Feb 28, 2013

Gambar Insiden Jambatan Runtuh Di Putrajaya

salam,,

Sebelum ini kita dikhabarkan tentang kejadian stadium Sultan Mizan di Terengganu yang runtuh. Kini satu lagi siri kejadian jambatan runtuh. Tapi kali ini berlaku di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Tapi yang nasib baiknya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian di jambatan selepas Plaza Tol Putrajaya Lebuhraya Elite berdekatan dengan Selangor Science Park.

Kenyataan dari pihak polis Dengkil mengatakan, jambatan tersebut telahpun ditutup kepada lalu lintas sejak sebulan yang lalu. 

Berikut beberapa siri gambar kejadian jambatan runtuh di Putrajaya Khamis 28 Februari 2013.

jambatan runtuh, putrajaya

flyover, jambatan, runtuh, putrajaya

flyover runtuh, putrajaya

sumber::froyoplus.com

#KataAmbo::Ada kaitan ker dengan PRU? hehe!

Photobucket

Oh Tidak! Aku Makin Kurus

salam,

" Makin kurus kau aku tengok." - rakan kuliah.  Itu ayat pertama yang terhambur dari mulut kawan sekuliah saat ambo terserempak di stesen bas setibannya di Shah Alam.

Susut badan ambo makin kurus dan kering. Adakah itu fakta atau auta? Mungkin bagi sesiapa yang berusaha untuk kelihatan kurus sangat teruja bagaikan baru menang anugerah oscar. Tapi tidak bagi ambo. Lebih sebulan bercuti dan hanya makan - tidur - makan - tidur agak mustahil ambo masih kelihatan kurus. Paling tidak pun sedikit berisi. Pipi kembang ker, tak pun perut jadi boroi..hehe!


Yang merungsingkan, bila mula terfikir - "sakit ker ambo nih ?. Atau kekurangan zat yang kritikal?".
Sekarang ambo sudah pun berada di Shah Alam dan tiada lagi nikmat bantal empuk di rumah dan makan tanggung. Di sini selangkah keluar rumah, $$ pun akan keluar.

Mungkin ambo patut mencari diet seimbang untuk tingkatkan stamina. Makan segala macam vitamin C, D, E sampai Z kalau ada.

Jadi pendek kata, bertambah satu lagi misi yang perlu dilaksanakan untuk semester baru yang bakal bermula nanti.

#KataAmbo::Biar kurus asalkan ambo bukan mat pitt.

Photobucket

Feb 25, 2013

Fakri Saarani Sah Milik Pasukan Kelantan FA

salam,,


Fakri Saarani yang juga dikenali peminat bola sepak Malaysia dengan gelaran Ultra"fakri"man, disahkan telah menandatangani kontrak dengan pasukan The Red Warriors. Ura-ura di media mengatakan pemain kelahiran Kota Bharu ini ingin terus kekal di Portugal atau mungkin mencari kelab lain diluar negara, nyata meleset.

Penyerang kebangsaan, Fakri Saarani yang kini beraksi bersama kelab divisyen 3 Liga Portugal, Athletico SC menyertai pasukan Kelantan FA semalam.

Dipetik dari kenyataan Tan Sri Anuar Musa (TSAM) di laman facebook beliau.

"Semua rundingan antara KAFA dan Athletico SC serta Fakry telah selesai kelmarin dan kontrak yg bermula april ini telah disempurnakan melalui wakil kedua pihak di Portugal." Tan Sri Anuar Musa.

TSAM menambah, "Kehadiran Fakry akan memperkasakan lagi jentera serangan The Red Warriors yang kini memiliki Dimitri Petratos dan Dickson Nwakaemi."

Fakry sekarang masih di Portugal dan dijangka pulang ke Malaysia Mac ini sebaik tamat liga di sana. Sebelum ke Liga Portugal, pemain ini beraksi untuk Felda United dan pernah bermain untuk pasukan Perlis FA dan Negeri Sembilan.

Mungkinkah kepulangan Fakry ke Malaysia mengundang kontroversi sebagaimana Nazmi Faiz Mansor? 

Pendapat ambo, tidak sama sekali. Ini kerana beliau telah menjelaskan kepada media menerusi wakilnya tentang kemungkinan untuknya meninggalkan kelab Athletico SC itu jika kelab tersebut gagal mara ke divisyen 2.

