Jul 28, 2013

Cabaran Getir Pasukan Pantai Timur Dalam Piala Malaysia 2013

Salam,,

Apa makna semua ini ? Tiga pasukan dari Pantai Timur berada dalam satu kumpulan bagi edisi Watson Piala Malaysia 2013. Ambo betul-betul terkejut apabila melihatkan undian Piala Malaysia 2013 bagi kumpulan C dibarisi Kelantan , Terengganu dan Pahang selain satu lagi slot diisi oleh Negeri Sembilan.


Undian ini menjadikan kumpulan C dianggap sebagai kumpulan maut oleh rata-rata peminat bola sepak tanah air termasuk pemerhati bola sepak negara. Undian Piala Malaysia kali ini menampilkan Watson, rangkaian farmasi sebagai penaja utama.

Ambo percaya, undian kali ini sama sekali menyentapkan semangat "This Is Pantai Timur" dalam kalangan peminat dan penyokong setia pasukan Kelantan, Terengganu dan Pahang. Yang pasti saingan bagi kumpulan C ini akan menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air untuk melihat persaingan ketiga-tiga pasukan Pantai Timur ini merebut 2 tiket ke pusingan suku akhir nanti, selain kelibat Negeri Sembilan yang cukup cemerlang dalam beberapa edisi Piala Malaysia sebelum ini.

piala malaysia 2013, undian
sumber: FB Info Skuad Olimpik Malaysia
Gambar diatas merupakan undian penuh Piala Malaysia 2013 termasuk dengan rekod pasukan yang terlibat. Kehangatan Edisi Piala Malaysia tahun ini akan memulakan saingan pada 20 Ogos ini.  Rekod kejuaraan sejak 2009 sebagaimana berikut:

2009 : Negeri Sembilan
2010 : Kelantan
2011 : Negeri Sembilan
2012 : Kelantan
2013: ???

#KataAmbo::Sangsi Dengan Undian Begini..Hishh!!
Photobucket

Jul 19, 2013

Nikmatnya Hujung Minggu

Salam,

Minggu pertama yang memenatkan. Itulah gambaran kasar yang mampu ambo gambarkan pada minggu pertama menempuh latihan industri (LI). Hakikatnya bukanlah sibuk bekerja pun, tapi letih ke sana ke mari mendengar dan meraih pengalaman dari kakitangan tempat ambo menjalani LI.

Lebih menguji keimanan dan kesabaran bila menempuhnya dalam bulan puasa. Tapi disebalik keletihan itu ada masa-masanya mengujakan bila dapat pendedahan baru di lapangan industri. Jika sebelum ini, sekadar menghafal dan mengulangkaji secara paksa rela semua silibus dalam kuliah, tapi bila betul-betul didedahkan dengan situasi sebenar dan melihat dengan kepala mata sendiri setiap selok belok dalam bidang elektrikal terutamanya, keseronokan untuk belajar lebih mendalam bidang ini makin jelas.


Keseronokan dan cabaran dalam bidang elektrikal yang dikongsikan oleh kakitangan atau lebih tepat lagi supervisor ( merangkap senior engineer) dan beberapa individu lain, sedikit sebanyak memberi tempias dan semangat untuk ambo menghabiskan sisa-sisa pengajian sebelum betul-betul melangkah ke alam pekerjaan kelak.

Dan setelah seminggu berlalu, setelah memaksa diri meredah kesejukan pagi hari, 'korban'kan perasaan malas dan mencelah di celah-celah deretan kesesakan jalan raya, kini bolehlah ambo mencari sedikit ruang untuk "energize" kembali sel-sel dalam badan yang kepenatan.


Hujung minggu. Baru kini ambo tahu betapa nikmatnya hujung minggu bagi insan-insan yang berkerjaya. Pagi-pagi sudah segarkan mata, meredah kesesakan jalan raya, berebut nak punch-card dan macam-macam lagi ragam dan cabaran orang berkerjaya. Syabas untuk orang yang berkerjaya yang komited dengan tugas mereka. Bukan senang nak lalui semua itu, jika tak berdisiplin dan ada komitmen tinggi.


