Dec 26, 2013

Kalendar 2014 - Gagal Merancang, Merancang Kegagalan

Salam,,

Tahun 2013 semakin hampir ke penghujungnya. Apa buktinya? Buktinya ambo baru saja dapat kalendar meja 2014. Team Leader tempat ambo kerja bagi percuma. Motifnya? Mungkin ambo selalu lewat punch in barangkali. Jadi kalendar ini mungkin sebahagian langkah pencegahan untuk ambo tidak lagi masuk kerja lambat.


Meskipun kerja part-time tetapi dedikasi dan komitmen yang diperlukan agak tinggi. Tahun-tahun sebelum ini mungkin peraturan dari segi masa dan jadual kerja agak longgar untuk pekerja yang berstatus part time ini, tapi bermula tahun baru 2014 khabarnya makin ketat. Siap ada pemantauan KPI lagi. 

Apa kejadah itu KPI? Kepuasan Pada Isteri ? KPI itu Key Performance Indicator katanya Pak Jib. Hah ambik sebijik!! Kerja part time tapi ada jugak KPI. Mengalahkan kerja kerajaan bunyinya.


#KataAmbo::Nak Cari Planner 2014
Photobucket

Blog Bersawang Woii

Salam

Masalah blog bersawang. Percayakah anda? Bagi yang berkesempatan jenguk blog ambo bahawasanya dunia bawah tempurung kini benar-benar sepi, sunyi dan terpencil? Bukan disebabkan kekeringan idea atau sumber untuk dikongsikan tetapi keterbatasan masa.

Dengan page rank yang jatuh satu tangga dari 2 ke 1 dan ranking Alexa juga terus terperosok itu tidak sedikit pun mengusarkan ambo. Sebab itu memang lumrah, apabila jarang update blog, maka perkara tersebut akan berlaku.

Ambo sekarang cuba untuk mencari identiti baru untuk Dunia Bawah Tempurung agar nampak lebih 'originality' nya. Cuma masalahnya macam mana 'originality', itu yang masih belum ada idea lagi..

Namun meskipun jarang kemaskini blog ini, tetapi sesekali tetap datang menjenguk suasana dunia blogging. Dalam masa yang sama juga fikirkan sesuatu perubahan perlu dilakukan untuk memastikan kewujudan Dunia Bawah Tempurung ini bukan sekadar sembang kosong tetapi ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan.

...Ceh sembang tak nak kencang.

#NotaBuruk::Ehh..Ehh. dah nak tahun baru lagi!!

Photobucket

Dec 11, 2013

Undian Peringkat Kumpulan Piala AFC 2014

Salam,,

Cabaran 2 wakil Malaysia dalam saingan Piala AFC 2014 sudah pun ditentukan kumpulannya. Kelantan yang layak selaku juara Piala FA akan berentap dalam kumpulan G manakala Selangor yang layak atas kapasiti selaku Naib Juara Liga Super dibelakang Lions XII diletakkan dalam kumpulan F ( Lions XII tidak layak beraksi di Piala AFC memandangkan hanya sekadar pasukan jemputan dalam liga Malaysia).

Undian telah berlangsung di AFC House di Kuala Lumpur semalam. Saingan peringkat kumpulan bakal bermula 25/26 Februari 2014 nanti. Jika musim lalu, Kelantan hanya sekadar mara sehingga ke peringkat kedua kalah mati, harapnya musim ini akan ada peningkatan. Lebih-lebih lagi dengan kembalinya Muhammad Ghaddar serta kemasukan beberapa muka baru dalam kem bola sepak Kelantan.

Selangor pun ambo harapkan dapat mara lebih jauh. Demi maruah bola sepak Malaysia sokonglah kedua-dua pasukan ini.

Undian penuh Piala AFC 2014 sebagaimana dibawah:



#KataAmbo::Hangat lagi undian World Cup 2014 di Brazil.
Photobucket

Di Mana Boleh Dapatkan MC ?

Salam,

Rakan blogger yang dihormati sekalian. Cantik sungguh pagi ni. Cuaca menarik. Menampakkan cerah saja hari ini. Ok ambo tak nak pusing cerita. Dipendekkan kata ada sesiapa yang tahu mana boleh dapatkan Medical Certificate (MC) dengan cara mudah? Terutamanya di sekitar Shah Alam atau Klang ni.

Sejujurnya ambo pada tahap terdesak untuk mendapatkan MC disebabkan sudah 2 hari tak masuk kerja. Meskipun kerja part time saja, tapi itulah satu-satunya kerja yang sesuai dengan jadual kelas ambo. Jadual yang flexible dan senang nak minta cuti. Gaji pun boleh tahan. Kerja bawah pendingin hawa a.k.a aircond. Jadi sayanglah kalau ambo di'terminate' begitu saja disebabkan benda remeh-temeh.

Ambo sudah cuba beranikan diri pergi tanya sebuah klinik di Seksyen 2 Shah Alam dan mentah-mentah saja dia kata " Kami agak strict dalam memberikan MC"-jawab nurse muda berbangsa India.

Ambo hampir mati kutu cari kenalan yang boleh membantu. Andai kata sampai petang ni masih belum berjaya dapatkan MC tersebut, karier ambo...HABIS!!


Photobucket