Siapa sangka, penyerang kebangsaan yang di perlekeh peminat Harimau Malaya sebelum ini menyertai skuad The Red Warriors..kih..kih..kih!

#KataAmbo::Teh 'O' dan biskut cap ping pong memang enak di hari hujan begini.

Photobucket

Feb 23, 2013

Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com

salam,,



Pencarian bloglist Mia bermula tepat jam 12.01 tengahari dan akan berakhir jam 11.59 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

#notaBuruk::Hari yang redup!!

Photobucket

Feb 22, 2013

Bukti FAM Makin Tidak Relevan

Salam,,

‘Kami tak nampak’

“Kami tidak dapat melihat sebarang insiden pergaduhan membabitkan pemain Selangor dan ATM dalam salinan rakaman video yang kami terima,” kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad

Terbaru kenyataan yang dikeluarkan menerusi akhbar hari ini, membuatkan makin ramai yang sangsi akan "kewarasan" pengurusan FAM.


Sehari dua ini ramai pihak yang menyatakan ketidakpuasan hati terhadap badan induk bola sepak Malaysia FAM. Hukuman denda terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang dikatakan keterlaluan dan penggantungan presiden bola sepak Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim makin membuatkan ramai peminat bola sepak Malaysia meluat dengan kreadibiliti FAM.

Kini, semua pihak menantikan apakah pula tindakan yang bakal dikenakan kepada presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ), yang mengkritik badan mutu pengadilan Liga Malaysia yang teruk.

Jika Tan Sri Anuar Musa digantung dan didenda kerana mengeluarkan kritikan terhadap pasukan Harimau Malaya, begitu juga terhadap Datuk Seri Shahidan Kassim dan sekarang adakah ada tindakan yang sama untuk presiden PBNJ tersebut ?

Berikut pula pandangan dari pengkritik sukan tanah air, Profesor Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang dipetik dari Harian Metro mengenai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Yang Dilihat Semakin ‘ Kejam ’ Apabila Tidak Henti-Henti Menjatuhkan Hukuman Dengan Yang Terbaru , Ke Atas Datuk Seri Shahidan Kassim .

“Kalau sudah tiada kawalan, bermakna mereka boleh buat apa saja yang mereka suka.”- Profesor Tan Sri Dr Khoo Kay Kim

#notaBuruk::Keadilan dan ketelusan FAM kini teruji.
Photobucket

Feb 18, 2013

Apa Pentingnya PageRank di Enjin Carian Google

Salam,,

Beberapa hari yang lalu ambo ada singgah di blog ini yang meng'update' pagerank terbaru untuk bulan Februari. Sudah naik PR2 meskipun baru 3 bulan menulis blog. Wow, tahniah!

Jadi ambo pun merasa teruja juga untuk tahu sejauh mana google menilai dunia bawah tempurung ini..hehe!!


Alhamdulillah sudah naik satu tangga lagi. Mungkin ini hasil belajar tip-tip dari blogger yang lebih otai dalam dunia blogger seperti blogger HasrulHassan.com , ada sedikit peningkatan...peningkatan?? Mungkin laa!

Update google PageRank boleh disemak di [sini]

Sebenarnya apa itu PageRank? Sebagai blogger secara sambilan dan bukannya sepenuh masa menulis blog, ambo jarang ambil peduli pasal PageRank ini. Kebanyakkan blogger otai yang ambo tahu, di mana mereka menjana pendapatan menerusi blog, sangat memandang tinggi kedudukan PageRank ini.

Jadi ambo makin tertanya-tanya apa pentingnya PageRank ini? 



Sedikit info ringkas yang ambo baca, PageRank ialah apa yang google gunakan untuk menentukan kepentingan sesuatu laman sesawang itu. Ia adalah salah satu kaedah yang digunakan untuk menentukan laman (pages) manakah akan muncul di enjin carian (search engine). Lagi baik PageRank lagi tinggi keutamaanya berbanding PageRank yang rendah.

Laman yang mendapat links dari laman web lain dianggap lebih penting di Internet. PageRank mengganggap links yang diperolehi sesuatu laman itu sebagai 'undian'. Teori mudahnya lagi tinggi 'undi' lagi mantaplah dan hebat sesuatu laman itu.

Bukan setakat itu saja, PageRank turut melihat kepentingan laman sesawang yang menyumbangkan links kepada laman yang lain. Links dari laman PageRank tinggi lebih pemberat atau nilai 'voting' @ undian nya berbanding links dari laman yang PageRank rendah.

