Oct 30, 2013

Perang Psikologi Siti Nurhaliza dan Neelofa

Salam,,

Sidang pembaca sekalian, demam perlawanan akhir Watson Piala Malaysia 2013 turut menjangkiti para selebriti tanah air. Terbaru perang psikologi mula tercetus antara dua artis popular tanah air. Satu artis tu baru nak up dan satu lagi tu sudah lama up dan tak nak down lagi.

Itulah dia Siti Nurhaliza dan Neelofa. Masing-masing sudah mula melakukan prediction tentang pasukan manakah yang bakal menjulang kejuaraan kali ini. Semestinya Siti sokong Pahang dan Neelofa anak jati Kelantan sokong The Red Warriors.


Jadi semestinya saingan kali ini, meriah memandangkan dua jagoan Pantai Timur berentap. Pasukan yang mana menang sekali pun sudah pastinya, Piala Malaysia kekal di Pantai Timur untuk tahun keduanya. Dengan 75,000 tiket sudah terjual, dan lagi jutaan akan tonton di televisyen secara langsung, harapnya tak ada gaduh-gaduh dan provokasi sesama penyokong.

Rasanya masing-masing sudah matang. Dan berbekalkan semangat This Is Pantai Timur harap semuanya ok saja.

#KataAmbo::Masih berharap ada baki tiket untuk dijual.
Photobucket

Tiket Final Piala Malaysia 2013 Habis

Salam,,


Percayakan anda gambar diatas merupakan suasana di perkarangan stadium Shah Alam pagi ini 30 Oktober 2013? Ratusan malah mungkin ribuan penyokong bola sepak beratur untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir Watson Piala Malaysia 2013. Gambar diatas ambo petik dari Hafizal Astro Arena. Jadi tak hairanlah pukul 10 pagi tiket sudah habis meskipun kaunter baru dibuka jam 9 pagi. 

Dari semalam lagi ambo berfirasat mengatakan tiket akan habis awal, selepas melihat satu gambar ada penyokong yang siap sedia memacak khemah diperkarangan stadium untuk mendapatkan tiket final. Pagi ini bila on saja facebook, gambar diatas memadamkan terus harapan ambo untuk melihat aksi Kelantan vs Pahang dipentas akhir Piala Malaysia kali ini.

Difahamkan sebanyak 75,000 tiket dikeluarkan dengan agihan 30,000 masing-masing untuk KAFA dan PBNP, manakala baki 15,000 dijual di Stadium Shah Alam sebagai venue perlawanan akhir kali ini. Dari 30,000 tiket yang diperuntukkan kepada persatuan bola sepak negeri tu, sah-sah akan ada sebahagian akan diagihkan kepada penaja-penaja, kroni-kroni, persatuan-persatuan peringkat jajahan secara percuma.

Begitulah senario setiap kali tibanya perlawanan besar seperti ini. Tapi ambo percaya dalam ramai-ramai yang beratur untuk beli tiket tu, bersepah si ulat yang akan jual balik tiket tu dengan harga yang lebih tinggi. Tak percaya? Tunggu saja hari final nanti. Pergi pusing-pusing sekitar stadium 1-2 jam sebelum final, akan ada lah yang datang menghampiri sambil menawarkan tiket. Paling kurang RM 50. Kalau nak sangat tengok bola secara langsung di stadium tunggu saja petang hari kejadian.


#KataAmbo::Terkedu bila tahu tiket habis awal.
Photobucket

Oct 16, 2013

Terima Kasih UMNO ?

Salam,

Tolong!!Tolong jangan label ambo sebagai macai. Tajuk ambo sebegitu rupa kerana elaun ambo bertugas sebagai sebahagian dari sukarelawan penjumlahan undi pemilihan UMNO 2013 telah pun masuk ke dalam akaun. Sedikit sebanyak elaun tersebut dapat mengurangkan beban ambo untuk melunaskan segala macam hutang yang tertangguh.