#KataAmbo::Syoknya alam belajar.
Photobucket

Jul 7, 2013

Ramadhan Kali Ini

salam,,

Saat dan ketika ambo menukilkan entri ini, kalendar Islam telah pun memasuki hari 29 Sha'ban 1434H. Maknanya lagi satu hari menuju bulan penuh keberkatan iaitu Ramadhan. Jadi satu lagi peluang untuk kita Umat Islam bagi mensucikan hati dan jiwa dari kekotoran dosa dalam tempoh sebulan ibadah puasa ini, setelah setahun bergelumang dengan bermacam debu-debu kekhilafan. Bersediakan kita semua?

Bulan Ramadhan bukan sebarangan bulan. Setiap amalannya akan digandakan. Itulah kelebihan kita sebagai Umat Nabi Muhammad, umat akhir zaman. Mungkin usia kalangan kita umat akhir zaman ini tidak lama, paling tidak lebih kurang 60-70 tahun secara purata. Jadi amalan di bulan Ramadhan inilah Allah s.w.t akan mengganda-gandakan amalan kita. Itu berdasarkan apa yang ambo dengar menerusi ceramah-ceramah agama laa..


Rasanya sudah tiba masanya untuk kita semua umat Islam melakukan persediaan, bagi menyambut ketibaan bulan penuh rahmat ini. Rugi andai kata Ramadhan kali ini berlalu begitu saja, macam tahun-tahun yang sudah.

Andai kata ada kekhilafan, salah dan silap sepanjang ambo menulis di dunia bawah tempurung ini, mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Mungkin ada ucapan salam tak bersahut, tulisan yang menyentap hati mana-mana pihak, mohon maaf dan ampun dipinta.

#KataAmbo::Puasa berjauhan dari keluarga..
Photobucket

Jul 1, 2013

Jaringan Farhan Julang Kelantan Di Final Piala FA 2013

Salam,

Belum terlambat lagi rasanya untuk ambo kongsikan jaringan kemenangan Farhan pada minit ke-15 yang sekali gus menobatkan Kelantan sebagai juara Piala FA 2013. Terlepas aksi final Piala FA tahun lalu disebabkan pergantungan, jelas Farhan kembali pada edisi kali ini untuk menjadi wira The Red Warriors.


Kemenangan 1-0 memang agak tipis, tetapi menang ke atas lawan berprofil tinggi seperti JDT satu kemenangan yang cukup bermakna. Hantaran Syakir kepada Piya dan lorongan Piya kepada Farhan seperti mengulangi aksi jaringan Indera ke atas ATM dalam final Piala Malaysia tahun lalu.

Kejuaraan yang diraih ini juga membolehkan Kelantan sekali lagi layak untuk beraksi pada saingan Piala AFC tahun hadapan. Mungkin kejuaraan Liga Super sudah terlepas, jadi kemenangan Piala FA ini setidak-tidaknya memastikan satu piala jadi koleksi bagi musim 2013 ini.


Bagi, JDT pula meskipun tewas, ambo tetap respek kepada semangat yang ada pada penyokong mereka. Satu kesepakatan yang jitu dalam memberikan sokongan. Senada dan seirama. Penyokong JDT sepatutnya berbangga atas kejayaan mereka mara ke pentas final ini. Lebih-lebih lagi ini tahun pertama JDT dalam kancah bola sepak tanah air setelah di'renovate' dari pasukan asal iaitu Johor FC.

Apa-apapun kemunculan JDT sedikit-sebanyak membangkitkan lagi keghairahan peminat bola sepak Malaysia terhadap saingan bola domestik.


#KataAmbo::Terlepas Audi Q7.Sob!!.sob!!.
Photobucket