Bagaimana cara untuk naikkan PageRank?

Untuk dapatkan PageRank yang lebih tinggi, kita perlu dapatkan 'back-links' iaitu laman orang lain menghalakan links ke laman sesawang kita. Jika dapat back-links dari laman yang memiliki PR yang lebih tinggi lagi bagus. Skala PageRank bermula dari PR0 (yang paling rendah) dan PR10 (yang paling tinggi).

Cara untuk dapatkan backlinks:

  • Bertukar-tukar links dengan orang lain. Contohnya Link Exchange.
  • Daftarkan kepada directories.
Namun cara terbaik untuk tingkatkan PR ialah dengan menghasilkan kandungan yang berkualiti supaya ada yang ingin linkkan kepada laman sesawang kita. Mmmm..untung laa kalau ada orang nak bagi kita back-link!

Untuk lain-lain info tentang PageRank boleh rujuk [sini].


#notaBuruk::ambo blogger biasa-biasa saja.
Photobucket

Feb 17, 2013

[Video] Amah Indonesia Lambung dan Campak Bayi

Salam,,

Video bayi di campak dan dilambung oleh pengasuh warga Indonesia | Lepas ni tentu ramai yang teragak-agak untuk ambil amah dari Indonesia jadi pengasuh. Terbaru satu video yang dirakamkan menerusi camera tersembunyi menunjukkan tindakan seorang pembantu rumah dipercayai warga Indonesia yang melambung dan mencampak seorang bayi.


Video itu disiarkan menerusi Buletin Utama TV3 semalam 16 Februari 2013. Khabarnya berlaku di Kuantan. Sekali tengok ala-ala gusti pun ada. Ambo yakin, pasti terkejut beruk habis ibu bapa bayi tersebut melihat paparan yang ditunjukkan.


Apakah motif dia melakukan tindakan tersebut membuatkan ambo tertanya-tanya ? Adakah kerana melepaskan geram kepada majikan yang mungkin terlalu mengongkong? Atau stress bekerja?




Ambo tidak mahu mengatakan semua amah dari Indonesia kejam, tetapi melihatkan rentetan beberapa kes yang berlaku sebelum ini, membuatkan ambo sangsi. 

Mungkin pihak berwajib yang bertanggungjawab membawa masuk pembantu rumah dari luar negara, perlu membuat tapisan yang sepatutnya sebelum melepaskan mereka ini berkerja dengan majikan masing-masing. 

#notaBuruk::Ambo tak fikir dia ni peminat Mael Lambung??

Photobucket

Feb 16, 2013

[video] Letupan Meteor di Ruang Udara Russia

Salam,,

Video amatur yang disiarkan menerusi televisyen Russia, menunjukkan sebuah objek terbang dengan laju melintasi ruang udara Russia, hari Jumaat 15 Februari kira-kira jam 9.20 pagi waktu tempatan Russia sejurus matahari terbit.


Berdasarkan kenyataan oleh Akademi Sains Russia, objek tersebut yang merupakan, sebuah meteor dianggarkan seberat 9 tan memasuki atmosfera bumi pada kelajuan hypersonic iaitu 54 000 km/h. Meteor itu kemudiannya meletup beberapa puluh kilometer dari permukaan tanah.

Letupan tersebut telah melepaskan satu tenaga yang kuat. Dianggarkan 3000 bangunan rosak akibat dari gelombang yang yang terhasil dalam kejadian di wilayah Chelyabinsk 1 500 km ke timur Moscow. Dikhabarkan lebih 950 penduduk di wilayah terbabit cedera.

Pegawai perubatan Russia, berkata, seramai 985orang mendapatkan rawatan selepas letupan, majoriti yang tercedera disebabkan terkena serpihan kaca.

kilang zink yang rosak teruk.


Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, klik sumber berita yang ambo petik.
sumber:cbc

#notaBuruk::sama-samalah berdoa untuk kesejahteraan bersama.

Photobucket

Feb 15, 2013

Sepucuk Email Berpuaka Yang Mengerunkan

Salam,,

Email yang 'berpuaka' sudah masuk ke inbox. Dari awal pagi lagi. Tapi ambo masih teragak-agak dan belum cukup yakin untuk melihatnya. Mesej pun dah berbunyi, juga seawal pukul 4 pagi bertanyakan keputusan peperiksaan ambo semester lepas.