Gambar Hiasan
Apa-apapun yang lebih layak untuk ambo syukuri dan berterima kasih tentulah kepada Allah s.w.t. Kerana setakat ini ambo dipermudahkan untuk menempuh segala kesukaran dan cabaran hidup. Nak hidup berdikari semestinya banyak cubaan dan dugaan. Sampai bila nak harapkan mak dan ayah suapkan. Mungkin inilah antara cabaran yang bakal ambo tempuh apabila menamatkan alam pengajian dan memasuki alam pekerjaan kelak.

Berbalik kepada tugasan sebagai sukarelawan Penjumlahan Undi Pemilihan UMNO 2013, ia telah berlangsung sabtu lalu di sebuah kelab rekreasi di Kota Kemuning. Pemilihan melibatkan sayap Wanita UMNO dan Puteri UMNO. Seawal pukul 8 pagi sudah standby untuk bertolak, pukul 9 lebih sudah sampai dilokasi. Namun jam 2 petang baru proses penjumlahan bermula. Jadi sementara jenuh menunggu proses pengiraan undi bermula, bolah tahan bosan la cuci mata sekitar kelab tersebut. Jam 9.30 malam baru dpaat pulang. Begitulah serba sedikit cerita hambar ambo mengenai situasi yang dilalui hari tersebut. Siapa yang menang, ambo tak ambil kisah pun. Yang penting habis tugasan, elaun masuk.


Boleh dikatakan sebahagian besar yang menjadi sukarelawan bukan penyokong mahupun ahli parti tersebut, tetapi lebih sekadar untuk dapatkan elaun. Jadi sekali lagi jangan label kami macai. Hoho..
Biasalah hidup sebagai pelajar ni, mana ada lubang untuk buat duit poket tambahan lagi halal, terjah saja.

Rezeki ditangan tuhan dan telah ditentukan olehNya, jadi tidak timbul isu tak kenang budi atau talam dua muka mahupun macai dan sebagainya. Mana-mana pihak yang boleh tawarkan kerja yang halal dan bersih, di situ ambo sedia berkhidmat. Janji itu bukan rasuah atau duit hasil penyelewengan.

#KataAmbo::Dapat Kiriman Baju Misteri
Photobucket

Oct 14, 2013

Lupakan Apple dan Samsung

Salam,,

Teknologi terlalu pantas untuk dikejar. Bulan ini tukar smartphone, bulan depan sudah keluar model baru lagi. Dan teknologi ini pastinya akan terus berkembang selagi mana manusia terus menerokai sesuatu yang baru.

Baik smartphone, laptop, tablet dan bermacam lagi jenis teknologi, fungsinya akan terus berkembang dan pelbagai. Terbaru ambo terjumpa satu video yang agak excellent dan berbentuk future technology yang mana dipercayai dapat memenuhi kehendak manusia terhadap kepelbagaian fungsi pada sesebuah smartphone.

Sesetengah dari pengguna smartphone akan menilai kekuatan kamera, ada juga yang menilai dari segi saiz memori dan lain-lain pengguna juga ada ciri-ciri tertentu yang mereka inginkan pada sesebuah smartphone itu.


Jadi melihatkan kepada idea yang dipersembahkan dalam video diatas, ambo percaya teknologi tersebut akan jadi pilihan ramai pengguna. Dan syarikat-syarikat yang akan mengeluarkan komponen-komponen kecil yang akan melengkapi smartphone tersebut juga akan tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

#KataAmbo::Senang ber'sms' dengan telefon yang pakai keypad.

Photobucket

Oct 12, 2013

Kalau Sudah Bukan Rezeki

Salam,

Entah mana silapnya. Semalam (Khamis) tercatat dalam sejarah hidup ambo apabila bertalu-talu masalah datang. Datangnya pula pada masa yang agak kritikal dan dalam jangka masa yang singkat, dari jam 11.00 malam-1.00 pagi. Kunci Hilang > Motor Pancit > Kena Saman. Lebih kurang macam tu la kronologi untuk menggambarkan situasi ambo.


Semuanya menyebabkan duit melayang. Elaun praktikal dan gaji part time baru saja masuk dan masih panas-panas lagi dalam poket tapi sudah kena keluarkan untuk selesaikan semua permasalahan tersebut.
Yang pasti semuanya turut menyusahkan member sendiri untuk tampil membantu ambo. Tapi nasib baiknya member tak berkira untuk membantu. Thanks la to all!!

