Feb 11, 2014

Piala FA 2014 : Tayangan Big Skrin Kelantan vs PKNS

Salam,,

Siaran Langsung Piala FA 2014 peringkat suku akhir akan bermula malam ini. Perlawanan yang jadi pilihan saluran 801 Astro Arena malam nanti adalah pertembungan Kelantan vs PKNS. Meskipun bermain di tempat sendiri ternyata itu bukan jaminan Kelantan akan diberi laluan mudah oleh PKNS.

Perlawanan Liga Super 2014 28 Januari  yang lalu membuktikan Kota Bharu bukan lagi kubu kebal buat Kelantan setelah tewas 1-2 kepada PKNS. Masalah keserasian barisan pemain baru disamping kurang berkesannya taktikal yang diguna pakai oleh Steve Darby dikatakan punca prestasi skuad Kelantan terumbang ambing.

Sebelum perlawanan malam nanti, bekas presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa telah turun memberi kata dua dan suntikan motivasi kepada skuad Kelantan bagi memastikan misi mempertahankan piala FA jadi kenyataan.

Kelantan dijangka menurunkan kesebelasan terbaik untuk mencari bekalan selesa sebelum perlawanan timbal balas di Lembah Klang nanti. Namun harus diingat PKNS bukannya kelab belasahan. Mereka memiliki cukup ramuan untuk menyingkirkan Kelantan dari saingan Piala FA musim ini.

Jadi bagi penyokong Kelantan mahupun PKNS yang berada di Lembah Klang, akan diadakan tayangan Big Skrin di Kompleks Karangkraf jam 8 malam ini. Selain dari siaran secara langsung di Astro Arena 801.


Link Live Streaming : Link 1 

Keputusan Penuh :

Kelantan 3 - 2 PKNS

#KataAmbo::Ayuh serukan keharmonian dalam bola sepak Malaysia. Tolak Holigan ,samseng dan bookie.
Photobucket