Jawapan ringkas dari ambo, "xcek lagi".



Rasanya, tak tengok pun dah boleh agak betapa 'cantik' dan 'kiutnya' keputusan yang bakal ambo tengok nanti. Fuhh!! inilah rasanya Februari yang paling tak mengembirakan. Meratap pun tak ada gunanya, jadi apa punca dan sebab mengundang kepada keputusan sedemikian rupa?

Post-mortem semester lepas : Disebalik Kegagalan
  1. Sikap sambil lewa
  2. Malas
  3. Tak ada motivasi
  4. Tiada Matlamat
  5. Tak sedar diri
  6. Lemah semangat
  7. Demam di minggu peperiksaan
  8. Tak fokus dalam kelas
  9. 'Poyo' dengan pensyarah. 
  10. Terlebih fotostat nota...??
  11. ....dan sebagainya!


Seperti semester yang lepas, rasanya sudah berbuih otak dan akal mencari penyelesaian, tetapi ternyata motivasi dalaman masih kritikal dan belum cukup kuat untuk membangkitkan tekad untuk berjaya. 

Benarlah kata orang, sejarah tidak boleh diulang, tetapi perlu dicipta sejarah yang baru. Tapi persoalannya yang sekarang, bilakah agaknya waktu sesuai untuk ambo membuka email 'berpuaka' itu?

#notaBuruk::Mulakan hidup baru sekali lagi...lagi..dan lagi!!

Photobucket

Feb 14, 2013

Dickson Nwakaeme Perkuat Jentera Serangan Kelantan FA

salam,,

Setelah melalui beberapa perlawanan ujian, akhirnya pemain kelahiran Nigeria, Dickson Nwakaeme 28 tahun berjaya memikat pihak pengurusan The Red Warriors untuk mengikat kontrak dengan pemain itu. Pemain penyerang itu menandatangani kontrak selama satu tahun dengan skuad Kelantan FA.

Ambo petik kata-kata Presiden KAFA,Tan Sri Anuar Musa menerusi laman facebook beliau, "Hari ini Dickson Nwakaeme rakan senegara Obina Nwaneri menandatangani kontrak dengan TRW utk tempoh satu musim dan dengan option untuk disambung satu musim lagi 2014".

"Kini Bojan mempunyai pilihan yang lebih luas apabila Dickson berjaya didaftarkan sama ada utk AFC CUP ataupun Liga M (Liga Super). Sebelum bulan april Insyaallah akan ada lagi langkah tambahan memperkasakan pasukan kita" -kata Tan Sri Anuar Musa lagi.

Jadi mungkinkah akan ada lagi pemain yang akan diuji oleh skuad Kelantan bagi memastikan juara treble musim 2012 ini mampu mendapatkan kembali rentak cemerlang sebagaimana musim lalu? Ambo raso mungkin ada jika barisan pemain import yang ada kini masih tidak menunjukkan prestasi mantap.

Dengan kemasukan Dickson, skuad Kelantan kini dibarisi 5 pemain import iaitu, Dickson, Dimitri Petratos, Lek Kcira, Obinna Nwaneri dan Keita Manjou yang dilihat bakal disingkirkan dari skuad Kelantan atas prestasi buruk.

sumber gambar: Gawang.my

#notaBuruk::Kelantan vs Selangor esok. Uihh apa cerita agaknya.

Photobucket

Live Streaming Manchester United vs Real Madrid 13 Februari 2013

Salam,,

Live Streaming Manchester United vs Real Madrid 13 Februari 2013 (waktu Sepanyol) |  Pertembungan yang paling dinanti-nantikan oleh semua peminat bola sepak dunia. Tidak kiralah kelab mana yang disokong, pastinya perlawanan Manchester United vs Real Madrid pada pusingan 16 terbaik jadi perhatian.


Pertemuan yang berlangsung di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid ini boleh ditonton menerusi live streaming. Berikut ambo kongsikan link untuk peminat bola di luar sana. Sepak mula bermula pada 3:45 pagi.


#notaBuruk::Berbelah bahagi. Tapi masih tetap memilih M.U hehe ~ ~
Photobucket

Feb 13, 2013

Segmen:Paly Nak Bagi Topup RM5

Salam,,


Dah agak lama ambo tak sertai apa-apa segmen. Jadi bersempena kekeringan idea dan kemalasan yang menjadi-jadi untuk update blog dunia bawah tempurung ini ambo tekad untuk memeriahkan segmen blogger paly ini.