Ada sesuatu yang Allah nak sampaikan disitu mungkin. Mungkin sudah ditakdirkan itu bukan rezeki ambo. Ataupun boleh jadi ada salah silap dari ambo yang memungkinkan rezeki tu ditarik. Wallahualam.

Boleh jadi juga itu reminder dari Allah nak menyedarkan ambo supaya tidak terlalu obses dan hanyut mengejar kepentingan dunia. Berkejaran ke sana dan ke mari dan akhirnya hanya mampu mengeluh sebab yang dikejar tak dapat dan yang dikendong keciciran.

#KataAmbo::Keep Calm
Photobucket

Oct 7, 2013

Kaya Di Usia Muda

Salam,

Bermula saja semester ini, bermacam jenis cerita bisnes yang menusuk masuk ke gegendang telinga ambo. Ramai kenalan ambo memilih untuk berjinak-jinak dengan bisnes sekarang ni. Baik bisnes berunsur direct selling yang menjual produk-produk keluaran syarikat, ada juga yang membuat investment dengan melaburkan wang sehingga ribuan ringgit. Yang pasti bisnes berunsur pelaburan ni agak berisiko.

Kemudian ada pula yang memilih untuk menjalankan bisnes sendiri seperti percetakan t-shirt. Dan ada juga yang menjalankan bisnes dalam talian secara dropship. Senang cerita kalau sudah rezeki tu, apa saja pun boleh jadi sumber kewangan.

Jadi sekarang ini, hanya ambo yang memilih jalan selamat dengan mencari duit poket tambahan dengan mencari kerja part time yang dibayar gaji setiap bulan. Risiko rendah, modal pun tiada. Cuma tulang empat kerat saja.

Tapi sedang rancak terngiang-ngiang di telinga ambo kebelakangan ini ialah pelaburan emas. Ada kawan kepada kawan tu sudah angkat sebijik BM...bukan BMX. Tapi BMW. Warna hitam lagi bro. Serius bergaya. Tapi bukan sehari dua dia berusaha. Dan bukan satu dua kata-kata sindiran yang ditadah beliau. Mungkin tu rezeki dia.


Ikutkan hati, terasa juga ambo untuk kaji selidik sejauh mana bisnes berasaskan pelaburan emas ini betul-betul mantap dan selamat dari penipuan. Maklumlah apabila sudah berpengalaman ditipu ni, sedikit-sebanyak rasa sangsi dan berhati-hati itu wujud dalam hati.

Kalau betul selamat dan bebas dari unsur MLM, judi dan lain-lain unsur haram, mungkin ambo akan nilai seteliti yang mungkin dan buat keputusan untuk ikut serta. Manalah tahu ada rezeki dapat jadi macam jutawan internet Irfan Khairi. Tapi bukanlah untuk masa terdekat. Kalau boleh invest pakai "habuk" mungkin ambo mampu. Dalam poket ambo sekarang memang penuh "habuk".

#KataAmbo::Kaya Budi Bahasa dan Akhlak.
Photobucket

Oct 3, 2013

Akibat Jarang Update Blog


Salam,

Lumrah hidup, ada naik dan ada jatuh. Seperti dijangka ranking alexa blog ambo jatuh merudum. Kalau tak silap 2 bulan yang lalu pernah mencecah angka bawah 1,000,000 tapi kini kembali melepasi angka 2,000,000.

Kalau angka tersebut diterjemahkan kepada wang ringgit memang ambo tak kisah. Beruntung lagi ada. Tapi apa boleh buat, kekangan masa dan kekurangan akses kepada talian internet membataskan ambo untuk memeriahkan komuniti blog Malaysia.


Apapun alhamdulillah dalam masa ambo terkial-kial untuk kembali ke dunia bawah tempurung ini, pageview masih stabil, meskipun suam-suam kuku. Tak jadi hal lah janji ada juga yang tersesat ke sini.

#KataAmbo::Sibuk Yang Tak Mendatangkan Hasil.
Photobucket