanjang pengajian bukan untuk berjoli sakan.

#KataAmbo::Pokai sepanjang masa.
Photobucket