Syarat yang mudah, dan tak perlu entri panjang-panjang menguatkan lagi tekad ambo untuk sertai "Segmen: Paly Nak Bagi Topup RM5". Cuti masih panjang, sambil goyang kaki tetiba dapat topup free. Wow..syok habis!!

Bagi anda yang tersesat ke dunia bawah tempurung ini, dan ingin turut serta dalam segmen paly ini klik [sini] atau banner diatas.

#notaBuruk::Masih tercari-cari momentum bercuti yang terbaik.

Photobucket

Feb 7, 2013

Skuad Malaysia Tewas Kepada Qatar di Doha

Salam,,

Keputusan Penuh Kelayakan Piala Asia 2015 Malaysia vs Qatar - Harapan untuk skuad Datuk K.Rajagopal untuk mencuri satu mata pada pertemuan menentang Qatar dalam perlawanan pertama kelayakan Piala Asia 2015 tidak kesampaian. Skuad Harimau Malaya tewas 0-2 kepada pasukan dari Timur Tengah itu.

keputusan malaysia vs qatar 6 februari 2013


Datuk Rajagopal kecewa, pemain juga kecewa, penyokong pun turut kecewa, namun ramai yang sudah menduga.

Penguasaan penuh dari skuad Qatar menyukarkan pemain Malaysia untuk mencipta peluang. Apa yang ambo lihat, pemain Malaysia hanya melihat pemain-pemain Qatar bertukar hantaran. Bahagian tengah  melihatkan penguasaan penuh Qatar.

Gol pertama Qatar terhasil dari biasan benteng Malaysia, ketika sepakan percuma. Gol kedua dari kesilapan K.Reuben yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Ambo ringkaskan, gol Qatar terhasil dari kesilapan pemain Malaysia sendiri. Apa-apapun barisan pemain Malaysia malam ini telah memberikan komitmen sepenuhnya. Mungkin sedikit kesilapan, alpa dan fikiran ke laut mengundang padah.

Kesebelasan utama skuad Malaysia yang diturunkan oleh Datuk K.Ragagopal dalam perlawanan tadi.

Penjaga Gol: Khairul Fahmi,
Pertahanan:Reuben ,Fadhli Shas(Amirizwan Taj) ,Aidil(Kapten),Asra
Tengah: Azammudin, Mahali, Shakir, Ashaari(Farhan)
Penyerang: Amri Yahya, Khyril Muhymeen(Hadi Yahya)

#notaBuruk::Do Something Raja and "Eff Ayy Emm" pleaseeee!!
Photobucket

Feb 6, 2013

Live Streaming Malaysia vs Qatar 6 Februari 2013

Salam,

Live Streaming Malaysia vs Qatar 6 Februari 2013 - Tirai kelayakan Piala Asia 2015 akan bermula malam ini. 10 perlawanan akan berlangsung malam ini melibatkan lima kumpulan, termasuklah Malaysia vs Qatar dari kumpulan D.

kelayakan piala asia 2015, malaysia vs qatar
sumber gambar: Astro Arena 801

Aksi skuad Harimau Malaya ini bakal disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena saluran 801. Maklumat ini ambo dapat dari laman facebook Astro Arena sendiri. Harap tiada pembatalan di saat-saat akhir.

Selain itu ingin ambo kongsikan link live streaming Malaysia vs Qatar untuk anda yang singgah di dunia bawah tempurung.


Mungkin agak sukar untuk mengharapkan kemenangan, namun diharap kesebelasan Harimau Malaya dapat mencuri satu mata menentang Qatar malam ini.

#notaBuruk::masih ada sekelumit harapan untuk lihat Harimau Malaya menyengat malam ini.

Photobucket

Feb 3, 2013

Persaingan Posisi Pemain Import Kelantan 2013

Salam,,

Ketika aksi Liga Super Malaysia 2013 yang telah pun bermula, kem bola sepak Kelantan masih tercari-cari pemain import yang benar-benar mantap bagi mengisi posisi pengempur utama Kelantan tahun 2013 ini.

Ketika ini Kelantan di barisi Keita Manjou dan Obinna Nwaneri untuk saingan Liga Super serta Dimitri Petratos dan Lek Kcira untuk saingan Piala AFC 2013. Namun aksi Keita Manjou yang mengecewakan membuatkan barisan penyokong The Red Warriors tidak senang duduk, apatah lagi Tan Sri Anuar Musa dan barisan pengurusan.

Berikut barisan pemain import yang diuji Kelantan dan barisan pengurusan masih dalam dilema untuk memilih siapakah yang layak untuk beraksi dalam Liga Super dan siapakah yang layak mengisi kuota untuk Piala AFC Mac nanti.

Keita Manjou

Aksi yang mengecewakan dari Keita membuatkan penyokong Kelantan mendesak penyerang itu digugurkan dari skuad Kelantan. Pernah menjadi pemain import terhebat Perak, tapi kini bukan lagi zaman kegemilangan Keita.

Dimitri Petratos

Inilah pemain yang diharapkan oleh penyokong Kelantan untuk mengatasi masalah ketumpulan jentera serangan- Dimitri Petratos penyerang skuad Olimpik Australia.

Lek Kcira

Pemain dari posisi pertahanan ini akan bergandingan dengan Obinna dan pemain lain untuk saingan Piala AFC. Melihat kepada aksi menentang Semen Padang di Kota Bharu, Kcira dari Croatia ini tidak mengecewakan.

Salim Arrache

Pertama kali diuji dalam aksi menentang Semen Padang di Kota Bharu, persembahan Salim Arache mendapat pujian penyokong Kelantan. Tapi posisinya di sayap kiri, yang mana Farhan dan pemain tempatan lain sudah cukup mampu untuk mengisi posisi tersebut. Dah macam Mesut Ozil ambo tengok dia ni haha

 Dickson Nwakaeme
sumber gambar: Gawang.MY
Dickson Nwakaeme pemain penyerang dari Nigeria ini juga pertama kali diuji ketika menentang Semen Padang. Beraksi 45 minit kedua, persembahan beliau agak bertenaga dan memikat penyokong dan pengurusan. Tetapi dia masih perlu diuji lagi.!

Obinna Nwaneri

Setakat ini, aksi Obinna tidak mengecewakan. Agak rugi jika beliau digugurkan dan ambo tidak fikir Bojan Hodak akan mengetepikan pemain ini.

Jadi siapakah barisan 4 pemain import yang layak beraksi untuk Kelantan??

#notaBuruk::Harap jurulatih tak buat silap lagi.

Photobucket

Feb 2, 2013

Live Streaming Kelantan vs Semen Padang 2 Februari 2013

Salam,,

Live Streaming Perlawanan Persahabatan Kelantan vs Semen Padang 2 Februari 2013- Kelantan bakal turun menentang juara Liga Super Indonesia 2012, Semen Padang malam ini di stadium Sultan Muhammad ke VI Kota Bharu.

live streaming kelantan vs semen padang 2 februari 2013
sumber gambar: FB Tumpat FC


Pastinya kesempatan Liga Super Malaysia yang berhenti rehat bagi memberi ruang kepada persiapan skuad kebangsaan mengharungi kelayakan Piala Asia 2015, digunakan sepenuhnya oleh kem The Red Warriors untuk menguji barisan pemain.

Setelah mengharungi beberapa perlawanan awal liga yang mengecewakan, Bojan Hodak pastinya ingin mencari keserasian terbaik malam ini bagi mengharungi saingan Liga Super dan Piala FA selepas ini.

Turun tanpa Farhan Muhammad, Shakir Shaari, Nik Shahrul dan Apek yang masih dalam tugasan dengan kem Harimau Malaya, Kelantan bakal menurunkan beberapa pemain yang baru bebas dari kecederaan seperti Azizi Matt Rose, Faiz Subri serta gandingan pemain import Dimitri Petratos, Salim Arrache, Dickson Nwakaeme, Lek Kcira dan Keita Mandjou antara yang bakal beraksi.

Berikut ambo kongsikan link live streaming untuk yang tidak berkesempatan menonton di stadium ataupun di TV yang akan disiar secara langsung di TV1 jam 8:45 malam.

Link - Kelantan vs Semen Padang

#notaBuruk::Lama rasanya ambo tak tengok game The Red Warriors.

Photobucket

Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) 2013 Kembali

Salam,,

Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) 2013 kembali. Tak kisahlah anda sokong pihak yang mana. Yang penting baucer buku 1Malaysia sesuatu yang perlu dimanfaatkan dan jangan sesekali dilepaskan. Ahahaa!


”bannerKempen RM 1 untuk WWF bersama DiGi

Info berkaitan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M):

1. Baucar buku hanya kepada pelajar berstatus 'Aktif' sahaja.
2. Waris atau wakil tidak dibenarkan mengambil baucar buku.
3. Pelajar luar negara tidak layak menerima baucar buku (maklumat lanjut kelayakan layari http://bit.ly/148qgtb )

- Carta Alir Kutipan BB1M -

1. Pelajar menunjukkan kad pengenalan dan kad pelajar kepada staf bertugas di kaunter disediakan.
2. Staf merekod maklumat pelajar pada sistem kewangan pelajar.
3. Staf memberi satu sampul kepada pelajar, setiap sampul mengandungi kad ucapan dan 5 keping baucar yang setiap satu bernilai RM50.
4. Pelajar mengisi nama dan no. kad pengenalan pada setiap baucar buku.
5. Pelajar majukan baucar buku berkenaan kepada pegawai pengesah untuk cop pada baucar berkenaan.

Peringatan:
1. Baucar buku boleh digunakan di mana-mana kedai buku yang sedia menerima baucar berkenaan.
2. Sila tuliskan maklumat nama dan no kad pengenalan sama seperti dalam kad pengenalan anda.
3. Sebelum meninggalkan kaunter sila pastikan baucar anda telah lengkap diisi dan dicop.
4. Baucar buku yang diterima tidak boleh dipindah milik, ditukarkan dalam bentuk wang tunai atau dijualkan kepada pihak ketiga.
5. Mana-mana pihak yang didapati bersubahat dalam penyalahgunaan baucar ini boleh dikenakan tindakan untdang-undang mengikut Seksyen 403 kanun keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.
6. Jangan lipat baucar buku anda.



Sedikit info untuk pelajar-pelajar UiTM, ambo kongsikan info mengenai pengagihan baucer buku 1Malaysia (BB1M) ini:

Dimaklumkan pihak UiTM telah menerima baucer buku dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Para pelajar boleh mengambil baucer buku mulai pada khamis ini 31hb Jan 2013 di mana-mana kampus yg telah menerima baucer buku. Di UiTM Shah Alam, pelajar boleh mengambil baucer buku di Pejabat Kewangan di fakulti masing-masing (Zon 4, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 18, 23, 24) / Seksyen 17 / Puncak Alam / Puncak Perdana / Sungai Buluh / Selayang & di Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar (Bangunan Budisiswa / HEP).

Seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2013 pada 28 September 2012 di Parlimen, Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM325 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian baucar buku berjumlah RM250 setiap pelajar. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar di seluruh negara dalam membantu meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian di samping memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia...Syukur Ya Allah!


#notaBuruk::Ambo belum ada ilham, ke mana BB1M akan digunakan nanti.

Photobucket

Feb 1, 2013

Keputusan Persahabatan Antarabangsa Malaysia vs Iraq 1 Februari 2013

Salam,

Keputusan Persahabatan Antarabangsa Malaysia vs Iraq 1 Februari 2013-Perkhabaran sedih dari Dubai apabila skuad kebangsaan tewas 0-3 kepada Iraq dalam perlawanan pemanas badan menjelang saingan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Qatar 6 Februari nanti. Perlawanan tersebut telah dilangsungkan di Stadium Ajman Sports Club, Dubai UAE.

”bannerWah Lau Eh! FREE Bonus Credit with Hotlink?!

malaysia vs iraq februari 2013
sumber gambar: google

Untuk makluman semua, ini hanya perlawanan pemanas badan biasa dan bukan persahabatan kelas A setelah kem Malaysia memohon untuk menukar status perlawanan tersebut kepada perlawanan persahabatan biasa..Alasan yang diberi adalah untuk membolehkan ketua jurulatih Harimau Malaya menukar pemain seberapa kerap yang boleh untuk menguji pemain yang dipilih..ambo nampak sangat taktikal Raja.kahkah!!

Ini pula kesebelasan utama Harimau Malaya yang diturunkan Datuk K.Rajagopal : Apek, Reuben, Fadhli, Aidil, Asra, Shukor Jusoh, Shakir, Alex, Ashaari, Amri, Khyril.

persahabatan malaysia vs iraq februari 2013


#notaBuruk::pemain saya ramai yang cedera. Itulah kot alasannya nanti!!hmmm!

Photobucket